Thursday, 17 September 2015

Bahagian Mana 'TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG YANG KHIANAT' Yang Diucapkan Oleh TGHH, Tidak Difahami?


Jawapan daripada Tuan Guru Presiden amat jelas!

"Tiada tahaluf siyasi dengan orang yang khianat"

Bahagian mana lagi yang puak PKR dan DAP yang tidak faham dan tidak jelas?

Bahagian mana yang para pemimpin PAS yang masih bermimpi untuk tidur sebantal dan seselimut dengan PKR dan DAP yang tidak faham-faham lagi?

Atau golongan berkenaan, segera memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru Presiden itu dengan mengaitkannya dengan UBN atau UG?

Bukankah seringkali golongan berkenaan menjadikan UBN dan UG sebagai asas kepada penentangan mereka kepada roh dan nafas perjuangan PAS sendiri yang telah didirikan dan ditegakkan dari zaman Almarhum Prof. Burhanuddin Al-Helmy? Bukankah seringkali golongan berkenaan menjadi zindiq dan munafik kepada asas perjuangan zaman MATTA dan Gunung Semanggol bagi membolehkan mereka terus bersekongkol dengan DAP dan golongan pemuja budaya LGBT serta murtad di bawah jenama parti PKR?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Nik Abduh cuba diputarbelitkan oleh golongan berkenaan. Mereka cuba menggambarkan bahawa Ustaz Nik Abduh cuba menagih kasih daripada DAP dengan menyatakan bahawa DAP akan kerugian besar KALAU TIDAK menyertakan PAS ke dalam Pakatan 2.0.

Sedangkan secara jelas, Ustaz Nik Abduh menyatakan bahawa PAS hanya berbincang dengan PKR dan keputusan daripada perbincangan tersebut masih belum diputuskan. Apatah lagi beberapa syarat yang diletakkan oleh PAS, gagal dipatuhi oleh PKR. Malahan PKR pula cuba memaksa PAS untuk akur kepada mereka dan PAS pula dipaksa untuk tunduk sujud kepada segala kehendak PKR.

Dengan kata lain, PKR masih mahu PAS menjadi sidekick untuk mereka, yang menyediakan orang apabila PKR mahu membuat rusuhan atau demonstrasi di mana setiap demonstrasi yang berjaya, PKR akan mengambil nama tetapi apabila berlaku sesuatu, PKR akan segera menyalahkan PAS.

Ada juga yang dengan penuh bangang sombongnya berhujah, kalau bukan kerana mahu kembali menjadi rakan sekongkol PKR, mengapa pula PAS bersetuju untuk berbincang dengan PKR.

Jawapannya ialah, PAS sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk berbincang, termasuklah dari UBN sendiri!

Bagaimanapun, setiap perbincangan tidak bermakna PAS akan menurut kehendak mereka.

Kerana prinsip itu, golongan PAN dan pro DAP-PKR amat teruja untuk melabelkan Tuan Guru Presiden sebagai 'orang umno', hanya kerana mereka sakit hati.


Tuesday, 15 September 2015

PAS Terus Bagi Keizinan Kepada Wan Azizah dan PKR Untuk Pijak Kepala PAS


Sikap mengalah dan mengendur yang ditunjukkan oleh para wakil PAS dalam mesyuarat dan pertemuan dengan para pemimpin PKR di Ibu Pejabat PKR Tropicana malam tadi, amat menjengkelkan dan memalukan.

Walaupun di hadapan para penyokong dan ahli-ahli PAS, mereka bercakap tentang pengkhianatan dan kebiadapan PKR, tetapi apabila berhadapan dengan para pemimpin PKR yang diketuai oleh Wan Azizah dan Rafizi Ramli malam tadi, mereka terus menikus. Hilang segala keberanian, hilang segala ketegasan, bahkan hilang juga segala semangat yang meluap-luap untuk menjelmakan PAS sebagai satu kuasa baru yang perlu diakur oleh PKR dan DAP.

Mengapa Setiausaha Agung PAS dan Timbalan Presiden PAS, sekadar mengangguk dan membenarkan kata-kata Wan Azizah?

Apakah mereka sudah tidak ada suara? Apakah mereka sudah hilang keberanian? Atau adakah kerana mereka terlalu mengkagumi Wan Azizah kerana Wan Azizah adalah isteri Anwar Ibrahim? Atau sebenarnya mereka sudah terkena sihir wanita yang kerap menggunakan air mata untuk meraih sokongan itu tetapi pada masa yang sama, bukan sahaja gagal memahami tugas sebagai wakil rakyat, bahkan gagal juga sebagai Presiden parti dan isteri.

Ini bukan kerana UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB sebagai Perdana Menteri tetapi kerana ketakutan melampau para pemimpin PAS yang menggalas amanah untuk membawa dan menekankan kepentingan PAS dalam pertemuan dengan PKR.

Undi tidak percaya kepada Najib memang perlu dibuat. Soal sama ada Najib berjaya sebagai Perdana Menteri sepertimana yang didakwa oleh para penyokongnya atau gagal total sepertimana yang didakwa oleh DAP dan bekas Perdana Menteri, Mahathir, ia adalah perkara sebaliknya.

Proses di Parlimen itu untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tidak ubah seperti perbuatan mengecat langit. Ini adalah kerana penguasaan PKR-DAP dan PAS sendiri tidak mampu mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh UBN.

Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi UBN. Sepertimana yang cuba dilakukan oleh Mahathir tetapi nampaknya usaha Mahathir juga kelihatan menghampiri kegagalan apabila laporan pengakuan penuh Xavier Justo dalam kes 1MDB kontradiks dengan hujah-hujahnya sendiri.

Wan Azizah mendakwa, PAS akan bersama-sama PKR untuk melakukan undi tidak percaya kepada Najib. Sedangkan sepatutnya PAS yang mengeluarkan kenyataan, PKR bersetuju untuk membuat undi tidak percaya memandangkan isu Undi Tidak Percaya kepada Najib telah diusulkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada 19 Ogos lalu.

PKR membawa PAS duduk semeja di Ibu Pejabat mereka semalam untuk memastikan PAS terus berada di bawah PKR bersama-sama PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu. Isu yang diperbincangkan ialah tentang PERLUNYA PAS MENERIMA PAN sebagai rakan sekutu dalam usaha menumbangkan UBN.

Sekaligus mengingatkan kita semula pada Gagasan Rakyat dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) yang membabitkan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1990. Watak PKR dan Wan Azizah atau lebih tepat lagi Anwar Ibrahim, sebenarnya adalah sama dengan Semangat 46 dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun tersebut.

Dalam pakatan 1990, PAS hanya mampu menguasai Kelantan tetapi Semangat 46 berkubur dan menyertai UBN setelah cita-cita Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Perdana Menteri, hancur berkecai.

Pada ketika itu jugalah, PAS dipaksa menerima Berjasa dan Hamim yang merupakan serpihan PAS dalam APU. Hubungan dengan DAP pula dibuat menerusi Gagasan Rakyat. Dengan kata lain, sama ada APU atau Gagasan Rakyat yang menang, Tengku Razaleigh yang akan menang.

Hakikatnya APU dan Gagasan Rakyat pada tahun 1990 telah memenangkan DAP. Begitu juga dengan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Yang kekal menang hanyalah DAP.

Kita sering melabelkan Najib dan para pemimpin UBN sebagai tidak bertelur dan sentiasa tunduk kepada MCA, GERAKAN dan MIC. Tetapi bagaimana dengan kita sendiri, yang pemimpin kita diberikan gelaran Ulama, tetapi sangat takut untuk memperjuangkan amanah yang diberikan dan sentiasa tunduk kepada kehendak musuh yang telah berkali-kali terbukti mengkhianati kita.

Apakah takdir Allah Taala menjadikan PAS dibarisi oleh para pemimpin yang tidak berani memperjuangkan amanah serta tanggungjawab yang digalas dan sentiasa mencipta alasan demi alasan untuk menutup kelemahan mereka?



Monday, 14 September 2015

Disebabkan PKR Yang Curi Ahli PAS, Nik Nazmi Bercakap Angkuh Terhadap Nik Abduh


Semua orang tahu dan ia adalah bukan satu rahsia besar bilamana puak yang menyokong kuat Anwar Ibrahim, terutama sekali yang mendapat manfaat secara langsung daripada Anwar Ibrahim sewaktu PENJENAYAH DAN BANDUAN JENAYAH LIWAT itu masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sangat kecewa selepas Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatannya, dipecat daripada UMNO dan diterajang keluar tanpa sebarang pampasan daripada Kerajaan Malaysia. Mereka inilah yang sama-sama mendokong Anwar Ibrahim untuk menubuhkan Keadilan, Parti Keadilan Nasional dan akhirnya Parti Keadilan Rakyat selepas bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang telah dijenamakan sebagai Parti Rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim seperti yang seringkali didedahkan oleh para pemimpin PAS sebelum pemecatannya, merupakan Menteri Kewangan paling korup yang pernah dihasilkan di bawah UBN. Anwar Ibrahim yang mendapat latihan langsung daripada CIA dan Zionis telah menubuhkan pelbagai syarikat proksi yang bertujuan mencuri wang negara bagi membiayai cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, perancangan Allah Taala mengatasi perancangan manusia. Walaupun jawatan Perdana Menteri sudah berada di dalam genggaman tangan, akhirnya Allah Taala menghinakan Anwar Ibrahim dengan sesuatu yang amat aib.

PAS memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim atas dasar kemanusiaan dan atas dasar taktik politik. Bagaimanapun, orang-orang Anwar Ibrahim termasuklah yang berada di dalam PAS menterjemahkan sokongan PAS kepada Anwar Ibrahim sebagai menyokong perbuatan mungkarnya.

Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana orang Anwar Ibrahim di dalam PAS yang antara mereka termasuklah Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad, Dr. Zul dan sebagainya, mendahului kepimpinan dalam membuat ulasan di hadapan media bagi menyokong dan membenarkan segala perlakuan Anwar Ibrahim. Mereka inilah yang kerapkali digambarkan sebagai pandangan dan pendirian PAS walaupun sebenarnya pendirian dan pandangan PAS dalam hal Anwar Ibrahim adalah berbeza sama sekali.

