Sunday, 16 March 2014

ISU PESAWAT MH370: Pilot Memang Orang Anwar Ibrahim. PAS Tak Payah Campur!

R.Sivarasa dan Saifuddin Nasution telah mengesahkan yang pilot MH370, Kapten Zaharie adalah ahli PKR. Sebelum ini, para penyokong PKR cuba menyeret PAS untuk sama-sama menuduh UBN berkonspirasi menghilangkan pesawat itu bersama kakitangan serta penumpang, kononnya untuk menutup cerita konspirasi hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim.

Sebenarnya ramai orang PAS yang terpengaruh dengan pembohongan PKR. Sebelum ini walaupun telah diberitahu berkali-kali bahawa PKR jauh lebih mughallazah berbanding UBN, tapi ramai orang PAS yang melihat perjuangan menentang UBN lebih utama berbanding menggunakan sumber-sumber bersih dan suci untuk misi perjuangan.

Kerana kegopohan itulah, PAS tercebur dalam kancah najis yang dibawa oleh PKR. Susah nak keluar, PAS akhirnya bermain dengan banyak permainan bodoh PKR yang hanya tertumpu kepada Anwar Ibrahim.

Pendedahan tentang juruterbang pesawat MH370 yang masih hilang sehingga ke hari ini, tidak mengejutkan langsung. Dari awal lagi syak wasangka terhadap juruterbang itu telah dibuat. Apatah lagi dengan gambarnya bersama-sama R.Sivarasa telah didedahkan, membuatkan para penyokong Anwar Ibrahim cuba mengalihkan isu kepada Ibrahim Mat Zain, bomoh 1Malaysia yang cuba dikaitkan dengan UBN.

Dah memang betul dan tepatlah tindakan PAS menarik keluar jentera penerangan dan pilihanraya dari DUN Kajang. Sepatutnya dari awal lagi PAS langsung tidak menghantar sesiapa pun untuk pilihanraya yang sengaja diwujudkan oleh Anwar Ibrahim untuk dia lari dari hukuman. Dia buat perangai, dia kenalah tanggung natijah daripada perbuatannya, bukannya mengheret kita sama dalam masalah peribadinya.

Sekarang, PKR kena jawab semua kemungkinan dan kaitan. Mahu tidak mahu, PKR terpaksa mengaku insiden kehilangan pesawat MH370 memang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim dan PKR serta PRK DUN Kajang.

Pusing kut mana pun, PKR kena jelaskan apa motif sebenar mereka memperjudikan nasib dan nyawa para penumpang semata-mata untuk membiarkan Anwar Ibrahim berterusan dengan amalan songsangnya!

8 comments:

Anonymous said...

Ini semua adalah kesalahan kita semua, dan yang paling nyata adalah kesalahan semua pemimpin pemimpin politik Malaysia yang memecah belahkan rakyatnya tanpa memikirkan kesannya kepada negara.

Bagi aku, Anwar memang celaka sebab dia terlampau mendendam Dr. Mahathir, walaupun kebanyakan mereka yang berdamping rapat dengan dia tahu dan maklum dengan sifat kemunafikan dia. UMNO dan BN pula memang celaka juga sebab tidak melaksanakan program DEB dan NEP dengan adil sehingga banyak menindas Bumiputera sendiri. Banyak wang yang dihabiskan untuk pelajar pelajar Bumiputera tetapi mereka langsung tidak diberi peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka dengan adil di tanah air mereka sendiri.

Rakyat jelata yang bertugas untuk menjaga kedaulatan dan keamanan pula banyak yang mengambil rasuah tak tentu pasal sehingga lupa ALLAH s.w.t bencikan perkara itu. Ini melemahkan pertahanan negara, baik dari segi fizikal mahupun rohani.

