Friday, 8 August 2014

Kalau Kena Gayanya, PAS Selangor Kuasai 22 DUN... Itu Pun Kalau PARASIT Tak Buat Hal

Adat manusia apabila berada, akan dipandang. Apabila miskin, bukan sahaja dihina, bahkan ahli keluarga pun tak mahu mengaku kita sebahagian daripada mereka.

Begitulah nasib PAS di Selangor. Sungguhpun PAS menguasai 15 kerusi DUN pada PRU-13 lalu, jumlah tersebut tidak menjadikan PAS lebih kuat memandangkan hampir separuh daripada Kerusi-Kerusi berkenaan disandang oleh golongan PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan menjilat Lim Guan Eng. Begitu juga dengan beberapa orang Ahli Parlimen PAS Selangor yang telah pun dikenalpasti sebagai golongan pembawa musibah dalam jemaah Islam PAS Selangor.

Kontroversi yang sedang melanda Selangor membabitkan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, seharusnya ditangani oleh PAS dengan sebijak-bijaknya. PAS perlu memainkan peranan yang lebih aktif.

Iskandar Samad kelihatan cuba mengorak langkah ke arah tujuan itu tetapi nampaknya, langkah Iskandar disekat oleh golongan seperti Hanipa Maidin, Khalid Samad, Dr. Zul dan beberapa orang yang lain. Walaupun kebanyakan daripada penghalang tersebut merupakan Ahli Parlimen tetapi kehadiran mereka dalam hierarki kepimpinan PAS Negeri Selangor, samalah sepertimana golongan penyembah Anwar dan penjilat Guan Eng berada dalam pucuk pimpinan PAS.

Khalid Ibrahim, mahu tidak mahu mempunyai kekuatan dan pengaruhnya yang tersendiri. Ramai ADUN PKR yang terhutang budi kepadanya. Ramai juga yang menyokongnya walaupun mereka tidak menonjol sepertimana cubaan kelompok Azmin Ali dan pengampu Anwar Ibrahim.

Namun yang paling penting, berbanding Azmin Ali mahupun Wan Azizah, Khalid Ibrahim mempunyai sokongan PAS. ADUN-ADUN PAS terikat dengan sumpah dan ikrar taat setia mereka. Walaupun mereka cuba berlagak seolah-olah mereka sangat liberal dan tidak takut dipecat, hakikatnya, orang seperti Hanipa Maidin mahupun Khalid Samad tidak akan sama sekali berani kehilangan segala-galanya seperti yang sedang mereka nikmati sekarang ini.

Mereka bukanlah golongan Toyota Hi-Ace. Mereka bukanlah golongan tikar jerami. Mereka bukanlah golongan yang makan secara berjamaah, tidur di lantai surau atau masjid. Mereka adalah golongan UBN dari segi tingkah laku, dan menyerupai PKR dari segi kemewahan.

PKR sekarang ini hanya mempunyai 14 kerusi DUN. Bagaimanapun, sekiranya mereka benar-benar memecat Khalid Ibrahim dan Khalid Ibrahim tidak mempunyai parti, PAS seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk berbuat sesuatu.

Kalau orang seperti Saifuddin Nasution yang menjadi ahli PAS, boleh 'dipinjamkan' untuk menjadi calon PKR, kemudian menjadi Setiausaha Agung PKR walaupun masih ahli PAS, kemudian keluar dari PAS dan menyertai PKR, mengapa pula PAS tidak boleh berbuat begitu kepada mana-mana ADUN atau ahli-ahli PKR?

Mengapa pula hanya PAS yang terikat kononnya tidak boleh ambil keahlian rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sedangkan PKR bebas berbuat demikian? Hebat sangatkah PKR? Hebat sangatkah Anwar Ibrahim?

Bentangkan ruang dan benarkan sekurang-kurangnya 6 orang ADUN PKR yang diketuai oleh Khalid Ibrahim untuk menjadi ADUN PAS di Selangor, kita tengok selepas itu, apa yang akan berlaku. Dan apa yang DAP akan menggelupur...

Benarlah kata Dr. Zuhdi, PKR dan DAP amat bimbangkan keenam-enam orang ADUN PKR ini yang sudah semakin hampir melompat keluar dari PKR dan mengulangi sejarah 2009 di Perak.

9 comments:

Anonymous said...

