Friday 29 November 2013

Takkan PAS Selangor Masih Nak Lindungi Pembohongan Anwar Ibrahim?

Memang masalah betullah kalau ada ramai 'Ibni Ibrahim' ni.

Anwar Ibrahim walaupun dah bertahun-tahun bersekutu dengan PAS, nampaknya perangai Islam langsung tak lekat di hatinya. Tidak itu sahaja, bertambah-tambah pula perangai jahanamnya terutama sekali lidah dan mulutnya yang mudah sangat menipu apabila berkata-kata. Memang betullah macam yang macai-macai Umno duk kata, Anwar Ibrahim hanya bercakap benar kalau dia dah masuk liang lahad. Selain dari itu, semuanya menipu belaka.

Dalam ceramah-ceramahnya, Anwar selalu sangat mendabik dada kononnya gaji dia dengan Kerajaan Negeri Selangor hanyalah SERINGGIT.

Aku ulangi... SERINGGIT!

Tapi akhirnya Khalid Ibrahim bocorkan rahsia, Anwar Ibrahim dapat lebih dari SERINGGIT, bahkan lebih SEJUTA RINGGIT setiap bulan berdasarkan tuntutan yang dibuatnya memandangkan sepanjang tahun lepas sahaja, Anwar Ibrahim dapat RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuklah tuntutan elaun perjalanannya ke luar negara.

Patutlah macai-macai Umno duk tanya, haram tak sekali Anwar berani nak jawab dari mana dia dapat duit untuk buat perjalanan ke luar negara. Bayangkanlah sibuknya dia berjalan ke luar negara, kalah Najib Razak, kalah Rosmah Mansor. Lagi kalah Presiden Amerika Syarikat. Sarapan di KL, makan tengah hari di Jakarta, minum petang di Bangkok, makan malam di Abu Dhabi dan makan pagi esoknya di New York.

Padahal jawatannya cumalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bergaji SERINGGIT dan berjawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang gajinya juga tidaklah membolehkan dia membeli tiket perjalanan dengan kapal terbang ke serata dunia untuk tempoh yang kerap.

Harap-harap sangatlah, janganlah ada musibat dari PAS Selangor yang cuba menyibukkan diri nak membela Anwar Ibrahim dan puak-puak DAP serta PKR di Selangor lagi. Ingatlah, ADUN dan Exco PAS cuma dapat kenaikan 102% berbanding DAP yang dapat lebih 200% dan PKR yang dapat 373%. Nilai kita di Selangor ini, jauh lebih hina berbanding BARUA, bahkan lebih tepat lagi kita ini sebenarnya hanyalah ANJING DAN KUCING KURAP di mata DAP dan PKR walaupun tanpa kita, DAP dan PKR takkan berani berbuat sesuka hati sebaliknya terus berlakon baik macam tahun 2008-2013 dulu.

Takkan Pusat tak sedar-sedar lagi? Takkan PAS Pusat masih tunggu dan lihat saja tanpa sebarang tindakan? Nak berlapang dada pun, agak-agaklah!

2 comments:

Anonymous said...

Ini lah dia perompak siang. Bila tua peliwat dah belasah 15 juta, tak kan mb dan xco nak makan maggi mee? Naik lah gaji dan allowance. Tapi cara ini tak menipu, cuma mungkin tak sepatutnya tinggi. Yang sekor lagi tu belasah 15 juta memang penyamun. Duit aku bayar ketabung Selangor. Aku tak halal sesen pun yang peliwat tu rompak. Baruah betul!!!

Unknown said...

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat berjumlah RM15 juta untuk membayar tuntutan elaun Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog, http://santauberapi.blogspot.com/ hari ini yang mendakwa Anwar sebenarnya menerima gaji lebih daripada RM1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Berdasarkan artikel dalam blog tersebut yang bertajuk 'Takkan Pas Selangor Masih Nak Lindungi Pembohongan Anwar Ibrahim?' itu, Anwar didakwa menerima lebih RM1 juta setiap bulan berdasarkan tuntutan yang dibuatnya.

Blog itu mendakwa, sepanjang tahun lepas sahaja, Anwar menerima sebanyak RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuk tuntutan elaun perjalanan ke luar negara.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Abdul Khalid ada mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut selain turut menafikan disiarkan dalam portal rasmi Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, jurucakap itu tidak menolak kemungkinan dakwaan terbabit dibuat bagi mengeruhkan keadaan susulan isu kenaikan gaji Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri berkenaan yang diputuskan DUN baru-baru ini.

Sebelum itu, beberapa blog lain turut melaporkan dakwaan pembayaran membabitkan elaun perjalanan, elaun keraian dan beberapa lagi elaun lain untuk Ketua Pembangkang berkenaan.

Blog-blog berkenaan membuat laporan tersebut dengan mendakwa ia dipetik daripada portal berita, Selangor Kini melalui maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor.

Walau bagaimanapun, petikan laporan tuntutan itu ditarik semula blog-blog tersebut selepas penafian Menteri Besar berhubung perkara berkenaan.

http://daengselili.blogspot.com/