Tuesday, 10 December 2013

Jangan Banyak Retorik, Kalau Betul Dalam PAS Ada Syiah, Ambik Tindakan. Kalau Tidak...

Selepas isu muzakarah yang nampaknya puak Umno terkeliru maksud muzakarah itu sendiri, nampaknya Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi cuba pula bermain polemik. Tuduhannya bahawa 'orang nombor dua' PAS merupakan orang Syiah, sememangnya tuduhan yang amat berat.

Memang benar, Syiah bukanlah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun asasnya adalah Islam. Syiah adalah pemberhalaan makhluk yang dinamakan Imamah dan Wali. Syiah adalah tentang memberhalakan pemimpin dan meletakkannya ke taraf kultus yang disekutukan dengan Dzat Allah Taala.

Biarpun ada yang berpendapat, perkara berkenaan hanyalah khilaf, tetapi dalam bab akidah, ianya adalah perkara pokok dan bukannya furu'. Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w adalah POKOK tidak ada sekutu bagi kedua-duanya terutama sekali dalam bab akidah.

Berbanding Umno selaku organisasi politik yang sama seperti PAS, Syiah merupakan ancaman yang boleh membuatkan PAS pupus buat selama-lamanya.

Namun, tuduhan yang dilemparkan tanpa sebarang bukti merupakan perbuatan yang tidak Islamiyah. Islam tak ajar buat benda-benda sebegitu. Dalam Islam, kalau nak tuduh, mesti ada bukti. Islam tidak ajar agak-agak atau andaian. Yang mengajar bab agak-agak dan andaian ini adalah ajaran sekular.

Umno cuba menjadi juara dan mengambilalih peranan PAS dalam bab agama. Walaupun Umno merupakan parti pemerintah dan di dalam parti tersebut terdapat bijak pandai agama, tetapi perangai bijak pandai agama dalam Umno yang lebih rela menjadi syaitan bisu, buta dan pekak, membuatkan setiap kali Umno bercakap tentang Islam, ia adalah cakap-cakap golongan munafiq.

Seperti kata Tok Guru Mursyidul Am, Datuk Bentara Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepatutnya Umno bersihkan dulu taring harimaunya sebelum memberitahu kawanan kambing tentang ancaman serigala.Terlalu banyak perkara-perkara maksiat yang boleh kita lihat dalam Persidangan Agung Umno baru-baru ini.

Jadi, tak layak sebenarnya mana-mana pemimpin Umno bercakap tentang Islam dan kemurnian Islam memandangkan Umno sendiri tidak dibersihkan dan disucikan daripada elemen-elemen taghut terutama sekali yang membabitkan hiburan.

Zahid Hamidi sepatutnya lebih memerhatikan dalaman Umno sendiri. Dalam Umno lebih banyak ajaran sesat yang berkiblatkan material. Tak payahlah berselindung di sebalik cerita kononnya Umno  membela Islam kalau amalan Islam dalam diri setiap orang Umno, amat kecil.

Islam bukan setakat sembahyang, bayar zakat, berpuasa, naik haji dan mengucap semata-mata atau bina masjid dan sekolah agama semata-mata. Sebaliknya Islam adalah menyeluruh. Pengisian dalam amalan dan ilmu yang dipelajari itu jauh lebih penting daripada menyibukkan hal orang.

Itu kalau nak cerita tentang Islam ler... kalau nak ceritakan tentang politik dan Islam yang disejajarkan, sampai ke hari kiamat pun takkan berakhir sebab kita sentiasa akan mencari salah silap pihak lawan dan melebihkan kumpulan kita sendiri dalam segala hal.

No comments: