Sunday, 24 August 2014

Sepatutnya Bukan Saari dan Hasnul Sahaja Dipecat, Tapi Khalid Samad dan Hanipa Maidin Juga


Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah bahawa sekiranya dia mempunyai kuasa, dia akan memecat Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat reaksi yang agak besar.

Bagi yang mahu PAS kembali ke landasan sebenar perjuangan, menyambut baik kenyataan Ustaz Nik Amar. Tetapi bagi penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng (Pakatan), mengecam Ustaz Nik Amar serta menuduhnya sebagai pengkhianat.

Alasan Ustaz Nik Amar bagi tindakan tersebut, cukup jelas. Bukan kerana menentang Pakatan, tetapi kerana kedua-duanya mendahului pucuk pimpinan.

Namun, Ustaz Nik Amar mungkin terlupa sebelum kedua-dua pengkhianat tersebut, ada dua orang pengkhianat lain yang lebih besar pangkat dan kedudukan mereka dalam PAS. Mereka adalah Khalid Samad dan Hanipa Maidin. Kedua-duanya adalah AJK PAS Pusat.

Terutama sekali Hanipa Maidin yang beberapa jam sebelum Saari dan Hasnul mengeluarkan cabaran kepada PAS untuk mengambil tindakan ke atas mereka, Hanipa Maidin pula menyatakan, dia sanggup keluar dari PAS sekiranya PAS bertegas enggan menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Manakala Khalid Samad seperti yang semua sedia maklum, sentiasa mengulang-ulang apa yang dituturkan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng macam kaset buruk.

Mungkin ramai jemaah PAS yang tidak berani atau tidak sanggup mengakui bahawa PAS sekarang ini sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang teruk. Golongan pro-Pakatan sedang bertungkus-lumus untuk menghapuskan golongan pro-ulama sehinggakan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja dan menggunakan segala taktik yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, demi mencapai cita-cita jahat mereka.

Malangnya, badan bertindak yang mengawal selia tatatertib serta disiplin ahli serta pemimpin dalam PAS turut diresapi oleh golongan yang mendukung Pakatan. Mereka ini sama seperti di dalam UBN yang bertindak serampang dua mata, menghancurkan parti yang memberikan amanah kepada mereka, demi Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Agak menarik juga apabila kita bertepuk tangan dan sentiasa berharap UBN akan hancur dengan pantas kerana penyembah-penyembah dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim di dalam parti tersebut. Tetapi pada masa yang sama, tanpa kita sedar atau kita pandang sambil lewa, PAS juga semakin mereput dan semakin bertukar menjadi parti yang menyokong kemungkaran, kemaksiatan dan kemunafikan Anwar Ibrahim selain membenarkan perlakuan zalim serta perlecehan Lim Guan Eng ke atas umat Islam dan agama Islam di Pulau Pinang, khususnya dan Malaysia, amnya menerusi orang-orang seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin. Kita terlalu ralit menyalahkan UBN untuk semua masalah yang dicipta oleh kedua-dua orang ini.

Sehingga ke hari ini, tidak ada satu pun tindakan disiplin dikenakan terhadap golongan yang cuba menghancurkan PAS dari dalam. Sebaliknya pucuk pimpinan banyak berdalih dan memberikan pelbagai alasan untuk terus membenarkan golongan parasit seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin bertapak dalam parti serta mengembangkan pengaruh mereka.

Lama dahulu telah diperingatkan, golongan pro-pakatan tidak akan peduli dengan Majlis Syura atau Dewan Ulama PAS Pusat. Yang mereka perlu kawal dan kuasai adalah Jawatankuasa PAS Pusat. Sebabnya, Jawatankuasa PAS Pusatlah yang membuat keputusan akhir biarpun segala dasar dibuat oleh Majlis Syura dengan mengambil kira pandangan serta perbahasan dan ijmak Dewan Ulama PAS Pusat. Mereka hanya perlu menempatkan orang-orang mereka dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Mereka hanya memerlukan jawatan sebagai Jawatankuasa Kerja dalam Jawatankuasa PAS Pusat untuk mereka mencipta sebarang keputusan yang akan berpihak kepada Pakatan dan memperlekehkan PAS.

17 Ogos lalu telah menjadi bukti betapa bahayanya golongan ini.

Disebabkan itulah, kebanyakan akar umbi yang masih percaya pada perjuangan tulen PAS, berkeras dan mendesak agar PAS mengambil tindakan segera menyingkirkan golongan PARASIT ini dan mengembalikan PAS ke perdu asalnya. Ramai yang semakin kuat mendesak agar Jawatankuasa PAS Pusat tidak dibenarkan membuat keputusan selepas Majlis Syura membuat ketetapan. Hierarki seperti yang ada sekarang, hanya akan memendekkan lagi hayat PAS jikalau pucuk pimpinan masih tidak sedar-sedar.

PAS tidak memerlukan orang seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin, Saari Sungip, Hasnul Baharuddin mahupun Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang semakin terlena diulit duit besar Lim Guan Eng. Halau sahaja mereka dari PAS dan bagi borang DAP atau PKR untuk mereka isi.

