Friday, 6 December 2013

Anwar Ibrahim Jadi Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong!

Muzakarahnya pun belum jadi lagi. Malah Umno masih keliru maksud istilah MUZAKARAH dengan MUQABALAH sehinggakan menyangkakan MUZAKARAH sama maksud dengan PERPADUAN.

Tetapi nampaknya sudah ada orang yang panas hati. Kalau jadi betul Muzakarah antara Umno-PAS, memang kacaulah. Apakan tidak, dalam muzakarah, pastinya yang bakal ditimbulkan adalah ketidakpuasan hati dan hasil daripada muzakarah tersebut adalah untuk mencari titik persamaan.

Dengan kata-kata lain, sebarang perbezaan, akan diketepikan dan sebagai penyelesaian, persefahaman akan terwujud. Bila persefahaman sudah wujud, maka secara tidak langsung akan muncullah kerjasama atau kurang pertentangan antara satu sama lain.

Kita tak pedulilah sama ada Umno terhegeh-hegeh nak dapatkan persetujuan daripada PAS atau sebaliknya atau PAS yang sedang mencari-cari arah untuk mengukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan arus politik negara memandangkan tahaluf siyasi PAS dengan PKR dan DAP, lebih banyak mendatangkan kerugian kepada PAS berbanding keuntungan kepada ummat.

Dari zaman Mahathir jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno lagi, perkara membabitkan muzakarah sudah lama diperkatakan. Cuma beberapa halangan menyebabkan ianya tidak menjadi kenyataan. Begitu juga pada tempoh akhir hayat Allahyarham Tuan Guru Dato' Haji Fadhil Nor. Sudah terlalu hampir melihat muzakarah dan muqabalah antara Umno dengan PAS.

Aku secara peribadi percaya, sebarang kerjasama antara Umno dan PAS walaupun PAS tidak menyertai Umno atau Barisan Nasional malah kekal sebagai pembangkang kepada Umno, akan memperkukuhkan kedudukan umat Islam dan bangsa Melayu serta Bumiputera di negara ini. Disebabkan itulah, banyak pihak yang cuba menggagalkannya dengan sebarang cara termasuklah melaga-lagakan antara pemimpin PAS dan Umno selain membakar sentimen kebencian.

Lihat sahajalah telatah Anwar Ibrahim. Dia bagaikan tidak berpuas hati kerana muzakarah antara Umno dan PAS sedang diusahakan. Lantas dia membuat kenyataan, bertanya mengapa Umno tidak pernah melayannya untuk berdebat dan bermuzakarah.

Aku rasa ramai yang tahu yang Anwar Ibrahim ni sebenarnya tergila-gila nak masuk Umno balik. Dia masih rasa dia ada hak dalam Umno. Aku pula tetap teringat dengan sumpah seranahnya kepada PAS serta para pemimpin aku. Seburuk-buruk Mahathir, dia tidak pernah menggelarkan para pemimpin agung PAS sebagai selipar jamban atau wali terompah. Paling lebih pun, Mahathir terkeliru dan terkhilaf dengan perjuangan PAS berbanding melabelkan PAS sebagai sebuah kultus sesat.

Kalau aku jadi pemimpin Umno pun, aku takkan teringin nak bermuzakarah dengan orang seperti Anwar Ibrahim. Orang ini pintarnya berputar belit, hanya Allah Taala sahaja yang tahu bagaimana hendak mengatasinya. Dia boleh bertukar cakap dalam sekelip mata. Beria-ia kata UBN import 40,000 Bangla sampaikan ahli-ahli PAS pun turut percaya, alih-alih dia boleh pusing cakap kononnya dia tak cakap.

Orang seperti ini sebenarnya wujud sejak dari zaman awal Islam lagi. Golongan ini tidak sahaja dipinggirkan, bahkan mereka juga diperangi kerana kemudaratan yang dibawanya jauh lebih besar berbanding maslahat.

Aku harap sangatlah janganlah ada di kalangan kita yang terpengaruh lagi dengan Anwar Ibrahim. Tetapkanlah hati kita kepada PAS dan percayalah kepada perjuangan kita. Tidak perlulah kita bersekutu dengan kepercayaan Anwar Ibrahim bahawa dia adalah calon Perdana Menteri terbaik kerana pemimpin kita seperti Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebenarnya, jauh lebih baik dan berakhlak lebih mulia berbanding Anwar Ibrahim.

Sekadar nasihat kepada Umno, tak payahlah peduli lagi dengan Anwar Ibrahim ni. Biarkan dia meroyan dan mati beragan seorang diri.

1 comment:

Anonymous said...

Jangan lah berkawan dgn PENIPU.Beliau sedang menagih simpati. Now all seem to be going against him.Just leave him alone.