Sunday 6 March 2016

Kebodohan Para Pemimpin Pakatan Harapan Terserlah Apabila Mereka Sanggup Bernaung Di Bawah Mahathir Yang Zalim


Anak Mahathir yang isim kerana kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, akhirnya mendedahkan perkara sebenar, sekaligus membenarkan keputusan Tuan Guru Presiden bahawa PAS tidak akan terlibat dengan kegilaan Mahathir cuba menggulingkan Najib.

Mukhriz Mahathir memberitahu bahawa Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bapanya dengan menghimpunkan kesemua pemimpin utama pembangkang dan NGO-NGO anti Kerajaan, hanyalah untuk mendesak Najib turun dari takhta Perdana Menteri, tetapi masih mengekalkan UBN sebagai Kerajaan yang memerintah.

Tidakkah ini sebenarnya kerja sia-sia?

Sistem demokrasi di negara ini berlangsung menerusi pilihanraya. Parti-parti lain selain UBN dan komponen-komponen BN tidak boleh mendesak Najib untuk turun jawatan kerana pemilihan Najib sebagai Perdana Menteri dibuat oleh komponen-komponen BN yang berjaya menguasai majoriti di Parlimen pada PRU lalu.

Satu-satunya perubahan yang boleh dilakukan oleh mana-mana entiti politik selain UBN adalah pada masa PRU. Keputusan PRU sahaja yang dapat menurunkan UBN dan Najib sekaligus, bukannya Deklarasi Rakyat yang menjadi simbol kekuasaan Mahathir ke atas entiti-entiti dan individu-individu politik di negara ini.

Di sebalik kebencian yang sangat mendalam kepada Mahathir kerana kekejaman dan kezalimannya untuk mengekalkan kuasa selama 22 tahun, rupa-rupanya para pemimpin politik seperti Lim Kit Siang yang terlalu banyak pengalaman, masih tidak belajar dan meneladani pengalaman silamnya. Rupa-rupanya Azmin Ali yang pernah berkerat rotan berpatah arang dengan bapa angkatnya itu, masih tidak belajar sesuatu yang amat bernilai.

Mereka terlalu teruja dengan idea Mahathir yang sebenarnya adalah untuk menjahanamkan mereka demi kepentingan peribadinya. Sesiapa sahaja yang mengenali Mahathir, pastinya tahu, Mahathir akan melakukan sesuatu yang bersesuaian dengan kehendaknya. Sebarang percanggahan dengan kehendaknya, akan menyebabkan Mahathir menjadi murka, tidak tentu arah, tidak aman tenteram dan sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan rakyat yang tidak bersalah.

Sejarah telah membuktikan siapa Mahathir yang sebenarnya. Dan rekod-rekod sejarah tentang kezaliman serta kekejaman Mahathir tidak akan dapat dipadamkan dengan cerita-cerita tentang kehebatannya membangunkan negara ini semata-mata.

Mengambil sikap memerhati, Tuan Guru Presiden telah melakukan sesuatu yang betul dan baik, sama ada untuk negara, jemaah mahupun untuk parti. Bagi golongan barua DAP, sikap Tuan Guru Presiden itu dikatakan sebagai pengecut, makan rasuah dan tidak tetap pendirian kerana enggan mengikut atau akur dengan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng.

Sedangkan hal sebaliknya sedang berlaku.

Ketakutan golongan barua DAP yang PAS akan menyelamatkan Najib dan UBN sebenarnya memaksa mereka bergantung sepenuhnya kepada Mahathir dan Lim Kit Siang. Pada ketika Tuan Guru Presiden dan barisan kepimpinan PAS yang tidak gila publisiti seperti barisan kepimpinan PAS lama yang sekarang ini sudah berhijrah masuk ke Parti Amanah Negara, sebuah biro macai DAP bagi mengumpulkan sokongan Melayu-Islam untuk Lim Guan Eng, meletakkan PAS sebagai sebuah parti politik yang lebih matang dan lebih rasional, golongan berkenaan seperti dirasuki histeria kerana ketiadaan PAS bererti ketiadaan medium atau tapak yang lebih besar seperti yang berlaku pada penghujung 1990-an.

Jauh berbeza dengan Mahathir, Najib Abdul Razak lebih lunak, lebih mudah berkira dan lebih mudah 'membantu' PAS tanpa meminta jaminan atau ugutan. Malah berbanding rekod 7 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan 7 tahun Najib sebagai Perdana Menteri, PAS lebih mampu menjalankan peranan sebagai pengembang syiar Islam.

Dan sebagai ahli-ahli PAS, seharusnya kita kalau tidak mahir pun, tahu apa yang dinamakan sebagai Kulliyyah Fiqhiyyah yang sering digunakan dalam Fiqh Siyasah yang antara lain:

"Hukum berputar bersama 'ilat hukum. Ada dan tidak adanya hukum bergantung atas ada dan tidak adanya 'ilat hukum."

"Hukum berubah sejalan dengan perubahan zaman, tempat, keadaan, kebiasaan dan niat."

"Menolak kemafsadatan dan meraih kemaslahatan."

"Apabila dihadapkan kepada dua kemafsadatan yang saling bertentangan, maka yang perlu diperhatikan adalah menolak salah satu kemafsasatan yang kadar mudaratnya lebih besar, dan pada saat yang sama menerima salah satu kemafsadatan yang kadar kemudaratannya lebih kecil."

"Mengambl mudaratnya yang lebih sedikit."

"Menolak kemafsatan didahulukan daripada meraih kemaslahatan."

"Kemaslahatan umum didahulukan daripada kemaslahatan khusus."

"Jika tidak dapat melaksanakan seluruhnya, secara sempurna, maka tidak harus ditinggalkan keseluruhannya."

"Kemudaratan yang satu tidak dapat dihilangkan dengan kemudaratan yang lain yang sama kualitinya."

"Yang meyakinkan tidak dapat dihilangkan dengan yang meragukan." 

"Yang meyakinkan dapat hilang dengan adanya hal lain yang meyakinkan pula."

"Kesulitan membawa kepada kemudahan."

"Kebijakan imam bergantung kepada kemaslahatan rakyatnya."

No comments: