Monday 7 March 2016

Tuan Guru Presiden Peringatkan, PAS BUKAN KUALI Untuk Digunakan oleh Penentang Najib!


Tindakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menandatangani Deklarasi Rakyat pada majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad semalam adalah kerana resolusi itu boleh diterima.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tandatangan itu kerana ia tidak melibat mana-mana pertubuhan atau kumpulan tersendiri.

"Kita ada keputusan kita sendiri. Ada resolusi yang boleh kita ikut, ada resolusi yang kita tak ikut, ada resolusi yang kita kena tambah lagi. Tak cukup resolusi, kena tambah lagi resolusi itu.

Dalam hal ini, kita memilih Muwajahah Silmiyyah. Pendekatan secara damai dan kita tidak mahu wujud Arab Spring. Arab Spring, Arab musim bunga yang tidak berbuah sampai hari ini, yang tidak berbuah.

"Kita mahu musim yang berbuah tempat kita. Biar berlaku hujan, kemudian keluar buah, jangan Spring tak ada buah. Bunga pun tak keluar. Ini kita kena sedar," ujarnya pada Ijtimak Tarbawi 1.0 Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di Taman Bolton, di sini hari ini.

Tegasnya, dari segi politik PAS tidak boleh 'dikualikan' oleh mana-mana pihak.

Demikian itu, mengambil pendekatan dalam krisis ini, ahli mestilah mengikuti sebagaimana diatur pimpinan.

Jelas Tuan Guru, PAS tidak boleh menang dengan undi orang PAS dan atas pagar sahaja.

"Kalau boleh kita mahu, biar ada orang Umno yang undi kita juga, biar ada orang yang bukan Islam yang mengundi kita juga. PAS tidak bermusuh dengan orang Umno. PAS anti fahaman Umno, itu.

"Kita berbeza dengan Umno dari segi kefahaman, dengan orang Umno kita tak mahu bermusuh, ini kena faham. Ini dia, dua perkara yang berbeza," ujarnya mengulangi penjelasan.

t

1 comment:

Anonymous said...

satu pendekatan yg baik