Thursday, 17 April 2014

Barangkali Sudah Sampai Masanya, Kita Cuma Berani Membuli Tetapi Tak Berani Berjuang

Kematian Karpal Singh merupakan satu kerugian besar kepada DAP dan Anwar Ibrahim. Selama ini, Karpal Singhlah yang menjadi baju besi dan perisai utama DAP dan Anwar Ibrahim. Walaupun terdapat ramai peguam lain dalam DAP mahupun PKR, namun karisma mereka tidak menyerupai Karpal Singh.

Dari awal pembabitannya dalam politik negara lagi pada tahun 1970, Karpal Singh sudah dikenali kerana penentangannya yang sangat keras terhadap perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152 dan Artikel 153 yang menetapkan peruntukan untuk Melayu dan Bumiputera, Islam, raja-raja dan adat istiadat Melayu selain Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sekalipun terdapat cerita kononnya, Karpal Singh merupakan penegak Perlembagaan Persekutuan, hakikatnya yang disokong hanyalah Artikel-Artikel yang boleh dimanipulasi dan memberi kelebihan kepada DAP yang tegar memperjuangkan Malaysian Malaysia mereka.

Tuan Guru Presiden pernah melabelkan Karpal Singh dan Lim Kit Siang sebagai UBAT LUPUT TARIKH. Karpal Singh pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan karut tentang PAS dan kepimpinan PAS. Malah berbanding UBN, permusuhan Karpal Singh terhadap PAS jauh lebih besar kerana Karpal Singh menyerang dasar dan Perlembagaan PAS, manakala UBN pula sekadar menyerang furu' dan khilafiyah yang disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri.

Agak keterlaluan apabila ada sebilangan daripada kita memberikan reaksi yang langsung tidak mencerminkan sebagai seorang Islam apabila kita melebih-lebihkan dan mendewa-dewakan Karpal Singh sehingga ada yang sanggup menangis di tepi kerandanya selain mendakwa Karpal Singh lebih baik berbanding orang UBN kepada kita.

Pakatan Rakyat mungkin satu talian hayat kepada kita dan jemaah parti ini tetapi Pakatan Rakyat bukanlah tali yang mengikat kita. Kita kata kita mahu mengikut al Quran dan hadis, ijma' dan qiyas, tetapi akhirnya kita memilih untuk mengikut hawa nafsu.

Dalam agama Allah Taala, sebaik mana pun si kafir, mereka tetap tidak lebih baik daripada orang Islam yang paling jahat sekalipun. Bahkan perkara ini amat jelas menerusi peristiwa Nabi s.a.w dengan bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Mutalib yang sehingga ke akhir hayat, menjaga dan melindungi Nabi s.a.w tetapi tetap enggan beriman kepada agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Begitulah juga dengan ikrar kita. Pada ketika Mahfuz Omar menjadi Ketua Pemuda PAS, bukan main lantang lagi kita bercakap tentang tentangan Negara Islam oleh DAP. Kita membuat pelbagai ikrar dan iltizam. Tetapi kemudian, apabila kita berada dalam satu kelompok bersama-sama dengan DAP dan Karpal Singh, kita pula yang lebih tersengih dan mengangguk-angguk dalam usaha kita untuk mendapatkan redha Karpal Singh dan DAP.

Sekarang, DAP sudah kehilangan Harimau Jelutung mereka. Pemuda PAS yang dikepalai oleh Suhaizan Kaiat begitu takut dengan gemuruh apabila ada SMS yang menyatakan kita akan melangkah mayat Karpal Singh setelah berita kematiannya tersebar. Punyalah takutnya kita kepada DAP, respons yang diberikan amat pantas tetapi dalam banyak berita yang membabitkan umat Islam, Pemuda PAS pula tidak lebih daripada kura-kura yang dijentik kepalanya. Terkesot sehingga kelihatan seperti si kulup sedang kesejukan.

Itulah kita sekarang... kita cuma berani apabila berhadapan dengan UBN kerana kita tahu, UBN tidak akan sampai hati untuk membalun kita sebagaimana Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang bahkan Karpal Singh membalun kita. Kita cuma berani membuli dan bercakap besar tentang perjuangan kita, tetapi apabila Allah Taala membentangkan laluan untuk kita membuktikan segala yang kita laung-laungkan, kita terus jadi kecut dan penakut, tak ubah seperti kaum Yahudi yang diceritakan oleh Nabi s.a.w pada penghujung zaman nanti.

