Semenjak kebelakangan ini, aku sangat sibuk masuk ke serata tempat berkempen dan berceramah. Melihat kepada sambutan yang diberikan oleh orang ramai, aku yakin Pakatan Rakyat akan dapat menawan semula Perak dan aku sangat yakin, kemenangan kali ini tidak akan menggoyahkan Pakatan Rakyat walaupun ada tiga empat ekor beruk akan melompat macam yang berlaku kepada kerajaan Nizar Jamaluddin.
Banyak isu sebenarnya yang boleh diperkatakan tetapi 'arahan bos aku', tumpukan kepada isu di Perak. Jadi, aku akurlah dengan 'perintah' tersebut.
UMPORNO dan Barang Naik (BN) sangat terkenal dengan media-media ciptaan mereka. Secara hakikatnya, kewujudan media untuk sesebuah parti dan organisasi merupakan syarat wajib dalam demokrasi parlimen, tetapi UMPORNO telah berjaya menternak lintah-lintah di dalam media yang mereka ciptakan.
Perak juga tidak ketinggalan. Antara yang paling aktif adalah Persatuan Media Perak. Aku tak perlulah ceritakan apa kerja Persatuan Media Perak. Korang faham-fahamlah sendiri. Yang aku nak ceritakan ialah kisah seorang PRESS BETINA kat Perak ni yang pernah memeras seorang Ahli Parlimen.
Hasil memerasnya membolehkan dia membuka sebuah restoran. Tetapi oleh sebab kepakarannya adalah memeras dan bukannya berniaga, tidak sampai enam bulan, perniagaan restorannya melingkup. Lingkup macam dia dan geng-geng dia lingkupkan Persatuan Media Perak.
Untuk makluman, betina ini sekarang dapat banyak job dengan Datuk Bandar. Banyak juga rungutan daripada kakitangan MBI. Malangnya segala rungutan, sekadar menjadi satu rungutan. Tidak lebih dari itu. Salah satu sebab kenapa dia begitu kebal ialah, BOYFRIEND DIA ADA KABEL KUAT.
Betina ini jugalah yang memainkan peranan penting dalam pejabat SUA sampai ramai staf bertukar-tukar. Dan sekarang, dia merupakan orang yang mempunyai mulut paling bisa di kalangan Media Perak.
Satu perkara yang menarik tentang betina ini ialah, dia merupakan salah seorang 'anggota' dalam kumpulan yang paling banyak menyamun ADUN dan EXCO Perak. Untuk mengelakkan orang mengata dan menimbulkan rasa bersalah kepada saingannya, maka dengan menggunakan mulutnya yang sangat berbisa itu, dia akan menghamun orang-orang yang dilabelkannya sebagai PENYAMUN.
Kumpulan diorang ini jugalah yang paling ramai menggaji wartawan dan stringer untuk hidupkan SUARA PERAK, PERAK NEWS ONLINE tetapi portal-portal berkenaan hanya menjadi lubuk duit tapi tak berkesan langsung untuk membantu Zambri Kadir.
Atau dengan kata lain, ianya digunakan oleh Nizam Kicap untuk menyamun dengan bantuan konco-konconya macam BETINA yang aku sebutkan di atas.
Jadi, kali ini aku dedahkan nama orang-orang terlibat. Nama-nama yang aku sebutkan di bawah adalah nama-nama wartawan yang dapat DUIT BULANAN. Korang nak saman aku? Samanlah... apa aku peduli!!!
Cuba korang teliti satu persatu kalau-kalau ada nama korang yang aku lampirkan nih!
(a) ROSHIDI ABU SAMAH
(b) ZUHAFIZAH ZAKI
(c) ANI AWANG
(d) JALAL ALI
(e) HAFIZUL HAMID
(f) MEK NI
(g) MEK NA
Jangan risau. Ada sambungannya nanti dan pendedahan yang lebih panas tentang group wartawan penyamun ini! Tunggu saja....
