Bocor juga cerita ni. Ingatkan tidak ramai yang tahu dan tidak ramai yang ambik kisah. Rupa-rupanya aku silap!
Dalam
terdekat baru-baru ini, satu pertemuan telah diadakan membabitkan Najib
Razak dan Tok Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di London. Turut
serta dalam pertemuan tersebut adalah Muhyiddin Yassin serta beberapa
orang pemimpin kanan Jemaah Islam PAS.
Abang Mat tak ada dalam pertemuan tu. Besar kemungkinan juga, Abang Mat tak tahu pun.
Pertemuan
antara pemimpin-pemimpin penting UBN-PAS berlangsung tanpa pengetahuan
Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim tahu, besar kemungkinan dia juga ada
di London dan bukannya di New York. Anwar Ibrahim tentu mahu
bersama-sama para pemimpin itu berbanding mendedahkan hubungannya dengan
pemikir Jesuit di University of Georgetown.
Bila
berbincang dengan para akhi, ini sebenarnya salah satu daripada siri
rundingan 'gelap' antara UBN dengan PAS. Apa yang dibincangkan dan apa
yang dirundingkan, masih lagi kekal misteri. Pemimpin yang terlibat
masih enggan buka mulut kerana bimbang tragedi Kerajaan Perpaduan yang
cukup dibenci oleh sebilangan jemaah PAS yang berbaju PAS tetapi berhati
PKR dan DAP akan mengamuk lagi.
Aku melihat ada
perubahan pada sikap PAS kebelakangan ini. Namun memandangkan yang
menguasai PAS masih lagi golongan berbaju PAS tetapi berhati serta jiwa
PKR-DAP, perubahan itu tidak ketara.
Demonstrasi TURUN
memperlihatkan kegelabahan golongan itu. Merekalah yang kelihatan
sekarang ini sangat aktif membuat keputusan bagi pihak PAS. Majlis Syura
telah diketepikan. Majlis Ulama juga tidak lagi berfungsi. Yang
berfungsi sekarang adalah LUHAM. Yang buat keputusan sekarang adalah
DPPN.
Kita kata kita jemaah tetapi golongan ini tidak
pandang kepentingan dan tertib jemaah. Golongan ini yang terkesan dengan
sifat haloba dan serakah Anwar Ibrahim, telah menjarah dan sedang
mendidik ahli-ahli biasa PAS dengan tertib Yahudi dan Khawarij.
Aku
pasti, kalau golongan ini tahu ada pertemuan-pertemuan penting antara
Tok Guru Presiden dengan Najib Razak, mereka akan lebih menggelupur
kepanasan.
2 comments:
Bersatulah wahai umat Islam. Sampai bila kita hendak bersengketa? Semua perkara hendak dipolitikkan akhirnya kita juga yang rugi.
Orang lain sibuk mengumpul kekayaan kita sibuk bercakaran. Lihatlah nasib umat Islam di Singapura. Adakah kita hendak menjadi seperti mereka? Bumi dipijak sudah menjadi milik orang lain. Insaflah!
Kalau tak pernah menetap diSingapura jangan lah dok gebang. Walaupun pemimpin kafir tapi isu sensitif sangat terjaga. Dan lebih penting pemimpin tak rasuah dan merompak harta rakyat.
Post a Comment