Pengaruh dan tekanan daripada puak Anwarinas yang mendapat kemewahan daripada DAP dan Anwar Ibrahim, membuatkan PAS melakukan kesilapan dengan memecat beberapa orang tokoh seperti Ustaz Nasha dan Hasan Ali yang dilabelkan sebagai Pendokong UG.

UG atau Unity Government adalah sesuatu yang amat jijik bagi golongan tersebut tetapi sangat mulia apabila membabitkan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

Budak-budak mentah seperti Nik Nazmi yang sekarang ini merupakan Ketua AMK, adalah golongan kanyiaq yang tidak tahu apa-apa yang berlaku pada pertengahan 1990-an lalu. Mereka dihidupkan dengan pembohongan dan pemalsuan.

Disebabkan itulah, Nik Nazmi boleh bercakap angkuh kepada Ustaz Nik Abduh. Kata Nik Nazmi, tidak salah untuk PKR menerima kemasukan bekas pemimpin dan ahli PAS ke dalam parti mereka. Kata budak mentah itu lagi, PAS atau lebih tepat lagi Ustaz Nik Abduh tidak perlu takut sekiranya, organisasi kuat.

Sedangkan perkara pokok yang disebut oleh Ustaz Nik Abduh iaitu, KESEPAKATAN dan PERSETUJUAN parti-parti gabungan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP untuk tidak menerima kemasukan ahli mana-mana antara ketiga-tiga parti, langsung tidak disentuh oleh PKR dan Nik Nazmi.

Jadi, kalu apa sahaja yang dilakukan oleh PKR, semuanya adalah sah dan mengikut moral tetapi apabila perkara yang sama dilakukan oleh PAS, maka ia akan menjadi satu kesalahan besar serta perlu diungkit dan PAS akan terus ditekan sehingga perlu menyerah segala-galanya kerana kesalahan tersebut?

Bukankah itu perangai yang seringkali dipamerkan oleh majoriti orang Cina yang cukup kuat merungut dan komplen tetapi apabila terbukti mereka yang melakukan kesalahan, mereka akan terus mencari pelbagai alasan termasuklah, 'KITA RAKYAT MALAYSIA'.

Kenyataan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nik Nazmi sebenarnya adalah cerminan kepada sikap PKR. Jadi, tidak mustahil, kalau PAS bersetuju untuk menyambut huluran kerjasama dan kesepakatan dengan PKR dalam mesyuarat malam nanti di Ibu Pejabat PKR, sekali lagi PAS akan ditindas dan dianiaya.

PAS perlu terus bergerak sendirian kerana selama ini pun, PKR dan DAP yang menumpang kita, bukan sebaliknya.

Sunday, 13 September 2015

Cubaan Menipu Oleh PKR: Para Pemimpin PAS Tidak Boleh Terjun Dalam Lubang Yang Sama Buat Kali Kedua



PKR menerusi Rafizi Ramli dengan penuh bangga membuat pengumuman bahawa mereka sudah semakin hampir berjaya untuk memperdayakan PAS buat kali kedua menerusi pertemuan dan mesyuarat di Ibu Pejabat PKR yang dijangka diadakan esok.

Semenjak 2008 lagi, PAS telah bekerjasama dengan PKR untuk menumbangkan UBN. Hasilnya, PKR berjaya menjadi penguasa di Selangor. Bagaimanapun, hanya PAS sahaja yang sentiasa beralah dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

Pada PRN Sarawak 2011, PKR dengan penuh sombong dan lagak mencaci PAS apabila PAS berhajat meletakkan lebih banyak calon di kerusi DUN Sarawak. PKR bertanding di 49 kerusi DUN dan PAS pula hanya 5. Kata PKR terutama dari mulut Zuraidah Kamaruddin, PAS tidak akan menang walau satu kerusi pun berbanding PKR yang dilihat sangat yakin memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN sekaligus akan menamatkan pemerintahan Taib Mahmud di Sarawak.

Apabila keputusan diumumkan, PAS yang tidak diberikan harapan dan bertanding pula di kerusi-kerusi tradisi serta kubu kuat PBB, tidak menang walau satu pun. PKR yang sangat berlagak dan angkuh, malah berbelanja besar dengan melakukan serangan besar-besaran ke atas Sarawak, hanya mampu memperolehi 3 kerusi.

Hanya DAP yang berjaya mencatatkan jumlah sekali ganda berbanding PRN sebelumnya iaitu 12 kerusi kesan daripada kempen agresif Ketuanan Cina di Sarawak dan penggunaan isu anti-Islam di kalangan pengundi-pengundi beragama Kristian.

PRN Sarawak 2011 mencatatkan permusuhan antara agama yang sangat hebat di kalangan rakyat Sarawak kesan hasutan dan kempen agresif DAP.

Dalam Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli, sekali lagi PAS menjadi mangsa dan kambing hitam yang dipersalahkan, apabila cubaan PKR untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan kerana kesalahan meliwat yang telah terbukti sepanjang tempoh perbicaraan panjang yang memakan masa lebih 3 tahun dan menerusi lebih 70 kali penangguhan dengan menggadaikan kerusi DUN Kajang yang mereka sendiri telah menangi beberapa bulan sebelum itu dalam PRU-13.

PAS dipersalahkan dan dijadikan bahan sesahan kerana keengganan Presiden PAS untuk menyokong Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga ahli PKR. Pelbagai cercaan dilemparkan kepada PAS malah para pemimpin seperti Khalid Samad, Dr. Zulkifli, Dr. Mariah dan sebagainya mencerca Presiden kerana enggan memberikan sokongan serta tunduk kepada Langkah Kajang.

Ternyata, hujah yang mengatakan Langkah Kajang adalah satu usaha untuk menaikkan Anwar Ibrahim bagi tujuan mengelakkan dia daripada dijatuhi hukuman penjara, adalah benar.

Ketika DAP menyerang dan menyalahkan PAS bulat-bulat sehingga DAP menerusi lidah Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS, PKR masih menyebelahi DAP dan langsung tidak membela PAS walaupun di Selangor, PAS membela dan mempertahankan PKR daripada kehilangan pentadbiran negeri di tangan UBN.

Kini, sedar bahawa tanpa PAS, PKR di Selangor akan hanya menjadi puing-puing kemusnahan, sekaligus menyebabkan PKR kehilangan sumber pendapatan utama parti selain bantuan kewangan daripada agensi Zionis antarabangsa, PKR cuba meletakkan PAS dalam Pakatan yang mereka sendiri ketuai selain Pakatan bersama-sama GHB dan DAP.

Pucuk pimpinan PAS seharusnya telah membuat ketetapan untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR yang sentiasa melebihkan bukan Islam dan DAP. Pucuk pimpinan PAS seharusnya sedar, mereka tidak boleh terjun ke dalam lubang yang sama, buat kali kedua.

Kerjasama dengan PKR buat kali kedua, tidak lebih daripada sekadar cubaan memusnahkan dan melenyapkan PAS buat selama-lamanya.

Kalaupun perlu bekerjasama dengan PKR, PAS perlu mendesak PKR agar memastikan PAS bertanding dan menguasai sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN dalam Pakatan yang baru terutama sekali kerusi-kerusi yang dirampas oleh PKR dalam beberapa PRU sebelum ini.

Kalau PKR bersetuju untuk menyerahkan lebih dari 30 kerusi DUN untuk ditandingi oleh PAS terutama di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu dan campuran, mungkin bolehlah PAS memberikan kerjasama. Kalau kerjasama yang diminta tetapi PKR yang menentukan hala tuju serta jumlah DUN yang bakal ditandingi oleh PAS, lebih baik hentikan segala bentuk kerjasama.

PAS lebih baik bergerak secara bersendirian.

Prinsip, ASALKAN BUKAN UMNO, sepatutnya ditukar menjadi ASALKAN BUKAN DAP!!!


PAS Tidak Memerlukan PKR Apatah Lagi 'Kutu Babi' GHB, Sebaliknya PAS Boleh Kuasai Selangor


UMNO di Selangor memang sudah tidak boleh diharap lagi. UMNO Selangor tidak bermaya. Kalau ada pun pemimpin UBN Selangor yang cuba menonjol, mereka tidak berminat dengan Selangor sebaliknya mengintai tempat di kedudukan Pusat terutama sekali dengan perangai mengampu tidak kena tempat seperti yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sedang berlagak kononnya hendak bawa sejuta orang untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada 16 September nanti.

Berdasarkan rekod, himpunan seperti itu hanyalah bermotifkan bajet dan kedudukan, bukannya ikhlas untuk berhimpun dan berjuang. Tambah-tambah pula yang terlibat di situ adalah orang seperti KUB Sungai Besar dan seorang bekas prebet tentera yang dibuang kerja kerana masalah disiplin tetapi menipu kononnya berpangkat Leftenan Kolonel.

PAS menguasai 14 kerusi DUN Selangor. Walaupun beberapa kerusi DUN Selangor yang dikuasai oleh PAS telah berpindah kepada GHB yang didanai oleh DAP, termasuklah beberapa kerusi Parlimen, hakikat yang tidak dapat ditolak ialah PAS Selangor sebenarnya sedang berada di atas landasan yang betul untuk menguasai Selangor.

Walaupun PKR menguasai 14 kerusi tetapi kebanyakan kerusi PKR, adalah hasil sokongan PAS, bukannya hasil sokongan Cina kerana kebanyakan Cina hanya menyokong DAP, manakala kawasan-kawasan bermajoriti Melayu pula, direbuti untuk ditandingi oleh PKR dari tangan PAS.

Sekarang, selepas PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat, terutama sekali selepas DAP melihat dan berasakan GHB lebih kuat dari PAS, strategi baru perlu disusun agar lebih sistematik dengan membuang sikap mengharapkan undi daripada pengundi Cina.

Yang pasti, pengundi-pengundi Cina tidak akan memberikan undi kepada PAS, sama keadaannya seperti yang dihadapi oleh UBN.

PAS mempunyai pengundi-pengundi muda yang aktif berbanding pengundi-pengundi muda UBN yang masih gagal dikumpulkan oleh parti pemerintah Pusat itu. PAS boleh menggunakan pengundi-pengundi muda itu untuk berganjak daripada sekadar bermatlamat untuk menang sebagai pembangkang, bukannya sebagai pemerintah.

