Monday 25 November 2013

Harap Sangat2lah, Hudud Di Kelantan Memang Akan Dilaksanakan, Bukan Sekadar Buah Hentam Umno Saja

20 tahun kita berkempen ke sana ke mari, mengutuk dan mengeji Umno kononnya Umno yang halang kita laksanakan hudud di Kelantan. Kita salahkan Federal, kita salahkan Ahli-Ahli Parlimen Umno, kita salahkan Dr. Mahathir tapi kita tak pernah ceritakan perkara sebenar kenapa hudud masih tak dilaksanakan di Kelantan.

Aku tak beranilah nak cakap lebih2 dengan macam2 teori. Mungkin ada masalah lain. Kalau tak, takkanlah sampai lebih 20 tahun isu hudud jadi polemik dan bahan kempen semata2, bukannya untuk kita laksanakan walaupun kita selalu kata, kita adalah jemaah yang memperjuangkan Islam.

Tapi sesapa pun akan heran. Yalah, Sultan Kelantan dari zaman Sultan Ismail sampailah sekarang, Sultan Mohammad Ke-V pun dah bagi perkenan untuk undang2 hudud dilaksanakan di Kelantan. ADUN2 UMNO pun semuanya setuju. Sekarang, Ketua Hakim Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan pun kata, mereka dah bersedia kalau Kerajaan Negeri Kelantan nak laksanakan hudud.

Sepatutnya dah masanya untuk Menteri Besar Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan bentangkan Undang-Undang Syariah (II) Kelantan semasa persidangan DUN untuk digazetkan dan diluluskan perlaksanaannya. Sepatutnya undang-undang hudud Kelantan bukan lagi dalam bentuk draf sahaja tapi undang-undang yang dikanunkan.

Menteri Parlimen pun dah kata, Federal setuju dan sokong sekiranya PAS nak usulkan pindaan undang-undang bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Tapi nampaknya, pemimpin2 kita tak ambil berat dengan persetujuan serta sokongan yang diberikan Umno. Orang2 kita pula masih mengulang2 soalan kenapa Umno tolak hudud di Facebook dan masih lagi dengan kempen matikan Umno cara lama. Pihak kita macam katak dalam tempurung dan anggap orang ramai semuanya bodoh dan tak tahu apa2, tak reti baca dan tak reti dan cari balik apa yang berlaku tahun 92 dulu.

Tuan Guru Haji Hadi dah kata, Kelantan tetap akan melaksanakan hudud. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana akhirnya cita-cita kita akan termakbul dalam tempoh terdekat. Lebih membuatkan kita bangga lagi ialah bila Tuan Guru Presiden bagi amaran kepada DAP agar menerima dan menghormati perbezaan antara PAS dengan parti sekutu.

Kita harap sangatlah, cakap2 macam ni akan direalitikan. Kita dah tak mampu nak tanggung malu untuk 20 tahun lagi. Masanya dah tiba untuk kita buktikan bahawa hudud memang boleh dilaksanakan sekurang2nya di Kelantan. Tak payahlah kita sibuk nak meraikan Karpal Singh atau DaP atau PKR atau mana-mana pemimpin dari jemaah kita sendiri.

Kalau kita dah kata, kita lebih takutkan Allah Taala dan mengharapkan keredhaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya,  jadi masanya dah sampai untuk kita buktikan apa yang kita cakap. Buktikan bahawa hudud memang kita nak laksanakan, bukan setakat jadi kempen politik dan buah untuk membubuh Umno dan Barisan Nasional saja.

4 comments:

Anonymous said...

Satu artikel yang sungguh ikhlas, sungguh telus, terrbuka... Saya terharu kerana ada lagi dikalangan blogger pr yang benar2 ikhlas untuk memastikan janji pemimpin pas menjadi realiti. Saya sangka tentunya semua blogger akan mensabitkan kegagalan melaksanakan hudud oleh pas dengan kegagalan pihak lain terutama umno. Syabas saudara, saya sebagai penyokong kerajaan, bersetuju dgn saudara.... Kami menghentam pas bukan kerana mereka nak buat hudud, tapi kerana nampak berbohong nak laksana hudud.