KARPAL SINGH TERBUNUH! PENENTANG HUDUD PALING TEGAR SUDAH TERIMA HUKUMANNYA!


Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Walau sebaik mana pun perancangan, walau sehebat mana pun hujah di mahkamah, tiada sesiapa pun yang dapat berhujah, menipu dan membelit malaikat maut yang patuh menjalankan tanggungjawabnya.

Itulah yang berlaku kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh apabila dia maut dalam satu kemalangan ngeri apabila kenderaan SUV yang dinaikinya  bersama-sama pembantu peribadi, pembantu rumah dan anak lelakinya, melanggar bucu kiri sebuah lori yang bergerak perlahan di lorong sebelah kiri lebuhraya PLUS di KM 301.6 menghala ke utara pada dinihari tadi.

Karpal Singh pernah menyatakan, langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini. Bagaikan petunjuk dari Allah Taala, Karpal Singh sudah terbunuh dan mayatnya terkedang tanpa boleh berbuat apa-apa. Hanya tinggal langkah sahaja mayatnya itu dan undang-undang hudud sudah boleh dilaksanakan di negara ini memandangkan penentang paling tegar, sudah mati.

Kalau dahulu kita sering menuduh UBN yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan hukuman hudud, namun dengan perkembangan terkini apabila UBN menerusi kenyataan Presidennya, Najib Abdul Razak yang akan menyokong usul yang bakal dibentangkan oleh PAS membabitkan perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan, penentang utama hanyalah DAP dan Karpal Singh.

Kini Allah Taala telah mematikan Karpal Singh. Sekaligus membuka ruang yang sangat besar kepada umat Islam dan kepimpinan umat Islam di negara ini untuk mencapai kata sepakat dalam perlaksanaan hukuman Allah Taala itu.

Mungkin ada di kalangan jemaah PAS yang bersedih dengan kematian Karpal Singh ini kerana kejahilan dan tebalnya mazmumah di hati mereka, namun pengajaran yang boleh diperolehi daripada tragedi yang menimpa DAP dan Anwar Ibrahim ini ialah, ruang untuk umat Islam bersatu, sedang terbentang luas.


Wednesday, 16 April 2014

Siapa Antara Kita Yang Berani Kata, ANWAR KAFIR Sebab Terang-Terang Tolak Hudud?


Anwar Ibrahim sekali lagi cuba membuktikan bahawa PAS dan para pemimpin tertingginya adalah kumpulan orang bodoh yang tidak faham agama, jahil murakkab dan masih hidup pada zaman unta dan kuda padang pasir. Anwar Ibrahim sebaliknya memprojekkan dirinya sebagai seorang pemimpin beragama Islam yang progresif, pragmatik, matang dan berpandangan jauh.

Petang tadi, berlangsung satu sidang media yang melibatkan Anwar Ibrahim di Dewan Media, Ibu Pejabat PKR di Tropicana. Tidak ramai yang hadir melainkan 30 orang sahaja termasuklah Johari Abdul, pengampunya yang paling wahid dalam PKR selepas Johari Abdul membenarkan lelaki di dalam video Chinadoll yang terkenal itu sebagai Anwar Ibrahim dalam satu rakaman rahsia.

Dalam sidang media tersebut, Anwar Ibrahim cuba membela dirinya dengan berputar belit sama seperti dalam kes JAM TANGAN OMEGAnya. Cuma kali ini dia berputar belit tentang cakap besarnya, 1 MINIT SAHAJA SAYA SELESAIKAN MASALAH MH370.

Menurutnya, bukan dia yang bercakap begitu, sebaliknya katanya, yang dia maksudkan adalah MEMBUAT KEPUTUSAN. Seterusnya Anwar Ibrahim menyalahkan Tentera Malaysia, keputusan Najib yang terlalu berhati-hati dan tidak sembrono bercakap, kargo muatan pesawat tersebut, pasport curi, kotak hitam yang akan disahkan oleh Peguam Negara walaupun kotak hitam tersebut belum lagi ditemui dan beberapa perkara yang berkaitan pesawat MAS MH370.