Masanya sudah sampai untuk PAS Selangor bergerak lebih aktif dan lebih agresif selepas penyaringan dan penyingkiran para pemimpin pro-Anwar Ibrahim dan pro-Guan Eng yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan Pusat PAS.

Sudah sampai masanya juga untuk PAS Selangor mengenalpasti calon-calon bagi diletakkan dan dicagarkan pada PRU akan datang, sekaligus merampas semula kerusi-kerusi tradisi PAS yang telah diserahkan kepada PKR.

DAP tanpa PKR dan GHB bukan hanya akan pincang tetapi setidak-tidaknya dapat mengurangkan kesombongan dan keangkuhan keterlaluan mereka.

Kini masanya PAS untuk mengambilalih Selangor dari tangan PKR dan DAP. Sudah sampai masanya untuk orang Melayu bersatu dan memberikan peluang kepada PAS untuk memerintah Selangor.

Khalid Samad, sang parasit yang cuba memperlekeh-lekehkan PAS kononnya PAS perlu bersatu dengan DAP, PKR dan GHB dalam Pakatan 2.0, perlu sedar diri. Dia sendiri bukan sesiapa dan hanya diberikan publisiti kerana sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan Guan Eng, malahan bersikap LEBIH KRISTIAN DARI KRISTIAN, tidak diperlukan suara atau saranannya.

Ketakutan puak-puak GHB yang PAS Selangor akan menggantikan kedudukan PKR dan DAP di Selangor, menyebabkan mereka terpaksa mencipta fantamorgana kononnya, PAS diperlukan untuk menumbangkan UBN sedangkan hakikatnya, mereka yang sangat takut sekiranya PAS bersendirian mampu membuatkan DAP jadi kera sumbang.


Tuesday, 1 September 2015

Pijak Gambar Tuan Guru Haji Hadi, Tindakan Biadap Yang Memang Sebati Dengan DAP!


Inilah yang lama telah disuarakan oleh golongan PAS tegar. Telah diperingatkan bahawa DAP adalah syaitan yang tidak boleh dibuat baik atau didekati apatah lagi diminta kerjasama. Namun, suara dan peringatan ahli-ahli tegar PAS itu telah dipadamkan dan diperlekehkan oleh golongan yang sudah asyik masyuk dengan janji-janji lunak DAP.

Dari tahun 1965, diulangi kembali pada tahun 1974, kemudian 1990 dan 2004-2015, DAP tidak pernah menunjukkan rasa hormat kepada PAS. Malah PAS sentiasa dipandang sebagai anjing kurap yang boleh dituding-tuding dan dipersalahkan atas apa-apa sahaja kegagalan DAP.

29 dan 30 Ogos, DAP tunjuk besar kepala. Mereka menghimpunkan penyokong teramai untuk memenuhi jalanraya di Kuala Lumpur sambil menyatakan, mereka tidak menyusahkan sesiapa dan mereka juga kononnya tidak melanggar sebarang undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Bagi yang hanya tahu menelan tetapi tidak tahu berfikir, akan menerima kenyataan dangkal yang dikeluarkan itu begitu sahaja. Tetapi bagi yang ada otak dan mahu berfikir, sudah pasti akan melihat ia hanyalah semata-mata alasan untuk menghalalkan perbuatan yang boleh mencetuskan masalah yang lebih besar kepada negara ini.

Masalah ekonomi yang sedang melanda sekarang, bukan masalah Malaysia semata-mata. Ia adalah masalah dunia. Sedang negara-negara yang sedang berhadapan dengan kekangan ekonomi dan kejatuhan matawang lain, mampu menggembleng rakyatnya untuk menarik lebih banyak pelaburan luar masuk dengan gambaran kos lebih murah, DAP pula cuba menggambarkan negara ini sedang kacau bilau sekaligus mahu terus menjatuhkan lagi ekonomi dan kemudian membuatkan para pelabur asing yang ada di negara ini keluar beramai-ramai agar rakyat Malaysia menganggur secara pukal.


Kewujudan DAP sendiri adalah untuk merealisasikan impian rusuhan kaum 1964 di Singapura. Permusuhan dan dendam yang tidak berkesudahan kepada orang Melayu-Bumiputera yang telah berada di kawasan ini semenjak kewujudan Benua Sunda lagi, membuatkan mereka cuba melakukan sangkalan dengan berdasarkan kepada sejarah tahun 1931 dan 1945 apabila Cina dibawa masuk secara beramai-ramai, bermula untuk kerja-kerja ladang dan perlombongan sebelum kemasukan mereka untuk mengimbangi kuasa Imperialis Komunis yang diketuai oleh Chin Peng.

Bila mereka dalam kelompok kecil, mereka kelihatan sangat baik, sangat mesra dan sangat memahami. Itulah yang menyebabkan ramai orang Melayu-Bumiputera yang tertipu. Niat mereka sebenarnya tidak pernah baik kerana sikap self-centered mereka yang sangat menebal.


10 Oktober 1945 adalah tarikh yang digelarkan sebagai Double Tenth atau Hari Kebangsaan Cina. Pada tarikh itu, para pemimpin Kuomintang Malaya dan ahli-ahli perniagaan tersohor dan elit Cina di Malaya telah menaja satu perhimpunan besar-besaran untuk merayakan Hari Kebangsaan Republik China di Tanah Melayu dan Singapura. Turut terlibat dalam perayaan tersebut adalah ahli-ahli Parti Komunis Malaya dan MPAJA/MPAJU. Pemilik-pemilik perniagaan yang kaya raya berbangsa Cina seperti Malaya Chinese Chamber of Commerce dan Singapore Chineses Chamber of Commerce juga memberikan sokongan penuh.

Perhimpunan tersebut dibuat untuk menunjukkan solidariti dan persepakatan antara suku-suku kaum Cina di seluruh Malaya dan Singapura. Para pekerja lombong, ladang dan peniaga-peniaga Cina turut keluar beramai-ramai memberikan sokongan. Bandar-bandar besar di Malaya dan Singapura dipenuhi oleh orang-orang Cina yang sedang merayakan Hari Kebangsaan Republik China.

Antara sentimen yang dimainkan semasa perarakan besar-besaran itu adalah 'Long Live The Fatherland/Motherland. Antara bendera-bendera yang dikibarkan dalam perarkan besar-besaran itu termasuklah bendera Soviet Union, Republik Komunis China, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Perhimpunan itulah yang mencetuskan semangat self-centered Chinese Syndrome yang berasakan, mereka adalah tuan besar Tanah Melayu dan Singapura.

Perasaan atau perasan itulah yang membuatkan mereka sangat sombong dan melihat sesiapa sahaja di kalangan orang Melayu-Islam dan Bumiputera yang tidak bersama-sama mereka sebagai musuh yang perlu dihina dan dicaci maki.


Justeru, tindakan para penyokong DAP memijak gambar Tuan Guru Haji Hadi sebenarnya mencerminkan apa yang mereka mahu selama ini. Selagi Melayu-Islam dan Bumiputera tidak membenarkan muka dan kepala mereka dipijak dan diinjak-injak oleh Cina-Cina DAP, selagi itulah, kita akan dimusuhi walaupun para pemimpin Melayu terdahulu telah cuba untuk menjadikan mereka sebahagian daripada rakyat negara ini, malah sanggup pula menggadaikan hak berpolitik dan segala-galanya kepada kaum yang tidak kenal diuntung dan sedar diri itu.

Kalau masih tidak nampak, kalau masih buta dan masih lagi bebal dengan apa yang berlaku, hanya Allah Taala sahaja yang mampu mengangkat hijab yang menutup mata hati dan mata akal dalam mengenal usaha-usaha musuh yang mahu menghancurkan Islam dan umat Islam di negara ini khususnya.

Islam hanya akan kuat apabila umatnya bersatu. Islam hanya akan kembali gemilang apabila umatnya benar-benar tidak bersubahat dengan musuh atas apa matlamat sekalipun.

Marilah kita murnikan iktikad. Marilah kita jayakan kekuatan Islam yang telah dihancurkan oleh Isabella dan Ferdinand di Andalusia lima abad lampau. Belajarlah untuk mengenal diri, bukan belajar untuk mencari salah yang akhirnya menjadikan kita sebagai juzuk-juzuk kecil yang mudah ditindas seperti yang sedang berlaku sekarang.

Ingat kembali apa yang dikatakan oleh Syaidina Muawiyyah r.a kepada Herotus yang mahu menjadi batu api dalam perselisihan faham antaranya dengan Syaidina Ali r.a.


Saturday, 29 August 2015

BERSIH 4.0 Adalah Agenda GEREJA, Dijanakan oleh DAP dan Disokong Oleh GHB



Tanpa pembabitan PAS dalam demonstrasi gereja vs Islam atas nama BERSIH 4.0 tajaan DAP yang mendapat dana daripada NED, NSI dan OSI, demonstrasi yang kononnya merupakan demonstrasi pelbagai kaum sebagaimana yang didakwa oleh Hannah Yeoh, sangat hambar. Sebaliknya demonstrasi BERSIH 4.0 yang sedang berlangsung sekarang, hanyalah demonstrasi kaum Cina yang sudah cukup berlagak dan berkeyakinan penuh, mereka telah berjaya memperdayakan Melayu dan Bumiputera negara ini.

Maria Chin Abdullah, Pengerusi BERSIH menafikan mereka menerima dana dan bantuan daripada NED sebaliknya hanya daripada NSI dan OSI. Bagaimanapun ketiga-tiga pertubuhan tersebut adalah agensi pengacau dan pencetus huru-hara di seluruh dunia di bawah CIA.

Sebelum ini, pembabitan PAS dalam BERSIH 1, 2 dan 3, melindungi pembabitan Gereja dalam politik negara ini yang mana hampir kesemua pemimpin utama DAP adalah rangkaian utama mereka. Gereja sentiasa menafikan pembabitan dan berlagak seolah-olah mereka tidak terlibat, bebas, dan tidak berat sebelah. Manakala bantuan yang diberikan pula hanyalah bersifat kemanusiaan.