Tak perlulah kita memperkatakan buruk atau lekehnya UBN, kerana dalam tubuh badan kita sendiri, sarat dengan pekung, dengan nanah, dengan kohong, dengan kurap, dengan kayap dan segala macam jenis penyakit jijik yang lain kesan kewujudan PARASIT-PARASIT yang memakan daging kita!

15 comments:

Anonymous said...

Borang menjadi ahli PKR atau DAP sudah siap diisi. Cuma tunggu masa utk submit.

berasiam said...

seburuk-buruk umno yang sering dihentam oleh pas, sanggup memecat anwar ibrahim dari jawatan naib presiden. sejahat-jahat bn yang menjadi kerajaan, berani memecat anwar ibrahim selaku timbalan perdana menteri. sebaliknya pas tidak berani dan tidak sanggup untuk menjentik macai-macai anwar ibrahim yang berlegar dalam kepimpinan mereka. umno dan bn berani pecat kepalanya sendiri, sebaliknya pas kecut untuk mengusik hatta ekornya pun. malahan kamaruddin jaafar yang sahih-sahih orang kanan anwar pernah dilantik sebagai setiausaha agung parti sebelum mustaffa ali. sudah terang lagi bersuluh sabotaj yang mereka lakukan, satu demi satu tetapi pas masih membiarkan mereka tanpa sebarang tindakan. akar umbi nak salahkan siapa kerana mereka sendirilah yang mengangkat nama-nama berkenaan sebagai pemimpin. saari sungip, khalid samad, hatta ramli dan sebagainya adalah dari kumpulan jim yang memang dikenali oleh kepimpinan pas tetapi dibiarkan merampas pas. siapa yang mengangkat mereka melainkan akar umbi pas yang terpesona dengan penampilan mereka. nak salahkan siapa?

berasiam said...

seburuk-buruk umno yang sering dihentam oleh pas, sanggup memecat anwar ibrahim dari jawatan timbalan presiden.......

benci MUNAFIQ said...

Perkara seperti ini Dah Lama Berlaku pada Pemimpin PAS ...DEMI MENGEKAL KUASA SANGGUP MENGELUAR KATA 2 YANG TIDAK SEDAP DI DENGAR ..
Contoh .. MAT SABU .. SANGGUP MAKAN BABI BERSAMA LIM GUANG ENG DARI MAKAN AYAM YANG DISEMBELIH DENGAN NAJIB ..
CIKGU WAN RAHIM .. KENA LANGKAH DIA BARU BOLIH SENTUH KAPIR HARBI KARPAL SINGH ( YANG SELALU MENENTANG HUKUM ISLAM )
SEBAB ITU ... AMBO KATA .. PAS TIDAK IKHLAS DALAM MENPERJUANGKAN ISLAM ..
HANYA UTK MENGISI TEMBOLOK MASING 2..

Anonymous said...

Seburuk buruk umno bayak jasa telah dilakukan didalam memperkasakan bangsa Dan agama Islam,amir amir yg diberikan tanggung jawab untilk kemajuan bangsa Dan ugama telah melakukan amanah walaupun is tidak diuwarkan,sebaik baik pas hanya pandai bercakap Dan menfitnah kunonnya pakar Salam hal.diberi peluang untuk memegang kuasa ditolak ketepi katanya diatas semangat pakatan tapi yg sebenarnya pas tiada kecerdikan Dan keyakinan..

Anonymous said...

Pkr dh jelas tiada adab dlm berpakat...dari bapak smpi ke anak tabur fitnah demi kemenangan. Smpi bila kita harus berkompromi.

Anonymous said...

jangan mimpilah. daripada empat yang disebut namanya itu takkan ada seorang pun yang akan dipecat. tak percaya? tunggu dan lihat.

Anonymous said...

Memang sesuai la slogan pas tu..
Pas bodoh for all

Anonymous said...

Depa ni cam taik sembelit dlm pas...kentut dah berbau tak thm giler tp teran2 xnak gak kuar...

Anonymous said...

Harap2 muktamar ni...ada la cara utk buat undi x percya pd ajk2 pusat...

Anonymous said...

Nak pecat mereka??? kah kah kah kah kah... sanggup ke hadi nak buat begitu??

Anonymous said...

Mujahid tak termasuk dalam senarai?

Anonymous said...

INILAH BALASAN ATAU KIFARAH TERHADAP PAS YANG SELALU MENGKAFIRKAN UMNO.

AKHIRNYA DEME BERGELUMANG DENGAN PARTI DAP YG JELAS MEMUSUHI ISLAM

DAN DEME BERGELUMANG DENGAN AHLI MUNAFIK YG BERNIAT NAK MENJAHANAMKAM PARTI SENDIRI

Anonymous said...

susah apa sangatlah, kalau pakai cakap tak juga berubah, kasi santau sudah. nak selamatkan pas ke nak selamatkan tembolok golongan anwarinas dalam pas?

pisau tajam said...

santau berapi ...

U memang berapi dan membara , Syabash syabashhh...