Monday, 31 March 2014

Tolonglah Mahfuz Omar, Jangan Terus Malukan PAS

Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar kembali membuat kenyataan. Dia seperti tidak mahu ketinggalan membuat sebarang kenyataan yang dirasakannya boleh menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat dan kegemilangan PAS menerusi Tahaluf Siyasi dengan DAP dan Anwar Ibrahim.

Memali merupakan kisah hitam negara ini selepas Ganyang Malaysia, Pemisahan Singapura dan Tragedi 13 Mei, Al-Maunah, Serangan Balai Polis Batu Pahat dan sebagainya. Pelbagai pendapat disuarakan. Ada yang menyalahkan Kerajaan UBN dan tidak kurang juga yang membela UBN kerana sifatnya selaku pemerintah yang mendahului kemaslahatan berbanding kemafsadatan.

Kebanyakan orang PAS, khususnya yang terlibat dalam Tragedi Memali, cuba melupakan peristiwa hitam itu setelah mengetahui perkara sebenarnya. Tetapi beberapa pemimpin PAS yang mendapat laba besar daripada tragedi tersebut, sama ada dalam bentuk kewangan mahupun dalam bentuk populariti, terus-menerus mendendangkan kisah Memali untuk mendapatkan perhatian.

Musa Hitam yang bercakap dalam satu forum anjuran Kerajaan Kelantan, telah mendedahkan sesuatu yang tentu sekali mengejutkan kita selaku ahli-ahli PAS. Apakan tidak, Musa Hitam menuduh Dr. Mahathir terlibat sama dalam tragedi tersebut, walaupun terlalu banyak bukti menunjukkan Musa Hitam berbohong dalam kes ini.

Kata Musa Hitam yang kemudiannya menyebabkan ramai orang PAS ternganga dan berasakan ini peluang terbaik untuk menyerang Dr. Mahathir ialah, Dr. Mahathir sebenarnya tidak ke mana-mana dari hari pertama tragedi tersebut sehingga hari keempat. Malah, Musa Hitam juga menafikan Dr. Mahathir berada di China.

Bagaimanapun bukti-bukti yang melibatkan dokumentasi, lain pula ceritanya. Semua dokumen termasuklah yang ditulis oleh pihak asing menunjukkan Dr. Mahathir berada di China dan Jepun dari 18 November sehingga 28 November 1985.

Memali diserang oleh pasukan keselamatan negara pada 19 November di bawah perintah Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri - memangku jawatan Perdana Menteri waktu itu - merangkap Menteri Dalam Negeri.

Apabila Mahfuz Omar cuba membenarkan kata-kata Musa Hitam, persepsi yang dibuat terhadap PAS ialah, para pemimpin PAS terlalu mudah percaya dengan pembohongan orang seperti Musa Hitam yang sedang marah kerana jawatan dan kepentingannya dalam syarikat GLC Kerajaan tidak disambung semula.

Ini kesilapan yang sering kita lakukan. Kita kutip Mat Taib yang kecewa kerana gagal menjadi Timbalan Presiden UBN dan kita berikan gambaran besar kepadanya walaupun hakikatnya, Mat Taib sudah hilang kredibiliti. Kita kutip bekas-bekas UBN dan diserap masuk dalam parti kita serta diberikan peluang sebagai penceramah seperti Tamrin Ghafar yang kita tahu, marahnya kepada UBN bukanlah kerana maksiatnya UBN tetapi kerana kepentingannya telah ditarik balik. Jawatannya selaku Pengerusi MARA tidak disambung semula, bahkan beberapa projeknya dengan kerajaan juga telah ditarik balik kerana gagal disiapkan mengikut masa dan spesifikasi. Lebih daripada itu, perangai hodohnya dan skandalnya menyebabkan kepimpinan UBN menyisihkannya.

Paling teruk sekali ialah apabila kita mengutip Anwar Ibrahim dan meletakkannya di tempat tidak sewajarnya, padahal sewaktu dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu, kitalah yang paling lantang mendesak agar seorang yang mempunyai kecenderungan seks luar tabie dikeluarkan dari saf kepimpinan kerana kebimbangan kita kepada bala yang didatangkan oleh Allah Taala.

Mahfuz Omar atau mana-mana pemimpin PAS jangan sesekali memalukan jemaah dan parti kita dengan kenyataan-kenyataan bodoh seperti ini. Lebih baik menutup mulut dan diam berbanding mengeluarkan kata-kata yang kemudiannya boleh disanggah dengan mudah dengan pelbagai bukti yang menunjukkan apa yang kita sangkakan dan cakapkan langsung tidak sama.

Bahaya kalau kita terus biarkan kebodohan seperti yang ditunjukkan oleh Mahfuz Omar bermaharajalela dalam parti...

Sunday, 30 March 2014

Perangai Mengada-Ngada... Makin Dilayan Makin Eksyen... Tu Namanya CINA!

Ada sebahagian daripada kita cukup seronok apabila rakyat China mengamuk dan memboikot negara ini. Mereka juga cuku[p seronok apabila negara ini dilabelkan sebagai pembunuh dan kerajaannya dituduh sebagai 'pembohong'.

Walaupun UBN kuat berbohong dan melakukan tipu perdaya, tetapi dalam isu MH370, UBN yang diketuai oleh Najib, tidak mungkin berani berbohong. Apatah lagi yang bersama-sama Kerajaan Malaysia melakukan pencarian dan penyelamatan (SAR) adalah Amerika Syarikat dan China.

Semakin ramai yang menuding jari kepada Amerika Syarikat dan pangkalan rahsianya di Diego Garcia, sebuah pulau batu karang yang terletak di tengah-tengah Lautan Hindi. Apatah lagi dengan kewujudan 20 orang pakar jurutera Freescales Semiconductor yang menjadi penumpang MH370, dan fobia Amerika Syarikat terhadap kemampuan China membangunkan industri aviasi mereka, menjadikan negara kuasa besar itu sebagai calon yang paling sesuai untuk dituduh sebagai perampas pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia itu, hampir sebulan lepas.

Satu-satunya tragedi besar membabitkan pesawat penumpang Malaysia adalah pada tahun 1977 apabila pesawat MAS diletupkan oleh Tentera Merah Jepun di udara Tanjung Kupang. Dua tahun sebelum itu, JRA telah menawan bangunan AIA yang turut menempatkan Kedutaan Besar Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain.

Melihat gelagat rakyat China membolehkan kita menilai sendiri, apa sikap orang Islam dan apa sikap kaum itu terutama yang bukan beragama Islam. Pada suatu pihak, rata-rata waris keluarga penumpang beragama Islam, kelihatan tenang dan pasrah tetapi Cina yang bukan beragama Islam pula, menyalahkan semua orang, terutama sekali Kerajaan Malaysia dan Syarikat Penerbangan Malaysia. Lebih malang lagi ialah, apabila Cina-Cina Malaysia juga lebih kuat keriau dan salakannya sebagai cara menambah api kemarahan rakyat China.

Mengapa Kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dituduh sebagai pembunuh dan penipu?

Sebab Kerajaan Malaysia tidak mampu memberikan jawapan kepada misteri kehilangan pesawat tersebut. Sama seperti 28 buah negara lain yang bekerjasama dengan Malaysia sehingga ke hari ini dalam usaha mencari dan menyelamatkan MH370.

Kenapa Angkatan Tentera Malaysia dituduh sebagai pembunuh dan penipu?

Sebab ATM terutama sekali TUDM tidak melakukan pintasan di ruang udara negara lain dan melakukan pencerobohan sebagaimana yang dilakukan oleh tentera-tentera China dalam usaha menuntut dan menduduki Kepulauan Spratly di tengah-tengah Laut China Selatan.

Melihat gelagat rakyat China membuatkan kita yang berasa simpati pada mulanya, bertukar perasaan. Kalau mulanya, kita bersimpati dengan mereka, gelagat yang ditunjukkan oleh waris-waris mangsa pula menukarkan perasaan tersebut menjadi meluat yang teramat sangat.


Mereka berlagak seolah-olah negara mereka tidak pernah berhadapan dengan kemalangan udara. Seolah-olah MH370 merupakan satu-satunya  tragedi udara yang cuba disembunyikan faktanya daripada pengetahuan mereka.

Inilah sebenarnya masyarakat yang sekarang ini merupakan sebahagian daripada kita di Malaysia. Mereka yang suatu ketika dahulu memujuk rayu kita, menunjukkan sikap baik dan prihatin terhadap perjuangan Islam, malah sanggup berdrama membaca ayat-ayat al Quran untuk membuatkan kita teruja dan kagum serta percaya bahawa mereka bersama-sama kita, bahkan menambahkan lagi perisa untuk kita menghentam lawan politik kita, sebenarnya mempunyai niat busuk

Apabila mereka dilayan, apabila kehendak mereka dipenuhi dan apabila mereka kita berikan perhatian lebih daripada sepatutnya, akhirnya mereka bertukar menjadi belati yang menikam kita sendiri. Tak payah pergi terlalu jauh sampai ke Negeri China. Tengok sahajalah apa yang berlaku di Malaysia sahaja, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor. Mereka menggunakan pelbagai alasan untuk menghapuskan kita.

Kita bagi mereka tidak ubah seperti anai-anai yang perlu dihapuskan kerana dianggap sebagai makhluk perosak.

Saturday, 29 March 2014

Adakah PAS Akan Bersama-sama PKR dan DAP Pinda Undang-Undang Syariah Selangor?


Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, semuanya tidak adil bagi DAP. DAP hanya akan menganggap Islam itu adil sekiranya membuka pintu seluas-luasnya untuk pemurtadan atau penerimaan perkara-perkara lagho dan yang bersifat haram.

Ini jugalah yang diperjuangkan oleh PKR. PKR Selangor yang sungguhpun dibarisi oleh Melayu, tetapi kekuatan sebenar PKR Selangor terletak di tangan para pemimpin bukan Melayu dan bukan Islamnya. Pemimpin-pemimpin Melayu PKR hanyalah tunggul kayu yang terpaksa akur kerana takut kehilangan undi bukan Melayu untuk mereka.

Bagaimana pula dengan PAS Selangor?

PAS menguasai 15 kerusi DUN Selangor dan merupakan parti yang paling banyak menguasai kerusi DUN. Sekaligus memberikan gambaran bahawa PAS Selangor merupakan pihak terpenting dalam pentadbiran dan pengurusan negeri.

Malangnya itu tidak berlaku. ADUN-ADUN PAS hanya diberikan portfolio remeh dan tidak penting. Semua portfolio penting dibolot oleh DAP dan sebahagiannya ditinggalkan untuk PKR. PAS dalam pentadbiran dan pengurusan Selangor hanyalah watak tempelan yang diperlukan agar UBN tidak menyerang PKR dan DAP. PAS hanya diperlukan untuk mengeluarkan hukum agama bagi menutup mulut UBN sekaligus membenarkan segala perlakuan jahat PKR dan DAP.

