Thursday 24 April 2014

Kerana Anwar Ibrahim, Tiga Ahli PAS Berhadapan Tindakan Undang-Undang

Tiga orang Ahli PAS Tampin kini berhadapan dengan hukuman HANYA semata-mata kerana cinta yang amat keterlaluan terhadap Anwar Ibrahim.

Zanil bin Subuh - Ketua Penerangan PAS Tampin; Mohammad bin Yusuf - AJK PAS Tampin; Musa bin Ali - AJK PAS Cawangan Felda Bukit Rokan telah dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, mereka telah mengupah peguam dan membuat rayuan. Hari ini, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM5000 atau 8 bulan penjara.

Bukan makin kurang, malah bertambah tinggi dan berat pula hukuman yang dijatuhkan.

Semuanya gara-gara keterlaluan menyayangi Anwar Ibrahim. Kejadian berlaku pada 10 Januari 2012apabila ketiga-tiganya telah memukul anggota-anggota penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas menurunkan poster-poster Anwar Ibrahim yang dipasang secara haram di persimpangan lampu isyarat pekan Tampin, Negeri Sembilan.

Poster-poster tersebut telah dipasang sempena lawatan Anwar Ibrahim ke Gemas.

Aku tidak faham, mengapa ahli-ahli PAS yang sepatutnya lebih faham ajaran Islam berbanding orang UBN boleh terjebak dengan perkara dan masalah sebegini. Kalau hendak dikatakan ahli-ahli jemaah PAS jahil-jahil belaka, antara aktiviti utama parti ialah mewujudkan kelas-kelas tamrin, kuliyyah, tazkirah, bahkan qiyamullail bagi memantapkan kefahaman serta pegangan kita kepada agama.

Islam mengajar kita menjadi kelompok yang patuh kepada undang-undang, walaupun kita merupakan rakyat di negara kafir. Kita tidak dibolehkan menentang pemerintah atau melanggar undang-undang kecuali apabila kita dihalang daripada melakukan ibadah kepada Allah Taala. Bahkan teladan daripada ulama-ulama muktabar seperti Imam Empat sepatutnya menjadi jelas kepada kita bahawa tindakan seperti yang dibuat oleh ketiga-tiga orang ahli PAS tersebut, bahkan kebanyakan ahli-ahli PAS lain yang telah terpedaya dengan tipu muslihat serta hasutan Anwar Ibrahim serta konco-konconya, merupakan perbuatan yang amat buruk kepada imej umat Islam secara keseluruhannya.

Kita boleh bertentang pandangan dengan kerajaan tetapi apabila kita dengan sengaja melanggar undang-undang yang sebenarnya menurut sangkaan nafsu kita bahawa ia adalah undang-undang yang zalim, kita sebenarnya menzalimi diri sendiri. Konsep LAWAN TETAP LAWAN yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim, bukannya untuk kita kerana dakwah Islam tidak menyuruh kita berlawan sepanjang masa, bahkan dakwah dianjurkan agar dilaksana menerusi kaedah-kaedah yang lebih berhikmah.

Nabi s.a.w tidak pernah memekik LAWAN TETAP LAWAN apabila penduduk Taif membaling batu ke arah baginda sehingga kaki baginda s.a.w berdarah. Bahkan ketika para malaikat menawarkan untuk menghempap seluruh Taif dengan gunung-ganang, Nabi s.a.w menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dakwah baginda dilakukan secara berhikmah sehingga akhirnya seluruh penduduk Taif menjadi pengikut baginda yang setia.

Apa perlunya kita mencampakkan diri kita untuk menjadi sebahagian daripada golongan seperti Anwar Ibrahim? Ikatan dalam Pakatan Rakyat, bukanlah satu ikatan yang menjamin kita masuk ke syurga, bahkan kita mendekatkan diri dengan lubang neraka yang sangat dalam dan zulmat.

