Thursday, 17 September 2015

Bahagian Mana 'TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG YANG KHIANAT' Yang Diucapkan Oleh TGHH, Tidak Difahami?


Jawapan daripada Tuan Guru Presiden amat jelas!

"Tiada tahaluf siyasi dengan orang yang khianat"

Bahagian mana lagi yang puak PKR dan DAP yang tidak faham dan tidak jelas?

Bahagian mana yang para pemimpin PAS yang masih bermimpi untuk tidur sebantal dan seselimut dengan PKR dan DAP yang tidak faham-faham lagi?

Atau golongan berkenaan, segera memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru Presiden itu dengan mengaitkannya dengan UBN atau UG?

Bukankah seringkali golongan berkenaan menjadikan UBN dan UG sebagai asas kepada penentangan mereka kepada roh dan nafas perjuangan PAS sendiri yang telah didirikan dan ditegakkan dari zaman Almarhum Prof. Burhanuddin Al-Helmy? Bukankah seringkali golongan berkenaan menjadi zindiq dan munafik kepada asas perjuangan zaman MATTA dan Gunung Semanggol bagi membolehkan mereka terus bersekongkol dengan DAP dan golongan pemuja budaya LGBT serta murtad di bawah jenama parti PKR?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Nik Abduh cuba diputarbelitkan oleh golongan berkenaan. Mereka cuba menggambarkan bahawa Ustaz Nik Abduh cuba menagih kasih daripada DAP dengan menyatakan bahawa DAP akan kerugian besar KALAU TIDAK menyertakan PAS ke dalam Pakatan 2.0.

Sedangkan secara jelas, Ustaz Nik Abduh menyatakan bahawa PAS hanya berbincang dengan PKR dan keputusan daripada perbincangan tersebut masih belum diputuskan. Apatah lagi beberapa syarat yang diletakkan oleh PAS, gagal dipatuhi oleh PKR. Malahan PKR pula cuba memaksa PAS untuk akur kepada mereka dan PAS pula dipaksa untuk tunduk sujud kepada segala kehendak PKR.

Dengan kata lain, PKR masih mahu PAS menjadi sidekick untuk mereka, yang menyediakan orang apabila PKR mahu membuat rusuhan atau demonstrasi di mana setiap demonstrasi yang berjaya, PKR akan mengambil nama tetapi apabila berlaku sesuatu, PKR akan segera menyalahkan PAS.

Ada juga yang dengan penuh bangang sombongnya berhujah, kalau bukan kerana mahu kembali menjadi rakan sekongkol PKR, mengapa pula PAS bersetuju untuk berbincang dengan PKR.

Jawapannya ialah, PAS sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk berbincang, termasuklah dari UBN sendiri!

Bagaimanapun, setiap perbincangan tidak bermakna PAS akan menurut kehendak mereka.

Kerana prinsip itu, golongan PAN dan pro DAP-PKR amat teruja untuk melabelkan Tuan Guru Presiden sebagai 'orang umno', hanya kerana mereka sakit hati.


Tuesday, 15 September 2015

PAS Terus Bagi Keizinan Kepada Wan Azizah dan PKR Untuk Pijak Kepala PAS


Sikap mengalah dan mengendur yang ditunjukkan oleh para wakil PAS dalam mesyuarat dan pertemuan dengan para pemimpin PKR di Ibu Pejabat PKR Tropicana malam tadi, amat menjengkelkan dan memalukan.

Walaupun di hadapan para penyokong dan ahli-ahli PAS, mereka bercakap tentang pengkhianatan dan kebiadapan PKR, tetapi apabila berhadapan dengan para pemimpin PKR yang diketuai oleh Wan Azizah dan Rafizi Ramli malam tadi, mereka terus menikus. Hilang segala keberanian, hilang segala ketegasan, bahkan hilang juga segala semangat yang meluap-luap untuk menjelmakan PAS sebagai satu kuasa baru yang perlu diakur oleh PKR dan DAP.

Mengapa Setiausaha Agung PAS dan Timbalan Presiden PAS, sekadar mengangguk dan membenarkan kata-kata Wan Azizah?