Penguasaan lebih dua pertiga majoriti DUN Selangor membuatkan DAP besar kepala. DAP kini sudah mula bercakap tentang undang-undang syariah di Selangor. DAP jugalah yang giat menyerang JAIS dan MAIS kerana melakukan penguatkuasaan terhadap umat Islam. Undang-undang 'kecil' Islam di Selangor dikatakan tidak adil kerana banyak memberi kelebihan kepada umat Islam berbanding kepada bukan Islam.

Dalam hal ini, secara senyap-senyap PAS memberikan sokongan kepada MAIS dan JAIS untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut tetapi oleh kerana di dalam PAS Selangor sendiri terdapat manusia yang berhati haiwan dan lebih mementingkan redha manusia berbanding redha Allah Taala, mereka telah membocorkan rahsia tersebut kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP.

Hasilnya, PAS Selangor ditekan dan dituntut agar membuktikan taat setia mereka kepada PKR dan DAP.

Terkini, diberitakan pemimpin DAP mengancam untuk menggunakan kuasa dua pertiga majoriti di DUN Selangor untuk memansuhkan undang-undang syariah Selangor terutama sekali yang berkaitan dengan penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam.

Apakah para pemimpin PAS Selangor sekali lagi akan tunduk kow tow kepada DAP seperti yang dapat kita lihat menerusi kontroversi gereja yang memurtadkan umat Islam dua tahun lepas? Apakah parasit-parasit seperti Khalid Samad akan mengeluarkan kenyataan melebihi kuasa Pesuruhjaya PAS negeri semata-mata untuk mengambil hati DAP dan PKR seperti dalam kes berkenaan?

Atau adakah kita akan menggunakan kuasa 15 kerusi yang kita miliki untuk kesejahteraan umat Islam, tanpa mengambil kira pegangan politik untuk bersama-sama UBN Selangor menentang usaha DAP dan PKR meminda dan memansuhkan undang-undang berkaitan penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam, selain dua atau tiga orang wakil rakyat dari PKR akan turut sama dalam usaha berkenaan?

DAP telah gagal mengubah struktur di Malaysia menerusi kegagalan COMANGO di PBB kerana orang kita. Tidak mustahil untuk mereka membalas dendam di Selangor kerana DAP melihat PAS di Selangor lebih lembik dan lembut untuk dipatahkan dan dipaksa menuruti kehendak mereka.

Kita sudah mendapat kepercayaan daripada umat Islam di Selangor untuk menjadi umara. Jangan kita hapuskan kepercayaan itu dengan mengkhianati perjuangan Islam semata-mata untuk mendapatkan redha DAP dan kafir dalam PKR.

Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung!

Friday, 28 March 2014

Di Luar, Najib Ditekan China Komunis, Dalam Negara, Najib Diugut EZAM MOHD NOOR!

Perkara paling bodoh yang dilakukan oleh Najib adalah dengan meletakkan Ezam Mohd Noor dalam pasukannya. Ezam yang tidak mempunyai sebarang jasa kepada UBN sekarang ini berjawatan Pengarah Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan dan jawatannya berstatus JUSA A yang melayakkannya untuk diberi pencen sepenuhnya.

Ezam Mohd Noor adalah SUA Anwar Ibrahim. Dia masuk UBN pada zaman Pak Lah dan dilihat membawa OTAK ANWAR dalam pentadbiran Pak Lah dan kemudian Najib Abdul Razak. Jawatan tertinggi hasil daripada lompatan yang dibuatnya adalah sebagai Senator Dewan Negara. Dan sepanjang menjadi Senator Dewan Negara, tidak ada satu benda pun yang keluar dari mulut Ezam Mohd Noor.

Ini adalah penggal terakhir untuk Ezam Mohd Noor bergelar Senator. Ezam sedar sangat dengan masa hadapan politiknya yang semakin suram memandangkan dia tidak dapat sebarang kepercayaan daripada ahli-ahli UBN sungguhpun kerap juga dia berceramah sana sini dengan suara sengau gaya Anwar masa muda dan bercerita tentang perangai hodoh Anwar.

Hakikatnya, Ezam Mohd Noor sebenarnya adalah orang terbuang yang melihat UBN sebagai tong sampah yang boleh diselongkar. Anehnya, pemilik tong sampah pula sangat teruja dengan Ezam Mohd Noor walaupun fakta yang ada menunjukkan Ezam ditolak oleh akar umbi UBN sendiri.

Mengapa agaknya Ezam Mohd Noor diberikan jawatan sepenting itu?

Semuanya bermula apabila Ezam Mohd Noor cuba mewujudkan suasana tegang kononnya Dr. Mahathir mahu menggulingkan Najib. Ezam menggunakan Azwandin Hamzah, salah seorang daripada pedukangnya ketika dalam PKR dahulu dan mempunyai cita-cita besar untuk menjadi ADUN Bukit Antarabangsa. Azwandin Hamzah yang diketahui seorang penyonglap, penipu dan con-man, telah bertemu dengan Najib untuk memaklumkan hal tersebut dan tidak lama kemudian, berita tentang kononnya Najib hendak digulingkan oleh Mahathir mula tersebar.

Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim segera menggunakan alasan tersebut untuk mengenakan Najib. Mujurlah Presiden PAS dan Dewan Ulama serta Dewan Syura PAS tidak terikut-ikut dengan permainan bodoh PKR dan orang buangan mereka.

Gagal dengan isu Mahathir mahu menggulingkan Najib, Ezam bercuti ke luar negara bersama-sama keluarganya. Di Australia, Ezam Mohd Noor mengacah Najib kononnya dia akan melepaskan jawatan Senator kerana berasa tidak dihargai. Surat dikarang dan orang suruhannya telah menyampaikan berita perletakan jawatan yang bakal dibuat oleh Ezam kepada Najib.

Ternyata Najib cukup takut dengan gertakan Ezam. Akhirnya dalam tempoh yang singkat, keputusan dibuat dan jawatan Pengarah Komunikasi dicipta untuk Ezam Mohd Noor.

Lemah sungguh Najib yang langsung tidak berani berhadapan dengan ancaman daripada orang2nya sendiri. Ezam yang tidak mempunyai sokongan akar umbi, tidak dipedulikan oleh PKR dan kawan-kawan lamanya begitu mudah menipu Najib. Dan Najib pula tidak mempunyai kekuatan untuk tidak mempedulikan Ezam Mohd Noor walaupun Najib juga sedar, Ezam lebih baik tidak ada dalam UBN berbanding wujudnya yang lebih banyak menyusahkan.

Malang menjadi orang UBN yang setia. Kesetiaan mereka tidak dihargai dan mereka tidak dipedulikan. Semua bekas katak seperti Ezam, Ibrahim Ali, Lokman Nor Adam dan sebagainya diberikan jawatan walaupun suatu masa dahulu, merekalah yang paling kuat menyalak.

PAS seharusnya melihat kemusnahan yang sedang berlaku kepada UBN ini dengan penuh hati-hati. Jangan sesekali kita mengulangi apa yang dilakukan oleh UBN. Jangan sesekali mudah percaya dengan bahan buangan dan kumbahan terutama sekali dari UBN kerana mereka memang berpotensi untuk menikam dari belakang.

Dosa-dosa UBN kerana menzalimi PAS dan jemaah Islam semakin dibalas Allah Taala secara tunai. Dan kita selaku jemaah Islam tidak boleh gembira dengan keadaan ini kerana di dalam PAS sendiri pun, terlalu ramai Ezam Mohd Noor yang sedang memegang jawatan penting dan mereka ini sedang menjadikan PAS sebagai anjing yang menjilat Anwar Ibrahim dan DAP.

PAS Lebih Awal Kesan Bahaya Pemberian Kewarganegaraan Kepada Cina Yang Sekarang Terbukti Sedang Menghancurkan Malaysia


Sebelum kemerdekaan, PAS menentang jus soli dan pemberian kewarganegaraan kepada kaum pendatang hanya semata-mata dengan alasan mahu merdeka cepat. PAS menerusi para pemimpinnya seperti Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Almarhum Dr. Zulkifli Muhammad menentang keras kewarganegaraan kaum pendatang tersebut selagi mana mereka tidak dapat membuktikan kesetiaan mereka kepada raja dan negara.

Namun UMNO pada ketika yang tergedik-gedik mahu mencatatkan nama sebagai pihak yang membawa kemerdekaan untuk negara ini tidak langsung mempedulikan tentangan PAS. Apatah lagi pada Pilihanraya Umum Pertama, PAS hanya menang 1 sahaja Kerusi Parlimen, menjadikan suara PAS tidak ubah seperti suara cengkerik di lautan katak betong.

1957, hampir sejuta orang bukan Melayu diberikan kewarganegaraan secara automatik. Selepas merdeka, pada tahun 1971, lebih 40,000 orang diberikan lagi kewarganegaraan semata-mata kerana mahukan hubungan diplomatik dengan Negara China setelah lawatan rasmi pertama Allahyarham Tun Abdul Razak ke negara Komunis tersebut. Kebanyakan yang mendapat kewarganegaraan Malaysia itu adalah Cina bekas pengganas komunis yang tidak mendaftar kewarganegaraan mereka dari tahun 1955-1957.

Almarhum Dr. Zulkifli Muhammad pernah membangkitkan isu masyarakat dari hak keistimewaan orang-orang Melayu, Bahasa Melayu, sehinggalah isu pendidikan seperti pengiktirafan sijil Kolej Islam Malaya, Pusat Latihan Guru dan menyarankan agar dihentikan penghantaran guru ke Brinsford dan Kirby di United Kingdom. Dalam persidangan pada bulan November 1959, beliau membangkitkan soal-soal kerakyatan, cukai, minuman keras, pertanian seperti koperasi dan bidang teknik,

Sebulan kemudian, sewaktu persidangan dewan rakyat berlangsung pada bulan Disember 1959, Almarhum membangkitkan soal kerakyatan, perang saraf, pelajaran dewasa, rumah murah, penuntut Melayu di Mesir, Bahasa Melayu, cukai import, perlunya institute penyelidikan industry dan lain-lain.

Antara isu yang beliau sentuh pada bulan April 1960 ialah mengenai bahasa Melayu sebagai pengantar, ekonomi orang Melayu termasuk RIDA (sekarang MARA).

Ketika persidangan yang lain dari bulan Ogos hingga Disember 1960 Dr Zulkifli Muhammad mengemukakan persoalan mengenai pendatang haram, orang Melayu luar negeri, Laporan Razak mengenai pelajaran, perlunya Malay Economic Secretariat, ali baba, RIDA, cukai, anti corruption agency, architecture kebangsaan dan perlunya rumah-rumah murah untuk kakitangan kerajaan berpendapatan rendah.

Dalam tahun 1961, Almarhum mengemukakan pendapat mengenai Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengenai pelajaran dewasa, penggunaan Bahasa Melayu RIDA, FELDA, Dewan Bahasa dan Pustaka, menentang penubuhan Malaysia, dasar pelajaran dan rasuah. Tahun 1962, mengemukakan perlunya Staff Training Centre, Public Record, Crown Agent, RIDA, kemunduran pelajar Melayu, pengjian Islam, Kolej Islam, penubuhan Tabung Haji, perturan sekolah-sekolah, Kolej Pertanian, Bahasa Kebangsaan, perlunya Secretariat Melayu Kuala Lumpur, bahasa Melayu di mahkamah dan keselamatan jalan raya.

