Thursday, 1 November 2012
PM NAJIB PUN TELAN AIR KENCING MR. PORNO SOI LEK
Aku tengok, tak ada mana-mana cai-cai UMNGOK pun yang berani balun Mr. Porno Soi Lek. Beraninya Presiden MCA tu ngutuk dan hina Islam, sampaikan PM Najib pun terkedu tak kata apa-apa.
Soi Lek kata hudud adalah lambang kebodohan umat Islam, depan-depan batang hidung Najib. Najib cuma diam dan bila ditanya wartawan, NO COMMENT katanya.
Hahaha...
Lawaknya PM Malaysia ni. Sebelum ini, kemain lagi ngutuk DAP, kononnya DAP kurang ajar. Pembodek, pecacai, penjilat dan pengampu pun bersilat sama untuk kembangkan lagi punggung Najib. Tapi bila Najib diam, semuanya macam terkesot telur masuk perut.
Habis semuanya takut!
Mengata kat PAS, bukan main lagi.
Ceh! UMNGOK sendiri pun takut dengan Soi Lek sampai tak terkata apa-apa bila Cina kulop tu hina agama yang dianuti PM Najib berdepan-depan.
Aku tak tahu kenapa la bodoh sangat UMNGOK ni sampaikan benda mudah macam tu pun, diorang tak leh nak tackle. Tapi elok jugalah UMNGOK kekal dengan zaman batu diorang. Senang sikit kerja Pakatan Rakyat.
PM Najib yang penasihatnya berbelas-belas orang tu, takkanlah tak nampak hala mana sokongan orang Cina sekarang. Takkanlah PM Najib tak tahu yang si porno tu sedang bantu Pakatan Rakyat untuk menang PRU-13 dengan membawa sokongan Cina kepada DAP dan PR.
Malangla nasib orang Islam kalau dibiarkan Najib terus jadi Perdana Menteri Malaysia. Lagi malang la kalau UMNGOK terus dibenarkan jadi kerajaan dengan MCA jadi komponennya.
UMNO KEDAH HURU-HARA BILA MAHATHIR NAK ANAKNYA JADI MB
Dua hari lepas, aku dapat tahu, bekas PM, Mahathir panggil 20 orang dari setiap Bahagian UMNO Kedah berjumpa dengannya di Putrajaya. Walaupun Mahathir adalah tukang penasihat tak rasmi UMNO Kedah, tapi tujuan dia panggil wakil-wakil UMNO setiap Bahagian tu, sangat jelas.
Mahathir nak pastikan anaknya, Mukhriz yang sangat elitis tu, akan jadi MB Kedah kalau UMNO menang.
Aku tak mahu kata apa-apa pasal Mahathir la. Sebab walaupun banyak benda aku tak sokong dia, aku tetap hormat dia sebab kepimpinan dialah yang buatkan Malaysia berada pada takuk ni.
Mukhriz jadi MB Kedah?
Ada badut sarkas dari UUM buat kajiselidik untuk tujuan bodek dan ampu. Badut sarkas tu bandingkan tiga orang, Mukhriz, Azizan dan Mat Bashah. Keputusannya, permintaan untuk Mukhriz jadi MB Kedah tersangat tinggi. Azizan nombor dua. Mat Bashah pula nombor tiga.
Aku tak tahu la macam mana badut sarkas tu boleh dapat keputusan lagu tu. Tapi yang sahnya, Mukhriz goyang di Jerlun. Aku dah dengar sendiri dari pegawai-pegawainya yang susah hati sebab makin ramai yang persoalkan Mukhriz yang susah sangat nak beramah mesra dengan akar umbi, termasuklah penyokong-penyokongnya sendiri.
PRU akan datang, Mukhriz dah nak lari dari Jerlun. Dia suruh Man Aziz, bekas calon Air Hitam tahun 2008 bertanding Parlimen Jerlun dan dia pula bertanding di DUN Air Hitam.
Mukhriz tak banyak tolong UMNO Kedah. Masa dia jadi Bendahari, haram tak seduit yang dia bawa masuk ke akaun UMNO. Bila dah tak ada duit, macam mana operasi UMNO nak bergerak. Ada Mukhriz atau tak dak Mukhriz dalam UMNO Kedah, tak banyak bantu parti tu di Kedah. Yang terbantu adalah orang-orang dia, macam wakil dia di Jerlun yang la ni dah tambah pasaraya ketiga di Jitra walaupun sebelum ini, duk melahap merata jalan.
Memang PAS Kedah tengah sakit tapi UMNO Kedah sendiri lagi sakit. Orang-orang Mukhriz dah susun dan atur macam mana nak rompak negeri Kedah kalau Kedah jatuh ke tangan UMNO balik. Kalau Mukhriz tak jadi MB, Mahathir pula akan serang Najib macam Mahathir serang Abdullah Badawi.
PAS Kedah toksah duk susah hati la. Walaupun Ketua Audit Negara kata, Kedah banyak masalah tapi UMNO Kedah tak dan nak counter sebab depa duk sibuk sapa nak jadi Menteri Besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)