Friday, 1 August 2014

Anehnya, Ramai Pemimpin PAS Menggeletar Ketakutan Bila Teresa Kok Ugut Nak Lapor Polis Kalau PAS-UMNO Bersatu

Benci kepada UBN adakalanya tidak berasas. Sedangkan dalam Islam, kita diajar agar kebencian itu dihadirkan kerana Allah Taala. Begitu juga dengan kasih sayang, juga kerana Allah Taala.

Memang benar, UBN banyak mengamalkan dan menggalakkan maksiat serta lagho kepada rakyat negara ini. UBN tidak peduli dengan Islam, enggan mengangkat martabat Islam, hanya bermegah-megah dengan syiar Islam, tetapi tidak pernah mahu mengisi syiar yang dimegahkan itu dengan pengisian yang sebenar-benarnya. Ini boleh kita tengok betapa hebatnya, cantiknya, majunya dan canggihnya masjid-masjid yang dibina oleh UBN tetapi pengisiannya kosong. Saf-saf hanya dipenuhi pada hari Jumaat dan pada Aidil Fitri serta tiga malam pertama Terawih pada bulan Ramadhan. Masa-masa yang lain, masjid yang indah itu sunyi dan sepi. Tidak cukup dengan itu, pintu masjid dan pintu pagar masjid juga dikunci kononnya untuk mengelak daripada dimasuki pencuri.

Macam mana pencuri tak masuk, kalau masjid yang cantik dan sangat hebat itu kosong!

Sebab itulah PAS menitik beratkan amalan memakmurkan masjid. Disebabkan masjid-masjid dikuasai oleh UBN, PAS terpaksa membina masjid sendiri yang kemudiannya diruntuhkan oleh UBN. Orang UBN yang jahil tidak dapat membezakan antara masjid dengan masjid jamek. Orang UBN menuduh jemaah PAS mendirikan solat Jumaat di masjid-masjid yang PAS bina, sedangkan itu semua fitnah belaka. Jemaah PAS bukannya buta kayu, bukannya jahil murakkab macam orang UBN. Disebabkan halangan untuk memakmurkan masjid-masjid yang UBN bina dengan alasan mengelakkan kecurian, jemaah PAS terpaksa mengadakan sebuah masjid untuk solat-solat waktu secara berjemaah.

Bukankah solat berjemaah itu merupakan fardu kifayah kepada umat Islam?

Namun begitu, kekhilafan tersebut tidak seharusnya merenggang kerja-kerja dakwah jemaah PAS kepada orang UBN. Sepatutnya jemaah PAS perlu lebih rapat, lebih berbaik sangka, lebih lemah lembut dan lebih bersopan dalam mendakwahkan dan memahamkan orang-orang UBN tentang agama Islam dan ajaran. Orang UBN perlu diberitahu tentang perbezaan antara Urf dengan bidaah, perbandingan urf dengan khurafat dan menetapkan yang mana urf dan yang mana syariat.

Malangnya, kalau dalam UBN ramai sangat yang jahil murakkab, ego dan angkuh dengan kebebalan sendiri, dalam PAS juga tidak kurang jumlah mereka yang sama. Golongan inilah yang memecah belahkan penyatuan umat Islam. Golongan inilah yang mendabik dada mereka lebih Islam daripada orang lain. Mereka inilah yang merampas mikrofon dan sejadah imam di masjid kerana kononnya, mereka orang PAS dan mereka sangat ahli dalam agama, walaupun kepandaian mereka hanyalah bab memecah belahkan masyarakat dan menimbulkan mazmumah di dada jemaah.

Mereka sangat hebat apabila menentang orang Islam dari UBN. Tetapi apabila berhadapan dengan rakan sekutu dari puak kafir, mereka bukan sahaja tergamam bahkan sangat takut dan sanggup pula menyembah serta menjilat telapak kaki rakan sekutu mereka itu. Walaupun rakan sekutu itu menghina Islam, mereka sanggup pula mencari-cari dalil dan nas untuk membela rakan sekutu yang amat dikasihi itu, sehinggalah mereka terpaksa menyedapkan hati sendiri dengan kenyataan berikut:

"Mereka tu orang bukan Islam. Memang patut padanlah mereka menghina Islam. Yang orang Islam macam UMNO tu hina Islam, hina syariat, memang patut kita rejam sampai mati."