Walaupun PAS masakini yang ramai pemimpin dari kalangan Anwarinas dan golongan yang memuja Lim Guan Eng/DAP berkuasa cuba menafikan fakta sebenar, PAS dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang, terus memperjuangkan Melayu dan kepentingan Melayu, Islam serta umat keseluruhannya.

Apa yang diperkatakan oleh Almarhum Dr. Zulkifli Muhammad tentang Melayu dan golongan pendatang, sekarang ini sudah terbukti benar. PAS dari dahulu lagi menyatakan tentangan terhadap pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu dengan cara mudah dan tidak melalui tapisan ketat dan sewajarnya.

Justeru itulah, kita melihat bagaimana kurang ajarnya bangsa Cina, terutama sekali yang berada dalam DAP sehinggakan mereka sanggup mengkhianati negara ini dalam isu MH370.

Tentu sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (DI SINI) mengesahkan apa yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin PAS terdahulu terutama sekali Almarhum Dr. Zulkifli Muhammad.

Dalam hal ini, kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada UMNO. UMNO sebenarnya yang bertanggungjawab memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang yang tidak mengenang budi ini. UMNO yang sepatutnya memperbetulkan semula kesalahan lampau dan kembali melakukan tapisan bukannya tergedik-gedik cuba meraihkan sokongan daripada kaum Cina sepertimana yang cuba dilakukan oleh segelintir kepimpinan PAS sendiri.

Tidak ada mana-mana negara di dunia ini termasuklah yang mendakwa mereka adalah pejuang serta pengamal hak asasi manusia yang memberikan kuasa sebagai Admiral atau Field Marsyal tentera kepada kaum pendatang yang dijadikan sebagai warganegara. Malah pemimpin kaum pendatang di negara-negara berkenaan, langsung tidak berani mengeluarkan cadangan sepertimana yang dilakukan oleh DAP.

PAS sepatutnya sudah menilai lama hubungan dengan DAP. Kita tidak mendapat sebarang keuntungan hasil kerjasama dengan DAP sebaliknya di mata umat Islam, kita dilihat sebagai penjilat yang sanggup mengiyakan apa-apa sahaja helah Yahudi Kuning ini. Contohnya sudah terlalu banyak termasuklah dalam isu Kalimah ALLAH yang kita sendiri sanggah apa yang kita perjuangkan semenjak dari tahun 1951 lagi. Malah semenjak PAS masih bergelar Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol yang Dato' Onn gelarkan kita sebagai HUBAYA-HUBAYA DARI GUNUNG.

Thursday, 27 March 2014

TUDM dan Penjelasan Timbalan Menteri Ditertawakan Tanpa Sedar, Pakatan Sendiri Ditertawakan Kerana Kebodohan


Semalam ketika sidang Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Rahim Bakri menjelaskan pasukan tentera tidak memintas pesawat 'misteri' yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Sebelum itu, TUDM mengesahkan pesawat tersebut tidak memberikan sebarang ancaman kerana ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Ramai yang menghentam dan membelasah TUDM dan Kementerian Pertahanan yang menterinya adalah Hishamuddin Hussein yang juga pemangku Menteri Pengangkutan. Tidak cukup dengan 'pakar-pakar' dari Barat yang mempersoalkan tentang ketiadaan tindakan memintas oleh TUDM, orang-orang kita sendiri pun turut sama jadi terlebih pandai dalam hal ini.

Inilah yang menjadikan pembangkang di Malaysia, khususnya Pakatan Rakyat tidak ubah seperti si bahlol yang diberikan kuasa. Pakatan tidak menjadikan Malaysia lebih baik, sebaliknya Pakatan menjadikan Malaysia sebagai negara yang boleh ditertawakan.

Dan sudah tentu apabila memperkatakan Malaysia, maka yang diperkatakan adalah imej Negara Islam.

Aku tidak pernah menyokong UBN tetapi dalam hal ini, aku tidak melihat sebarang salah laku atau kesilapan daripada Kerajaan Malaysia, mahupun TUDM.

Pesawat tersebut telah dikesan oleh radar TUDM di Pulau Perak, Langkawi. Menariknya, ketika dikesan, pesawat tersebut tidak berada di ruang udara Malaysia, sebaliknya Thailand. Kemudian pesawat tersebut menghala ke Laut Andaman dan kemudian menyusur Pulau Sumatera, Indonesia sebelum menghilang.

Di mana sebenarnya peranan yang boleh dimainkan oleh TUDM?

Seingat-ingat aku, TUDM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat tersebut dikesan berpatah balik. Tapi apa yang berlaku selepas itu? Semua pihak menghentam Tentera Malaysia dan memperkecil-kecilkan keupayaan radar tentera Malaysia. Tidak ada sesiapa pun yang percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Malaysia menerusi kenyataan media bersama melibatkan Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, CEO MAS, Ketua Pengarah DCA dan Pemangku Menteri Pengangkutan. Pencarian diteruskan di Laut China Selatan kerana satelit China mengesan dua objek terapung di situ.

Sekarang, apabila telah disahkan bahawa pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi, semuanya menuding jari menyalahkan ATM dan TUDM khususnya.

Ada pula yang cuba membandingkan TUDM dengan tentera udara Belanda yang mengiringi sebuah pesawat kargo Boeing 777 yang memasuki udara Belanda secara haram. Kata mereka, Belanda boleh buat, mengapa Malaysia tak boleh?

Sama ada penyokong PKR itu faham atau tidak, barangkali sokongannya kepada PKR dan Anwar Ibrahim telah membutakan mata dan akalnya.

Pesawat milik LAN CARGO itu dikesan MASUK ke ruang udara Amsterdam. Manakala Boeing 777 MH370 dikesan berpatah balik memasuki ruang udara Thailand dan Indonesia. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak mengarah ke Malaysia.

Kesilapan TUDM pada masa itu ialah, tidak berhubung dengan DCA untuk bertanyakan mengapa pesawat berkenaan berpatah balik. Namun dalam kebanyakan kes yang sama, pihak tentera jarang sekali mencampuri urusan penerbangan awam, kecuali di Amerika Syarikat yang sudah fobia dengan drama ciptaan mereka sendiri, 9-11.

Aku tak fikir, TUDM akan berdiam diri kalau melihat ada pesawat misteri yang masuk ke ruang Malaysia secara haram seperti yang dilakukan oleh Tentera Udara Belanda. Sudah pasti arahan dikeluarkan untuk memintas pesawat tersebut. Masalahnya ialah, pesawat misteri yang dikesan pada pagi 8 Mac 2014 itu berpatah balik dan keluar dari Malaysia. Macam mana nak pintas?

Itulah aku kata, bangkang boleh bangkang tapi janganlah jadi bangang!

Tuesday, 25 March 2014

MH370 Menunjukkan Teruknya Mentaliti Pembangkang Kalau Asyik Jilat Anwar!

Presiden UBN telah buat pengumuman malam tadi bahawa hasil siasatan dan imej satelit IMMARSAT milik Britain, mengesahkan pesawat malang MH370 yang hilang selama 17 hari, berakhir di kawasan hampir 3000 kilometer ke selatan Perth, Australia. Laluan yang digunakan oleh pesawat tersebut juga bukanlah laluan biasa, malah kawasan yang menjadi perkuburan pesawat itu bersama anak-anak kapal dan penumpangnya juga merupakan kawasan yang paling sunyi di dunia.

Maksudnya, tiada sebarang kapal atau pesawat yang akan lalu di situ.

Banyak persoalan yang ditimbulkan terutama sekali mengapa pesawat itu melencong jauh dari laluan ke Beijing atau keupayaannya mengelak daripada dikesan oleh tiga radar awam penerbangan. Sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun yang dapat memberikan jawapan pasti kecuali maklumat dari kotak hitam yang sedang diusahakan oleh Malaysia bersama-sama 26 buah negara lain di kawasan berombak ganas dan lautan dalam itu.

Sesiapa pun akan tertarik dengan kes ini. Malah sudah ada perkhabaran bahawa kes ini akan menjadi sebahagian daripada kajian dalam aircrash investigation memandangkan insiden MH370 telah menjadi operasi SAR terbesar dalam sejarah aviasi dunia dengan kesemua teknologi pencarian masakini digunakan.

Secara logiknya, teori konspirasi yang cuba digunapakai oleh PKR dan DAP, tiada relevannya dalam kes ini. PKR dan DAP sebenarnya hanya mahu menggunakan kesempatan untuk mempromosikan dan mempublisitikan parti dan pemimpin mereka.

Anehnya, para pemimpin DAP dan PKR berusaha mengheret Presiden PAS, TG Hadi Awang dalam masalah yang cuba mereka ciptakan. Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa pengumuman dibuat terlebih awal sebelum serpihan atau mayat ditemui. Begitu juga dengan beberapa orang pemimpin DAP. Manakala Anwar Ibrahim pula mempersoalkan ketidakupayaan Najib dan Hishamuddin menangani isu terbabit.

Aku secara peribadi tidak nampak di mana silapnya Malaysia dalam hal ini. Kemalangan ini bukan berpunca daripada kerajaan pun. Kerja pembangkang bukan membangkang sepanjang masa. Kerja pembangkang juga bukanlah menjemput kuasa asing untuk menyerang dan menekan Malaysia agar pembangkang boleh bertukar menjadi kerajaan sepertimana yang cuba dilakukan oleh DAP dan PKR.

Kerja pembangkang adalah sebagai check-and-balance kepada kerajaan. Kita menegur, mengkritik dan mengecam sebarang dasar dan perlaksanaan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Kalau rakyat sudah memilih Barisan Nasional sebagai Kerajaan, apa susahnya untuk kita terima kenyataan tersebut memandangkan setiap lima tahun, peluang terbuka untuk kita pula mengambilalih kerajaan.

Bukan kerja kita merosakkan imej negara dan bersama-sama pihak asing mengecam kerajaan dan negara semata-mata kerana perangai tamak haloba kita untuk berkuasa.

Politik sepanjang masa seperti yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP serta sebahagian daripada pemimpin PAS sendiri, hanya akan menimbulkan perasaan meluat kepada rakyat. Memang betul sekarang kita menikmati sokongan daripada rakyat, terutama di kawasan bandar. Tetapi suatu ketika nanti, apabila kita sentiasa berpolitik tanpa mengira kepentingan masyarakat dan negara dan hanya mementingkan tembolok serta akaun bank kita, rakyat akan mula meluat dan seterusnya menjadikan kuburan kita sebagai tempat mereka kencing dan berak.

Apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Mesir dan Libya, sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita.

Bangkang boleh bangkang, tetapi biarlah secara rasional, jangan pula kita yang terlebih bahlol daripada si bahlol...