Anonymous said...

Kita biarkan la Kelantan laksanakan hudud tapi sebelum itu kita semak dulu samada Undang-undang Persekutuan mengatasi Undang-undang Negari atau pun tidak.

Kita kena berhati-hati, kalau ikut Undang-Undang negeri hukum itu boleh dilaksanakan di Kelantan macamana pula nanti Lim Guan Eng gunapakai alasan tersebut untuk menggubal undang-undang di negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan Undang-Undang agama lain pula di Pulau Pinang!

Anonymous said...

Perkara berkaitan agama Islam termasuk juga dalam bidang kuasa Sultan bagi setiap negeri. Sultan Kelantan telah memperkenankan pd tahun 1993. Oleh itu Hudud patut dah lama dilaksanakan. Tapi cam biasalah pas banyak dalihnya menyalahkan DR Mahatir lah, Federal, serta terlalu mahu menjaga hubungan politik dgn PKR n DAP.Itu bukan isu sebenarnya. Kerajaan pas boleh buat. Jadi apa tunggu lagi

Anonymous said...

Satu perkara yang menjadi halangan ialah Pertuduhan dan pendakwaan.

Hudud sepatutnya mengikut sistem perundangan Peranchis yang mana mirip dengan yang di amalkan oleh Rasulullah dahulu yang mana ada jawatan Hakim menyiasat. Rasullah menerima aduan dan menyiasat dan mengadili kes. Di Malaysia Hakim tidak menyiasat dan tiada kuasa menyiasat kerana kita mengikut sistem perundangan Inggeris.

Masalah akan timbul apabila dalam kes zina dan qazaf zina jika sistem sekarang di laksanakan.

Contohnya A bersama 3 orang lain melihat perbuatan zina secara jelas dan mereka ini ialah saksi yang adil. Lalu Jabatan agama ISlam menangkap dan membuat siasatan. Lalu pertuduhan di buat. Saya sebutkan di sini di Malaysia PERTUDUHAN di buat oleh pihak yang mendakwa dan dalam kes ini ialah Jabatan AGama ISlam.

Katakanlah kes itu tidak lekat seperti masalah teknikal misalnya (pernah berlaku dalam kes Mat Sabu bilik 121 dan kes Liwat Anwar Ibrahim). Maka Pasangan itu tidak bersalah. Dalam Kes ini Adakah pendakwa/Tuan Mufti/ atau pegawai Jabatan Agama ISlam akan di dakwa sebagai melakukan qazaf Zina kerana Zina dari segi teknikalnya tidak berlaku? Walaupun saksi nampak jelas tetapi tak ingat nombor bilik misalnya atau saksi tersebut salah seorang terlupa pakai contact lense hingga tak dapat cam wajah perempauan hanya cam wajah lelaki? Jangan lupa kes Zina saksi kena 4 orang solid molid dan zaman sekarang dengan lawyer hebat bukan senang nak sabit.

Perlu di ingatkan A dan tiga orang saksi tadi BUKAN yang membuat DAKWAAN dan PERTUDUHAN. Mereka hanya saksi dan pemberi keterangan dalam sistem KANUN ACARA JENAYAH kita di MAlaysia yang saya sebut tadi mirip kepada sistem Inggeris.

Yang membuat PERTUDUHAN IALAH Jabatan AGama ISLam atau kalau di perhalusi lagi ialah Kerajaan Negeri dan kalau di perhalusi lagi ialah SULTAN negeri itu sendiri.

Jangan sampai Sultan Kelantan di charge qazaf zina sudah kalau kerajaan PAS terlepas pandang perkara ini. Pas bukannya boleh di harapkan sangat dalam hal-hal ni.

Di zaman Rsulullah dahulu Rasulahha menerima aduan/Dakwaan dan mengadili. Bukan Baginda yang membuat pertuduhan. Yang mendakwa ialah pihak yang menyaksikan perkara tersebut. Bezakan dengan sistem di Malaysia sekarang ialah Pendakwaan di buat oleh Kerajaan Negeri dan di adili oleh Hakim. Saksi hanya beri keterangan untuk sabit kes.