PAS menang kerana undi Cina. Kalau ada pilihanraya negeri nanti, belum tentu Cina akan beri undi lagi pada PAS kerana mereka tengah di'brainwash' untuk tentang siapa saja yang tidak mengikut telunjuk PKR dan DAp. Jadi, tak perlu berangan tinggi sangat. Kat sarawak masuk bertanding 5 kerusi pun kalah semuanya. Sebelum bertanding bukan main kata boleh sapu semua kerusi.. piraahhh

Anonymous said...

hello bro, blum tentu pas bleh sapu kerusi kt selangor kalo dap ngn pkr x tolong.
ckp kt pas tue, jgn brlagak sgt, berani lwn 1 by 1 ngn pkr or dap. kita tgk.
kalo pkr ngn dap x tolong sblm nie, org x kenal pun pas kt selangor.
skng nk jd hero plak lawan pkr ngn dap.
mmg trlingkup la pas kalo nk lawan pkr dap.hhahaha..

Anonymous said...

Hish... tingkah laku Hanipa dan Khalid tu persis PKR lah. Anwarinas.

Anonymous said...

Biarkan PAS terjun dengan labu-labunya.. biarkan

Anonymous said...

Terus terang aku katakan, aku bekas ahli PAS seumur hidup ..

Aku keluar kerana nik ajis sanggup menjadi pencacai anu war KETUM al juburi

Namun aku sanggat sayang dengan Hj Hadi Awang dan aku yakin dia akan membawa semula PAS ke landasannya yg sebenar selepas padamnya orang tua di kelantan itu dan mengembalikan kegemilangan PAS dengan kepimpinan ulamak..

Jangan sekali2 anda memandang rendah kepada kemampuan PAS dan janganlah anda tertipu dengan kekuatan tentera Ahzab, sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat dan segala sesuatu berlaku di atas kehendak dan perancangan Allah !!

Sekiranya PAS kembali berdiri sendiri, aku lihat pertarungan itu hanyalah antara PAS dan UMNO.. Sebelum anu war al juburi mengkhianati bangsa melayu, DAP sudah hampir mampos, benggali karpal dan cina kit siang tidak ada tempat dalam politik negara waktu itu..tanpa kerusi.

Biarlah PAS dan UMNO mahu bertarung hingga ke hari kiamat sekali pun, dia tidak akan merugikan Islam dan Melayu !!! kafir keling , cina dan benggali tidak sekali kali dapat menguasai DUN atau Parlimen kalau orang melayu dan Islam tidak mengundi mereka. Hari ini melayu dan islam PASlah yg memberi kemenangan kepada kafir cina, kafir keling dan kafir benggali untuk menguasai dewan dewan negeri..

Ayuh PAS..bangunlah bersendirian , walaupun berseorangan dengan keyakinan yg tinggi di atas bantuan dan pertolongan Allah, tuhan yg membolak balikkan hati hati manusia...yakinlah bahawa janji Allah itu benar dan Islam pasti akan dimenangkan oleh Allah

Sesungguhnya As Syahdi Imam Hassan Al Banna telah mengariskan Manhaj yg jelas di hadapan kita.. contohi Ikhwan di Mesir, sehingga hari ini mereka tetap di atas wasillah dan uslub yg kekal dan murni, sabar dan teguh menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan, segar dan utuh menelusuri jalan jalan dakwah yg penuh dengan ranjau, namun matlamat tidak pernah sekali kali menghalalkan cara...

Kembalilah kepamanhaj usrah dan tarbiyah seperti yg pernah dilakukan di zaman 80an dahulu, jangan biarkan pendokong hizbullah ini kosong tanpa ilmu dan amal !!!

azlanaini said...

Hahaha.. Kekakar betul peemainan geng geng pembela rakyat.

Anonymous said...

Pas jangan takbur. Tak sedar diri betul Pas ni. Ada hati nak kuasai Selangor. Tahu tak kalau tak kerana Sokongan PKR dengan Dap. tak merasa la ahli pas jadi adun di selangor. Jangan lupa fakta tu. Puihhhh angan-angan tinggi. Kalau berani keluar la dari pakatan. Kita tengok pas lingkup atau tidak di Selangor.

JIJOE said...

Memang mat jenin betul Pas ni. Nak berlagak pula lawan PKR dan DAP. Tak sedor diri. Undi yang pas dapat di selangor tu pun atas sokongan PKR dan DAP. Baru dua tiga hari ni nak tunjuk jantan lawan PKR. Sedar sikit awak tu

Anonymous said...

Aku benci pas,aku benci pas,aku benci pas.Tak tahu kenang budi.Perangai lagi buruk ubn.