Apakah mereka sudah tidak ada suara? Apakah mereka sudah hilang keberanian? Atau adakah kerana mereka terlalu mengkagumi Wan Azizah kerana Wan Azizah adalah isteri Anwar Ibrahim? Atau sebenarnya mereka sudah terkena sihir wanita yang kerap menggunakan air mata untuk meraih sokongan itu tetapi pada masa yang sama, bukan sahaja gagal memahami tugas sebagai wakil rakyat, bahkan gagal juga sebagai Presiden parti dan isteri.

Ini bukan kerana UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB sebagai Perdana Menteri tetapi kerana ketakutan melampau para pemimpin PAS yang menggalas amanah untuk membawa dan menekankan kepentingan PAS dalam pertemuan dengan PKR.

Undi tidak percaya kepada Najib memang perlu dibuat. Soal sama ada Najib berjaya sebagai Perdana Menteri sepertimana yang didakwa oleh para penyokongnya atau gagal total sepertimana yang didakwa oleh DAP dan bekas Perdana Menteri, Mahathir, ia adalah perkara sebaliknya.

Proses di Parlimen itu untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tidak ubah seperti perbuatan mengecat langit. Ini adalah kerana penguasaan PKR-DAP dan PAS sendiri tidak mampu mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh UBN.

Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi UBN. Sepertimana yang cuba dilakukan oleh Mahathir tetapi nampaknya usaha Mahathir juga kelihatan menghampiri kegagalan apabila laporan pengakuan penuh Xavier Justo dalam kes 1MDB kontradiks dengan hujah-hujahnya sendiri.

Wan Azizah mendakwa, PAS akan bersama-sama PKR untuk melakukan undi tidak percaya kepada Najib. Sedangkan sepatutnya PAS yang mengeluarkan kenyataan, PKR bersetuju untuk membuat undi tidak percaya memandangkan isu Undi Tidak Percaya kepada Najib telah diusulkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada 19 Ogos lalu.

PKR membawa PAS duduk semeja di Ibu Pejabat mereka semalam untuk memastikan PAS terus berada di bawah PKR bersama-sama PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu. Isu yang diperbincangkan ialah tentang PERLUNYA PAS MENERIMA PAN sebagai rakan sekutu dalam usaha menumbangkan UBN.

Sekaligus mengingatkan kita semula pada Gagasan Rakyat dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) yang membabitkan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1990. Watak PKR dan Wan Azizah atau lebih tepat lagi Anwar Ibrahim, sebenarnya adalah sama dengan Semangat 46 dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun tersebut.

Dalam pakatan 1990, PAS hanya mampu menguasai Kelantan tetapi Semangat 46 berkubur dan menyertai UBN setelah cita-cita Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Perdana Menteri, hancur berkecai.

Pada ketika itu jugalah, PAS dipaksa menerima Berjasa dan Hamim yang merupakan serpihan PAS dalam APU. Hubungan dengan DAP pula dibuat menerusi Gagasan Rakyat. Dengan kata lain, sama ada APU atau Gagasan Rakyat yang menang, Tengku Razaleigh yang akan menang.

Hakikatnya APU dan Gagasan Rakyat pada tahun 1990 telah memenangkan DAP. Begitu juga dengan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Yang kekal menang hanyalah DAP.

Kita sering melabelkan Najib dan para pemimpin UBN sebagai tidak bertelur dan sentiasa tunduk kepada MCA, GERAKAN dan MIC. Tetapi bagaimana dengan kita sendiri, yang pemimpin kita diberikan gelaran Ulama, tetapi sangat takut untuk memperjuangkan amanah yang diberikan dan sentiasa tunduk kepada kehendak musuh yang telah berkali-kali terbukti mengkhianati kita.

Apakah takdir Allah Taala menjadikan PAS dibarisi oleh para pemimpin yang tidak berani memperjuangkan amanah serta tanggungjawab yang digalas dan sentiasa mencipta alasan demi alasan untuk menutup kelemahan mereka?