Saturday, 19 November 2011
Monday, 7 November 2011
HAMZAH ZAINUDDIN MENYEBAT TANAH DI SELAMA
Hamzah Zainuddin adalah Ahli Parlimen Larut. Dia juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Larut. Ketua Bahagian adalah Raja Ahmad. Hamzah adalah Timbalan Menteri Perdagangan, Perladangan dan Komoditi.
Sengketa antara Hamzah Zainuddin dan Raja Ahmad Zainuddin yang merupakan ADUN Kubu Gajah bukan lagi cerita rahsia. Sengketa tersebut bagaimanapun, hanyalah berkisar tentang peruntukan dari Pusat untuk Parlimen yang diberikan menerusi Hamzah Zainuddin, bukannya kepada Raja Ahmad yang merupakan Ketua Bahagian Larut.
Itu perkara normal dalam UMPORNO. Yang nak diceritakan di sini ialah bagaimana Hamzah Zainuddin menipu sebilangan orang kampung yang telah meneroka tanah kerajaan dan kemudian menjadikan tanah itu sebagai miliknya.
Ceritanya begini...
Pada zaman Pakatan mentadbir Perak selama 11 bulan, sekumpulan orang telah membuka tanah secara haram di Selama berkeluasan lebih 100 ekar. Apabila UMPORNO mengambilalih Perak menerusi kerja-kerja jalan belakang yang diketuai oleh YB Hamidah Othman dengan bantuan adiknya, Hamizura serta beberapa orang yang lain, TIDAK TERMASUK NIZAM KICAP yang pada masa itu masih lagi merupakan pengampu tegar Anwar Ibrahim, peneroka-peneroka haram tersebut bimbang dengan tindakan susulan yang bakal mereka terima.
Mereka bertemu dengan Hamzah. Hamzah mencadangkan agar sebuah koperasi ditubuhkan dan melalui koperasi tersebut, tanah berkeluasan lebih 100 ekar itu dipohon pendudukan sementara atau TOL. Peneroka-peneroka yang sedang tersepit itu bersetuju dengan saranan Hamzah.
Yang mereka tidak tahu, koperasi berkenaan ditubuhkan dan diletakkan di bawah syarikat milik Hamzah. Hamzah adalah seorang kontraktor yang memiliki syarikat Justera Sdn. Bhd. Justera adalah anak syarikat Construction and Supply House Berhad (CASH) milik Dato' Syed Ibrahim.
Bagi mereka yang tidak mengenali Hamzah Zainuddin, orang inilah yang telah menuduh Anwar Ibrahim mengganggu isteri keduanya yang cantik jelita. Dia menunjukkan bukti untuk menguatkan tuduhannya iaitu rakaman perbualan dan ayat-mengayat Anwar Ibrahim terhadap isteri keduanya.
Berbalik kepada cerita Hamzah dan penipuan tanahnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pejabat tanah, keseluruhan kawasan yang telah diteroka tersebut menjadi hak milik mutlak Hamzah Zainuddin. Manakala para peneroka yang mengusahakannya secara haram sebelum itu, telan air liur dan menepuk dahi masing-masing.
Dengan menggunakan kuasanya selaku Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen, Hamzah Zainuddin kembali mengulangi perbuatan lamanya iaitu mencuri serta mendapat keuntungan mudah. Modus operandinya ialah mendapatkan kontrak melalui Justera yang kemudian disenaraihitamkan. Setelah mendapat kontrak, dia akan membuat tuntutan 'bayaran pendahuluan'. Setelah bayaran tersebut diterima, projek berkenaan akan ditinggalkan dan tergendala. Projek Perumahan Jabatan Agama Kedah dan Lebuh Raya Gerik merupakan antara contoh keuntungan cara mudah yang dibuat oleh Hamzah Zainuddin.
Hamzah Zainuddin juga telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi sebanyak RM11.206 juta kepada isteri pertama yang ditinggalkannya gantung tidak bertali.
Bila dia mencuri tanah yang diusahakan oleh orang lain, Timbalan Menteri itu sebenarnya tidak pernah berasa berdosa, memandangkan memang kerjanya mencuri dan menipu.
Subscribe to:
Posts (Atom)