Friday, 13 December 2013

Isu Syiah Serlahkan Sikap Munafik Kerajaan UBN

Kesungguhan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi untuk mendedahkan Abang Mat sebagai pengamal Syiah, sehingga berura-ura mahu menubuhkan sepasukan Polis Syariah, membuatkan aku tersenyum simpul.

Dari zaman tahun 70-an sampailah sekarang, aku tak nampak sebarang kejayaan Kerajaan UBN menangani masalah ajaran sesat termasuklah Syiah walaupun JAKIM sudah melabelkan banyak kumpulan sebagai Kumpulan Ajaran Sesat. Bukan itu sahaja, Kerajaan UBN juga tidak bersungguh-sungguh untuk membanteras penyelewengan dalam Islam selagi kumpulan atau individu terbabit tidak menjejaskan UBN dalam politik Malaysia.

Tindakan terhadap Al-Arqam pada tahun 1990-an dulu hanya dilakukan selepas ketuanya, Asyaari Muhammad mengisytiharkan diri sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia dan bakal menumbangkan UBN. Manakala Ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin pula, ditangani sambil lewa sehinggakan barang bukti berupa replika dan perkampungan ketua dan pengikut ajaran sesat tersebut diratakan oleh jentolak. Ayah Pin sendiri sampai sekarang masih belum ditangkap dan didakwa.

Hanya kerana Abang Mat merupakan pemimpin nombor dua PAS, UBN dan Zahid Hamidi cuba menonjolkan diri seolah-olah merekalah pembela Islam. Sedangkan amalan sekular yang diamalkan oleh sebahagian besar pemimpin UBN sendiri, tidak pernah dilabelkan sebagai ajaran sesat, meskipun mereka tidak pernah mengakui bahawa dasar UBN adalah 'agama suku, politik suku' yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah kesyirikan.

Ada pemimpin UBN yang bercakap tentang pemurnian Islam, sedangkan anak bini sendiri pun tak serupa macam orang Islam. Ada anak mereka yang cukup berbangga mewarnakan rambut, bercampur lelaki perempuan secara bebas, minum arak dan sebagainya tetapi bapanya pula bercakap tentang pemurnian Islam.

Dalam Islam, perangai sebegini hanya layak untuk golongan munafik sahaja.

Kita tak suruh para pemimpin UBN untuk tonggang terbalik di atas tikar sejadah sepanjang masa. Tetapi kalau betul para pemimpin UBN nak memurnikan Islam, adalah lebih baik kalau mereka memurnikan diri dan ahli keluarga sendiri dulu. Tunjukkan teladan kepada rakyat tentang pemimpin bertanggungjawab dan menyayangi Islam. Tunjukkan muka dan batang tubuh di masjid dan surau pada setiap kali waktu solat. Jadi imam dan khatib, bukan sekadar jadi makmum dan hanya berani mengangkat takbir di belakang imam yang sihat sahaja.

Begitu juga dalam hal Syiah.

Kalau betul Zahid Hamidi nak memurnikan umat Islam di Malaysia daripada ajaran dan elemen Syiah yang menyesatkan, bukankah sudah ada golongan Syiah yang terang-terang mengaku mereka beragama Syiah. Tidak sahaja beragama Syiah, mereka juga melakukan perkumpulan, pendakwahan ajaran sesat itu di setiap institusi terutama sekali institusi pengajian tinggi. Risalah-risalah dan bahan bercetak mereka boleh diperolehi di mana-mana sahaja dengan mudah.

Di Kedah, Abdullah Hasan, Ketua Syiah Rafidhah Malaysia di Pendang sudah terang-terang mengaku yang dia adalah Syiah dan sudah beberapa kali buat kacau termasuklah pada ketika Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak masih menjadi Menteri Besar Kedah dahulu.

Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap Abdullah dan kumpulannya?

Kesimpulan bagi perkara ini ialah, Kerajaan UBN sebenarnya munafik dan hanya bercakap tentang Islam apabila kepentingan mereka terjejas atau mereka mahu memalukan PAS sahaja. Kerajaan UBN tidak pernah peduli pun kalau umat Islam di negara ini terkeliru dan termakan dengan riwayat-riwayat dusta kaum Rafidhah dan Sabaiyyah.

1 comment:

Anonymous said...

Aku dah agak dah ... SB, isu syiah ini akan dipolitikkan oleh pas... Sebabnya ialah kerana demi mempertahankan mat sabu, biar apa dosanya, apa sekalipun fahamannya, maka pembelaan perlu dilakukan... Mat Sabu perlu di sucikan, pas perlu disucikan ha ha ha!!!
Kalaulah misalnya ada seorang pemimpin pas telah disyaki menjadi agen yahudi ke, atau agen kristianisasi ka atau ketua ajaran sesat ke (misal saja)... Maka kerja pas dan blogger pas ialah menepis dan menyerang lawan.... Biarkan lah kalau dajjal sekalipun menjadi pemimpin pas, perlu dibela, perlu disucikan!.... Itulah kehebatan politik... Politik islam? Tidak kot! Assobiyaah?... Barangkali itulah jawapannya!.