Yang terlebih penting, biarkan Anwar Ibrahim dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Jangan kita pula yang terikut-ikut gila sama macam dia dan para penyokongnya!

Monday, 24 March 2014

Politik Pandir di Kajang, PAS WAJIB Tuntut Janji Wan Azizah


Walau apa pun yang dikatakan oleh Hatta Ramli, hakikatnya, jemaah PAS Kajang tidak ramai yang keluar mengundi. Kalau tidak kerana pada sebelah petang, DAP menggiatkan para pengundi tegar mereka keluar untuk membuang undi, Wan Azizah besar kemungkinan hanya memperolehi undi majoriti tidak melebihi 1000.

Kita kena perakuilah kehebatan DAP. Dengan menggunakan kelebihan berbahasa Cina mereka yang sudah tentu mengurangkan laporan polis dan rungutan daripada orang Melayu yang cukup ekstrim dengan budaya politik, DAP mengelilingi bandar Kajang dan kawasan-kawasan majoriti Cina dengan kenderaan pacuan empat roda sambil merayu agar pengundi-pengundi Cina segera keluar menjelang sejam terakhir proses pembuangan undi semalam.


"Sila keluar undi. Satu undi penting bagi hidup kita."

Itu yang dimaksudkan oleh pelaung dalam Bahasa Cina kepada para pengundi. Dan mereka pun keluar menderu-deru melalui lorong dan laluan kecil walaupun jalan raya di sekitar Kajang, terutama sekali di Sungai Chua sesak teruk termasuklah yang sudah tua dan berjalan pun terhinggut-hinggut.

Dari berwajah masam dan sugul, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim mampu tersenyum lebar apabila melihat peningkatan undi daripada pengundi-pengundi Cina yang keluar pada saat-saat akhir.

Kita tahu, kalau Wan Azizah kalah di PRK ini, pastinya PAS akan menjadi sasaran untuk dikecam, ditekan dan dimaki hamun. Mujurlah DAP yang banyak membantu 'mempertahankan' PAS walaupun mungkin itu bukan niat mereka. Apatah lagi kemenangan di beberapa PDM bermajoriti Melayu yang sebelum ini merupakan kubu kuat UBN, sudah cukup menjadi bukti bahawa kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat tidak boleh sama sekali dipandang kecil.

Tanpa PAS, Wan Azizah dan PKR tidak akan dapat sokongan daripada PDM-PDM Melayu tersebut. Kita mengimbangi kemarahan Melayu-Melayu di kawasan tersebut kepada PKR dengan kelembutan dan keindahan PAS. Kita menyejukkan dan melembutkan hati-hati Melayu di kawasan berkenaan yang berang dengan tindakan MPKj yang menindas mereka dengan janji bahawa PAS akan terus bersama-sama mereka, malah sanggup menentang sekiranya Kerajaan Negeri Selangor terus menindas mereka seperti yang berlaku sekarang.

Semasa kempen, Wan Azizah yang sudah tentu mewakili PKR yang menjadi kepala kerajaan negeri berjanji beberapa perkara kepada PAS seandainya dia menang. Antara janjinya itu adalah jawatan Timbalan Menteri
Besar, Speaker DUN, Pengerusi dan keseluruhan bajet Yayasan Selangor serta 5 orang pengarah di PKNS.

Sama ada dia menang besar atau menang kecil, yang pasti PKR menang di Kajang. Untuk itu, janji perlu dipenuhi. Apatah lagi sudah ada gerakan dari dalam PKR sendiri untuk menabalkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, samalah seperti menabalkan Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut. Wan Azizah pada sepanjang masa adalah boneka kepada Anwar Ibrahim. Jadi, janji yang dituturkan oleh Wan Azizah adalah janji Anwar Ibrahim kepada PAS.

Aku tak rasa, kaedah yang kita gunakan sekarang iaitu berserah dan bersyukur perlu digunapakai lagi. Janji yang dibuat oleh PKR kepada PAS perlu dituntut kerana kita cukup tahu, PKR bukanlah jenis yang berpegang kepada janji. Mereka pada bila-bila masa sahaja boleh terlupa dengan janji yang mereka buat.

Sunday, 23 March 2014

PEMUDA UMNO Macam Anjing... Hanya Berani Menyalak Depan Perempuan!

Panas sedang melanda Kajang. Bukan sekadar cuaca tetapi juga suasananya.

Cerita tentang DAP yang rupa-rupanya turut melakukan sabotaj terhadap PKR selain PAS yang memang dah sabotaj PKR untuk mengajar parti angkuh itu agar merendahkan diri sedikit, rupa-rupanya sedang heboh diperkatakan di sekitar Kajang.

Jentera utama kita, iaitu Muslimah PAS memang tidak turun berkempen menyebabkan PKR terkontang-kanting terpaksa bergantung kepada ceramah-ceramah mega mereka yang jumlah kehadiran pula amat mengecewakan. Himpunan Reformasi 2.0 yang sepatutnya menjadi pemangkin untuk sebuah revolusi menaikkan Anwar Ibrahim dan menggulingkan Kerajaan Persekutuan, tidak ubah seperti perhimpunan pelajar-pelajar sekolah yang terpaksa didatangkan dari pelbagai tempat untuk cuba memenuhi ruang di atas padang Stadium Kajang.


Dalam hal ini, aku melihat kerja-kerja yang dijalankan oleh Wanita UMNO di Kajang yang wajar diberikan pujian besar. Di sebalik usaha-usaha sabotaj oleh Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian UMNO sendiri, Wanita UMNO terus gigih bekerja untuk menarik seramai mungkin pengundi putih BN agar keluar mengundi.

Malah sehinggakan mereka mengetuk pintu dan pagar rumah pengundi untuk memujuk mereka keluar mengundi.

Teladan ini perlu diambil oleh Muslimah PAS sekiranya mahu parti kita berjaya. Muslimah PAS tidak boleh lagi terkongkong dalam budaya taboo para ustaz dan tok-tok lebai kita yang cuba menunjuk pandai dalam hal agama, sehinggakan kaum wanita dijadikan sebagai tempat pemuas nafsu dan beranak semata-mata. Muslimah PAS sepatutnya dikehadapankan sepertimana wanita-wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w yang berjuang dengan penuh gagah berani di barisan hadapan pensyahid.

Cakaplah apa-apa sahaja tentang Wanita UMNO tetapi secara peribadi, aku mengkagumi dan memuji mereka. Kalau bukan kerana Wanita UMNO, sudah lama UBN hancur tanpa sebarang undi.



Berbeza pula dengan Pemuda UMNO. Pemuda UMNO yang cukup pandai bersandiwara, bukanlah teladan yang wajar kita ikuti. Memang mereka lantang, tetapi mereka hanya lantang apabila bersama-sama kumpulan masing-masing.

Pemuda UMNO ibarat anjing menyalak dalam kumpulan. Apabila bersendirian, jangankan kepala tak terpanggung, ekor pun terselit di celah paha.

Di PRK DUN Kajang, Pemuda UMNO sekadar melalak dan menyalak sedangkan usaha menarik dan memujuk pengundi dilakukan oleh Wanita UMNO, sama seperti yang berlaku di DUN Kuala Besut dan DUN Sungai Limau. Kelebihan inilah yang kita sepatutnya gunakan secara optimum memandangkan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO bukanlah jentera terbaik UBN untuk meraih undi pengundi-pengundi muda dari kalangan orang Melayu.

Bayangkanlah, hanya dengan bermain futsal, Pemuda UMNO cukup yakin Barisan Nasional boleh mendapat undi daripada 48% orang Melayu Kajang.

Walaupun ada rombongan motosikal dan cuba dijadikan bukti oleh Pemuda UMNO, kononnya itu kerja mereka, hakikatnya semua orang tahu, yang menggerakkan kumpulan bermotosikal tersebut bukannya Pemuda UMNO sebaliknya pihak lain dalam UMNO-BN yang menjalankan Black-Ops.

UBN Tak Payah Beranganlah Nak Menang Di DUN Kajang... Petunjuk Awal, BN Kalah Dengan Majoriti Besar

Macam biasalah, setiap kali pilihanraya, UBN akan menampilkan kehebatan fantasi dan mimpi-mimpi mereka. Rata-rata pemimpin UBN akan menyatakan, kemenangan berpihak kepada mereka.

Dalam PRK DUN Kajang, Presiden dan Timb. Presiden UBN bercakap berdasarkan realiti apabila menyatakan Chew Mei Fun mempunyai peluang tipis untuk menang di Kajang bertanding dengan Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim yang merupakan calon parachute untuk Kerusi berkenaan.

Namun berbeza pula dengan budak-budak hingusan UBN yang kerja mereka tidaklah seberapa tapi lagak mereka mengalahkan orang yang sudah berpengalaman puluhan tahun. Salah seorang daripada mereka adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro.

Penyangak dan penyamun yang dari miskin papa nak beli susu pun pinjam kawan, tiba-tiba kaya raya, berkereta besar dengan body guard dan mula bersembang di restoran-restoran mahal selepas diberikan pangkat dan jawatan oleh Menteri Besar Perak, mengeluarkan kenyataan dengan penuh yakin.

PAS sebenarnya patut bersyukur kerana UMNO dianugerahkan pemimpin-pemimpin pelapis seperti Azwan Bro yang bukan sahaja akan menjahanamkan partinya lebih awal dari hayat tetapi juga akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional dipandang sebagai sampah kotor yang perlu dihindarkan.

Dari segi kerja, pengampu-pengampu Azwan Bro sudah tentu akan mengatakan ketua mereka telah mengetuai dan memimpin kerja-kerja meraih undi dan sokongan untuk gabungan berkenaan. Hakikatnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan Bro dan program-program yang melibatkan Pemuda UMNO sebenarnya adalah salah satu daripada kaedah money laundering yang berleluasa dan membarah dalam UMNO.

Penggunaan Tweeter, Facebook, blog dan lain-lain kaedah media, sebenarnya adalah untuk melindungi perbuatan khianat mereka. Pemuda UMNO contohnya, cukup berminat dengan acara Futsal. Sebutlah apa program Pemuda UMNO yang tidak ada acara futsal.

Sibuk main futsal, alih-alih Azwan Bro kata 48% Melayu Kajang akan memenangkan Barisan Nasional.

Kenyataannya serba melawakkan. Hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya dengan kenyataan Azwan Bro itu. Dan sememangnya telah ditakdirkan bahawa di dalam UMNO, dipenuhi oleh orang-orang bodoh yang mudah menaruh kepercayaan kepada orang bodoh berlagak pandai seperti Azwan Bro.

Harap-harap sangatlah Azwan Bro akan terus mengeluarkan kenyataan. Kita pun dah lama tak bergelak tawa kerana terlalu serius memikirkan banyak perkara termasuklah yang terbaru adalah insiden kehilangan pesawat MH370.

Saturday, 22 March 2014

GEREJA TERBESAR DI SHAH ALAM JADI WARROOM UNTUK PRK KAJANG BAGI PIHAK PKR!