Kesemua hujahnya hanyalah hujah konspirasi, terma yang paling disukainya walaupun dia tidak pernah dapat membuktikan kata-katanya sendiri sepertimana dia menyatakan ada bukti pembabitan Najib Abdul Razak dalam pembunuhan Altantuya Shiiribu sehinggakan sampai ke hari ini, jangankan bukti, fakta sebenar pun belum keluar dari mulut Anwar Ibrahim lagi meskipun dia sudah dijatuhi hukuman 5 tahun penjara kerana terbukti meliwat bekas pembantu peribadinya.

Paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim secara berselindung menyatakan, dia TIDAK BERSETUJU SAMA SEKALI dengan perlaksanaan undang-undang hudud yang menurutnya tidak akan mendatangkan keadilan kepada masyarakat. Menurut Anwar, perkara terpenting yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah ekonomi, pendidikan, ketidakadilan, penyelewengan dan bebanan rakyat yang mana kesemuanya itu adalah intipati atau teras kepada kelangsungan hayat politik Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa Anwar Ibrahim berkuasa dahulu, perkara-perkara berkenaan dikesampingkan, bahkan dibakulsampahkan. PAS disumpah seranah sebagai parti kampungan, bodoh dan kolot apabila memperkatakan kesemua perkara berkenaan. Tidak itu sahaja, Anwar Ibrahim sendiri telah menzalimi rakyat Kelantan yang sudah satu dekad kekal setia bersama-sama PAS. Anwar menafikan bantuan Kerajaan Pusat untuk menaiktarafkan bekalan air bersih.

Sehinggalah Anwar Ibrahim dihukum penjara dan jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh Dr. Mahathir, pinjaman RM600 juta untuk pembekalan air bersih diluluskan serta-merta dalam satu pertemuan antara Dr. Mahathir dengan Tuan Guru Mursyidul Am yang pada waktu itu merupakan Menteri Besar Kelantan di Pejabat Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim cuba menyembunyikan penentangannya dengan mengaitkan UBN dengan para pemimpinnya yang tidak bermoral. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim mungkin terlupa bahawa UBN telah menyatakan persetujuan untuk menyokong pembentangan usul Hukuman Hudud di Kelantan sekiranya dibuat oleh para wakil rakyat PAS.

Apabila Anwar menyatakan kononnya para pemimpin UBN tidak layak membicarakan tentang hudud kerana tidak bermoral, satu perkara yang sangat jelas, di kalangan pemimpin UBN hari ini, tidak pula terpalit, dan dibuktikan bersalah kerana meliwat. Mereka hanya dituduh tanpa dibawa bukti... sesuatu yang jelas tidak dibenarkan oleh Islam. Sedangkan Anwar Ibrahim, dia dituduh dan pihak yang menuduh membawa bukti, manakala dia sendiri tidak mempunyai sebarang bukti untuk menunjukkan dia adalah benar. Sebaliknya sepanjang proses mahkamah, Anwar Ibrahim sekadar bercakap tentang teknikal, menunda-nunda proses perbicaraan, cuba menolak hakim, bahkan cuba pula menyingkirkan pendakwaraya tanpa sebarang alasan konkrit.

Siapakah antara kita yang menjunjung Islam sebagai ad-deen dan berusaha mencapai status BALDATUN THOYYIBATUN WA RABBUN GHOFUR yang berani bertentang mata dengan Anwar Ibrahim dan menyatakan perkara sebenar selain menyatakan bahawa keseluruhan perkataan yang keluar dari mulutnya ADALAH KESESATAN SEMATA-MATA?

Ada atau tidak di kalangan kita yang cukup berani untuk berbuat begitu?

Atau kita sekadar memilih untuk tunduk dan mengiyakan apa-apa sahaja kenyataan daripada bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang sangat kemaruk dengan jawatan Perdana Menteri selepas jawatan tersebut berada di atas tangan, tetapi kuasa Allah Taala menyebabkan dia kehilangan jawatan yang sangat diidam-idamkannya?

HAIRAN! Kenapa PAS Melaka Tentang Hasrat Kerajaan Melaka Pindahkan Pusat Penyembelihan Babi di Ayer Keroh

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS turut memperjuangkan semua pihak termasuklah yang bukan beragama Islam. Ini adalah teras agama Islam iaitu memberikan keadilan kepada semua. Namun apabila PAS lebih berpihak kepada bukan Islam berbanding umat Islam, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dengan parti ini dan jemaahnya.

Sepatutnya kita mendahulukan umat Islam dan agama Islam berbanding umat dan agama lain. Itu yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w mempersaudarakan umat Islam dari kalangan Muhajirin dan Ansar, bukannya menyengutukan umat Islam dari Makkah dengan Yahudi dan Nasrani Madinah.


Dengan kata lain, dalam amalan baginda Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a serta Solafus Soleh, yang diutamakan adalah umat Islam dan selepas itu barulah maslahat membabitkan bukan Islam yang menjadi dzimmi di jazirah umat Islam. Manakala golongan harbi langsung tidak diberi muka, bahkan mereka dihalau keluar dari jazirah Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w mengharamkan kaum Yahudi dan Nasrani daripada tinggal di Madinah dan Makkah.

DAP Melaka dan akhbar Sin Chew Jit Poh hari ini dengan bangganya memberitahu masyarakat Cina bahawa PAS bersama-sama mereka menentang hasrat Kerajaan Negeri Melaka menutup dan memindahkan pusat penyembelihan babi di Ayer Keroh ke sebuah tempat lain.

Turut serta dalam perbincangan dengan wakil-wakil penternak babi yang kesemua mereka adalah penyokong DAP, adalah Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR. Manakala Julassapiah Kassim mewakili PAS Melaka.

Sebulat suara, tentangan dibuat terhadap Kerajaan Negeri Melaka kerana penutupan pusat penyembelihan berkenaan.

Mengapa pusat penyembelihan babi mendapat sokongan daripada PAS Melaka? Apakah sudah tidak ada isu lain yang boleh digunakan untuk kita memperjuangkan Islam di negara ini dan Melaka, khususnya? Bukankah pemakanan daging babi hanya melibatkan segelintir masyarakat sedangkan pada masa yang sama, golongan pemakan babi seperti di Pulau Pinang, menyokong pengharaman pusat-pusat penyembelihan di pulau berkenaan sebaliknya dipindahkan ke kawasan-kawasan yang ada penduduk Melayu-Islam.

Melaka sudah pasti sedang berusaha mengawal pencemaran yang dilakukan oleh pusat-pusat penyembelihan berkenaan. Ditambah pula dengan sumber air yang terhad, negeri sekecil Melaka tidak memerlukan pusat-pusat penyembelihan seperti di Ayer Keroh.

Sudah sampai masanya untuk PAS memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada masyarakat Islam dengan mengusulkan agar pusat penyembelihan babi dijadikan berpusat dan tidak bertebaran seperti sekarang. Kita mungkin akan kerugian dari segi sokongan undi masyarakat berkenaan tetapi sudah pasti kita akan mendapat lebih banyak undi daripada masyarakat Islam.

Dan yang lebih penting, kita akan DIPANDANG Allah Taala kerana mengutamakan maslahat umat Islam dan agamanya berbanding berusaha mendapatkan undi sebanyak-banyaknya daripada golongan yang menentang Islam dan umatnya dengan sebarang cara termasuklah menuntut agar mereka dibenarkan membuka ladang babi dan pusat penyembelihan babi secara berselerak terutama sekali di kawasan-kawasan bermajoritikan umat Islam.

Jangan sampai anak cucu kita melaknat kita nanti dengan mengaitkan kopiah putih yang bertenggek di atas kepala kita sepanjang masa sebagai PUNGGUNG BABI yang kita puja-puja!

SESAT Bila Kata HUDUD HANYA UNTUK ORANG ISLAM!


Islam meliputi segala-galanya. Kerana itulah Islam itu adalah Ad-Deen. Undang-undang Islam meliputi hudud, qisas dan takzir tidak membeza-bezakan status individu yang tinggal, bermastautin dan menjadi rakyat sesebuah wilayah bermajoritikan umat Islam dan berpemerintahkan orang Islam. Baik KAFIR, MUSYRIK apatah lagi ORANG ISLAM sendiri, semuanya tertakluk di bawah peruntukan hudud, qisas dan takzir.

PAS telah melakukan kesilapan besar ketika berkempen agar hudud dijadikan undang-undang negara. Dek kerana kita terlalu teruja untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Islam, kita telah berkata, undang-undang hudud yang kita hendak laksanakan hanya meliputi orang Islam sahaja, manakala bukan Islam tidak akan dikenakan hudud.

Sekarang ini, kefahaman kononnya hudud hanya untuk orang Islam sudah menular, sehinggakan sebahagian besar daripada orang Islam sendiri pun berfahaman begitu. Sedangkan hudud diperintahkan kepada kita agar berlaku keadilan.

Adil apa namanya jikalau orang bukan Islam bebas daripada hukuman hudud sedangkan jenayah yang dilakukannya adalah sama dengan orang Islam? Di mana kita hendak letakkan keadilan pada hudud sedangkan Allah Taala sendiri telah memberikan janji bahawa hukuman-Nya adalah adil dan sebagai ubat pencegahan paling mujarab untuk masalah sosial atau masalah hati di kalangan manusia.

Nabi s.a.w sendiri pun menjatuhkan hukuman hudud kepada dua orang Yahudi kerana kesalahan zina. Begitu juga dengan menjalankan qisas, seorang lelaki Yahudi dihimpit dengan batu sehingga menyerupai kecederaan yang dilakukan terhadap seorang gadis Muslim.

Kalau Nabi s.a.w pun menjatuhkan hukuman hudud kepada Yahudi, mengapa pula bukan Islam di Malaysia boleh terpisah daripada hudud dan qisas? Adakah kita terlebih pandai daripada Nabi s.a.w? Mengapa kita memandai-mandai dalam bab ini sehinggakan kita yang menentang SEKULAR, kita pula yang mensekularkan hukum hudud?

Kita kini sudah memasuki fasa kedua dalam perjuangan mewujudkan hukum hudud di Malaysia. Kesilapan awal sepatutnya sudah ditebus dan kita mula mempergiatkan usaha untuk mendidik masyarakat Malaysia agar memahami konsep hudud dan qisas serta takzir dengan memulakannya di kalangan umat Islam penyokong kita dan kaum bukan Islam yang bersama-sama kita dalam perjuangan Pakatan Rakyat.


Kalau kita boleh bersama-sama dengan PKR untuk terlibat dalam demonstrasi BANTAH GST yang bakal berlangsung pada 1 Mei nanti walaupun sudah ada ura-ura bahawa demonstrasi tersebut akan dirampas oleh Anwar Ibrahim untuk mempromosikan dirinya menerusi demonstrasi REFORMASI 2.0, takkanlah kita tak boleh langsung untuk memulakan kempen dan dakwah agar kefahaman tentang hudud diperdalamkan dan diperluaskan.

Kalau kita tidak takut dengan halangan UMNO dan Barisan Nasional, apa perlu kita takut dengan kemarahan PKR dan DAP untuk kita mula melaksanakannya di Kelantan dan kemudian dijadikan contoh untuk negeri-negeri lain di seluruh Malaysia?

Kita harus berlaku adil. Jangan kerana musuh kita UBN, maka kita menghalalkan kemarahan kita kepada mereka tetapi atas nama Pakatan Rakyat, kita menghalalkan pula kemarahan DAP dan PKR kepada kita!

Wednesday, 9 April 2014

Kenapa Ramai Cerdik Pandai PAS Yang Dicantas, Golongan Jahil Pula Dibenarkan Bersuara?

Kita cukup seronok apabila bekas Perdana Menteri dan Presiden UBN, Dr. Mahathir kata UMNO sekarang busuk sebusuk-busuknya sampai ke usus. Kita juga seronok bila Dr. Mahathir kata lagi, kepimpinan UBN terdiri daripada golongan yang tak cerdik kerana kebanyakan yang cerdik-cerdik sudah berpindah masuk ke PAS. Dan kita pun bangga sebab parti kita disertai ramai orang cerdik.

Tapi bangga kita setakat itu sajalah. Hakikatnya, kalau UBN busuk sampai ke usus, kita pula busuk otak sampai ke tulang tungking. Segala cerdik pandai yang masuk ke dalam PAS, hilang begitu sahaja bagaikan bintang dan segala planet disedut oleh lubang hitam di angkasa lepas. Sebaliknya yang muncul, bersuara, membuat komen mahupun mengetuai program terdiri daripada kalangan yang sudah dikenalpasti sebagai penyembah berhala bernama Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Berkata Imam Al-Ghazali, kerosakan umat bermula dengan kerosakan pemimpinnya. Kita sering tujukan kata-kata ini kepada UBN tetapi pernahkah kita menggunakan kata-kata ini untuk diri kita sendiri? Pernahkah kita bermuhasabah dan mencari hikmah mengapa PAS tidak pernah menjadi satu kuasa yang benar-benar mengancam?