Monday, 14 September 2015

Disebabkan PKR Yang Curi Ahli PAS, Nik Nazmi Bercakap Angkuh Terhadap Nik Abduh


Semua orang tahu dan ia adalah bukan satu rahsia besar bilamana puak yang menyokong kuat Anwar Ibrahim, terutama sekali yang mendapat manfaat secara langsung daripada Anwar Ibrahim sewaktu PENJENAYAH DAN BANDUAN JENAYAH LIWAT itu masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sangat kecewa selepas Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatannya, dipecat daripada UMNO dan diterajang keluar tanpa sebarang pampasan daripada Kerajaan Malaysia. Mereka inilah yang sama-sama mendokong Anwar Ibrahim untuk menubuhkan Keadilan, Parti Keadilan Nasional dan akhirnya Parti Keadilan Rakyat selepas bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang telah dijenamakan sebagai Parti Rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim seperti yang seringkali didedahkan oleh para pemimpin PAS sebelum pemecatannya, merupakan Menteri Kewangan paling korup yang pernah dihasilkan di bawah UBN. Anwar Ibrahim yang mendapat latihan langsung daripada CIA dan Zionis telah menubuhkan pelbagai syarikat proksi yang bertujuan mencuri wang negara bagi membiayai cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, perancangan Allah Taala mengatasi perancangan manusia. Walaupun jawatan Perdana Menteri sudah berada di dalam genggaman tangan, akhirnya Allah Taala menghinakan Anwar Ibrahim dengan sesuatu yang amat aib.

PAS memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim atas dasar kemanusiaan dan atas dasar taktik politik. Bagaimanapun, orang-orang Anwar Ibrahim termasuklah yang berada di dalam PAS menterjemahkan sokongan PAS kepada Anwar Ibrahim sebagai menyokong perbuatan mungkarnya.

Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana orang Anwar Ibrahim di dalam PAS yang antara mereka termasuklah Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad, Dr. Zul dan sebagainya, mendahului kepimpinan dalam membuat ulasan di hadapan media bagi menyokong dan membenarkan segala perlakuan Anwar Ibrahim. Mereka inilah yang kerapkali digambarkan sebagai pandangan dan pendirian PAS walaupun sebenarnya pendirian dan pandangan PAS dalam hal Anwar Ibrahim adalah berbeza sama sekali.

Pengaruh dan tekanan daripada puak Anwarinas yang mendapat kemewahan daripada DAP dan Anwar Ibrahim, membuatkan PAS melakukan kesilapan dengan memecat beberapa orang tokoh seperti Ustaz Nasha dan Hasan Ali yang dilabelkan sebagai Pendokong UG.

UG atau Unity Government adalah sesuatu yang amat jijik bagi golongan tersebut tetapi sangat mulia apabila membabitkan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

Budak-budak mentah seperti Nik Nazmi yang sekarang ini merupakan Ketua AMK, adalah golongan kanyiaq yang tidak tahu apa-apa yang berlaku pada pertengahan 1990-an lalu. Mereka dihidupkan dengan pembohongan dan pemalsuan.

Disebabkan itulah, Nik Nazmi boleh bercakap angkuh kepada Ustaz Nik Abduh. Kata Nik Nazmi, tidak salah untuk PKR menerima kemasukan bekas pemimpin dan ahli PAS ke dalam parti mereka. Kata budak mentah itu lagi, PAS atau lebih tepat lagi Ustaz Nik Abduh tidak perlu takut sekiranya, organisasi kuat.

Sedangkan perkara pokok yang disebut oleh Ustaz Nik Abduh iaitu, KESEPAKATAN dan PERSETUJUAN parti-parti gabungan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP untuk tidak menerima kemasukan ahli mana-mana antara ketiga-tiga parti, langsung tidak disentuh oleh PKR dan Nik Nazmi.

Jadi, kalu apa sahaja yang dilakukan oleh PKR, semuanya adalah sah dan mengikut moral tetapi apabila perkara yang sama dilakukan oleh PAS, maka ia akan menjadi satu kesalahan besar serta perlu diungkit dan PAS akan terus ditekan sehingga perlu menyerah segala-galanya kerana kesalahan tersebut?

Bukankah itu perangai yang seringkali dipamerkan oleh majoriti orang Cina yang cukup kuat merungut dan komplen tetapi apabila terbukti mereka yang melakukan kesalahan, mereka akan terus mencari pelbagai alasan termasuklah, 'KITA RAKYAT MALAYSIA'.