Ini barangkali sesuatu yang sama sekali tidak akan diperakui oleh golongan yang kuat menjilat Anwar Ibrahim dan menjadikan Pakatan Rakyat sebagai suatu mazhab wajib dalam akidah.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa gereja di Shah Alam yang merupakan gereja terbesar di Asia Tenggara telah berfungsi sebagai war room untuk PKR bagi tujuan PRK DUN Kajang.

Beberapa orang pemimpin dan penggerak gereja dari Sweden dan Berlin telah didatangkan untuk menyelaraskan PRK Kajang bagi tujuan pengembangan agama berkenaan.

Dilaporkan juga aliran trafik dari Johor sedang meningkat. Kereta sewa dari Johor Bahru ke Kajang juga hmmeningkat secara mendadak. Begitu juga penerbangan dari Singapura juga me dapat permintaan luar biasa. Manaka coach bus turut dipenuhi penumpang.

Dianggarkan hampir 80% pengundi Cina, penyoking PKR dan PAS sedang bergerak ke Kajang.

Chegu Bard Dah Tak Ketahuan Gabra Bila LOBANG Udah Pecah!

Dari malam tadi lagi, hasil mesyuarat Bilik Gerakan PKR untuk DUN Kajang sudah bocor. Chegu Bard yang berhempas pulas cuba mendapatkan kepercayaan Anwar Ibrahim, memilih kaedah provokasi dan hasutan melampau apabila melihat Himpunan Reformasi 2.0 tidak selancar seperti yang diharapkan. Jumlah kedatangan yang anggaran awalnya 10,000 orang mengurang secara drastik. Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim yang berucap, besar kemungkinan himpunan berkenaan tidak akan mampu menghimpun 4,500 orang sebagaimana yang ditunjukkan semalam di Stadium Kajang.

Malang bagi Chegu Bard memandangkan rancangan jahatnya yang diatur dengan sebegitu rapi telah dibocorkan oleh orang-orangnya sendiri.

Pkul 8:00 sehingga 8:30 malam tadi lagi, sepasukan polis dari Pasukan Cegah Jenayah dari Balai IPD Kajang, yang telah menerima maklumat awal bergegas ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kajang. Pasukan polis tersebut berjaya menahan seorang lelaki Melayu yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30 tahun.

Ketika ditahan, lelaki tersebut didapati sedang memasang alat-alat litar (pelbagai jenis wayar) untuk dijadikan bahan letu[pan.

Ekoran daripada itu, sepasukan anggota Unit Cepat IPD dan beberapa buah kereta peronda polis bergegas ke tempat kejadian. Turut hadir adalah sepasuan UPB Kontinjen Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan, lelaki tersebut berasal dari  Kelantan dan merupakan seorang penganggur.

Turut ditemui bersama-sama lelaki tersebut adalah bahan-bahan seperti mentol, bateri, wayar dan paku. Selain itu, dokumen-dokumen bertulis tangan yang dipenuhi perasaan tidak puas hati dengan kehidupannya yang kononnya ditindas, turut ditemui pada badannya.

Antara agenda yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Bilik Gerakan PKR semalam adalah mewujudkan provokasi dan kekacauan dengan menjadikan bilik gerakan PKR sebagai sasaran dalam usaha mewujudkan kebencian terhadap UMNO-BN.

Selepas butiran dan agenda mesyuarat tersebut bocor, dan salah seorang daripada orang upahan Chegu Bard kini berada dalam tahanan polis, pagi ini, seorang penyangak PKR bernama Norazlan yang merupakan Ketua JDM PKR Taman Berlian, Jalan Berlian 9, Sungai Jelok, mengadu kononnya dia telah menemui bahan letupan jenis Molotov Cocktail di bilik gerakannya.


Untuk melengkapkan taktik tersebut, Norazlan Mohamad, A.Rajendren Kumar yang merupakan Ahli Majlis MPKj dan B.Gunaraj, seorang Ahli Majlis MPS telah membuat laporan polis, kononnya bilik gerakan PKR hendak dibakar dan dianiayai.

Taktik kotor yang dilakukan oleh Chegu Bard sebelum ini ternyata menjerat dirinya sendiri.

Tidak syak lagi, Chegu Bard sebenarnya sangat terbakar dengan ketidakhadiran ahli-ahli PAS untuk meramaikan Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi. Tanpa kehadiran ahli-ahli PAS, terbukti himpunan yang diuar-uarkan kononnya akan berjaya menghimpunkan lebih 10,000 orang dengan mudah, bertukar menjadi tawar sehingga Chegu Bard terpaksa mengumumkan beberapa kali agar para hadirin berapat-rapat dan bersesak-sesak pada bahagian hadapan pentas untuk diambil gambar dan disebarkan kononnya himpunan tersebut berjaya menarik ramai orang.

Malang berganda buat Chegu Bard kerana orang suruhannya terlebih awal ditangkap polis!

Sunday, 16 March 2014

ISU PESAWAT MH370: Pilot Memang Orang Anwar Ibrahim. PAS Tak Payah Campur!

R.Sivarasa dan Saifuddin Nasution telah mengesahkan yang pilot MH370, Kapten Zaharie adalah ahli PKR. Sebelum ini, para penyokong PKR cuba menyeret PAS untuk sama-sama menuduh UBN berkonspirasi menghilangkan pesawat itu bersama kakitangan serta penumpang, kononnya untuk menutup cerita konspirasi hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim.

Sebenarnya ramai orang PAS yang terpengaruh dengan pembohongan PKR. Sebelum ini walaupun telah diberitahu berkali-kali bahawa PKR jauh lebih mughallazah berbanding UBN, tapi ramai orang PAS yang melihat perjuangan menentang UBN lebih utama berbanding menggunakan sumber-sumber bersih dan suci untuk misi perjuangan.

Kerana kegopohan itulah, PAS tercebur dalam kancah najis yang dibawa oleh PKR. Susah nak keluar, PAS akhirnya bermain dengan banyak permainan bodoh PKR yang hanya tertumpu kepada Anwar Ibrahim.

Pendedahan tentang juruterbang pesawat MH370 yang masih hilang sehingga ke hari ini, tidak mengejutkan langsung. Dari awal lagi syak wasangka terhadap juruterbang itu telah dibuat. Apatah lagi dengan gambarnya bersama-sama R.Sivarasa telah didedahkan, membuatkan para penyokong Anwar Ibrahim cuba mengalihkan isu kepada Ibrahim Mat Zain, bomoh 1Malaysia yang cuba dikaitkan dengan UBN.

Dah memang betul dan tepatlah tindakan PAS menarik keluar jentera penerangan dan pilihanraya dari DUN Kajang. Sepatutnya dari awal lagi PAS langsung tidak menghantar sesiapa pun untuk pilihanraya yang sengaja diwujudkan oleh Anwar Ibrahim untuk dia lari dari hukuman. Dia buat perangai, dia kenalah tanggung natijah daripada perbuatannya, bukannya mengheret kita sama dalam masalah peribadinya.

Sekarang, PKR kena jawab semua kemungkinan dan kaitan. Mahu tidak mahu, PKR terpaksa mengaku insiden kehilangan pesawat MH370 memang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim dan PKR serta PRK DUN Kajang.

Pusing kut mana pun, PKR kena jelaskan apa motif sebenar mereka memperjudikan nasib dan nyawa para penumpang semata-mata untuk membiarkan Anwar Ibrahim berterusan dengan amalan songsangnya!

Saturday, 15 March 2014

Sama Ada KJ Memang Main Bomoh Atau Dia Saja Yang Ada Telur Sanggah Bomoh

UBN anjurkan solat hajatlah, doa selamatlah, tazkirahlah dan segala macam yang berbentuk Islam. Kiranya hebat jugalah Islam UBN.

Barangkali dah dapat hidayah ler kut. Tu pasei UBN terlebih Islam kut sampailah solat Isyak pun dilambatkan semata-mata untuk beri laluan kepada tazkirah dan doa selamat di masjid-masjid dan surau-surau yang dikuasai oleh UBN.

Kemudian muncul pulak Bomoh Raja 1Malaysia, Ibrahim Mat Zain buat lawak bangsat di KLIA. Bomoh yang memang ada banyak masalah tu, cuba cari publisiti murahan.

Para pemimpin PAS sedikit pun tak hairan dengan gelagat bomoh itu kerana masing-masing masih ingat macam mana Ibrahim Mat Zain ditangkap, dilokap dan dibuang daerah oleh kerajaan UBN kerana perbuatan jenayahnya.

Yang terlebih terkinja-kinja adalah bebudak PKR yang cuba nak tutup amalan bidaah Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali didedahkan baik dari pihak Pakatan apatah lagi dari UBN.

Khairy Jamaluddin merupakan satu-satunya pemimpin utama UBN yang berani menyanggah Ibrahim Mat Zain. Ibrahim Mat Zain kemudiannya angin satu badan dan mengancam nak tampor KJ macam dia tampar buaya yang didakwanya sampai mati akibat penamparnya. Walhal buaya puchong mati sebab sakit tua dan Ibrahim Mat Zain tak pernah jumpa pun buaya tu masa reptilia tu masih hidup. Bomoh tu hanya pi ambil nama apabila orang Puchong bagitahu penemuan bangkai reptilia besar itu yang sekarang ini telah diawet dan diletakkan di Muzium Negara.

Itulah satu-satunya pemimpin Malaysia yang berani menempelak Ibrahim Mat Zain, sedangkan yang lain-lain sama ada menuduh Kerajaan UBN yang upah atau buat-buat tidak dengar. Yang paling aktif dalam FB pun, sekadar bercakap sambil lalu.

Zahid Hamidi lagi ler... terus senyap sunyi. Mentang-mentanglah Bagan Datoh dengan Teluk Intan tempat asal bomoh itu sebelah-menyebelah dan dikatakan penduduk Melayu Bagan Datoh dengan Teluk Intan mempunyai talian persaudaraan, Zahid terus tak berani bagi komen. Menteri Tong Kosong bernama Zahid Hamidi takut telurnya kena jentik gamaknya dengan Ibrahim Mat Zain.

Aku cuma terfikir sesuatu jer.... sama ada pemimpin-pemimpin UBN ni memang gunakan khidmat bomoh tu sampai deme tak berani nak bersuara atau barangkali kerana deme takut bebenor dengan penampornya. Kalau tak, takkanlah KJ sahaja mewakili kerajaan dan kabinet yang disertainya yang berani menyanggah dan membuatkan bomoh temberang tu naik angin.

Zahid Hamidi... cuba komer bagi ulasan sikit....

Thursday, 13 March 2014

Zahid Hamidi Sudah Patutnya Letak Jawatan Kerana Gagal Kawal Keselamatan Negara!

Aku rasa macam UBN yang masa Pemilihan Agung UMNO hari tu bukan main puji dan puja Zahid Hamidi, sekarang ini sudah tidak senang duduk. Takut sangat kalau tiba-tiba sahaja, Zahid Hamidi dijadikan tajuk perbualan. Jangan tanya banyak-banyak tentang Zahid Hamidi. Macai UBN boleh jadi cengeng dan tengin.

