Thursday 13 March 2014

Zahid Hamidi Sudah Patutnya Letak Jawatan Kerana Gagal Kawal Keselamatan Negara!

Aku rasa macam UBN yang masa Pemilihan Agung UMNO hari tu bukan main puji dan puja Zahid Hamidi, sekarang ini sudah tidak senang duduk. Takut sangat kalau tiba-tiba sahaja, Zahid Hamidi dijadikan tajuk perbualan. Jangan tanya banyak-banyak tentang Zahid Hamidi. Macai UBN boleh jadi cengeng dan tengin.

Masa awal pemilihan UBN, Zahid Hamidi cukup garang. Kalah ikan semilai. Pantang ada kenyataan, garangnya ngalahkan hantu raya mati tuan. Tengin semacam. Aku dengar khabor, ngentak meja ajer kerjanya. Masa tu, dialah pahlawan Melayu ulung. Kalau Hang Tuah masih idup pun, rasa-rasanya matilah Hang Tuah di tangan Zahid Hamidi sebab tak tahan dengar kemarahannya.

Malaysiakini jadi sasaran. Harakah pun kena. Keadilan jangan cerita ler. Pendek kata, semua dibagi amaran dengan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang dia boleh ambik tindakan kalau karang dan siarkan cerita yang tak senangkan hatinya.

Kemudian dia umumkan pula rancangan besar-besaran menggempur sarang PATI. Kononnya, takkan ada seorang PATI pun yang akan tinggal tak diambil tindakan. Cina-Cina semuanya dibagi amaran keras supaya tidak melindungi PATI yang deme bawa masuk untuk dijadikan buruh murah.

Tapi itu beberapa hari sebelum Pemilihan Agung UMNO ler... Menang bergaya yob nih. Menang besar. Semua orang kata, kalau Zahid cabar jawatan Presiden, dah tentu-tentu Najib bungkus kain baju balik ke Pekanlah dengan anak bini sebab kalah besar di tangan Zahid.

Rupa-rupanya UBN kena tipu. Macai-macai semuanya ternganga bila deme baru tahu, Zahid ni lakonannya kalah Anwar Ibrahim. Skripnya lagi hebat sebab macai-macai yang percaya dengannya mudah kena tipu.

Masa lanun Sulu serang Lahad Datu-Semporna, pandai dia ngenakan Hishamuddin Hussein. Dia letakkan kesalahan bulat-bulat pada si Isham. Semua nampak sepupu Najib tu lembik dan toya orangnya. Dia pula hebat arahkan jet F16, Scorpene dan drone musnahkan kubu lanun Sulu di Lahad Datu. Herolah Zahid jadinya.

Tapi insiden MH370 hilang secara misteri, mengesahkan yang Zahid sememangnya antara Menteri Kabinet Najib yang WAJIB disingkirkan dan dimansuhkan. Kalau dah tak boleh sangat nak pecat dia, pindahkan sahaja ke Kementerian Belia dan Sukan atau Kementeri Wanita. Kat sana lebih sesuai untuk pelakon-pelakon seperti Zahid.

Macam mana dengan tahap keselamatan dalam negeri di bawah Zahid?

Aku tak nampak pun berkurangnya PATI. Bertambah lagi adalah. Disahkan pula dengan penggunaan pasport palsu oleh dua orang warga Iran yang merupakan antara penumpang MH370 yang hilang itu. Macam mana ikrar Zahid nak bersihkan Imigresen dari penyeleweng dan perasuah sedangkan dari sehari ke sehari kita dengar ada banyak cerita, malah dari PATI sendiri, macam mana deme berurusan dengan Imigresen untuk deme terus tinggal di negara ini?

Najib kalau nak terus jadi PM, kena pecat pelakon macam Zahid Hamidi. Orang Melayu dulu-dulu kata, Zahid ni, ADA TAK MENAMBAH, TAK ADA TAK BERKURANG..

Dengan kata lain, tak bernilai satu sen pun. Jawatan Menteri Dalam Negeri yang disandangnya, tidak kurangkan jumlah PATI, tak kurangkan kadar jenayah, tak kecilkan jumlah kongsi gelap, malah sesapa sahaja boleh buat cerita palsu, hina Perlembagaan, hina Islam, hina Melayu dan hina Bumiputera. Masa Hisham jadi Menteri KDN, tak juga nampak berani Cina-Cina ni buat penghinaan, tapi lepas Zahid ambik alih, menjadi-jadi pulak penghinaan yang dibuat sampaikan Ong Kian Ming berani kata, Sekolah Agama Rakyat perlu dihapuskan kalau nak buat sekolah satu aliran.

18 comments:

Anonymous said...

Si mangkok ini nak tunjuk sebagai hero bollywood kot, pandai sangat bagitau media budak Iran tu muka macam orang Asia.....ptuihhhhh

Pastu nak menyalahkan kakitangan Imigresen pulak....

Anonymous said...

Alaa hai menteri tin kosong..cakap berdentum dentam tapi mangkuk hayun jugak. Udah2 ler yob,baik jage kebun doroyan je yob. Sebelum jadi NP Umno huiyo cakap nye ganas....lepas menang je terus senyap sunyi. Cina2 bukit hamun kat melayu,menteri kdn menyorok bawah meja.