Dalam kes MH370 ini, pada firasat aku, juruterbang, Anwar dan PKR sedang melalui proses di FITNAH. Yes, ini baru betul fitnah keatas mereka, tetapi yang melakukannya bukanlah UMNO atau BN, tetapi satu kuasa luar yang ingin memporak perandakan Malaysia. Kta bergasak tiap hari, diorang tengok je, apabila Anwar dijatuhkan hukuman sahaja, mereka terus bertindak..... inilah pertama kali Anwar dan PKR di aniaya (ingat .. PERTAMA).

Sekiranya mereka gagal, kita mungkin akan dihidangkan dengan drama dimana juruterbang, Anwar dan PKR langsung tidak terlibat, maka bergegar gegarlah kembali Malaysia di tangan kita sendiri. Sekiranya mereka berjaya, kita akan terus mengingati kejadian ini sebagai satu pengkhianatan oleh juruterbang, Anwar dan PKR dan mungkin akan terus memadamkan PKR(aku suka je ... tapi not like this)

In the end, rakyat Malaysia kerugian besar, negara yang sedang membuat promosi Visit Malaysia 2014 rugi besar ... MAS rugi besar(jangan lupa beli saham MAS waktu harga rendah ni .. TIPS tu) ... kita sudahpun tewas akibat kerakusan diri kita sendiri.

Aku menyeru kepada ahli ahli politik semua agar kembali kepada akhlak yang baik dan bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Aku tau korang cari makan dengan rasuah dan fitnah memfitnah je, baik DAP, UMNO,PKR maupun PAS. Aku harap korang semua puas hati dengan apa yang korang telah lakukan. Ikut hati aku, aku sepak sepak korang semua.

Anonymous said...

selepas lahat datu,mh370,lepas ini apa pula,shutdown klse?telekomunikasi?jatuhkan ekonomi spt 1997?apa lagi mereka akan buat selepas ini

Anonymous said...

betul tu anon 10.04. Lepas ini krisis matawang pulak. percayalah. Puak-puak ini ada berjuta plan untuk menjahanamkan negara...

Anonymous said...

Sudah disahihkan bahawa Kapt Zaharie adalah bapa saudara kepada menantu Anwar...Syaheeda, yang berkahwin dengan anak laki-laki DSAI

Anonymous said...

Aku ni adalah bekas ahli PKR dan penyokong tegar Anwar,tapi bila dapati cerita soheh mengenai Anwar berkaitan dgn sodomi dan video seks cinadoll dato Eskay tu,maaflah aku tak sokong dia lagi dan terus keluar dari PKR.Kerana apa yg Anwar buat tu dosa besar,aku berusaha mencari sumber yg sangat dekat dgn kedua-dua isu tersebut,bagi mendapat penjelasan,dan akhirnya aku benar-benar yakin,ianya bukan satu fitnah.Daripada aku sokong dia dan dapat dosa bersubahat sodomi dan zina,baik aku belah,hidup sementara mati yg kekal dan Allah Maha Tahu.

Anonymous said...

sepatutnya dari dulu lagi dah sedar... memang Umno not perfect, tapi bagaimana dgn Anwar??? mengapa sehingga kini dia taknak bersumpah laknat menafikan meliwat Saiful jika benar dia tak buat benda tu???

Anonymous said...

Saya dah baca beberapa artcle dlm blog, rasa bersyukurnya saya sbgai rakyat biasa berbangsa Melayu bila ada juga ahli PAS yg tak suka PKR & Anwar. PAS boleh berdiri sendiri! Mereka kuat, di mana2 saya pergi pasti jumpa ramai adik2 ahkwat/ikhwah yg cenderung kepada pas dan membenarkan kata PKR & DAP semata kerana alasan 'PAS dlm pakatan rakyat'.. no! Pas can survive without PKR, DAP & UMNO... Expecially DAP!!

Anonymous said...

Rasanya US tahu kat mana MH370, tapi sebab Anwar kan anak emas US, so mungkin dapat pertolongan mereka dalam menjalankan misi ini.