Sekarang Teresa Kok, salah seorang pemimpin DAP paling keras permusuhannya terhadap Islam, tetapi sanggup berlakon demi mendapatkan sokongan orang Islam telah pun mengeluarkan kenyataan. Dia akan membuat laporan polis sekiranya PAS bersatu dengan UBN.

Apa orang PAS nak kata? Adakah para PARASIT akan menyokong pendapat Teresa Kok itu?

6 comments:

Anonymous said...

Dah tau Teresa Kok tu sangat memusuhi Islam, napa Pas bangang sangat nak berkawan dengan Dap. Dari dulu lg Dap babi tu benci Islam

Takkan kerana nakkan kuasa sanggup tahan telinga kafir babi dok hina Islam

Anonymous said...

Wahai orang melayu Islam semua marilah kita berfikir secara waras ttg kemelut yang menimpa bangsa kita disebabkan olih kebebalan kita sendiri yang gagal untuk berfikir secara matang.

Antara PAS dan UBN memang ada ciri-ciri yang berbeza. Kita lihat UBN tidak lah sampai begitu takut sangat dgn rakan politik mereka MCA dan MIC. Berbeza halnya dgn PAS yang kita dapat lihat sangat ketara gerun mereka terhadap pemimpin DAP.

Apakah kita semua ingin bernaung dibawah pemimpin Islam yg sudah ditakluki olih Cina DAP yang ternyata musuh Islam. Tinggalkan lah parti PAS yang ternyata lebih takut pada pemimpin Cina DAP itu. Sekurang-kuraqngnya orang melayu tidak lagi berpecah menjadi dua atau tiga kumpulan.

Sebenarnya pemimpin DAP sangat takut sekiranya orang-orang Melayu semua bersatu. Percayalah mereka memang gerun sekiranya penyatuan itu terjadi. Ayuh ucapkan selamat tinggal kepada pemimpin PKR dan PAS.

Anonymous said...

Agaknya penganut PAS ni suka duduk kt celah ketiak Teresa cocksucker ni sambil cium bau hangit sampai keras btg.

Anonymous said...

Kenapa nk menfitnah UBN dlm hal masjid? Benarkah solat jemaah tak dapat dijalankn di masjid kerana pintu masjid dikunci atau mmg org2 Pas dilarang ke masjid2 yg dibina ini? Penulis harus lebih bertanggungjawab dlm tulisannya. Jgn sebar tuduhan yg akhirnya mjadi fitnah yg tak tertanggung dek penulis di akhirat nanti. Tiada halangan politik buat siapa pun yg nk hadir ke masjid. Pengisian aktiviti masjid juga penuh. Yg tak penuh cuma jemaahnya. Berilah cadangan yg berguna dan praktikal agar jemaah kembali penuhkan masjid walaupun di luar bulan ramadhan. Anda sudah ke semua masjid di Malaysia? Atau anda cuma bersolat di sebuah masjid sahaja maka pandangan anda tertutup dek bicara pimpinan anda yg menfitnah UBN? Muhasabahlah.

Anonymous said...

Jgn menipulah kalau bab masjid dikuasai UBN.Di Kelantan,walaupun masjidnya dibina oleh UBN,jgn haraplah org2 UMNO nak tonjolkan diri.Semuanya dibedal habis org2 PAS yg ekstrim,ganas dan fanatik sungguh.Percaya atau tidak,org PAS tergamak halau org2 UMNO yg buat aduan kpd MAIK kerana Iman yg membaca khutbah mengutuk dan mempersendakan Kerajaan Pusat.Patutkah unsur2 begini dimasukkan dlm khutbah.Masjid utk siapa sebenarnya..?

Anonymous said...

Mulai hari ini,sekarang ini dan hingga bila2 pun org pas ke,org umno ke jgn kutuk mengutuk lagi.Cukup cukuplah kita bertelagah.Elakkan lah perpecahan dan perselisihan sesama kita.Sayangilah saudara2 kita walau apa pun fahaman politik mereka
(ARTC)