Bagaimanapun, baik BERSIH 1.0 sehinggalah BERSIH 3.0 mahupun beberapa demonstrasi lain, Gereja tidak pernah membuka pintu untuk para peserta demonstrasi. Sebaliknya mereka sekadar mencabar Masjid Negara dan Masjid Jamek, bahkan Masjid India untuk mengambilalih tanggungjawab mereka. Masjid India bagaimanapun sehingga ke hari ini enggan memberikan kemudahan itu kepada para pendemonstrasi BERSIH dan demonstrasi-demonstrasi lain, kecuali untuk solat semata-mata.


Namun dalam BERSIH 4.0, Archbishop Katholik Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bahawa tiga buah gereja besar di Kuala Lumpur dibuka kepada para peserta BERSIH 4.0 untuk berlindung dan mendapat semua kemudahan memandangkan BERSIH 4.0 dijangka berlangsung selama 2 hari. (DI SINI)

Gereja Katholik nampaknya tidak lagi berselindung setelah mereka berjaya menggemparkan Malaysia dengan tuntutan Kalimah ALLAH yang disokong kuat oleh golongan PARASIT dalam PAS yang sekarang ini keluar beramai-ramai untuk membentuk Gerakan Harapan Baru. Gereja Khatolik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyebarkan Bible berbahasa Melayu sehingga berani melanggar Perlembagaan negara yang juga disokong kuat oleh golongan PARASIT seperti Khalid Samad, Mat Sabu dan Dzulkefly Ahmad.

Menggunakan khidmat golongan PARASIT yang berada dalam saf kepimpinan PAS seperti Mat Sabu, Khalid Samad dan sebagainya, mereka cuba menggambarkan bahawa Islam adalah setara seperti agama mereka. Mereka cuba menggambarkan bahawa Islam mesti sentiasa beralah dengan agama lain bagi memastikan keselamatan negara ini. Mereka sentiasa menggambarkan bahawa Islam mesti sentiasa menyokong walaupun mereka mahu bertindak secara subversif.

PAS telah melihat ancaman ini lebih awal tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerapkali PARASIT memintas keputusan Majlis Syura dengan mengeluarkan kenyataan lebih awal dalam banyak hal yang membabitkan kepentingan Gereja dan DAP.



Selepas golongan PARASIT yang lebih tepat lagi dilabelkan sebagai munafiq bermufaraqah dari PAS demi menjaga kepentingan dan kekuasaan DAP dan Gereja, PAS akhirnya membuktikan bahawa mereka tidaklah sekuat mana apabila penyertaan BERSIH 4.0 jauh lebih kecil dan tidak akan memberikan sebarang impak kepada apa yang mereka usahakan.

NED, NSI dan OSI tentu telah merancang segala-galanya dengan sebaik-baiknya. Gereja digunakan untuk kuasa yang lebih besar bagi PRN Sarawak dan Sabah. Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengetahui lebih awal dan mengambil langkah yang amat dibenci oleh PARASIT yang telah banyak makan hasil daripada sogokan Lim Guan Eng dan DAP.

Hari ini golongan berkenaan sedang berusaha untuk membuktikan bahawa mereka telah berjaya menumbangkan Islam dan umat Islam di negara ini. Sokongan daripada GHB yang tidak seberapa walaupun gagal teruk, cuba diselindungkan dengan kejayaan mengumpulkan lebih ramai orang Cina, sekaligus memberikan isyarat bahawa Cina dan Gereja kini adalah satu kuasa besar setelah kejayaan DAP memecahbelahkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini.



Tuesday, 25 August 2015

TIADA KERAHAN AHLI Terlalu Ringan Berbanding Mudarat dan Pecah Belah Yang Telah Dilakukan oleh Kafir dan Munafiq Ke Atas PAS


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membuat keputusan bahawa BERSIH 4.0 tidak akan melibatkan PAS sama sekali. Justeru itu, ahli-ahli PAS tidak akan dikerah untuk menyertai demonstrasi BERSIH 4.0 yang mendapat dana daripada Zionis menerusi NED, NDI dan OSI pada 29 dan 30 Ogos ini bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia untuk digantikan oleh Kerajaan Anak-Beranak Lim atau menggunakan proksi mereka yang sangat bebal tetapi amat laparkan kuasa, iaitu Mat Sabu dan konco-konconya.

DAP pernah berjaya melakukannya pada tahun 2008 sehingga Februari 2009 dengan menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan haslnya, mereka berjaya merampas tanah Melayu menerusi pajakan selama 999 tahun untuk perkampungan bekas pengganas komunis yang telah diwujudkan pada zaman British menerusi Program Briggs.

Kejayaan terbesar DAP sekarang adalah dengan menghancurkan perkampungan-perkampungan Melayu di Pulau Pinang dengan menjadikan tanah-tanah wakaf di seluruh Pulau PInang yang tidak berdokumen sebagai tanah-tanah kerajaan atau orang perseorangan yang kemudiannya dijual kepada pihak pemaju untuk dibangunkan perumahan berharga mahal yang tidak mungkin mampu dibeli oleh Melayu dan umat Islam.

Lim Guan Eng sendiri pernah cuba merampas lapan lot tanah persendirian milik Melayu di Kampung Pokok Asam, Jelutong pada tahun 2012 selain mengancam untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan menghalau orang Melayu di situ. (DI SINI)

Kesilapan terbesar PAS sepanjang 2008 sehingga 2015 ialah sentiasa memberikan ruang yang sangat besar kepada DAP untuk mengambil kesempatan memperlekehkan Islam dan umat Islam. PAS yang dikuasai oleh golongan yang sekarang ini berada dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) yang telah memperkukuhkan kedudukan Lim Guan Eng dan DAP, malah cuba menggambarkan Lim Guan Eng dan DAP sebagai penyelamat beragama kafir yang sanggup berkompromi dengan umat Islam, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Keputusan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan bahawa PAS tidak akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai BERSIH 4.0, sebenarnya terlalu ringan dan mudah berbanding apa yang telah dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

Hanya golongan bebal dan buta perut sahaja yang akan menafikan, kesemua demonstrasi besar yang dianjurkan oleh DAP dan PKR sebenarnya dijayakan oleh PAS. Persemendaan atau lebih popular dengan istilah Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR-DAP mewajibkan PAS mengerahkan ahli-ahlinya untuk meramaikan apa-apa sahaja demonstrasi yang dianjurkan oleh kedua-dua parti tersebut. Ahli-ahli PAS jugalah yang diarahkan dan dikerah untuk meramaikan acara ceramah politik melibatkan DAP dan PKR. Malah ahli-ahli PAS jugalah yang diharapkan untuk menjadi aktif di media-media sosial seperti Facebook dan Blog untuk menggambarkan yang DAP dan PKR adalah penyelamat umat Islam di negara ini.

Sepatutnya PAS mengharamkan terus ahli-ahlinya daripada terlibat dengan PKR dan DAP. Kalau ada yang mengaku menjadi ahli PAS tetapi terkinja-kinja dengan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR atas nama BERSIH 4.0 yang menggunakan dana daripada organisasi Zionis yang diperolehi oleh Ambiga Sreevanasan baru-baru ini di Frankfurt, mereka sebenarnya adalah MUNAFIQ dan ZINDIQ yang sebenarnya mengharapkan kuasa kafir ke atas Islam di negara ini mengatasi segala-galanya.

Hanya golongan munafiq tegar sahaja yang akan bersama-sama DAP dan PKR dalam demonstrasi BERSIH 4.0 selepas imam-imam jemaah memutuskan bahawa demonstrasi itu sebenarnya adalah perkara maksiat yang mendatangkan mudarat lebih besar kepada umat Islam dan perjuangan Islam di negara ini.


Monday, 24 August 2015

Ustaz Hasan Tantawi Bocorkan Rahsia BERSIH 4.0 Mahu Pergunakan PAS Bagi Tujuan MEMERINTAH ISLAM


Cerita pasal BERSIH 4.0.. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat.. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata..

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0.. Bersih 1~3 Pas merupakan penganjur bersama.. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan..

Namun pada bersih 4.. PAS telah ditolak awal dr jadi penganjur bersama kerana dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu birukan keselamatan negara.

PAS yg ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama dlm kebajikannya (Unit Amal) utk turun seramai mungkin.. Tindakan ini seolah menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini nak meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka..

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka (ajk bersih) nak memerintah Islam..Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di dataran merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah..

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama nak dibuat dr 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36jam.. Tiada aktiviti yg khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas muslimat@perempuan dan muslimin@lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat.. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (ngo lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit amal menjadi budak suruhan utk kerja2 maksiat mereka..


Sunday, 2 August 2015

PAS KAWASAN Kuala Terengganu Lebih Berani Kerana Bertindak Tegas Ke Atas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Yang Sudah Jadi SYAITAN YANG NYATA!



Raja Kamarul Bahrin yang suatu ketika popular dengan kisah dia melarikan dua orang anaknya daripada bekas isterinya dari Australia dan kemudian terlibat dalam rekabentuk beberapa mercutanda di Terengganu yang kemudian popular pula dengan runtuh selain kerugian besar kepada Kerajaan Negeri Terengganu, kini mencipta populariti lagi.

Kali ini, dia menjadi Ahli Parlimen atas tiket PAS pertama yang diputuskan hubungan. Manakala PAS Kuala Terengganu pula merupakan yang pertama berani dan bertegas ke atas parasit GHB yang masih berada di dalam PAS walaupun mereka sudah menzahirkan kebencian melampau kepada PAS.

GHB dalam satu perkembangan akan mengambilalih parti KITA yang sebelum ini diterajui oleh Zaid Ibrahim, orang yang pernah cuba menyaman PAS Kelantan kerana mahu mewujudkan Hukum Hudud di Kelantan. Pada ketika itu, Zaid Ibrahim adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang kemudian digantung jawatan kerana rasuah wang ketika menang jawatan berkenaan.

Setiausaha PAS Kuala Terengganu, Mohd Soud @ Said @ Mat Ali berkata, keputusan memutuskan semua bentuk hubungan dengan Raja Kamarul Bahrin dibuat dalam satu mesyuarat semalam dan berpegang kepada pekeliling tentang GHB yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PAS Pusat.