Rasa-rasanya tidak kerana kita terlalu kuat mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan kita. Kita seronok menyerang UBN dan menuduh UBN tidak menyokong undang-undang hudud tetapi kita yang bercakap tentang undang-undang Islam, tidak pernah berani bercakap atau berkempen tentang qisas dan takzir padahal qisas, takzir juga datang sekali dengan hudud. Hudud, Qisas dan Takzir tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana di situlah keadilan yang Allah Taala maksudkan.

Sekarang, kita terperangkap lagi dengan permainan politik kita sendiri. UBN telah menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan kepada PAS bagi membentangkan usul undang-undang hudud. Sepatutnya kita sudah boleh melakukannya tanpa banyak songeh atau memberikan pelbagai alasan semata-mata untuk mendapatkan redha DAP dan PKR.

Malangnya, pemimpin yang dilantik sebagai jurucakap parti pula, cuba bermain politik selamat. Perasaan takut terhadap DAP dan PKR begitu ketara sehinggakan akhirnya, pemimpin kita itu memulangkan usul kepada UBN pula untuk dibentangkan di Parlimen. Sedangkan dari tahun 1951 sehingga sekarang, kita tidak pernah memberikan kredit kepada pihak lain terutama sekali UBN untuk memperjuangkan hudud dan syariah Islam.

Apa sebenarnya yang kita takutkan sangat?

Tuan Guru Presiden parti sendiri pernah menyatakan, kita tidak takut kalah kerana sudah biasa kalah dalam pilihanraya. Yang kita takut adalah Allah Taala tarik balik rahmat. Jadi, kita berjuang untuk mendapatkan rahmat Allah Taala dan hudud seperti yang termaktub dalam al Quran adalah perintah Allah Taala.

Allahyarham Tuan Guru Datuk Fadhil Nor juga pernah berkata, dalam PAS tidak ada tempat untuk golongan yang mencari redha manusia berbanding redha Allah. Dalam PAS, tidak ada tempat untuk mereka yang mencari kekayaan, menyebarkan kejahilan dan berdiri membelakangkan umat Islam semata-mata untuk berkuasa.

Malangnya apa yang berlaku di dalam PAS hari ini adalah sebaliknya. Yang berada ke hadapan, menjadi jurucakap parti, bahkan bertindak melebihi kuasa Presiden dan Mursyidul Am adalah terdiri daripada golongan yang telah dikenalpasti sokongan mereka terhadap pihak lain berbanding wala' kepada pucuk pimpinan sendiri.

Di mana cerdik pandai yang didakwa telah masuk ke dalam PAS? Takkan mereka tidak nampak kepincangan dan keburukan yang sedang berlaku di dalam PAS sehingga menyebabkan mereka membutakan mata, menulikan telinga dan membisukan lisan?

Thursday, 3 April 2014

Malam Cinta Rasul VS REFORMASI 2.0 Untuk Bela Anwar Ibrahim Di Baling... Mana Satu Pilihan Kita?


Esok dari jam 8.00 pagi sampai ke tengah malam, UBN Baling akan mengadakan Malam Cinta Rasul dan Karnival Rakyat di Padang Majlis Daerah Baling yang terletak bersebelahan dengan Restoran KFC. Hari yang sama, dan tempoh yang sama, PKR mengharapkan orang-orang PAS menyertai mereka dalam REFORMASI 2.0 untuk membela Anwar Ibrahim dan meneruskan hayat PKR menerusi usaha penggulingan kerajaan menggunakan kaedah demonstrasi dan huru-hara.

PAS sudah beberapa kali menyatakan bahawa keputusan PRU13 telah diterima dan hati terbuka. Namun PKR yang gagal menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selain mereka kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN, tidak dapat menerima kenyataan tersebut sehingga terpaksa mengada-adakan cerita bohong dan fitnah dengan bantuan DAP semata-mata untuk tujuan berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Bukan lagi fitnah seperti yang cuba ditekankan oleh PKR dan sebahagian daripada pemimpin kita yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Keputusan tersebut adalah bersandarkan kepada bukti-bukti atau qarinah dari pelbagai segi termasuklah klinikal dan forensik, pengakuan dan maklumat hakim.

Oleh kerana itu, sepatutnya isu berkenaan sudah selesai dan keputusan mahkamah diterima sebagaimana PKR dan Pakatan Rakyat menerima keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2012 untuk kes yang sama.