Kenyataan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nik Nazmi sebenarnya adalah cerminan kepada sikap PKR. Jadi, tidak mustahil, kalau PAS bersetuju untuk menyambut huluran kerjasama dan kesepakatan dengan PKR dalam mesyuarat malam nanti di Ibu Pejabat PKR, sekali lagi PAS akan ditindas dan dianiaya.

PAS perlu terus bergerak sendirian kerana selama ini pun, PKR dan DAP yang menumpang kita, bukan sebaliknya.

Sunday, 13 September 2015

Cubaan Menipu Oleh PKR: Para Pemimpin PAS Tidak Boleh Terjun Dalam Lubang Yang Sama Buat Kali Kedua



PKR menerusi Rafizi Ramli dengan penuh bangga membuat pengumuman bahawa mereka sudah semakin hampir berjaya untuk memperdayakan PAS buat kali kedua menerusi pertemuan dan mesyuarat di Ibu Pejabat PKR yang dijangka diadakan esok.

Semenjak 2008 lagi, PAS telah bekerjasama dengan PKR untuk menumbangkan UBN. Hasilnya, PKR berjaya menjadi penguasa di Selangor. Bagaimanapun, hanya PAS sahaja yang sentiasa beralah dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

Pada PRN Sarawak 2011, PKR dengan penuh sombong dan lagak mencaci PAS apabila PAS berhajat meletakkan lebih banyak calon di kerusi DUN Sarawak. PKR bertanding di 49 kerusi DUN dan PAS pula hanya 5. Kata PKR terutama dari mulut Zuraidah Kamaruddin, PAS tidak akan menang walau satu kerusi pun berbanding PKR yang dilihat sangat yakin memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN sekaligus akan menamatkan pemerintahan Taib Mahmud di Sarawak.

Apabila keputusan diumumkan, PAS yang tidak diberikan harapan dan bertanding pula di kerusi-kerusi tradisi serta kubu kuat PBB, tidak menang walau satu pun. PKR yang sangat berlagak dan angkuh, malah berbelanja besar dengan melakukan serangan besar-besaran ke atas Sarawak, hanya mampu memperolehi 3 kerusi.

Hanya DAP yang berjaya mencatatkan jumlah sekali ganda berbanding PRN sebelumnya iaitu 12 kerusi kesan daripada kempen agresif Ketuanan Cina di Sarawak dan penggunaan isu anti-Islam di kalangan pengundi-pengundi beragama Kristian.

PRN Sarawak 2011 mencatatkan permusuhan antara agama yang sangat hebat di kalangan rakyat Sarawak kesan hasutan dan kempen agresif DAP.

Dalam Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli, sekali lagi PAS menjadi mangsa dan kambing hitam yang dipersalahkan, apabila cubaan PKR untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan kerana kesalahan meliwat yang telah terbukti sepanjang tempoh perbicaraan panjang yang memakan masa lebih 3 tahun dan menerusi lebih 70 kali penangguhan dengan menggadaikan kerusi DUN Kajang yang mereka sendiri telah menangi beberapa bulan sebelum itu dalam PRU-13.

PAS dipersalahkan dan dijadikan bahan sesahan kerana keengganan Presiden PAS untuk menyokong Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga ahli PKR. Pelbagai cercaan dilemparkan kepada PAS malah para pemimpin seperti Khalid Samad, Dr. Zulkifli, Dr. Mariah dan sebagainya mencerca Presiden kerana enggan memberikan sokongan serta tunduk kepada Langkah Kajang.

Ternyata, hujah yang mengatakan Langkah Kajang adalah satu usaha untuk menaikkan Anwar Ibrahim bagi tujuan mengelakkan dia daripada dijatuhi hukuman penjara, adalah benar.

Ketika DAP menyerang dan menyalahkan PAS bulat-bulat sehingga DAP menerusi lidah Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS, PKR masih menyebelahi DAP dan langsung tidak membela PAS walaupun di Selangor, PAS membela dan mempertahankan PKR daripada kehilangan pentadbiran negeri di tangan UBN.

Kini, sedar bahawa tanpa PAS, PKR di Selangor akan hanya menjadi puing-puing kemusnahan, sekaligus menyebabkan PKR kehilangan sumber pendapatan utama parti selain bantuan kewangan daripada agensi Zionis antarabangsa, PKR cuba meletakkan PAS dalam Pakatan yang mereka sendiri ketuai selain Pakatan bersama-sama GHB dan DAP.