Raja Kamarul Bahrin telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi GHB Terengganu dalam Himpunan GHB di Jertih, Besut pada 31 Julai lalu dan Raja Kamarul Bahrin dengan penuh gembira dan bangga menerima perisytiharan tersebut.

Gerakan Harapan Baru (GHB) telah ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu diketuai oleh Mat Sabu. Pergerakan tersebut dikatakan telah memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Namun pada masa yang sama, satu rundingan telah dibuat untuk GHB mengambilalih parti KITA sekiranya permohonan tidak diluluskan atau lambat.

Pada PRU-13, Raja Kamarul Bahrin telah berjaya menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti undi 10,785 atas tiket PAS mengalahkan calon UBN, Mohd Zubir Embong dan calon BEBAS, Maimun Yusof.

Adakah PAS Kawasan-Kawasan lain yang seberani PAS Kuala Terengganu? Atau mereka juga sebenarnya sangat bersimpati dan menyokong GHB tetapi tidak berani menyuarakannya kerana bimbang kehilangan segala-galanya terutama sekali pengaruh dan kedudukan?


Sunday, 26 July 2015

Takiyuddin Hassan Dipecat Dari Jawatan Dalam PAS Kota Bharu Oleh Pengerusi GERAKAN HARAPAN BARU Kelantan


Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang juga merupakan YDP Kota Bharu merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan penjilat paling tegar Lim Kit Siang. Apa-apa sahaja yang disuruh oleh Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang, akan segera dijunjung dan dilakukan oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Pada Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor tahun lepas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah telah melakukan kerja-kerja sabotaj yang akhirnya menyaksikan calon PAS kalah teruk di tangan calon UBN.

Pun begitu, dia tidak dikenakan sebarang tindakan, sekaligus menyebabkan Wan Abdul Rahim menjadi besar kepala dan berlagak sombong.

Pada pemilihan parti yang lepas, Wan Abdul Rahim secara terbuka menyatakan sokongan kepada PASMA yang dipimpin oleh Phahrolrazi Zawawi dan memilih serta berkempen untuk menggulingkan TGHH serta kepimpinan ulama. Tindakannya itu mendapat pujian daripada Lim Kit Siang yang membuat lawatan peribadi ke Kota Bharu serta mentazkirahkan hukum hudud di hadapan penonton Melayu-Islam yang juga merupakan penyokong kuat PAS.

Keinginan dan kecenderungan Wan Abdul Rahim untuk menjatuhkan PAS dan menjadikan PAS sebagai sebahagian daripada DAP di bawah jajahan Lim Kit Siang memang tidak dapat disorok-sorok lagi.

Selain daripada berjawatan Pengerusi PASMA Kelantan, kini Wan Abdul Rahim juga adalah Pengerusi Parti Gerakan Harapan Baru Kelantan yang belum didaftarkan dan disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

GHB telah diisytiharkan sebagai parti yang akan bertanding menentang PAS di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS di seluruh Malaysia dengan menjadikan Johor sebagai kubu kuatnya. GHB mendapat pembiayaan dan segala latihan teknikal serta taktikal daripada DAP. Beberapa orang pemimpin GHB terutama Mat Sabu dan Khalid Samad sedang aktif melancarkan ceramah dan kempen memburuk-burukkan PAS di seluruh negara.

Tindakan Wan Abdul Rahim memecat Takiyuddin Hassan sebenarnya telah dijangka dari awal lagi. Wan Abdul Rahim sedang dan telah menyalahgunakan kuasa sebagai YDP PAS Kawasan Kota Bharu bagi mengukuhkan GHB dan melumpuhkan PAS seratus peratus di situ.

Orang seperti Wan Abdul Rahim ada ramai di seluruh Malaysia. Kesemua mereka berselindung di sebalik jubah PAS dan mereka juga akan menggunakan kuasa PAS sewenang-wenangnya untuk menghancurkan PAS di samping menghidupkan GHB. GHB akan dijana dengan menggunakan semua kekuatan logistik dan aset PAS.

Kepimpinan utama PAS perlu melakukan pembersihan secara segera dan pantas. Kenalpasti orang seperti Wan Abdul Rahim tidak sukar kerana golongan berkenaan bergerak secara terang-terangan kerana berasakan mereka sangat kuat didalangi oleh DAP. Selagi puak-puak ini tidak dinyahkan dan disingkirkan dengan segera, PAS akan hancur di tangan mereka.

Niat mereka tidak baik. Perbuatan mereka sangat buruk. Amal mereka hanyalah untuk mengagungkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Tiada gunanya PAS terus menyimpan mereka ini dan berharap mereka akan berubah sikap. Parasit dan Iblis yang merasuk hati mereka, sudah terlalu kuat untuk dipujuk. Sebaliknya ubat kepada semua masalah ini adalah dengan mengerat dan menguburkan mereka.


Arahan Kepada Pemuda PAS Agar Tumpu Program Pemerkasaan Semula Jentera

ARAHAN KHAS
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
9 SYAWAL 1436H / 25 JULAI 2015

Dewan Pemuda PAS kini bersiap sedia mengerahkan jenteranya di seluruh negara bagi memulakan gerak kerja kepemudaannya yang lebih menyeluruh sebaik selesai program Ramadhan yang telah berakhir dengan sambutan Hari Raya Idil Fitri minggu lepas.

Justeru saya mengingatkan dan mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS untuk menumpukan 5 peratus daripada kekuatannya untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkait kekalutan dalaman yang tercetus pasca muktamar PAS baru-baru ini.

Begitu juga, 15 peratus daripada kekuatan pemuda PAS hendaklah ditumpukan kepada program pemerkasaan semula jentera pemuda akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat yang berakhir dengan terbatalnya hubungan tahaluf siyasi dengan DAP.

Manakala 80 peratus daripada kekuatan jentera Dewan Pemuda PAS di seluruh negara hendaklah digembeling dan dikerah untuk terus melaksanakan gerak kerja 'core business' pemuda PAS membina Malaysia melalui santunan terhadap isu-isu rakyat dan negara.

Saya berharap sehingga hujung 2015 nanti, Dewan Pemuda PAS sudah mampu menyerap segala isu dalamannya dan mengerahkan 100 peratus kekuatannya untuk berdenyut nadi bersama rakyat dan anak muda negara.

Dewan Pemuda PAS sedar betapa anak muda negara hari ini memerlukan suntikan semangat dan jati diri yang kental bagi menghadapi cabaran semasa kehidupan dan masa depan mereka sebagai generasi pewaris negara. Mereka mestilah disedarkan dan dibimbing dengan benar dan betul bagi berhadapan isu-isu politik, ekonomi, pekerjaan, sosial, keselamatan, alam sekitar dan segala kebejatan dalam pelbagai sektor akibat kerosakan yang melanda negara sepanjang pemerintahan puluhan tahun BN.

Sebagai langkah pertama sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan jelajah 'Wacana Kemerdekaan' yang melibatkan 100 buah bandar dan pekan di seluruh negara bagi menjelaskan isu-isu rakyat dan anak muda. Lebih 40 pemimpin anak muda Pemuda PAS telah bersedia untuk turun padang bermula pertengahan Ogos nanti.

Nantikan kehadiran kami. Selamat membina Malaysia yang lebih baik.

Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Friday, 24 July 2015

Terhalaunya PAS Dari Pakatan Rakyat Selangor, Bererti Malapetaka Terbesar Menimpa Umat Melayu-Islam Selangor

GHB bakal menggantikan PAS di Selangor. Tiga orang Exco Kerajaan Negeri dari Selangor bakal digugurkan dalam tempoh terdekat. Shaari Sungib, Hasnul Baharuddin dan Dr.Siti Mariah telah mengisytiharkan diri mereka keluar dari PAS dan menyertai GHB yang dipimpin oleh Mat Sabu.

GHB merupakan parti politik baru yang dicipta dan dibiayai oleh DAP selepas kegagalan DAP menguasai PAS menerusi pemilihan yang baru lalu. Sekaligus kemunculan GHB membenarkan teori yang cuba dinafikan tentang pendalangan DAP dan bantuan kewangan yang diterima untuk merampas kuasa.

Sebenarnya ketiadan Shaari Sungib dan Hasnul dalam PAS Selangor tidaklah begitu mengujakan kerana telah diketahui lebih awal, kedua-duanya adalah penjilat Lim Guan Eng paling tegar. Mereka juga lebih banyak mentaati Anwar Ibrahim berbanding pucuk pimpinan PAS.

Sekaligus dengan keluarnya Shaarib Sungib dan Hasnul dari PAS menjadikan komposisi penguasaan kerusi-kerusi DUN Selangor adalah 15 DAP, 13 PKR, 12, UMNO, 13 PAS, 1 Bebas dan 2 GHB. DAP akan bertambah kuat dengan kehadiran dua ADUN GHB. Sekaligus menjadi Teresa Kok dan Tony Pua lebih dominan di Selangor.

Azmin Ali tidak akan lebih daripada sekadar boneka sebagaimana yang dilakukan oleh DAP kepada Nizar Jamaluddin di Perak pada tahun 2008 dahulu. Beberapa dasar pro-Islam dan Melayu akan segera dihapuskan oleh DAP melalui tangan-tangan Azmin Ali dan PKR.

Baik PAS mahupun UBN, tidak akan dapat berbuat apa-apa. DAP mungkin akan mengumpan umat Islam Selangor dengan taktik seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dengan meuwar-uwarkan lebihan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama dan masjid tetapi pada masa yang sama, tidak membenarkan sekolah-sekolah agama dan masjid-masjid baru dibina. Peruntukan yang sebenarnya datang daripada Kerajaan Pusat itu akan diperlihatkan seolah-olah ianya datang dari kocek DAP Selangor.

Orang Melayu yang tinggal di Selangor perlu bersedia dengan kenaikan cukai tanah dan segala cukai lain pada kadar yang melampau seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Kawasan-kawasan pengundi bermajoriti Melayu akan dipecah-pecahkan dan Melayu akan dihalau secara sistematik menerusi kenaikan harga hartanah dan pembinaan perumahan-perumahan mewah. Manakala kawasan bukit dan puncak bukit pula akan ditarah untuk pembinaan kawasan kediaman mewah yang mana orang Melayu-Islam hanya mampu memandang semata-mata.