Masa awal pemilihan UBN, Zahid Hamidi cukup garang. Kalah ikan semilai. Pantang ada kenyataan, garangnya ngalahkan hantu raya mati tuan. Tengin semacam. Aku dengar khabor, ngentak meja ajer kerjanya. Masa tu, dialah pahlawan Melayu ulung. Kalau Hang Tuah masih idup pun, rasa-rasanya matilah Hang Tuah di tangan Zahid Hamidi sebab tak tahan dengar kemarahannya.

Malaysiakini jadi sasaran. Harakah pun kena. Keadilan jangan cerita ler. Pendek kata, semua dibagi amaran dengan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang dia boleh ambik tindakan kalau karang dan siarkan cerita yang tak senangkan hatinya.

Kemudian dia umumkan pula rancangan besar-besaran menggempur sarang PATI. Kononnya, takkan ada seorang PATI pun yang akan tinggal tak diambil tindakan. Cina-Cina semuanya dibagi amaran keras supaya tidak melindungi PATI yang deme bawa masuk untuk dijadikan buruh murah.

Tapi itu beberapa hari sebelum Pemilihan Agung UMNO ler... Menang bergaya yob nih. Menang besar. Semua orang kata, kalau Zahid cabar jawatan Presiden, dah tentu-tentu Najib bungkus kain baju balik ke Pekanlah dengan anak bini sebab kalah besar di tangan Zahid.

Rupa-rupanya UBN kena tipu. Macai-macai semuanya ternganga bila deme baru tahu, Zahid ni lakonannya kalah Anwar Ibrahim. Skripnya lagi hebat sebab macai-macai yang percaya dengannya mudah kena tipu.

Masa lanun Sulu serang Lahad Datu-Semporna, pandai dia ngenakan Hishamuddin Hussein. Dia letakkan kesalahan bulat-bulat pada si Isham. Semua nampak sepupu Najib tu lembik dan toya orangnya. Dia pula hebat arahkan jet F16, Scorpene dan drone musnahkan kubu lanun Sulu di Lahad Datu. Herolah Zahid jadinya.

Tapi insiden MH370 hilang secara misteri, mengesahkan yang Zahid sememangnya antara Menteri Kabinet Najib yang WAJIB disingkirkan dan dimansuhkan. Kalau dah tak boleh sangat nak pecat dia, pindahkan sahaja ke Kementerian Belia dan Sukan atau Kementeri Wanita. Kat sana lebih sesuai untuk pelakon-pelakon seperti Zahid.

Macam mana dengan tahap keselamatan dalam negeri di bawah Zahid?

Aku tak nampak pun berkurangnya PATI. Bertambah lagi adalah. Disahkan pula dengan penggunaan pasport palsu oleh dua orang warga Iran yang merupakan antara penumpang MH370 yang hilang itu. Macam mana ikrar Zahid nak bersihkan Imigresen dari penyeleweng dan perasuah sedangkan dari sehari ke sehari kita dengar ada banyak cerita, malah dari PATI sendiri, macam mana deme berurusan dengan Imigresen untuk deme terus tinggal di negara ini?

Najib kalau nak terus jadi PM, kena pecat pelakon macam Zahid Hamidi. Orang Melayu dulu-dulu kata, Zahid ni, ADA TAK MENAMBAH, TAK ADA TAK BERKURANG..

Dengan kata lain, tak bernilai satu sen pun. Jawatan Menteri Dalam Negeri yang disandangnya, tidak kurangkan jumlah PATI, tak kurangkan kadar jenayah, tak kecilkan jumlah kongsi gelap, malah sesapa sahaja boleh buat cerita palsu, hina Perlembagaan, hina Islam, hina Melayu dan hina Bumiputera. Masa Hisham jadi Menteri KDN, tak juga nampak berani Cina-Cina ni buat penghinaan, tapi lepas Zahid ambik alih, menjadi-jadi pulak penghinaan yang dibuat sampaikan Ong Kian Ming berani kata, Sekolah Agama Rakyat perlu dihapuskan kalau nak buat sekolah satu aliran.

Tuesday, 11 March 2014

Bahana PIL KUDA, TGHH Memang Berpandangan Jauh


Hari ini penamaan calon untuk PRK DUN Kajang. Wan Azizah dijadikan calon menggantikan Anwar Ibrahim mewakili PKR setelah Anwar dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas sekaligus menghilangkan kelayakannya. Hari Sabtu pula, beberapa jam selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim, pesawat MAS MH370 yang membawa 277 orang penumpang bersama-sama 12 orang anak kapal, hilang secara misteri sehingga ke hari ini.

Anwar Ibrahim tentu sekali tidak berpuas hati apabila PAS tidak menghantar rombongan untuk memeriahkan dan menggiring Wan Azizah ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi seperti dalam pilihanraya yang lain. Tanpa PAS, maka cacatlah kemeriahan PKR dan hambar jugalah perarakan calon PKR.

Tidak ada bendera PAS dalam perarakan pada penamaan calon PKR hari ini. Para pemuda PAS juga tidak turun untuk menjadi benteng hadapan PKR. Kalau ada pun cumalah TGHH sebagai syarat dan formaliti. Manakala Naib-Naib Presiden mahupun Timbalan Presiden dan pemimpin-pemimpin kanan PAS yang lain, tidak kelihatan langsung.

Kalau hendak dikatakan, mereka berkumpul di Mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan Karpal Singh, tidak juga masuk akal memandangkan masing-masing sudah tahu apa yang berlaku kepada Karpal Singh. Karpal Singh sama ada akan dipenjarakan atau didenda dan akhirnya dia sekadar didenda RM4000 kerana menghina Sultan Perak.


Denda itu sudah cukup untuk menggugurkannya daripada kelayakan untuk terus menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Jelutung.Sekaligus membuatkan Karpal Singh bersara terus dari politik arus perdana. Dia boleh terus berkokok sebagai peguam dan sebagai Pengerusi DAP sahajalah.

Dari awal lagi, akar umbi PAS sebenarnya tidak berpuas hati dengan keangkuhan PKR. Saman dua juta yang dibuat terhadap TGHH benar-benar mencabar kesabaran akar umbi PAS. Apatah lagi kesombongan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan orang yang membuat saman, Shamsul Mohd Amin yang juga merupakan Ketua AMK Dungun, perlu diajar oleh PAS dengan sebaik-baiknya.

Amaran yang diberikan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor PKR, Shuhaimi Shafie yang juga merupakan ADUN Sri Muda kepada PAS agar PAS ikut sahaja kehendak dan arahan PKR, sudah cukup untuk membuatkan kita bertindak dan menunjukkan sesuatu kepada PKR.

Ketiadaan jemaah Islam PAS dalam acara penamaan calon tadi, sepatutnya sudah memberikan isyarat kepada PKR bahawa tanpa PAS, Wan Azizah hanya  mampu menjual air mata dengan harga murah tanpa sesiapa pun yang mahu membelinya!


PKR menghina TGHH dengan fitnah pil kuda... tapi di Padang Lalang Neram semalam, seorang lelaki telah ditetak sampai mati oleh adiknya. Mangsa tetakan, merupakan seorang penagih pil kuda. Dia ditetak kerana selalu mengugut mahu menetak ibu bapanya apabila tidak memperolehi wang yang dimintanya. Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sepatutnya PKR sudah ambil iktibar dan tidak melayan pengedar pil kuda yang menyaman TGHH tetapi disebabkan mereka terlalu angkuh, akhirnya saman RM2 juta kononnya untuk membersihkan nama, tetapi sebenarnya untuk PKR membuktikan kononnya Presiden PAS adalah masalah yang perlu dicantas dan ahli-ahli PAS perlu terus tunduk, akur dan tidak boleh membantah sama sekali perintah yang dikeluarkan oleh PKR kepada mereka.

Pengajaran perlu terus diberikan kepada PKR. Biar mereka rasa, biar mereka belajar peritnya kalau mereka menghina jemaah Islam dan Presiden jemaah Islam PAS!

Saturday, 8 March 2014

Nizar Jamaluddin Dikecam 'BODOH' Kerana Cuba Berlawak Tentang Insiden MH370


Aku tak tahulah kenapa Nizar Jamaluddin semenjak kehilangan jawatan Menteri Besar, nyanyuknya semakin menjadi-jadi. Dulu, aku suka dengan dia terutama ketika menjadi Menteri Besar Perak. Banyak perubahan dan kebaikan yang telah dilakukannya. Bahkan dia juga merupakan antara bintang PAS yang bersinar dan diharapkan mampu menjadi barisan pelapis kepimpinan utama PAS sedia ada.

Namun selepas kehilangan jawatan, Nizar Jamaluddin juga bagaikan turut kehilangan sentuhannya. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukannya dalam melestarikan tanggungjawab serta tugasnya selaku pemimpin PAS Perak.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Nizar tidak kelihatan lagi seperti seorang pemimpin sebaliknya tidak ubah seperti macai yang kerja mereka hanya membenarkan apa-apa sahaja yang diperintahkan oleh Anwar Ibrahim. Dan ini sangat jelas, dalam tindak-tanduknya kebelakangan ini, Nizar Jamaluddin bagaikan terlupa bahawa dia sebenarnya adalah pemimpin PAS, bukannya PKR apatah lagi DAP. Tahaluf Siyasi yang dibangga-banggakan oleh sesetengah pihak dalam PAS, sebenarnya tidak menghalalkan mana-mana pemimpin PAS untuk menjadi macai atau jurucakap PKR, DAP atau Anwar Ibrahim.

Insiden pesawat MAS MH370 yang sehingga kini masih hilang secara misteri, turut mendapat reaksi bodoh daripada Nizar Jamaluddin.


Hasilnya, dia bukan sahaja menerima kutukan daripada followersnya sendiri dalam Twitter tetapi juga turut dicop sebagai pemimpin pembangkang bodoh oleh YAHOO NEWS, rangkaian portal yang banyak memberikan pandangan positif kepada Pakatan Rakyat dan menghentam Kerajaan UBN secara berterusan.

Berita sebegini tidak akan memberi impak yang baik kepada parti dan jemaah. Seharusnya sebagai seorang pemimpin, Nizar lebih menjaga tatasusilanya. Dia perlu memisahkan diri daripada perangai sembrono orang kebanyakan kepada pemimpin yang Allah Taala berikan keistimewaan dan melantiknya sebagai pemimpin.

Ini bukan kali pertama Nizar Jamaluddin membuat tweet yang sebegitu. Sebelum ini, Nizar turut berhadapan dengan masalah perundangan membabitkan Sultan Johor dan TV3. Mujurlah hakim yang memberikan kemenangan kepada Nizar itu dan mengarahkan TV3 membayar gantirugi kepada Nizar, adalah ORANG KITA sendiri. Kalau tidak, besar kemungkinan Nizar pula yang terpaksa menjadi rakan sebilik dengan Anwar Ibrahim.

Tak ke naya tu.