Sebagai ahli PAS, sepatutnya kita menggunakan akal, tidak dipergunakan oleh orang seperti Anwar Ibrahim yang hanya mahu menunggang kita kerana sikap setia atau wala' kita dan tidak bertindak sembrono yang akhirnya akan menyusahkan diri. Lebih malang lagi apabila kesan daripada perbuatan kita mendatangkan kekotoran kepada perjuangan kita yang suci.

11 comments:

Anonymous said...

Kalau Neraka Jahanam pun mereka sanggup demi Anwar....this is nothing lah...

Anonymous said...

Salam,saya lagi hairan bila pengikut kita terlebih over dan bertindak melulu berbanding orang2 pkr itu sendiri.
Bertanya sendiri, pengikut kita nie jumud sagat ke pemikirannya?bodoh sangat ke pemikirannya? sentiasa berlebih2 berbandaing tuan punya badan.
Wallahualam...

Anonymous said...

Lawan tetap lawan, jubur tetap jubur

Anonymous said...

Walau pun saya bukan ahli Pas,namun saya tetap mengundi parti Pas sejak saya boleh mengundi,kecuali piliharaya yg lalu.Sebelumnya saya berkawan dgn ramai orang Pas dan sentiasa memandang mereka ada kelebihan dari sudut ugama,tapi bila saya perhatikan selepas Pas bersama dalam Pakatan Rakyat dan kelihatan terlalu mengikut telunjuk Anwar,pandangan saya terhadap Pas mula berubah,kerana saya sangat kenal siapa Anwar.Itulah sebabnya dalam piliharaya yg lalu saya tidak mengundi Pas,malah meminta ahli keluarga saya juga tidak mengundi Pas.

Anonymous said...

Saya tak nak berkempen supaya kita tidak mengundi pas.. ytapi pru lepas saya x undi pas. Sebabnya ialah hanya satu iaitu kerana pas bersekongkol dgn musuh islam paling keras di Malaysia iaitu dap. Bagi saya dipandang dari sudut mana sekalipun, dap tak akan merestui pas untuk negara islam... itu adalah hakikat. Walaupun ubn sedang merosot pengaruhnya dgn begitu ketara kerana kelemahan pimpinan pm najib yang dilihat lemah dan bebal, tapi pas gagal mengambil k3sempatan. Percayalah jika pas berpisah dgn dap dan puak sodomi pkr, pas akan mendapat undi tertinggi... terutama dari penyokong umno... percayalah.

Anonymous said...

PAS parti yang kuat dan mantap kerana mempunyai pengikut yang setia dan ikhlas. Boleh panjat pokok pasang bendera tanpa upah. Kelemahan PAS ialah terlalu ikut telunjuk ALjuburi. Takut sangat-sangat kat Tokong Penang. Aku berani cakap la..tanpa PAS, PR tak kemana, nak harap orang PKR, baham jubor pandai la. Nak harap cina DAP, no money no talk. Bersatulah semula Melayu Islam. Islam akan kembali teguh.

Anonymous said...

Al jubb ada duit broo....

Coba kalo x dak duit..... sapa nak dengo ckp dia...

Org bwh jadi macaii.... org atas pas pelahap duitt....

Jumpa org kg...jual sorgaaa.....

Anonymous said...

Pas je harapan terakhir dlm politik..Namun Pas kena le standalone. Kecuali partner mahu ikut Pas bukan Pas ikut mereka.

PKR dan DAP bukannya penyokong hudud pun.

Orang Islam macamana pun akan sokong Pas juga tetapi Pas yg asal...

Anonymous said...

Pas+umno=islam/// buangkan sengketa, bangkitkan islam dan bangsa melayu dan jangan biarkan tanah air dijajah

sani said...

Pas tidak boleh diharap..kepimpinan mereka kosong...tiada wawasan..tiada kebolehan..tidak efektif!!

Anonymous said...

kenapa la pemikiran pemimpin atasan pas tak macam admin ni