Pucuk pimpinan PAS seharusnya telah membuat ketetapan untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR yang sentiasa melebihkan bukan Islam dan DAP. Pucuk pimpinan PAS seharusnya sedar, mereka tidak boleh terjun ke dalam lubang yang sama, buat kali kedua.

Kerjasama dengan PKR buat kali kedua, tidak lebih daripada sekadar cubaan memusnahkan dan melenyapkan PAS buat selama-lamanya.

Kalaupun perlu bekerjasama dengan PKR, PAS perlu mendesak PKR agar memastikan PAS bertanding dan menguasai sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN dalam Pakatan yang baru terutama sekali kerusi-kerusi yang dirampas oleh PKR dalam beberapa PRU sebelum ini.

Kalau PKR bersetuju untuk menyerahkan lebih dari 30 kerusi DUN untuk ditandingi oleh PAS terutama di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu dan campuran, mungkin bolehlah PAS memberikan kerjasama. Kalau kerjasama yang diminta tetapi PKR yang menentukan hala tuju serta jumlah DUN yang bakal ditandingi oleh PAS, lebih baik hentikan segala bentuk kerjasama.

PAS lebih baik bergerak secara bersendirian.

Prinsip, ASALKAN BUKAN UMNO, sepatutnya ditukar menjadi ASALKAN BUKAN DAP!!!


PAS Tidak Memerlukan PKR Apatah Lagi 'Kutu Babi' GHB, Sebaliknya PAS Boleh Kuasai Selangor


UMNO di Selangor memang sudah tidak boleh diharap lagi. UMNO Selangor tidak bermaya. Kalau ada pun pemimpin UBN Selangor yang cuba menonjol, mereka tidak berminat dengan Selangor sebaliknya mengintai tempat di kedudukan Pusat terutama sekali dengan perangai mengampu tidak kena tempat seperti yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sedang berlagak kononnya hendak bawa sejuta orang untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada 16 September nanti.

Berdasarkan rekod, himpunan seperti itu hanyalah bermotifkan bajet dan kedudukan, bukannya ikhlas untuk berhimpun dan berjuang. Tambah-tambah pula yang terlibat di situ adalah orang seperti KUB Sungai Besar dan seorang bekas prebet tentera yang dibuang kerja kerana masalah disiplin tetapi menipu kononnya berpangkat Leftenan Kolonel.

PAS menguasai 14 kerusi DUN Selangor. Walaupun beberapa kerusi DUN Selangor yang dikuasai oleh PAS telah berpindah kepada GHB yang didanai oleh DAP, termasuklah beberapa kerusi Parlimen, hakikat yang tidak dapat ditolak ialah PAS Selangor sebenarnya sedang berada di atas landasan yang betul untuk menguasai Selangor.

Walaupun PKR menguasai 14 kerusi tetapi kebanyakan kerusi PKR, adalah hasil sokongan PAS, bukannya hasil sokongan Cina kerana kebanyakan Cina hanya menyokong DAP, manakala kawasan-kawasan bermajoriti Melayu pula, direbuti untuk ditandingi oleh PKR dari tangan PAS.

Sekarang, selepas PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat, terutama sekali selepas DAP melihat dan berasakan GHB lebih kuat dari PAS, strategi baru perlu disusun agar lebih sistematik dengan membuang sikap mengharapkan undi daripada pengundi Cina.

Yang pasti, pengundi-pengundi Cina tidak akan memberikan undi kepada PAS, sama keadaannya seperti yang dihadapi oleh UBN.

PAS mempunyai pengundi-pengundi muda yang aktif berbanding pengundi-pengundi muda UBN yang masih gagal dikumpulkan oleh parti pemerintah Pusat itu. PAS boleh menggunakan pengundi-pengundi muda itu untuk berganjak daripada sekadar bermatlamat untuk menang sebagai pembangkang, bukannya sebagai pemerintah.

Masanya sudah sampai untuk PAS Selangor bergerak lebih aktif dan lebih agresif selepas penyaringan dan penyingkiran para pemimpin pro-Anwar Ibrahim dan pro-Guan Eng yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan Pusat PAS.

