Thursday, 17 September 2015

Bahagian Mana 'TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG YANG KHIANAT' Yang Diucapkan Oleh TGHH, Tidak Difahami?


Jawapan daripada Tuan Guru Presiden amat jelas!

"Tiada tahaluf siyasi dengan orang yang khianat"

Bahagian mana lagi yang puak PKR dan DAP yang tidak faham dan tidak jelas?

Bahagian mana yang para pemimpin PAS yang masih bermimpi untuk tidur sebantal dan seselimut dengan PKR dan DAP yang tidak faham-faham lagi?

Atau golongan berkenaan, segera memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru Presiden itu dengan mengaitkannya dengan UBN atau UG?

Bukankah seringkali golongan berkenaan menjadikan UBN dan UG sebagai asas kepada penentangan mereka kepada roh dan nafas perjuangan PAS sendiri yang telah didirikan dan ditegakkan dari zaman Almarhum Prof. Burhanuddin Al-Helmy? Bukankah seringkali golongan berkenaan menjadi zindiq dan munafik kepada asas perjuangan zaman MATTA dan Gunung Semanggol bagi membolehkan mereka terus bersekongkol dengan DAP dan golongan pemuja budaya LGBT serta murtad di bawah jenama parti PKR?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Nik Abduh cuba diputarbelitkan oleh golongan berkenaan. Mereka cuba menggambarkan bahawa Ustaz Nik Abduh cuba menagih kasih daripada DAP dengan menyatakan bahawa DAP akan kerugian besar KALAU TIDAK menyertakan PAS ke dalam Pakatan 2.0.

Sedangkan secara jelas, Ustaz Nik Abduh menyatakan bahawa PAS hanya berbincang dengan PKR dan keputusan daripada perbincangan tersebut masih belum diputuskan. Apatah lagi beberapa syarat yang diletakkan oleh PAS, gagal dipatuhi oleh PKR. Malahan PKR pula cuba memaksa PAS untuk akur kepada mereka dan PAS pula dipaksa untuk tunduk sujud kepada segala kehendak PKR.

Dengan kata lain, PKR masih mahu PAS menjadi sidekick untuk mereka, yang menyediakan orang apabila PKR mahu membuat rusuhan atau demonstrasi di mana setiap demonstrasi yang berjaya, PKR akan mengambil nama tetapi apabila berlaku sesuatu, PKR akan segera menyalahkan PAS.

Ada juga yang dengan penuh bangang sombongnya berhujah, kalau bukan kerana mahu kembali menjadi rakan sekongkol PKR, mengapa pula PAS bersetuju untuk berbincang dengan PKR.

Jawapannya ialah, PAS sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk berbincang, termasuklah dari UBN sendiri!

Bagaimanapun, setiap perbincangan tidak bermakna PAS akan menurut kehendak mereka.

Kerana prinsip itu, golongan PAN dan pro DAP-PKR amat teruja untuk melabelkan Tuan Guru Presiden sebagai 'orang umno', hanya kerana mereka sakit hati.


4 comments:

Anonymous said...

Ahli parlimen pas tk leh dipercai.dimana kuat angin,disitu dia rebah.macamm lalanggg kamuuuu.
parti U turn.

Unknown said...

Sy tak tau la mana bodohnya pas ni...kamu dah buang mereka, kamu semua dah berpakat untuk singkir mereka , lepas tu mereka pergi tgglkn kamu, kamu kata pengkhianat? Dah kamu tak nak mereka, kamu nak suruh mereka istiqomah dalm pas. Kamu sangka mereka bodoh2 belaka mcm kamu.

Anonymous said...

nak putrajaya sangat sampai sanggup pecah belahkn parti.

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan