Masalah yang paling teruk melanda PAS adalah sikap para pemimpinnya yang membuta tuli dan sentiasa mengikut hukum logik. Lebih malang lagi, para pemimpin ini pula, disebabkan mereka adalah pemimpin, sentiasa berasa betul dan sentiasa berasa, orang awam perlu mengikut segala perilaku dan contoh teladan mereka.
Akhirnya, bukan ke jalan kebaikan yang dibondong para pengikut, sebaliknya jalan kesesatan dan kejahilan murakab.
Itulah yang berlaku apabila kasih sayang dan hormat keterlaluan kepada kafir, akhirnya bukan kemenangan yang Allah Taala berikan kepada umat Islam, sebaliknya bala bencana dalam bentuk kekalahan dan kesesatan yang lebih jauh, tanpa disedari tetapi amat dibangga-banggakan.
Kita menyatakan yang kononnya kita mengikut dan mahu memartabatkan Islam, tetapi kita sentiasa meninggalkan perintah dan larangan serta ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Dan lebih teruk lagi ialah apabila sudah tersepit, maka dikatakan, antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah Taala, sepatutnya Allah Taala dilebihkan.
Sungguh memalukan tahap ilmu yang sebegitu jahil, singkat bahkan zindiq! 
Ini adalah laporan yang aku terima membabitkan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Aminolhuda bin Hasan. Dalam gambar di atas, Aminolhuda adalah individu yang berbaju kotak-kotak dan 'TERLUPA' pakai kopiah putih yang seringkali menjadi trademarknya setiap kali menghadiri majlis orang Islam.
Pada 27 April lalu antara jam 2 petang sehingga 6 petang, bertempat di Bangunan Bangunan PKK, Jln Pesisiran 
Sutera Danga 1, Tmn Sutera Utama, Skudai telah berlangsung majlis 
memperingati Karpal Singh. 
Majlis telah dipengerusikan oleh Liew
 Chin Tong - Pengerusi DAP Neg.Johor/AP Kluang. Seramai lebih kurang 1000 
org yg terdiri daripada ahli serta penyokong DAP dan PR Negeri Johor telah 
hadir.
Antara yg dikenali hadir ialah:-
Lim Kit Siang - AP Gelang Patah.
Aminolhuda bin Hassan - Pesuruhjaya PAS Neg.Johor.
Gobind Singh Deo - AP Puchong.
P.Kulasegaran - AP Ipoh Barat.
A.Samad Said - Aktivis Bersih/Sasterawan.
Dr.Boo Cheng Hau - Pengerusi DAP Parlimen Gelang Patah / ADUN Skudai.
Majlis
 tersebut  bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli/penyokong DAP dan
 PR Negeri Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang 
Karpal Singh memandangkan tidak berkesempatan utk menghadiri upacara 
pengebumian beliau. 
Turut diadakan pameran berkaitan riwayat 
hidup mendiang telah diadakan sebelum majlis bermula. Intipati ucapan yg
 disampaikan lebih menjurus kepada mengimbau kembali riwayat hidup dan 
prinsip yg didukung mendiang seperti anti hudud, anti rasuah, 
penyelewengan kuasa dan juga perjuangan menentang kerajaan BN yg korup 
serta seruan untuk meneruskan perjuangan mendiang dgn menumbangkan 
kerajaan BN pada PRU akan datang. 
2 buah risalah berukuran A4 
bertajuk "Tahukah Anda? BN boleh memenangi majoriti mudah untuk terus 
berkuasa dengan sokongan serendah 43 % undi popular" dan " We Vote We 
Determine Our Boundaries" sebanyak 1000 keping setiap satu telah 
diedarkan kepada hadirin semasa majlis berlangsung. 
Sebuah 
kaunter merayu tandatangan bagi mengisi petisyen untuk mendesak kajian 
semula terhadap persempadanan baru turut didirikan di pintu masuk utama.
Majlis diakhiri dgn persembahan bunga ros pada potret mendiang oleh hadirin sebelum bersurai.
Nampak kesalahannya?
Kalau tak nampak sebarang kesalahan padanya, mohonlah beristighfar, mintalah petunjuk, hidayah dan inayah dari Allah Taala. Dan berdoalah agar kita tidak dihijabkan daripada melihat kebenaran. Perbanyakkanlah bacaan doa berikut:





3 comments:
Mana nak nampak, hati dah buta, walau pun mata celik.
What the mind don't think, the eyes don't see.
Salam, saya link kan disini macam mana sayangnya org2 pas kat dap walaupun si kafir tue hina Islam depan mata pas.
http://helenang.wordpress.com/2014/04/28/mujahid-jangan-tuduh-orang-dap-sebagai-anti-islam/
Tolong baca dan fahamkan maksud tulisan dari kacamata orang cina ini sendiri.
Sekian, Wassalam.
ala umno pun berpelul gal ngan mca...mca tak pernah hina islam? baca sejarah apa yg presiden mcm n belas presiden mca hina islam...
Post a Comment