Saturday 9 November 2013

Jangan Kerana Karpal Singh, PAS Ketepikan Al Quran dan Peringatan Allah Taala

Aku mcm tak percaya dgn apa yg aku baca. Zaman aku masuk PAS pertengahan 1980an dulu, taklah mcm skrg. Tahun 70an pula seingat2 aku, PAS benar2 praktikkan suruhan al Quran, iaitu berkasih sayang sesama sendiri dan bersikap keras terhdp kafirin. Sampaikan ada ustaz baca kitab masa tu buat ijtihad, Umno sama mcm kafirin, maka perlulah bersikap keras terhdp Umno.

Takkanlah kerana tahaluf siyasi, pegangan asal PAS dah dicampak masuk ke longkang. Golongan mcm aku, masih ramai dlm PAS. Kami ingat semuanya terutama sekali trend pentakfiran yg memalukan itu. Tu belum lg demam Aliran Muda sampaikan gendang masjid pun dibakar sebab takut haram kerana bunyi gendang diistinbathkan sbg muzik.

Npknya pemikiran kacau masih berleluasa dlm PAS. Kita kutuk Umno krn pemikiran Umno yg kita rasakan tidak menepati kehendak syariah, tapi kita sendiri tdk ada pegangan kukuh dlm menyatakan pendirian.

Aku cukup hairan mengapa ada kalangan kita yg sgt seronok membenarkan kenyataan si OKU bernama Karpal Singh. Aku lbh pelik lagi bila kita selaku jemaah Parti Allah mengabaikan perintah dan kata-dua Allah Taala ttg golongan seperti OKU tu spt dlm Ayat 120 Al Baqarah.

Walaupun atas nama tahaluf siyasi, ayat2 al Quran jgn dibelakangkan. Kita kena guna dan kena sentiasa ambil peringatan. Kalau inilah tahaluf siyasi yg kita bangga2kan, aku rasa tahaluf siyasi Umno dgn MCA dan MIC jauh lbh baik sbb walau dlm apa keadaan sekalipun, MCA dan MIC kena panggil Umno sbg Big-Brother. Sdgkan kita pula, tak ubah mcm selipar jamban.

Mmg tak salah utk kita dgr alasan yg diberikan oleh Karpal Singh tapi kalau sampai meraikan penjelasannya tu, aku rasa pegangan kita kpd ayat-ayat Allah Taala mmg sudah semakin longgar. Kita hanya mengaku perjuangkan Islam dgn pakaian kita yg lebih Arab dr org Arab tapi al Quran kita tinggalkan semata2 utk bagi laluan kpd tahaluf siyasi yg telah merugikan kita.

1 comment:

Anonymous said...

Matlamat pemimpin PAS sekarang ialah untuk berkuasa dan menubuhkan kerajaan. Ramai pemimpin PAS bukan lagi berminat untuk akhirat tetapi hanya untuk duniawi. Maka itu kita jangan lagi mengangap yang PAS itu hendak memperjuangkan islam. Jika dulu yan benar PAS memmperjuangkan islam dan bercita cita untuk menubuhkan negara islam di Malaysia. Bilamana pemimpin2 PAS yang bukan terdiri dari golongan ulama dan menduduki jawatan dalam PAS, mereka merasa bahawa jika PAS terus terusan memperjuangkan islam maka mereka tidak mempunyai peluang untuk menjadi menteri. Cita2 politik pemimpin PAS dari bukan kalangan ulama hanya untuk berkuasa dan kedudukan. Jesteru itu pemimpin bukan ulama dalam PAS terpaksa mengunakan kebijaksanaan mereka untuk memperngaruhi ahli2 dan berkerjasama dengan DAP dalam cita2 mereka untuk menguasai politik negara. Dengan kerjasama itu maka harapan untuk menguasai kerajaan amat cerah. Telah terbukti dalam 2 PRU dimana BN telah rewas dengan teruk diberapa kerusi parlimen terutama kerusi majoriti cina. harapan DAP untuk PAS menguasai kerusi melayu tidak kesampaian. maka itu DAP mengangap PAS tidak boleh mengambil hati orang melayu yang setia pada UMNO. DAP mengangap yang PAS sebuah parti yang tidak mempunyai pengaruh seperti yang DAP harapkan. Dengan itu maka pemimpin DAP boleh sesuka hati mengatakan apa saja terhadap PAS dengan tidak memperdulikan hati pemimpin ulama PAS. Kini PAS menjadi sebuah parti yang hanya melukut ditepi gantang. Biarpun mempunyai ramai pengikut namun tidak dihormati oleh rakan PR iaitu DAP dan PKR. Bergitu lah nasib PAS dalam politik Malaysia. Dari sebuah parti yang gah dan yang diharapkan menganti UMNO, kini menjadi parti yang dihina oleh DAP.