Sunday, 12 August 2012

MAMPUS NAJIB! BTN DAH JADI SENJATA BARU PKR!

Dulu, antara jentera UMNO yang paling ditakuti pembangkang adalah Biro Tata Negara. Biro yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri ini mempunyai kekuatan tersendiri dalam gerak saraf bagi mengekalkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Namun, keadaan sudah berubah sekarang. Semenjak Raja Ariff menjadi Ketua Pengarah BTN, biro tersebut kini bertukar hala tuju. BTN kini bertindak bagaikan gunting dalam lipatan. Najib pula seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Gabungan Raja Ariff dengan Sahlan, abang Saifuddin Nasution yang juga merupakan setiausaha politik Najib, kini memudahkan banyak kerja Pakatan Rakyat. Sahlan yang sedang berkira-kira untuk menjadi calon pilihanraya mewakili UMNO di Pokok Sena, Kedah bertindak melebihi lajak dari laju.

Tanpa mengambil kira pandangan UMNO Kedah, Sahlan berlagak seolah-olah dia mendapat mandat daripada Perdana Menteri untuk pencalonan itu. Banyak program yang dilakukan oleh Sahlan di Pokok Sena tidak melalui UMNO Kedah. Bahkan UMNO Kedah juga tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengawal Sahlan.

Bagi PAS, apa yang dilakukan oleh Sahlan dan Raja Arif, Ketua Pengarah BTN, tidak banyak membantu kerana musuh mereka yang paling utama adalah PAS. Walaupun kedua-dua orang ini membantu PKR secara langsung, namun setakat itu sahajalah. PAS tidak boleh menumpang mereka kerana matlamat BTN Putrajaya sekarang adalah memenangkan dan menguatkan PKR di samping menghapuskan pengaruh PAS.

Tentu ramai yang tahu insiden Ahmad Maslan, Timbalan Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO mengoyak cek di hadapan Raja Ariff beberapa hari lepas.

Ketika jentera propaganda Najib bertungkus lumus cuba menaikkan Najib kononnya rakyat Malaysia menyokong dan menyayanginya, tanpa Najib sedar, orang-orangnya sendiri seperti Raja Ariff dan Sahlan sedang berusaha mematikannya dengan BTN sebagai dalang utamanya.

Tahniah Najib kerana memudahkan kerja-kerja PKR!

Friday, 10 August 2012

ADUYAI!!! TOLONGLAH JAGA BAKAL KETUA AGAMA ISLAM SELANGOR NIH!!!

Aku sebenarnya tak berapa pasti nak copy&paste ke tidak sebab ianya melibatkan raja-raja. Tapi memandangkan aku orang Islam dan sebagai orang Islam, antara tugas aku adalah menegur golongan yang buat kesalahan selain menjadikannya sebagai sempadan untuk diri aku sendiri, akhirnya aku putuskan untuk copy&paste keseluruhan artikel berkenaan ke blog ni.

Harap-haraplah ada pihak yang mampu menjaga dan memulihara martabat raja-raja Melayu yang merupakan ketua-ketua agama Islam di negeri masing-masing.

Di bawah adalah COPY&PASTE dari BLOG MALAYSIA IN CRISIS

Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.  
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.

“...Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” - Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).
  
Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.
Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda. 

Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk "Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung".Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk "Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah". Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru? 

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'imenyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok - terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan "Raja Berdaulat Kasih Dijunjung" pada 29 April yang lalu.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan




Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap ada
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia
AWAS 18SX

Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?
Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minumanchampagne Moët & Chandon.  

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Wednesday, 8 August 2012

Kesian Blogger APA, Kena Balun Lepas Keluar UMNO


Dah lebih enam bulan aku tak update blog ni. Aku ada banyak kerja, lebih-lebih lagi Pakatan kena kerja kuat di Perak kalau nak menang. Harapkan Nizar Jamaluddin, samalah macam harapkan orang gila bawa kapalterbang. Lebih jahanamkan lagi peluang PR di Perak ada la.

Binawenya Najib sebab dia panjang-panjangkan pulak tempoh nak pilihanraya. Lagi panjang masanya, banyak la kerosakan yang terjadi. Pemimpin2 PR pun macam kumbang putus tali. Semua isu akhirnya macam tikam diri sendiri. Nak-nak lagi DAP.

Nasib baik Nga Kor Meng dah tak banyak mulut, kalau tak lagi susah kami di Perak.

Cerita di sebelah sana pun hebat juga.

Ada sorang blogger yang perasan dia hebat sangat walaupun online dia tak ramai mana pun tapi ranking tinggi yang banyak hentam Najib dan Pak Lah. Namanya Azmi tapi dalam blog dia pakai nama APA.

Aku taklah krnal sangat blogger berumur lebih 50 tahun tu dan selalu melepak di Craven, Bukit Antarabangsa, Ampang. Tapi aku pernahlah jugak jumpa dia empat kali. Tapi tiap kali jumpa dia, aku rasa, APA ni jenis terdesak dan desperate nak popular dan nampak macam hebat.

Skang ni, ada satu blog baru tengah menghentam dia. BACA SINI

Kesian jugak sampai APA kena tunjukkan anak-anak dalam blog dia. Sampai kena buat video pengakuan anaknya konon dia bukan jenis pukul bini. Tapi aku heran jugak kenapa dia tak jawab tentang dua pompuan Indon yang jadi tempat dia bertenggekkan telurnya selama ini.

Aku sebetulnya tak minat langsung nak cerita hal buruk si APA ni tapi sebabkan dia skang dah jadi blogger Pakatan kononnya, aku suka bagi ingatlah, jenis manusia opportunis yang mudah perasan dan sikit-sikit cakap dia dah buktikan apa yang dia mampu buat dengan blog dia, blogger Pakatan harus hati-hati dan jangan sesekali percayakan lelaki yang bangga tidak pernah balik beraya dengan anak isterinya selama lebih lapan tahun.

Dia boleh bangga dengan rankingnya tapi jangan jadi bodoh dengan percaya dia bulat-bulat. Suruh dia tunjukkan berapa ramai yang masuk blog dia satu hari. Kalau ranking nombor satu tapi user online tak lebih 8 ribu sehari, sahlah pembohong besarlah manusia lalang yang hidup penuh angan-angan tu.

Sahihnya, manusia yang sentiasa tak puas hati macam blogger APA tu sebenarnya amat merbahaya kepada PR. Lebih-lebih lagi bila dia tahu perjuangan maya blogger PR free tak berbayar, malah keluar duit kocek sendiri untuk bantu parti.

Mahu ke dia yang kononnya kerajaan berhutang ratusan juta degan dia hidup macam tu?