SYUKUR... Anwar Ibrahim Dapat Kafarah Memperlekehkan TG Hadi Awang dan Jemaah Islam PAS


Walaupun secara rasmi PAS menyatakan kesedihan dan simpati kepada Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun setelah keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2012 diterbalikkan bersabit kes liwat, namun ramai orang PAS yang mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana telah menunjukkan kebenaran yang selama ini terselindung di sebalik cakap pandai Anwar Ibrahim.

Tahaluf Siyasi dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kesilapan besar bagi PAS. Walaupun PAS pada dasarnya hanya bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang kehilangan segala jawatan dan kedudukan, namun keterujaan kerana sokongan yang diperolehi, menyebabkan PAS melangkah jauh dan akhirnya menjerat diri sendiri.

Tidak perlulah disenaraikan apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR terhadap PAS dari tahun 2008 sehingga kini tetapi cukuplah kalau kita katakan, inilah padahnya kalau jemaah Islam dan perjuangan Islam diperkotak-katikkan demi kepentingan individu.

Masih ramai yang cuba menafikan, Anwar Ibrahim telah mempergunakan PAS untuk kepentingan dirinya. PAS sekiranya berstatus seperti ISMA, JATI atau HAMIM, tidak mungkin akan dipandang oleh Anwar Ibrahim. Anwar dan PKR rapat dan berbaik-baik dengan PAS sebab PAS besar, teguh dan ahli-ahlinya komited dengan perjuangan Islam.

Disebabkan itulah, Anwar apabila berada di kalangan PAS, akan lebih Islam berbanding orang Islam tetapi apabila berada di kalangan bukan Islam, dia menjadikan PAS sebagai bahan sesahannya.

Ramai penyokong Anwar yang sekarang ini sedang mengecam dan mencerca hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat kepada Anwar Ibrahim. Kata mereka, hakim-hakim tersebut bodoh.

Yang tidak mereka katakan ialah, mengapa para peguam Anwar Ibrahim langsung tidak dapat menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam jubur budak Saiful itu. Yang mereka langsung tidak mahu terangkan ialah mengapa Karpal Singh dan barisan peguambela yang diupah oleh Anwar Ibrahim lebih sibuk bermain-main dengan teknikal berbanding fakta sebenar kes.

Lebih malang lagi, ada pula yang cuba mengaitkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak.

Sebenci mana pun kita kepada UMNO, seharusnya kita berfikir secara rasional. Itulah sebabnya, PAS dari awal lagi tidak banyak membuat pertikaian. PAS mengikuti perkembangan ini secara dekat dan dari awal 1999 lagi. Kita memang bersimpati dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya, tetapi fakta kes selain bukti, pengakuan, maklumat hakim dan qarinah mahupun qosamah, kita kena akui dan terima.

Jangan kerana keputusan tidak berpihak kepada kita, maka kita kata mahkamah tidak adil. Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada kita, maka kita baru nak kata itu keputusan adil. Itu namanya tak adil kepada diri tu.

Dari tahun 1999 sehingga 2014, sudah beratus-ratus kali solat hajat dan munajat kita pohonkan kepada Allah Taala agar ditunjukkan kebenaran. Sudah berkali-kali juga Allah Taala menunjukkan kebenaran, dan setiap kali itulah, apabila tidak kena dengan hati kita, kita menolak Allah Taala dan bergantung kepada manusia.

Kita tak betul dalam hal ini.

Sebagai umat Islam, kita kena percaya bahawa setiap kejadian itu Allah Taala yang gerakkan. Hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim adalah hukuman Allah Taala berasbabkan manusia.

Jangan pula ada yang nak merusuh dan mengheret orang PAS sekali memberi alasan, rusuhan yang mereka bakal lakukan nanti adalah RUSUHAN ALLAH TAALA. Jangan pula ada yang cuma menyamakan diri sendiri dengan Allah Taala.

Besar dosanya dan besar syiriknya tuh!

Jangan kerana seorang Anwar Ibrahim yang gagal menahan nafsunya, maka kita jatuh syirik dan mempermain-mainkan qada Allah Taala. Dan jangan pula kita jadi manusia Jabariyah atau Qadariyah yang telah sesat akhlak dan akidah mereka hanya kerana Anwar Ibrahim.

Friday, 7 March 2014

ALHAMDULILLAH... MB Kelantan Tak Takut Hilang Jawatan Disebabkan Perlaksanaan Hudud


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan beliau sanggup mempertaruhkan jawatan Menteri Besar, sekiranya perlaksanaan hukuman hudud di negeri itu memerlukan beliau berbuat demikian.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan sememangnya komited dan buktinya beliau telah membangkitkan perkara itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, November lalu.

“Saya gembira ada sepakat (pembangkang dan kerajaan) untuk menyokong ia dilaksanakan, ketika saya jumpa Perdana Menteri, saya sebut sedikit, di mana dipersetujui supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bincang dengan Jakim bagi meneliti halangan-halangan yang ada.

“Saya sanggup jumpa Perdana Menteri (sekali lagi) untuk membincangkan isu ini, walaupun saya rugi (dari segi politik) asalkan ia dapat dilaksanakan, saya tidak takut, kita benar-benar mahu laksana,” katanya semasa sesi penggulungan Sidang Dun, semalam.

Terdahulu, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah sesi soal jawab berkata, kerajaan negeri tidak mengambil sebarang usaha untuk bertemu pucuk pimpinan kerajaan persekutuan bagi membincangkan perkara itu.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri bertemu Perdana Menteri bagi berbincang mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri itu dan bukan sekadar memberi alasan politik kononnya kerajaan persekutuan tidak membenarkan hukum berkenaan dilaksanakan.

“Kalau tuntutan royalti yang kecil itu sahaja boleh dibawa ke peringkat pusat kenapa tidak dibincangkan pula mengenai hukum berkenaan agar boleh dilaksanakan di Kelantan dan bukannya mencari alasan untuk menyalahkan orang lain bila tidak melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, halangan politik merupakan antara punca kerajaan Kelantan tidak berjaya melaksanakan hukuman hudud di negeri ini.

Menurutnya, surat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hudud diluluskan pada 1993 yang jelas menghalang perlaksanaan hukuman itu masih sah kerana ia dikeluarkan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

“Sekiranya dilaksanakan hukuman itu, pusat ambil tindakan, itu dikira halangan politik, malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan kerajaan pusat ketika ini juga tidak membantu.

“Selain itu, undang-undang di negara ini juga tidak membantu Kelantan, sekiranya berlaku percanggahan undang-undang antara pusat dan negeri, maka undang-undang pusat akan diguna pakai, kita tidak diajar untuk melanggar undang-undang,” katanya.

Mohamed Fadzli kemudiannya mencadangkan agar anggota pembangkang menyertai kerajaan negeri mengadakan perbincangan itu di peringkat pusat dan perkara itu disambut baik oleh Alwi.

Wednesday, 5 March 2014

PAS Lembik Sebab Terpaksa Kempen Untuk Anwar di Kajang Selepas PKR Malukan Tuan Guru Presiden?


Di sebalik pelbagai penghinaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas PAS, termasuklah cubaan memalukan Tuan Guru Presiden menerusi saman RM2 juta oleh Ketua AMK Dungun yang perasan namanya telah disebut dan dia yang dimaksudkan oleh TGHH sebagai pengedar pil kuda, PAS tetap menghulurkan bantuan dan menghulurkan tengkuk untuk dipijak-pijak oleh PKR dan DAP dalam usaha Anwar Ibrahim untuk lari dari masalah yang dia sendiri cipta.

Sedaplah para macai UBN menabur fitnah ke atas PAS. Sudah tentulah macai UBN mengandaikan PAS sudah lembik tengkuk dan terlalu takut dengan PKR serta Anwar Ibrahim sehingga akhirnya terpaksa melancarkan markas jentera PRK DUN Kajang PAS di Tapak Pasar Malam, Taman Desa Jenaris, Kajang.

Ada juga ahli-ahli PAS yang cuba membetulkan persepsi tersebut. Konon-kononnya semua masalah yang berlaku ke atas PAS kesan daripada onar dan perbuatan jahat PKR sebenarnya telah dibesar-besarkan oleh macai UBN. PAS dengan PKR sendiri sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah.

Itu satu lagi tahap bebal yang sukar diterima. Apa yang susah sangat nak terima kenyataan bahawa PKR dan PAS memang bermasalah pun? Apa yang susah sangat nak terima hakikat, akar umbi PAS tidak senang dan tidak suka langsung dengan perbuatan durjana para pemimpin PKR yang bodoh tapi cuba nak tunjuk pandai dengan mengenakan PAS? Apa yang payah sangat nak berbelit sana sini kononnya ahli-ahli PAS semuanya buta perut, buta kayu dan buta segala buta sampaikan semua penghinaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP boleh ditelan begitu sahaja?


Kalau ditanyakan kepada aku, pendapat peribadi aku ialah, pelancaran jentera penerangan PAS untuk PRK DUN Kajang itu sebenarnya adalah MUSLIHAT POLITIK semata-mata. Secara tidak langsung, PKR telah menyembah sujud kepada PAS dan memperakui bahawa tanpa PAS, Anwar Ibrahim masih lagi tersadai di atas lantai bilik penjara. Anwar Ibrahim masih bernafas sebagai ahli politik dan terkenal pun berasbabkan PAS. Kalau PAS buat tak kisah atau PAS meneruskan tentangan terhadap Anwar Ibrahim terutama sekali apabila mengenangkan perbuatan biadap dan kurang ajarnya sewaktu masih lagi bergelar pemimpin UBN dulu, Anwar sekarang hanyalah peminta sedekah yang masih berkhayalkan jawatan besarnya dalam kerajaan.

Hanya disebabkan oleh PAS, maka Anwar mengecapi kemasyhurannya sekarang.

Selepas apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap PAS, aku sebenarnya teringin pula nak tengok jemaah Islam di seluruh Kajang melakukan sesuatu untuk mengajar kebongkakan dan kebiadapan Anwar Ibrahim dan PKR pada 23 Mac nanti. Biar Anwar dan PKR tahu, tanpa PAS, DAP dan Cina pun tak pandanglah Anwar dan PKR.

Sekurang-kurangnya busuk Shuhaimi Shafie, Abdullah Sani, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang pemimpin PKR Selangor lain, tak terhidu lagi dan jalan mereka tunduk tak berani angkat muka bila melintas di hadapan jemaah biasa PAS.

ADUN PKR Sokong Penjenayah Bunuh Polis, Bukan Lagi Fitnah Tapi Kenyataan


Perasan atau tak, setiap kali PKR buat onar, setiap kali itulah PAS akan diseret sekali untuk selesaikan masalah mereka. PAS seringkali dijadikan sebagai perisai dan pelindung yang ampuh kepada mereka PKR. Kalau PAS buat tak layan, maka PAS pun akan dituduh sebagai tidak menghormati konsensus dan persefahaman yang terjalin dalam Pakatan Rakyat. Tak cukup dengan itu, PAS dikatakan pula, mencabuli Tahaluf Siyasi yang dianjurkan dalam Islam bagi kemaslahatan umat.

