Wednesday, 25 December 2013
Najib Pergi Ke Makkah Pun, Bukan Tambah Pahala Tapi Tambah Dosa
Para macai UBN sedang mempromosikan gambar-gambar Najib dan isterinya di Makkah. Kemudian buat perbandingan pula dengan Anwar Ibrahim yang memeluk gadis jelita sempena lawatannya ke University of Georgetown yang merupakan salah sebuah universiti milik Jesuit yang berpusat di Amerika Syarikat. Sebuah lagi universiti Jesuit terkemuka adalah di Filipina iaitu Universiti Ateneo D Manila.
Jesuit merupakan singkatan kepada Ahli Persatuan Jesus (The Society of Jesus) dibentuk di bawah arahan Gereja Roman Katolik di Vartican. Pada tahun 1540, Pope Paul III telah meluluskan penubuhan Jesuit yang juga dikenali sebagai‘pasukan utama tentera-tentera Jesus.' Fungsi utama Jesuit ialah menarik seramai mungkin umat Islam untuk memeluk agama Kristian Katholik.
Aku tak tahulah apa motif sebenar nak buat perbandingan antara gambar-gambar Najib dan isteri di Makkah dengan gambar-gambar Anwar Ibrahim dan isteri serta gadis jelita di New York pada musim Krismas dan Tahun Baru ini.
Adakah para macai UBN ingin mempromosikan betapa berimannya Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia dan isterinya berbanding Anwar Ibrahim yang banyak tindak-tanduknya mencurigakan, lebih-lebih lagi apabila keselariannya dengan objektif dan fungsi Jesuit begitu ketara.
Umat Islam diwajibkan ke Makkah untuk menunaikan Haji. Ia terkandung dalam rukun kelima Rukun Islam. Namun antara Haji dan Umrah, mana-mana satu yang terdahulu pun, tidak mengapa. Yang penting ziarah tetapi keutamaannya adalah Haji dan HANYA SEKALI.
Islam juga mengajar, si kaya perlu mengasihani dan belas kepada si miskin. Islam mengajar, si kaya perlu berkongsi dan membuat kebajikan kepada si miskin. Kerana itu, Islam memerintahkan kewajipan berzakat iaitu sebahagian kecil daripada pendapatan dan harta diinfaqkan kepada lapan golongan yang telah dikenalpasti.
Dalam hal umrah dan haji ini pun, benda yang serupa juga berlaku.
Sepanjang Najib jadi Perdana Menteri, berapa kalikah dia menunaikan haji dan berumrah?
Berkali-kali, kan?
Bidaah dalam kalangan umat Islam di Malaysia ialah, kalau nak cuci dosa, kena pergi ke Makkah dan Madinah. Udah hampir nak sama macam Kristian Katholik yang berjemaah ke Vatican City dan duduk di halaman Vatican melihat wajah Pope yang kemudian akan mengampuni semua jemaah mewakili Jesus.
Walaupun TAMAK dalam ibadat merupakan perkara yang baik, tetapi alangkah baiknya jikalau tamak pergi ke Makkah dan Madinah untuk ibadat ziarah, dikurangkan. Sebaliknya kos pergi berkali-kali untuk mengerjakan Haji dan Umrah itu, kalau disedekahkan kepada golongan yang hanya berdoa dan berusaha kuat tetapi tetap tidak mampu mengumpul perbelanjaan yang mencukupi ke sana, jauh lebih baik.
Tidak sahaja pahala dan kebaikannya dibolot oleh si miskin yang jadi jemaah, bahkan si pemberi derma dan sedekah itu juga akan turut mendapat pahala dan kebaikan yang sama.
Najib sudah tentu dari kalangan berkemampuan. Bila-bila masa nak pergi cuci dosa, dia boleh terbang ke Makkah dan Madinah. Tapi alangkah baiknya kalau dia pergi, dia tidak pergi laki bini sebaliknya bawa beberapa orang yang lain dari kalangan umat Islam marhein untuk menunaikan umrah.
Malangnya, barangkali tok guru agama Najib tak ajar bab ni agaknya. Boleh jadi tok guru agama Najib terlupa nak cakap, tamak dalam bab ni, bukannya berpahala tapi berdosa.
Lebih kurang macam ramai di kalangan pemimpin dan ahli PAS jugak ler....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
haaaak Ptuiiiii....
Ellehhhhhh..
Bertaubatlah. Jangan bersikap buruk sangka. Kita hanya manusia yang kerdil. janganlah menilai orang lain. lebih baik kita menilai diri sendiri kerana kematian sentiasa menghampiri kita. Hanya Allah sahaja yang boleh menilai hamba-hambanya kita hanyalah manusia biasa. Syukur alhamdulillah sekiranya seseorang itu mengerjakan haji atau umrah tidak kira sama ada orang itu berduit atau tidak sama ada sekali atau berulang kali
Bila dia dah bersara esok bolehlah dia pergi dengan orang marhaen. Tetapi sekarang aku bantah sekeras-kerasnya sebab dia PM dan atas TUGAS untuk menjaga keselamatan dirinya kerana amanah sebagai PM yang dia pikul tidak habis lagi.
Keduanya jangan jadi macam Nik Ajis pergi Umrah jadi kuli orang sebagai Guide/Ketua Rombongan orang lain sebab nak pergi Umrah free. Awak tu waktu itu Menteri Besar kenapa nak jadi kuli orang pulak? tak tau malu punya Nik Aziz
kan ke dia pegi sana atas urusan keje?alang2 dah kat sana dia buat umrah sekali.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui,siapalah kita untuk menilai apa yang tersurat dan apa yang tersirat.
Post a Comment