Sudah sampai masanya juga untuk PAS Selangor mengenalpasti calon-calon bagi diletakkan dan dicagarkan pada PRU akan datang, sekaligus merampas semula kerusi-kerusi tradisi PAS yang telah diserahkan kepada PKR.

DAP tanpa PKR dan GHB bukan hanya akan pincang tetapi setidak-tidaknya dapat mengurangkan kesombongan dan keangkuhan keterlaluan mereka.

Kini masanya PAS untuk mengambilalih Selangor dari tangan PKR dan DAP. Sudah sampai masanya untuk orang Melayu bersatu dan memberikan peluang kepada PAS untuk memerintah Selangor.

Khalid Samad, sang parasit yang cuba memperlekeh-lekehkan PAS kononnya PAS perlu bersatu dengan DAP, PKR dan GHB dalam Pakatan 2.0, perlu sedar diri. Dia sendiri bukan sesiapa dan hanya diberikan publisiti kerana sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan Guan Eng, malahan bersikap LEBIH KRISTIAN DARI KRISTIAN, tidak diperlukan suara atau saranannya.

Ketakutan puak-puak GHB yang PAS Selangor akan menggantikan kedudukan PKR dan DAP di Selangor, menyebabkan mereka terpaksa mencipta fantamorgana kononnya, PAS diperlukan untuk menumbangkan UBN sedangkan hakikatnya, mereka yang sangat takut sekiranya PAS bersendirian mampu membuatkan DAP jadi kera sumbang.


Tuesday, 1 September 2015

Pijak Gambar Tuan Guru Haji Hadi, Tindakan Biadap Yang Memang Sebati Dengan DAP!


Inilah yang lama telah disuarakan oleh golongan PAS tegar. Telah diperingatkan bahawa DAP adalah syaitan yang tidak boleh dibuat baik atau didekati apatah lagi diminta kerjasama. Namun, suara dan peringatan ahli-ahli tegar PAS itu telah dipadamkan dan diperlekehkan oleh golongan yang sudah asyik masyuk dengan janji-janji lunak DAP.

Dari tahun 1965, diulangi kembali pada tahun 1974, kemudian 1990 dan 2004-2015, DAP tidak pernah menunjukkan rasa hormat kepada PAS. Malah PAS sentiasa dipandang sebagai anjing kurap yang boleh dituding-tuding dan dipersalahkan atas apa-apa sahaja kegagalan DAP.

29 dan 30 Ogos, DAP tunjuk besar kepala. Mereka menghimpunkan penyokong teramai untuk memenuhi jalanraya di Kuala Lumpur sambil menyatakan, mereka tidak menyusahkan sesiapa dan mereka juga kononnya tidak melanggar sebarang undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Bagi yang hanya tahu menelan tetapi tidak tahu berfikir, akan menerima kenyataan dangkal yang dikeluarkan itu begitu sahaja. Tetapi bagi yang ada otak dan mahu berfikir, sudah pasti akan melihat ia hanyalah semata-mata alasan untuk menghalalkan perbuatan yang boleh mencetuskan masalah yang lebih besar kepada negara ini.

Masalah ekonomi yang sedang melanda sekarang, bukan masalah Malaysia semata-mata. Ia adalah masalah dunia. Sedang negara-negara yang sedang berhadapan dengan kekangan ekonomi dan kejatuhan matawang lain, mampu menggembleng rakyatnya untuk menarik lebih banyak pelaburan luar masuk dengan gambaran kos lebih murah, DAP pula cuba menggambarkan negara ini sedang kacau bilau sekaligus mahu terus menjatuhkan lagi ekonomi dan kemudian membuatkan para pelabur asing yang ada di negara ini keluar beramai-ramai agar rakyat Malaysia menganggur secara pukal.


Kewujudan DAP sendiri adalah untuk merealisasikan impian rusuhan kaum 1964 di Singapura. Permusuhan dan dendam yang tidak berkesudahan kepada orang Melayu-Bumiputera yang telah berada di kawasan ini semenjak kewujudan Benua Sunda lagi, membuatkan mereka cuba melakukan sangkalan dengan berdasarkan kepada sejarah tahun 1931 dan 1945 apabila Cina dibawa masuk secara beramai-ramai, bermula untuk kerja-kerja ladang dan perlombongan sebelum kemasukan mereka untuk mengimbangi kuasa Imperialis Komunis yang diketuai oleh Chin Peng.

Bila mereka dalam kelompok kecil, mereka kelihatan sangat baik, sangat mesra dan sangat memahami. Itulah yang menyebabkan ramai orang Melayu-Bumiputera yang tertipu. Niat mereka sebenarnya tidak pernah baik kerana sikap self-centered mereka yang sangat menebal.


10 Oktober 1945 adalah tarikh yang digelarkan sebagai Double Tenth atau Hari Kebangsaan Cina. Pada tarikh itu, para pemimpin Kuomintang Malaya dan ahli-ahli perniagaan tersohor dan elit Cina di Malaya telah menaja satu perhimpunan besar-besaran untuk merayakan Hari Kebangsaan Republik China di Tanah Melayu dan Singapura. Turut terlibat dalam perayaan tersebut adalah ahli-ahli Parti Komunis Malaya dan MPAJA/MPAJU. Pemilik-pemilik perniagaan yang kaya raya berbangsa Cina seperti Malaya Chinese Chamber of Commerce dan Singapore Chineses Chamber of Commerce juga memberikan sokongan penuh.

Perhimpunan tersebut dibuat untuk menunjukkan solidariti dan persepakatan antara suku-suku kaum Cina di seluruh Malaya dan Singapura. Para pekerja lombong, ladang dan peniaga-peniaga Cina turut keluar beramai-ramai memberikan sokongan. Bandar-bandar besar di Malaya dan Singapura dipenuhi oleh orang-orang Cina yang sedang merayakan Hari Kebangsaan Republik China.

Antara sentimen yang dimainkan semasa perarakan besar-besaran itu adalah 'Long Live The Fatherland/Motherland. Antara bendera-bendera yang dikibarkan dalam perarkan besar-besaran itu termasuklah bendera Soviet Union, Republik Komunis China, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Perhimpunan itulah yang mencetuskan semangat self-centered Chinese Syndrome yang berasakan, mereka adalah tuan besar Tanah Melayu dan Singapura.

Perasaan atau perasan itulah yang membuatkan mereka sangat sombong dan melihat sesiapa sahaja di kalangan orang Melayu-Islam dan Bumiputera yang tidak bersama-sama mereka sebagai musuh yang perlu dihina dan dicaci maki.


Justeru, tindakan para penyokong DAP memijak gambar Tuan Guru Haji Hadi sebenarnya mencerminkan apa yang mereka mahu selama ini. Selagi Melayu-Islam dan Bumiputera tidak membenarkan muka dan kepala mereka dipijak dan diinjak-injak oleh Cina-Cina DAP, selagi itulah, kita akan dimusuhi walaupun para pemimpin Melayu terdahulu telah cuba untuk menjadikan mereka sebahagian daripada rakyat negara ini, malah sanggup pula menggadaikan hak berpolitik dan segala-galanya kepada kaum yang tidak kenal diuntung dan sedar diri itu.

Kalau masih tidak nampak, kalau masih buta dan masih lagi bebal dengan apa yang berlaku, hanya Allah Taala sahaja yang mampu mengangkat hijab yang menutup mata hati dan mata akal dalam mengenal usaha-usaha musuh yang mahu menghancurkan Islam dan umat Islam di negara ini khususnya.

Islam hanya akan kuat apabila umatnya bersatu. Islam hanya akan kembali gemilang apabila umatnya benar-benar tidak bersubahat dengan musuh atas apa matlamat sekalipun.

Marilah kita murnikan iktikad. Marilah kita jayakan kekuatan Islam yang telah dihancurkan oleh Isabella dan Ferdinand di Andalusia lima abad lampau. Belajarlah untuk mengenal diri, bukan belajar untuk mencari salah yang akhirnya menjadikan kita sebagai juzuk-juzuk kecil yang mudah ditindas seperti yang sedang berlaku sekarang.

Ingat kembali apa yang dikatakan oleh Syaidina Muawiyyah r.a kepada Herotus yang mahu menjadi batu api dalam perselisihan faham antaranya dengan Syaidina Ali r.a.