PAS dalam isu ini tidak berpihak kepada sentimen semata-mata. Kalau ada pun yang berpihak kepada Anwar Ibrahim, mereka telah dikenalpasti sebagai pemimpin-pemimpin PAS yang hati serta jiwa mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, walaupun bertubuh dan berpakaian PAS.

Selepas gagal mengelak dari hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan, Anwar Ibrahim segera melancarkan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang. Bagaimanapun, jumlah kehadiran tanpa orang PAS amat menyedihkan. Pada malam 9 Mac, jumlah yang hadir di Stadium Kajang, tidak lebih dari 4500 orang, jauh dari anggaran awal PKR iaitu 100,000 orang.

Gagal di Kajang, Anwar Ibrahim dan konco-konconya lari pula ke Batu Pahat. Jumlah kehadiran 2500 orang diuar-uarkan walaupun kebanyakan yang hadir hanyalah orang PAS yang kurang mendapat maklumat berhubung kes melibatkan Anwar Ibrahim melainkan maklumat-maklumat yang disalurkan oleh para pemimpin PAS yang kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim bukannya perjuangan Islam. Begitu juga di Kelantan dan Kedah.

Isyarat yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, langsung tidak terpakai oleh Anwar Ibrahim dan gagal dimanfaat oleh orang PAS di Kelantan. TGNA meminta maaf kepada segenap lapisan masyarakat di Kelantan kerana kegagalan dan kekhilafan Tuan Guru sepanjang menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus tetapi antara kesilapan yang dimaksudkan adalah melakukan pembelaan terhadap Anwar Ibrahim dan membiarkan Anwar Ibrahim menyesatkan jemaah Islam PAS setelah mendapat salah maklumat dari orang keliling.

REFORMASI 2.0 tidak seharusnya disertai oleh orang PAS. Tidak seharusnya dipublisitikan dan dipromosikan oleh PAS walau secara langsung atau tidak langsung. REFORMASI 2.0 adalah beragendakan Anwar Ibrahim, bukannya agenda Pakatan Rakyat, jauh sekali agenda perjuangan murni PAS untuk memartabatkan Islam dan mentotalkan Islam sebagai ad-deen rakyat negara ini dalam usaha kita memburu BALDATUN THOIYYABATUN WA ROBBUN GHAFFUR.

Yang pastinya, membela Anwar Ibrahim bukanlah salah satu daripada empat tiang yang ada dalam konsep BALDATUN THOIYBBATUN WA ROBBUN GHAFFUR. Alasan kononnya, dia telah tersalah hukum oleh mahkamah kerana konspirasi UBN, hanyalah satu persepsi semata-mata memandangkan ketika di dalam mahkamah pun, Anwar dan kumpulan pembelanya, langsung tidak menghadirkan fakta-fakta serta bukti-bukti membela diri sebaliknya hanya terus mewujudkan persepsi dan sanggahan gaya filem Hindustan yang penuh emosi dan putar belit.

Justeru, bagi orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan agama dan kemudian mempopularkan keahliannya dalam PAS seperti Leman Raja Lawak yang ternyata tidak mampu membezakan antara politik Islam dan politik Anwar Ibrahim, lebih baik menutup mulut dan tidak perlu tergopoh-gapah bercakap bagi pihak PAS. Lebih baik mereka ini meninggalkan PAS dan menyertai PKR.

PAS tidak akan rugi jikalau orang-orang seperti Leman Raja Lawak tidak ada dalam parti, sebaliknya PAS bertambah-tambah rugi sekiranya membenarkan anasir-anasir yang sangat taksub dan mencintai Anwar Ibrahim melebihi ulama-ulama dalam PAS terus menerus bergiat atas nama PAS.

Malam Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Aziz Rahim, jauh lebih baik dan bermanfaat daripada sekadar mendengar ceramah berapi-api dari Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang jelas telah membawa PAS sendiri ke arah penghinaan dan pemencilan sehinggakan apa-apa sahaja perkara benar yang kita katakan pun, dianggap sebagai satu fitnah terhadap Islam.

Walaupun Aziz Rahim mungkin berjenama UMNO, tetapi kalau program yang dianjurkannya jauh lebih bermanfaat mengapa pula kita harus hindarkan diri dan memulaukannya? Lebih baik kita menyertai program ini kerana sekurang-kurangnya orang UBN akan dapat lihat betapa murninya Islam, betapa halusnya dan berhikmahnya ajaran agama ini dan kita sebagai pejuangnya menjalankan tugas sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.