Tapi yang banyak buat perangai adalah orang PKR. Tak sudah-sudah dan tak pernah serik. Mungkin disebabkan PAS terlalu banyak sangat membela mereka, maka mereka pun naik lemak dan kepala pun sudah besar. Walaupun kelihatan membodohkan diri, tapi PAS kena juga sokong dan bela. Kalau tidak, PAS akan dicerca dan dimaki hamun.

ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin adalah sebahagian daripada golongan mungkar dalam PKR yang bercakap berdasarkan fahaman liberal dan serba-boleh-asalkan-untuk-Anwar Ibrahim.

Kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd ketika sedang menjalankan tugas di Taman Sentosa, Kelang, semalam menjadi rujukan kepada ADUN Seberang Jaya itu.

Seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Aidil Mustafa pula mengalami cedera parah tetapi sempat menembak mati dua orang warga asing yang telah menyerang mereka dengan parang dan pisau.

Dalam kejadian terbabit, kedua-dua anggota polis peronda itu telah menahan sekumpulan warga asing yang berkelakuan mencurigakan. Ketika sedang melakukan pemeriksaan, warga asing tersebut melawan dan berjaya merampas pistol yang dimiliki oleh Allahyarham Koperal Raja Aizam. Penjenayah bagaimanapun, tidak berjaya melepaskan tembakan kerana pistol berkenaan telah dikunci. Koperal Mohd Aidil kemudiannya berjaya merampas pistol itu dan melepaskan tembakan yang membunuh dua orang penjenayah. Allahyarham Koperal Raja Aizam mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala, muka dan badan akibat kesan tetakan dan tikaman. Mayatnya ditolak ke dalam longkang di tempat kejadian oleh warga asing itu.

Seharusnya, seorang ADUN seperti Afif Bahardin perlu lebih peka. Anggota-anggota polis tersebut, walau tidak suka mana pun kita kepada mereka, mereka sedang menjalankan tugas. Tanpa polis, negara ini tidak akan aman dan kita tidak akan bebas bermain politik, bahkan Afif Bahardin tidak mungkin mempunyai gelaran Dr atau YB ADUN Seberang Jaya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Afif sebenarnya amat keterlaluan. Aku percaya, YB ADUN Seberang Jaya ini seorang Islam. Namun walaupun kelihatan seperti seorang yang berpelajaran, mungkin tiada pelajaran agama padanya kerana Islam tidak pernah mengajar dia mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Barangkali kalau bapanya seorang anggota polis dan kemudian dibunuh oleh penjenayah, dia mungkin tidak akan mengeluarkan kenyataan sebodoh itu.

Aku sangat mengharapkan agar tiadalah pemimpin-pemimpin PAS terutama sekali di Pulau Pinang yang akan membela Dr. Afif Bahardin. Dia pandai sangat mengeluarkan kenyataan bodoh untuk mempopularkan dirinya, biarlah dia sendiri yang tanggung. Jangan kita pula terikut-ikut kebodohannya.

Selama ini pun, ramai juga anggota jemaah Islam yang telah ditangkap oleh polis kerana pelbagai kesalahan dan perlanggaran undang-undang. Kita tak pernah pun keluarkan kenyataan sebodoh dan sebacul ini. Tetapi semenjak adanya PKR, macam-macam benda bodoh boleh kita dengar daripada najis-najis kumbahan UBN ini. Malah, semenjak adanya PKR juga, ramai juga pemimpin-pemimpin PAS yang turut jadi sebodoh PKR itu sendiri!!!

Tuesday, 4 March 2014

Cybertrooper UBN Fitnah PAS Dengan Fakta Jijik


Aku taklah rajin sangat menghadap Facebook tapi disebabkan ramai sahabat yang apabila nak berhubung akan mengerahkan aku ke Facebook, maka mahu tak mahu terpaksalah aku masuk juga. Setiap kali berada di alam Facebook, setiap kali itulah juga aku melihat terlalu banyak fitnah yang sedang berleluasa dan terlalu banyak pula fitnah yang ditujukan kepada PAS.

Kalau dahulu disebut sahaja fitnah maka kita akan melihat pembohongan secara terang-terangan tetapi sekarang, pihak musuh kalau nak buat fitnah dah buat secara halus dan terperinci. Ramai yang sudah pandai menyamar sebagai orang PAS dan kemudiannya membuat posting lengkap dengan ayat al Quran dan hadis kemudian memutarbelitkan ayat-ayat al Quran dan hadis itu mengikut kefahaman mereka yang sangat dangkal serta menyesatkan.

Selain daripada cybetrooper PKR yang kita cukup tahu pegangan agama mereka sungguh longgar dan Red Bean Army yang terlatih untuk menghancurkan umat Islam, agama Islam serta negara ini, kita juga berhadapan dengan cybertrooper UBN yang menyamar sebagai penyokong PAS yang sedang memperjuangkan Islam dan mentarbiahkan para pengguna Facebook kepada ajaran Islam sebenar.

Bagi yang kurang berpengetahuan agama, pasti akan seronok melihat bagaimana ayat-ayat al Quran dan hadis yang sebahagian besarnya hanyalah terjemahan digunakan untuk menekan dan memperbodoh-bodohkan UBN namun seandainya pintu ilmu dibuka dengan kita sendiri berlapang dada dan bermuhasabah, apa yang dilakukan oleh cybertrooper UBN itu sebenar merupakan satu perangkap yang sangat dahsyat buat para pejuang agama Allah Taala di bumi Malaysia ini.

Satu ciri-ciri yang mudah untuk kita kenalpasti mereka adalah cybertrooper UBN ialah, mereka hanya tahu melepaskan posting tetapi apabila ada yang menjawab dan kemudian menyanggah, mereka tidak bersedia langsung dengan jawapan mahupun penerangan. Kalau pun penerangan dan jawapan yang diberikan, mereka biasanya mengamalkan kaedah UBN iaitu memaki hamun dan merendah-rendahkan taraf pemikiran pembaca.

Sedangkan ahli-ahli PAS terutama sekali yang bergiat dalam bidang penulisan, mereka telah dilengkapi dengan ilmu yang berkaitan khususnya agama. Ahli-ahli PAS tulen tidak akan mengatasi atau melangkaui bidang keilmuwan masing-masing. Bagi yang khusus dalam bab akidah, tidak akan memandai-mandai atau tunjuk pandai dalam bidang tafsir. Bagi yang khusus dalam bidang tafsir, tidak akan memandai-mandai dalam bidang Siyasah. Bagi yang khusus dalam bidang Siyasah tidak akan memandai-mandai mengeluarkan fatwa.

Justeru, jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat yang dilepaskan oleh orang yang jahil di dalam Facebook. Mereka mungkin kelihatan seperti orang alim tetapi kalau anda perhatikan betul-betul, mereka bukannya alim, melainkan si jahil yang cuba menyesatkan orang ramai demi mendapatkan sedikit imbalan dan upah.

Itu kan kerja Cybertrooper UMNO!

Monday, 3 March 2014

PKR Bodoh! Kalau PAS Nak Jawatan Menteri Besar Selangor, Dari Tahun 2008 Lagi PAS Dah Terima Tawaran UMNO!

Seorang pemimpin PKR Selangor yang berasal dari Bagan Serai dan pernah diura-urakan akan bertanding di Bagan Serai pada PRU-13 lalu, Shuhaimi Shafie memberi kata dua dan amaran kepada PAS Selangor agar melupakan hasrat untuk merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari PKR. Katanya, PAS tidak ada hak untuk jawatan tersebut dan PAS juga harus sedar diri bahawa, disebabkan PAS, PKR Perak dan Kedah kehilangan banyak kerusi. Lagipun, PAS juga harus ingat, pada tahun 2008, walaupun hanya 6 kerusi DUN di Perak, wakil PAS telah dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak walaupun sebenarnya yang lebih layak adalah PKR.

Shuhaimi jelas merujuk kepada kerusi DUN Semenyih dan Kota Damansara yang diyakini menjadi milik PKR sekiranya PAS tidak meletakkan calon di kedua-dua kerusi berkenaan pada PRU-13 lalu. Kedua-dua kerusi tersebut berjaya dimenangi oleh calon-calon UMNO-BN.

Pada tahun 2008, pada ketika Pakatan Rakyat tidak wujud pun, PAS telah dilamar oleh UMNO Perak untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan dengan PAS sebagai Menteri Besarnya. Begitu juga di Selangor. Bagaimanapun, tindakan beberapa orang pemimpin PAS yang telah gelap mata dengan perundingan serta persetujuan awal dengan beberapa orang pemimpin utama DAP, menafikan hak PAS untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Perak bagaimanapun, bermenteri besarkan PAS tetapi Nizar Jamaluddin tidak mampu memberikan nilai tambah kepada PAS sebaliknya PAS Perak dilihat terlampau lebik kerana terlalu menurut kehendak Ngeh-Nga bersepupu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak runtuh apabila pada Februari 2009, tiga orang ADUN Pakatan melompat keluar dari parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas. Dari tahun 2008 sehinggalah 2014, tiada seorang pun wakil rakyat PAS yang melompat parti atau mencetuskan masalah kepimpinan berbanding PKR dan DAP.

Shuhaimi Shafie seharusnya sedar, PAS tidak mengharapkan PKR sebaliknya PKR yang mengharapkan PAS dan memerah keringat serta usaha-usaha keras PAS. Tanpa PAS, PKR tidak ubah seperti sebuah parti yang tidak mampu menggerakkan apa jua program. Cakap besar Shuhaimi kononnya tanpa PKR dan DAP, PAS tidak akan ke mana-mana seharusnya perlu ditekup ke mulutnya sendiri.

Tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP, pada tahun 1999, PAS berjaya menguasai 27 kerusi Parlimen. Manakala PKR yang pada masa itu bernama PKN hanya dapat 5 kerusi Parlimen. Pada tahun 2004, jumlah yang dikuasai oleh PAS menurun secara drastik, manakala PKR pula hanya tinggal kerusi Permatang Pauh. PAS tidak pernah berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen walaupun selepas bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam konsep Tahaluf Siyasi. Malah perolehan PAS terus menurun dari tahun 2004 sehingga tahun 2013.

Untuk pengetahuan pemimpin PKR yang bodoh itu, dalam kebanyakan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR, PAS yang paling banyak menyumbangkan ahli. Tanpa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, demonstrasi-demonstrasi tersebut akan menjadi hambar sepertimana yang berlaku dalam Demonstrasi Black 505 yang konon-kononnya untuk membantah kejadian terputus bekalan elektrik sebagai bukti penipuan UBN dalam PRU-13.

Perhatikan sajalah bagaimana PKR terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memujuk PAS menghantar ahli-ahli untuk demonstrasi demi demonstrasi dengan mengingatkan tentang kerjasama politik antara ketiga-tiga parti.

Jadi, siapa yang bergantung kepada siapa?

Dah sememangnya PAS jauh lebih layak untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari PKR yang merupakan najis-najis buangan UBN yang tidak pernah aman dan terlalu memikirkan keselesaan tembolok sendiri!