DAP juga akan memulakan penjualan tanah-tanah milik kerajaan negeri termasuklah milik Yayasan Selangor yang kini sudah pun dijarah dan tidak lagi menjadi entiti yang membantu pendidikan dan pelajaran Bumiputera. DAP juga akan merampas tanah-tanah serta aset-aset milik Yayasan Basmi Kemiskinan dan dengan menggunakan tenaga-tenaga kerja Melayu-Islam sebagai anggota-anggota penguatkuasa PBT, Ahli-Ahli Majlis PBT dari DAP akan mengeluarkan pelbagai arahan untuk melingkupkan apa-apa sahaja yang melibatkan Melayu-Islam di seluruh Selangor.

Bersedialah rakyat Selangor dengan malapetaka terbesar ini. Kejayaan DAP menghalau PAS dari Pakatan Rakyat Selangor, adalah kemusnahan besar-besaran umat Islam di negeri yang pernah dilabelkan sebagai kawah emas Malaysia.


Thursday, 23 July 2015

Dulu Semua Salah UMNO, Sekarang Semuanya Salah PAS!

Nabi dan rasul pilihan GERAKAN HARAPAN BARU terus berusaha untuk menyalahkan orang dan pihak lain kerana kegagalannya dan kelemahannya sendiri.

Lim Guan Eng yang diketahui telah melarikan sejumlah besar wang rakyat Pulau Pinang ke Hong Kong atas nama pelaburan tetapi tidak pernah memulangkannya semula, cuba menafikan bahawa Pulau Pinang yang amat dibangga-banggakan oleh GERAKAN HARAPAN BARU sedang berhadapan dengan krisis paling teruk.

Pulau Pinang bukan lagi menjadi pusat perdagangan Malaysia di Utara Semenanjung. Bahkan banyak pelaburan di Pulau Pinang telah lari keluar dari negeri itu, kesan daripada kelemahan dan kebodohan Lim Guan Eng mentadbir dan menguruskan negeri.

Topeng yang diciptanya untuk menunjukkan dia lebih baik daripada orang Melayu-Islam yang jadi Menteri Besar, sekarang ini hancur di tangannya sendiri. Dek kerana itulah, dia terpaksa mencari kambing hitam untuk terus menyalahkan orang lain selain daripada dirinya sendiri.

Beberapa hari lepas, Lim Guan Eng menuduh Kerajaan Persekutuan telah menghalau kapal-kapal pesiaran Star Cruise dari Pelabuhan Pulau Pinang. Seperti biasa, tuduhan amat mudah dibuat tetapi Lim Guan Eng juga sedar, orang Melayu yang jadi Kerajaan, tidak mudah untuk melatah dan mengambil tindakan undang-undang seperti menyaman seperti yang kerap dilakukannya.

Jadi, terselamatlah Lim Guan Eng daripada tuduhan liarnya.

Kemudian apabila pecah berita bahawa Star Cruise terpaksa berpindah operasi ke China kerana permintaan mereka untuk melebarkan fasiliti tidak dihiraukan dan diberikan perhatian oleh Lim Guan Eng yang sibuk nak bina rumah-rumah berharga mahal di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba mencari kambing hitam yang lain.

China telah menawarkan fasiliti dan peluang perniagaan yang lebih baik kepada Star Cruise berbanding Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng.

Pelaburan-pelaburan turun mendadak di Pulau Pinang. Lim Guan Eng menuduh MIDA dan Kerajaan Persekutuan telah memangsakan Pulau Pinang, tetapi apabila kilang-kilang baru dibina di Pulau Pinang, dengan segera dia mendabik dada kononnya itu adalah kerjanya.

Kini Tony Pua dikenakan sekatan daripada meninggalkan negara ini oleh pihak berkuasa. Lim Guan Eng segera menuduh PAS menjadi puncanya kenapa kerajaan begitu berani mengambil tindakan tersebut ke atas Tony Pua.

Sekarang, kita tunggu siapakah dari kalangan GERAKAN HARAPAN BARU yang akan segera membela Lim Guan Eng yang diketahui menjadi tukang penghantar duit untuk mereka hidup bermewah-mewah?

Anjing pasti akan menjilat tuannya!

Wednesday, 22 July 2015

Tahniah! GERAKAN HARAPAN BARU Tak Menyorok Lagi Bertuankan Kafir DAP!


Masa pendedahan dibuat yang sebahagian besar pemimpin PAS yang sekarang ini berada dalam Gerakan Harapan Baru ciptaan Mat Sabu berada di bawah tangan dan tanggungan DAP, bukan main marah lagi puak itu. Sehinggakan TGHH pun nak disaman oleh Ahmad Awang semata-mata untuk menegakkan benang basah.

Sekarang, Gerakan Harapan Baru yang sememangnya dibiayai oleh DAP dan akan bekerja untuk DAP, sudah pun keluar dari dalam gelap. Kesemua mereka yang berada dalam Gerakan Harapan Baru adalah mereka yang dicop sebagai anjing DAP sebelum ini yang mereka sendiri nafikan.

Ketua mereka adalah Mat Sabu yang banyak mendapat biaya serta dana daripada DAP, terutama menerusi kekayaan dan kemewahan yang dibayar oleh Perbadanan Air Pulau Pinang sebelum dia meletakkan jawatan bagi mendapatkan kemewahan yang lebih besar menerusi dua buah syarikat milik Nga Kor Ming.

Nga Kor Ming merupakan saingan utama Lim Guan Eng dan merupakan pemegang konsensi balak terbesar di Hulu Kelantan. Dia memperolehi konsensi tersebut ketika Husam Musa menjadi Exco Kanan Kelantan. Banjir besar pada penghujung tahun lepas, menyaksikan kawasan konsesi balak yang diserahkan kepada Nga Kor Ming dan sepupunya Ngeh Kor Ham sebagai punca utama.

Baik Nga Kor Ming mahupun Ngeh Kor Ham, mereka langsung enggan mengakui bertanggungjawab kepada malapetaka tersebut. Sebaliknya menyalahkan pelbagai pihak termasuklah Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menyumbang kepada kekayaan mereka dan syarikat mereka. Menariknya DAP secara keseluruhan turut membela kegiatan jenayah alam Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham dengan menjadikan PAS Kelantan sebagai bahan sesahan kerana kononnya gagal bertindak dan menguruskan mangsa banjir walaupun banjir besar lumpur dan kayu balak tersebut adalah hasil perbuatan Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Untuk mendapatkan pembelaan daripada Melayu yang rapat dengan PAS itulah, Mat Sabu diupah dan dibayar gaji.

Kini, Mat Sabu digunakan untuk menggerakkan GERAKAN HARAPAN BARU yang sedang menyerang PAS di sana sini. Gambaran diberika kononnya GERAKAN HARAPAN BARU amat kuat dan mendapat sambutan hebat di Johor walaupun hakikatnya tidak begitu.

Retorik kononnya GERAKAN HARAPAN BARU kuat di Johor sebenarnya tidak lebih daripada bantuan besar kepada DAP yang sedang merangka untuk memerintah Johor dan menamatkan kuasa Sultan Johor. DAP sebagai tuan anjing tahu, untuk menguasai Johor, mereka perlu menguasai kerusi-kerusi DUN yang memberikan kemenangan kepada UBN selama ini.

Penghantaran Salahuddin Ayub ke Johor dengan harapan pengaruh GERAKAN HARAPAN BARU lebih kuat menjelang PRU-13 lalu, tidak kesampaian walaupun pada masa yang sama, DAP berjaya menambah penguasaan beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Johor.

Apakah penghantaran dana besar oleh DAP menerusi GERAKAN HARAPAN BARU ditambah pula dengan keanggotaannya terdiri daripada golongan kecewa yang gagal dalam merebut jawatan dalam PAS menerusi pemilihan yang baru lepas, akan membolehkan DAP menambah lagi kerusi-kerusi DUN dan Parlimen terutama di kawasan-kawasan Melayu-Islam?

Saturday, 16 May 2015

20 DALIL KENAPA USTAZ AHMAD AWANG TAK LAYAK JADI PRESIDEN PAS


1.Ustaz Ahmad Awang langgar arahan Jamaah untuk bersama PASMA dan pernah nafi bersama PASMA diperingkat awal penubuhan PASMA walaupun diketahui ramai beliau terlibat dari awal, ini adalah penipuan yang mentah2 dan bknnya berbentuk u-turn.... Asmuni yg izinkn PASMA bertanding jg perlu diperhatikan.

2. Tidak punyai sokongan sehingga gagal pertahankan jawatan Naib Presiden PAS...Ertinya tiada sokongan akar umbi

3. Tidak mampu menjadi anggota MSU yg cemerlang sehingga tempatnya diganti.... . Ertinya tiada kredebiliti yg memberangsangkan untuk Jamaah

4. Konsep kerjasama sebagai PR bermula dari beliau di Perak,Tapi kerajaan PR Perak jatuh dan beliau lepas tangan .... bersifat penakut dan tidak bertanggungjawab

5. 5 tahun menghilangkan diri dari dunia politik kepartian , tiba2 muncul utk bertanding sbg Presiden.... Adakah beliau seorang yg ISTIQAMAH ???

6. kurang pengetahuan dan belum lagi teruji tentang selok belok parlimen.... apatah lg tiada ketegasan dlm mempertahankan dasar PAS.

7. Bakal menyempitkan perjuangan PAS dan membuat ahli PAS "mandom" dr isu kerjasama gerakan Islam antarabangsa

8. Memecah tradisi dgn mengisi borang btanding jawatan Presiden walaupun dilihat tiada tanjak atau karisma utk bergelar penongkah arus perubahan PAS atau PAS wajah baru yg jd harapan jebon sekalipun ..

9. Telah lanjut usia untuk memulakan tugas sebagai presiden...Sebelum ini PASMA mahu yg lebih muda dan kuat utk jadi Presiden

10. Dari sudut ilmu yg bermanfaat pd ummat terbukti Ustaz Ahmad Awang jauh terkebelakang

11. Golongan penyokong Ustaz Ahmad Awang adalah dari kalangan jebon dan hanya segelintir dari org biasa yg masih belum dpt kefahaman gerak kerja PAS yg utama.

