Walau apa pun yang dikatakan oleh Hatta Ramli, hakikatnya, jemaah PAS Kajang tidak ramai yang keluar mengundi. Kalau tidak kerana pada sebelah petang, DAP menggiatkan para pengundi tegar mereka keluar untuk membuang undi, Wan Azizah besar kemungkinan hanya memperolehi undi majoriti tidak melebihi 1000.
Kita kena perakuilah kehebatan DAP. Dengan menggunakan kelebihan berbahasa Cina mereka yang sudah tentu mengurangkan laporan polis dan rungutan daripada orang Melayu yang cukup ekstrim dengan budaya politik, DAP mengelilingi bandar Kajang dan kawasan-kawasan majoriti Cina dengan kenderaan pacuan empat roda sambil merayu agar pengundi-pengundi Cina segera keluar menjelang sejam terakhir proses pembuangan undi semalam.
"Sila keluar undi. Satu undi penting bagi hidup kita."
Itu yang dimaksudkan oleh pelaung dalam Bahasa Cina kepada para pengundi. Dan mereka pun keluar menderu-deru melalui lorong dan laluan kecil walaupun jalan raya di sekitar Kajang, terutama sekali di Sungai Chua sesak teruk termasuklah yang sudah tua dan berjalan pun terhinggut-hinggut.
Dari berwajah masam dan sugul, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim mampu tersenyum lebar apabila melihat peningkatan undi daripada pengundi-pengundi Cina yang keluar pada saat-saat akhir.
Kita tahu, kalau Wan Azizah kalah di PRK ini, pastinya PAS akan menjadi sasaran untuk dikecam, ditekan dan dimaki hamun. Mujurlah DAP yang banyak membantu 'mempertahankan' PAS walaupun mungkin itu bukan niat mereka. Apatah lagi kemenangan di beberapa PDM bermajoriti Melayu yang sebelum ini merupakan kubu kuat UBN, sudah cukup menjadi bukti bahawa kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat tidak boleh sama sekali dipandang kecil.
Tanpa PAS, Wan Azizah dan PKR tidak akan dapat sokongan daripada PDM-PDM Melayu tersebut. Kita mengimbangi kemarahan Melayu-Melayu di kawasan tersebut kepada PKR dengan kelembutan dan keindahan PAS. Kita menyejukkan dan melembutkan hati-hati Melayu di kawasan berkenaan yang berang dengan tindakan MPKj yang menindas mereka dengan janji bahawa PAS akan terus bersama-sama mereka, malah sanggup menentang sekiranya Kerajaan Negeri Selangor terus menindas mereka seperti yang berlaku sekarang.
Semasa kempen, Wan Azizah yang sudah tentu mewakili PKR yang menjadi kepala kerajaan negeri berjanji beberapa perkara kepada PAS seandainya dia menang. Antara janjinya itu adalah jawatan Timbalan Menteri
Besar, Speaker DUN, Pengerusi dan keseluruhan bajet Yayasan Selangor serta 5 orang pengarah di PKNS.
Sama ada dia menang besar atau menang kecil, yang pasti PKR menang di Kajang. Untuk itu, janji perlu dipenuhi. Apatah lagi sudah ada gerakan dari dalam PKR sendiri untuk menabalkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.
Menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, samalah seperti menabalkan Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut. Wan Azizah pada sepanjang masa adalah boneka kepada Anwar Ibrahim. Jadi, janji yang dituturkan oleh Wan Azizah adalah janji Anwar Ibrahim kepada PAS.
Aku tak rasa, kaedah yang kita gunakan sekarang iaitu berserah dan bersyukur perlu digunapakai lagi. Janji yang dibuat oleh PKR kepada PAS perlu dituntut kerana kita cukup tahu, PKR bukanlah jenis yang berpegang kepada janji. Mereka pada bila-bila masa sahaja boleh terlupa dengan janji yang mereka buat.
1 comment:
Rakyat melayu ingin nak tahu apakah kata-kata puak dapigs kepada pengundi cina sehingga kaum cina begitahu taksub menyokong dapigs. Kalau pas dijanjikan syorga, apa agaknya kata propanga dapigs sehingga kaum cina teramat benci kepada kerajaan pimpinan melayu umno. Adakah seperti propaganda komunis atau rasis seperti semasa sebelum mei 13? Harap ada yang dapat kongsi propaganda.
Post a Comment