12. Nama Ustaz Ahmad Awang hanya kelihatan gah sejak beberapa hari ini sahaja kerana jebon cuba sedaya mungkin menggunakan kekuatan media depa bagi kempen dan make up Ustaz Ahmad Awang supaya menjadi aktor filem yg gagah dan hebat kononnya.

13. Jika diberi markah lulus 50% sebagai Presiden Parti Islam,diyakini majoriti ilmuan agama dalam parti Islam tidak akan beri lebih dari 49% , maka ust AA hanya layak jd Presiden PASMA yang mana PASMA sendiri pon sudah pasti tidak yakin untuk berikan jawatan tersebut kepada beliau ... hanya sebagai boneka jebon saja kedudukkan beliau sekarang

14. Ustaz Ahmad Awang hanya diberi sokongan oleh pejuang rakyat yang hanya teruji dgn penjara, tp TGHAH diberi sokongan oleh syuhada dan keluarga syuhada Memali..... Dlm ertikata lain, pejuang yg bsama TGHAH adalah dari kalangan mereka yg sanggup bkorban habis2an berbanding penyokong Ustaz Ahmad Awang yang hanya kerjanya lebih kepada memburukkan & mengaibkan TGHAH dan dok makeup Ustaz Ahmad Awang sahaja.

15. Ustaz Ahmad Awang tidak biasa menyelami kerja dan jiwa rakyat marhaen bawahan terutama dari kalangan petani dan pelaut......TGHAH telah terbukti lebih berjiwa anak kampung tetapi akalnya diguna pakai oleh DUNIA ISLAM.

16. Ustaz Ahmad Awang tidak pernah menjana ekonomi masyarakat setempat , apalagi menjana ekonomi negara... TGHAH kerana kuliahnya sahaja ratusan peniaga mendapat peluang perniagaan.....Tu belum jd PM lg smile emoticon
😅
17. Umur 17 tahun TGHAH dah mula pegang jawatan sbg s/u Ranting Rusila , umur bergiatnya dalam gerak kerja PAS lebih awal dan sangat lama....... Ust Ahmad Awang lebih dewasa pada umur,tp bilakah bermulanya dalam gerak kerja politik PAS?

18.Bila taip biodata Ust ahmad maka 'biodata ustaz ahmad awang' berada di senarai no 10 berbanding Ustaz Ahmad yg lain . no 8 dan no 9 di atas ust Ahmad Awang adalah "biodata Ust Ahmad Dasuki Abd Rani" dan "biodata Ustaz Ahmad Dasuki" yg menyokong kepimpinan TG presiden........Biodata Ust Abdul Hadi pula duduk no 1 berbanding ust abdul hadi yg lain.

19. Jika kalah menang TERENGGANU jd ukuran kebenaran kepimpinan TGHAH , maka Ust Ahmad Awang yg aktif dlm PAS sejak 1999 (zaman reformasi Anwar) tewas sebagai calon Parlimen dlm PRU 10 dan 11....itu menandakan beliau lagilah lemah jika kemengan sebagai ukurannya.

20. Ustaz Ahmad Awang terlibat dlm politik PAS pada tahun 1984 pada usia 48 tahun dan hanya aktif setelah pegang jawatan pada tahun 1999.

Jadi,siapakah beliau sebelum itu dan apakah sumbangan serta persepsi beliau terhadap pas sebelum itu????

Oleh itu,Ustaz Ahmad Awang belum layak untuk menggantikan TGHAH sebagai PRESIDEN PAS kerana beliau masih belum cukup pengalaman dan penerimaan akar umbi,apapon tok harap dia istiqamah dalam pas dan terus timba pengalaman serta dekati akar umbi,Insyaallah dalam tempoh 20 tahun akan datang mungkin beliau layak untuk jadi PRESIDEN PAS !! Kesimpulannya,kita hold dulu keinginan beliau utk jadi PRESIDEN PAS untuk sesi 2015-2017 dan mungkin kita naikkan beliau sebagai PRESIDEN PAS untuk masa 20 tahun akan datang iaitu sekitar tahun 2035 nanti.

HAKIKATNYA USTAZ AHMAD AWANG BUKAN DIANGKAT OLEH JEBON SEBAGAI PEMIMPIN TETAPI UTK DIPIMPIN OLEH JEBON SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN DEPA ...ITU HAKIKAT YG NYATA !!!

TUC TOK USIN CEROI

Thursday, 7 May 2015

Hari Ini, Kita Ajar PKR dan Keluarga Anwar Ibrahim Supaya Jangan Besar Kepala


Hari ini adalah hari penentuan sama ada PKR dan keluarga Anwar Ibrahim masih boleh berkerjaya politik dengan menggunakan pihak lain atau sebaliknya, kembali merendah diri dan berpijak ke bumi nyata seperti yang berlaku pada tahun 1999 sehingga 2003.

Sepanjang tempoh 12 hari berkempen di Permatang Pauh, PKR telah menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Benih-benih kejahatan dari dalam UBN yang telah diwarisi dan dijelmakan dalam bentuk PKR. Secara tepatnya, semua kejahatan dari UBN boleh kita lihat di dalam PKR walaupun PKR seringkali menuduh pihak lain yang jahat.

Apa yang berlaku semalam di hadapan Masjid Kubang Semang selain kenyataan Nurul Nuha adalah satu penghinaan besar terhadap PAS, khususnya kepada golongan yang mencintai dan mengharapkan teduhan ilmu para ulama bagi menjayakan konsep Baldatun Toiyibbatun Wa Robbun Ghaffur yang tidak diimani oleh PKR.

Tindakan provokasi yang dilakukan oleh golongan PKR itu sewajarnya dibalas dengan menunjukkan kuasa sebenar ahli-ahli PAS.

Para penyokong PKR yang ganas itu sebenarnya beranggapan para pemimpin PASMA dan Anwariyyun di dalam PAS cukup kuat dan dengan bantuan kewangan yang kukuh daripada DAP dan Lim Guan Eng, sangkaan mereka ialah mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

Para jemaah PAS di Permatang Pauh perlu menghalang PKR daripada menjadi terlalu besar kepala. Permatang Pauh adalah maruah dan kebanggaan mereka. Kalah Permatang Pauh di tangan UBN, bererti seluruh maruah mereka hilang begitu sahaja. Maruah Permatang Pauh jauh lebih besar berbanding maruah Anwar Ibrahim berbogel dan bersetubuh dengan seorang pelacur China yang terakam dalam klip video yang disebarkan oleh bekas kawan baiknya sendiri.

Bukan kita mahu membalas dendam kerana PKR dan DAP tidak membantu kita langsung di Rompin sebaliknya dalam Tahaluf Siyasi yang kita kemudiannya dipermain-mainkan dan diguna-gunakan, ini juga adalah salah satu kaedah untuk memastikan perjuangan kita diterima dan objektif kita untuk melihat hudud dilaksanakan di Malaysia atau setidak-tidaknya di Kelantan, tercapai.

Memberikan kemenangan kepada PKR dan Wan Azizah bererti kita meruntuhkan perjuangan kita sendiri. Memberikan walau satu undi pun kepada Wan Azizah dan PKR di PRK Permatang Pauh bererti kita mengkhianati perjuangan Islam dan perintah Allah Taala.

Biarkan para pemimpin dan pendokong PASMA dengan ketakutan mereka sendiri terhadap keluarga Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Sebagai umat Islam, kita hanya disuruh takut kepada Allah Taala, mengikut perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.

Bebaskan otak, akal dan iman kita daripada takut kepada makhluk dan kewangan mereka. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk menunjuk ajar kaum zindiq yang selama ini cukup biadap menghina kita dan perjuangan kita.

Tuesday, 5 May 2015

ALHAMDULILLAH HI RABBIL'ALAMIN.... Ustaz Nik Abduh Sah Bertanding Jawatan Ketua Pemuda PAS

Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat tidak ubah seperti salah satu entiti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Suhaizan Kaiat langsung tidak berkeupayaan untuk mengendalikan sayap penting dalam PAS ini. Sebaliknya Suhaizan Kaiat telah membawa Pemuda PAS tidak ubah seperti pondan. Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat langsung tidak bertaring dan tenggelam punca.

Terakhir, Suhaizan Kaiat dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda PAS Permatang Pauh agar memberikan kerjasama dan berkempen untuk Wan Azizah di Permatang Pauh sekalipun pada masa yang sama, PKR dan DAP langsung tidak membantu PAS di Rompin.

Pemilihan kali ini bakal menyaksikan Ustaz Nik Abduh yang amat dibenci oleh Husam Musa dan gerombolannya. Ustaz Nik Abduh telah dicalonkan semula pada Muktamar PAS bulan hadapan.

Sebelum ini, Ustaz Nik Abduh pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda.

Dalam pemilihan kali ini, Ustaz Nik Abduh akan bersaing dengan empat nama lain iaitu Suhaizan Kaiat yang merupakan penyandang, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Ahmad Fadhil Shaari dan Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beberapa kenyataan Ustaz Nik Abduh sebelum ini telah dimanipulasi dan dijadikan bahan oleh golongan PASMA dan Anwariyyun untuk menghentam keperibadiannya selain mewajarkan teori PAS MASUK UMNO mereka.

Ustaz Nik Abduh pernah menimbulkan kontroversi apabila menyatakan Almarhum ayahandanya telah diberikan maklumat tidak tepat dan penipuan oleh para penasihat di sekelilingnya. Husam Musa yang sebelum itu dikatakan amat rapat dengan Almarhum TGNA dan pernah juga diuar-uarkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan, melenting dan orang-orangnya kemudiannya melakukan kerja-kerja jahat untuk mengotorkan nama Ustaz Nik Abduh menyebabkan Ustaz Nik Abduh terpaksa menarik diri daripada pemilihan sebelum ini.

Pun begitu, Ustaz Nik Abduh telah meletakkan benteng dan tidak lagi membenarkan golongan parasit tersebut mendekati ayahandanya, sekaligus memperlihatkan perubahan sikap Almarhum TGNA dalam banyak hal terutama sekali hubungannya dengan TGHH yang jauh lebih mesra berbanding ketika Husam Musa menjadi penasihatnya.

Di tengah-tengah kekalutan dan kecelaruan perjuangan PAS kerana golongan parasit, PASMA dan Anwariyyun yang cukup kuat menyokong Lim Guan Eng serta Anwar Ibrahim sekeluarga, ahli-ahli PAS tulen yang komited dengan perjuangan Islam khususnya golongan Pemuda, memerlukan seorang pemimpin yang lebih tegas menyatakan pendirian PAS berbanding Suhaizan Kaiat yang lebih PKR dan DAP berbanding PAS.


Semoga kemenangan dianugerahkan Allah Taala kepada Ustaz Nik Abduh yang merupakan benih dan didikan TGNA untuk ummah. Sekaligus memperkenankan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Allahyarham Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohammad yang cuba disorok oleh golongan parasit penyembah Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Hujah Dangkal Mat Sabu Sekadar Cubaan Halalkan Kebencian PKR Kepada Hudud

Semakin lama, sikap dan kecenderungan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ke atas kepimpinan dan perjuangan partinya sendiri, semakin ketara. Sepatutnya sebagai orang yang pernah bergelar 'Ayam Sabung PAS', Mat Sabu lebih faham tentang PAS dan perjuangan parti ini berbanding orang lain, termasuklah para pemimpin yang baru muncul dari IRC, ABIM dan sebagainya.

Barangkali selepas Mahathir tidak lagi menjadi penghulur maklumat kepadanya sepertimana ketika Mahathir masih Perdana Menteri dahulu, Mat Sabu hilang segala punca dan tindakan serta kenyataan-kenyataannya jelas tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada parti. Malah Mat Sabu dilihat lebih condong kepada perjuangan Anwar Ibrahim dan DAP yang amat dimusuhi PAS suatu masa dahulu.

PRK Permatang Pauh sekali lagi menyaksikan Mat Sabu menjadi jurucakap PKR dan keluarga Anwar Ibrahim berbanding memperjuangkan hasrat parti yang mahu memartabatkan Islam. Malah Mat Sabu yang seringkali dipertikaikan kedudukannya dalam saf kepimpinan bertunjangkan ulama, cuba mengeluarkan hujah serta menghalalkan perbuatan Wan Azizah dan pendirian PKR yang teguh memperlekehkan serta menentang hukum hudud walaupun hanya untuk dilaksanakan di Kelantan.

Wan Azizah pernah dipetik sebagai berkata, kononnya sebagai orang Islam dia menerima hudud kerana ia adalah perintah Allah Taala tetapi umat Islam dan rakyat Malaysia memerlukan lebih dari hudud terutama menentang kebobrokan UBN. Sokongan sebulat suara yang diberikan UBN Kelantan kepada usul Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan hudud dikatakannya palsu dan hanya sandiwara sedangkan penentangan yang dibuat oleh PKR dan dia sendiri ke atas hudud, merupakan satu usaha untuk mengeluarkan rakyat daripada kongkongan ekonomi serta kebejatan pentadbiran UBN.

Barangkali tidak cukup bodoh untuk faham, walaupun cakapnya berbelit-belit, Wan Azizah dan PKR sememangnya bersuara senada DAP iaitu menentang hudud dan perlaksanaan hudud, bahkan menentang keras pembentangan usul hudud di Parlimen.

Antara wasiat Almarhum TGNA kepada ahli jemaah adalah, seandainya UBN mahukan Islam, maka wajib bagi kita untuk memberikan sokongan kepada mereka.

Menariknya, Mat Sabu dan sebahagian daripada para pemimpin PASMA dan Anwariyyun dalam PAS menghalang kebenaran daripada diperlihatkan kepada ahli jemaah Islamiyyah PAS sebaliknya cuba mengelabui dengan bidaah-bidaah serta taghut yang berkiblatkan DAP dan PKR.

Dalam kenyataan terbarunya, Mat Sabu menyatakan PAS amat memerlukan PKR. Justeru, dalam PRK Permatang Pauh, para penyokong PAS perlu memberikan undi mereka kepada Wan Azizah bagi membolehkan DAP dan PKR membantu PAS ke Putrajaya.

Mat Sabu mencanang kronologi peristiwa yang membuahkan Pakatan Rakyat dalam siri ceramah beliau bagi menyakinkan penyokong PAS untuk mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil kerusi parlimen itu Khamis ini.

Malah beliau berkata mantan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memimpin Kelantan dan Terengganu hanya apabila PAS bergading dengan parti politik lain.

"Tahun 1978 kita lawan BN tetapi tidak menang, tidak boleh ambil semula Kelantan, tahun 1982, kita lawan semula BN untuk ambil Kelantan pun tidak boleh juga, tahun 1990, bila BN pecah, kita tahaluf dengan Semangat 46, kita lawan UMNO, kita menang dan tawan Kelantan.

"Nik Aziz jadi menteri besar selepas menang, maknanya kita ambil pakatan politik dan bukan PAS seorang," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli PAS dan orang luar yang datang memerhati di Markaz Besar PAS Pejabat ADUN Permatang Pasir.

" Kita menang di Terengganu setelah ada barisan alternatif walaupun Keadilan tidak berapa besar di Terengganu, kita sokong dia, dia sokong kita, Tok Guru Haji Hadi dapat menjadi menteri besar Terengganu.

"Hasil daripada pakatan dan keadilan," kata beliau, merujuk kepada kejayaan PAS menubuhkan kerajaan negeri di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 namun ia tewas pada PRU seterusnya.

Kupasan sejarah itu diungkit Mat Sabu berikutan gertakan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang mengancam mahu menafikan 10,000 undi untuk Wan Azizah di Permatang Pauh. Mereka marah kerana tindakan PKR membidas Hadi sebelum ini.

Dalam ceramahnya, Mat Sabu juga berkata hasil kerjasama dengan DAP dan PKR, pemimpin-pemimpin PAS dapat rasa menjadi menteri besar di negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah.

Yang tidak disebutkan oleh Mat Sabu ialah, PKR dan DAP sebenarnya yang banyak menang kerusi, berjaya menawan Pulau Pinang dan Selangor, bahkan Perak dengan bantuan serta pergantungan kepada PAS.

Mengapa Mat Sabu memperlekehkan partinya sendiri?

Kecil sangatkah, kerdil sangatkah, lemah sangatkah PAS sehingga perlu diperlekehkan oleh Timbalan Presiden sendiri? Mengapa pula agaknya, UBN menggunakan pelbagai kaedah dan dakyah semata-mata untuk mengalahkan PAS jikalau PAS sangat lemah seperti persepsi yang cuba ditimbulkan oleh Mat Sabu?

Monday, 4 May 2015

Kerajaan Perpaduan Diratibkan Lagi Oleh Anwariyyun Menjelang PRK Permatang Pauh dan Rompin Untuk Hina TGHH


Cita-cita besar kumpulan Anwariyun untuk menguasai dan menjajah PAS dan kemudian menukarkan jemaah Islam ini menjadi sebahagian daripada DAP dan PKR, masih tidak habis-habis. Bukan sahaja mereka tidak berpuas hati kerana Tuan Guru Presiden bersikap seperti acuh tidak acuh terhadap Wan Azizah dan PKR di Permatang Pauh tetapi juga terdapat beberapa siri penentangan daripada akar umbi PAS kepada DAP dan PKR di Permatang Pauh.

Biarpun Tuan Guru Presiden telah dua kali mengeluarkan kenyataan bahawa PAS masih bersama-sama Pakatan Rakyat tetapi dek kerana PAS dan Tuan Guru Presiden enggan menggugurkan hudud, golongan Anwariyyun itu cuba mengambil kesempatan dengan memburuk-burukkan Tuan Guru Presiden dan PAS.

Untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian kepada TGHH, Anwariyyun dan PKR kembali mengalunkan cerita tentang KERAJAAN PERPADUAN yang dicadangkan oleh TGHH pada tahun 2009. Cerita sebenar tentang Kerajaan Perpaduan tidak diterangkan, sebaliknya mereka memutarbelitkan cerita tersebut dan memberikan gambaran yang TGHH mahu membawa PAS untuk bersatu dengan UBN.

Pada 1 Mei lalu, TGHH ketika sidang media selepas satu seminar di Singapura, telah mengungkapkan kembali Kerajaan Perpaduan yang menurut Tuan Guru, wajar diadakan ekoran keadaan ekonomi Malaysia yang lemah, hutang luar yang telah mencecah RM800 bilion, kejatuhan nilai Ringgit, GST yang membebankan rakyat menerusi tindakan peniaga menaikkan harga barang dan kerajaan UBN tidak mampu mengekangnya, kadar jenayah meningkat dan pergaduhan antara kem Mahathir dengan kem Najib. Kesemua faktor tersebut akan menyebabkan negara bakal berhadapan dengan masalah besar. Jadi, TGHH mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan bagi menangani kesemua masalah berkenaan.

Namun, kaum Anwariyyun dan PASMA lebih loncat dari lompat. Mereka sengaja tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh TGHH sebaliknya mereka mencipta pula fantasi sendiri kononnya TGHH mahu membawa PAS masuk UBN.


Anehnya, cadangan TGHH itu dianggap satu dosa besar, sedangkan DAP menerusi Lim Kit Siang yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan antara DAP dengan UBN, bukan sahaja disokong oleh Anwariyyun dan PASMA tetapi juga dijadikan sebagai modal untuk mengagung-agungkan Lim Kit Siang dan DAP. Malah usaha Anwar Ibrahim untuk membuat Konsensus Nasional bersama-sama Najib Abdul Razak menerusi surat perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal oleh Anwar Ibrahim juga, turut mendapat pujian mereka.

Tetapi apabila TGHH yang membuat cadangan, ia jadi satu dosa besar. Sehinggakan calon Presiden PAS, Ahmad Awang yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia menyatakan, PAS akan ketinggalan dan terkebelakang jikalau terus dipimpin oleh ulama.



Ahmad Awang yang terlupa atau sengaja buat-buat lupa bagaimana dia adalah seorang muflis sehinggalah dia berjaya menipu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tahun 2008, mungkin sudah terlalu banyak terhutang budi dengan DAP dan Anwar Ibrahim sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Nampaknya bersungguh-sungguh benar puak Anwariyyun dan PASMA mahu menggulingkan TGHH dan menghancurkan PAS semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Lim Guan Eng dan PKR.