Anonymous said...

Setakat nak kondem senanglah kerana cakap pakai air liur.Kaji dulu sebelum menyalahkan sesiapa,pakailah kepala otak sedikit.

Anonymous said...

Walaupun Zahid dan Roslan Kasim kedua duanya bekas budak kesayangan Anuar tetapi aku lebih yakin dengan Roslan Kasim biarpun beliau bersama dengan Perkasa. Roslan nampak kengeng tetapi berprinsip dan gentle.

Anonymous said...

kalau nk sejahtera lagi malaysia ni, tukar bn kepada pr.

Anonymous said...

Org melayu2 x jemu2 n x malu2 saling mjatuhkn n saling mengaibkn...senang2 je pluang ni diambik oleh nonbumi smaksimum mgkn kaut kikis kkayaan negara melayu. Tau2..tinggal ranting kering jer....melayu...spai bila nk sedar bsatu saling mlonjak n mnaikkn kecemerlngn melayu. Wahai penulis, ada ke tbaca kt mne2 blog, cina kat malaysia ni mengaibkn bngsa mereka secara tbuka sama cam yg kamu buat skrg ni?. Pas sdr ckp x leh mengaibkn sesama agama, tp itu utk bn je kot, PR ada kuasa veto n maksum lg plak...tgu masa je masuk syurga..cam mnusia anugersh Tuhan..

Anonymous said...

sebb cian politik atas isu membela kaum mereka.

MCA tk pernh fitnah liwat DAP selama 2 deka

MIC tk pernah fitnah liwat pemimpin india PR selama 2 dekad.

hanya melayu umno yg fitnah bangsa sendiri selama 2 dekad.

so jgn sebut melayu jatuh menjatuh. yg sebenar ialah melayu berjiwa yahudi menjatuhkan seorg pemimpin melayu islam yg berfikrah. difitnah dgn aib.

dh tau salah siapa. jgn kata sama je umno dan PR. tak sama langsung

Anonymous said...

dsai memang anugerah tuhan. takkan wan azizah nk kata anugerah syaitan pulak.

syaitan tidak upaya beri nikmat atau mudharat. itu kata2 akidah.

kecualila wan azizah kata anwar maksum, tu memang salah besar lah. susah ckp dgn umno, depa kosong tkde ilmu.

kalau ini pun umno tk faham eloklah bejalar dgn bomoh berahim mat zin. dia pun lebih faham bab akidah dr umno.

Anonymous said...

Dgn situasi politik kini maruah melayu n Islam smkn punah dlm keadaan redha. Rasanya xde negara lain dlm dunia ni yg bpolitik hga dgn penuh redha n tawadhuk sggup hancur leburkn maruah bgsa n agama sdr..mcm utk penuhi misi pihak lain dlm mode selfdestructive plak.. tanpa dsedari...Buka la minda n iman rujuk Al-Quran, x hny dgr ceramah. Semak bpe kali kita baca Al-Quran n tjemahn vs dgr ceramah vs belek blog

Anonymous said...

Asas pjuangn pr demi maruah dsai n kluarganya tp asas pjuangn umno demi maruah agama n melayu seluruhnya

Anonymous said...

Umno berhiang untuk bangsa dan negara?
Jilat punggung aku la..

Anonymous said...

Memang kerja macai nuar jilat, dan trus jilat sampai 4 cm kedlm pun jilat

Anonymous said...

DS Zahid Hamidi akan bertukar kementerian hal ehwal tiada hal.

Yakelihboktam said...

Tapi dalam hal PATI yang datang ikut laut tu, kita serah pada menteri pertanian jabatan laut.. dia lagi pandai. Pati yang masuk ikut keretapi itu masaalah menteri pengangkutan. Hal-hal kongsigelap cina ni yang lebih tahu dan betanggungjawab adalah PM Republik China..nama lagi PM China.

Jadi bila dapat jer papan kunci ni aku boleh keluar theori macam2, salahkan sesiapa saja ikut suka kepalahotak aku, tak perlu aku fikir jauh, jaraknya antara papan kunci dengan skrin jerrr

Bila P.Ramlee dapat kawin 3 dia nyanyi..Saperti dunia ana yang ampunya!!!

Wandareomae said...

Basically, kaum Lut Malaysia nak bagitau semua rakyat Melayu bahawa segala masaalah dilangit, dibumi, dalam laut, dalam api diMalaysia ini, semuanya Nabi(ostad 3am yg mewakili gibril yg angkat) Anuwar anugerah Tuhan, Bapak Triniti: Ketua Ulum, Ketua Bini dan Anak betina hanya dia seorang sahaja pun dapat menyeselaikan nya dengan bantuan ketua Strategi Alrafizz Ulgay & Ostad jutawan/rajalawak megaH...tak perlu menteri kabinet boooddoooow yang ramai.

Anonymous said...

" Anwar Ibrahim has created enough trouble to the country "

Anonymous said...

Mintri x salah askar askar kito nya kecekapan la boli peralatan citer bukan main canggih amat hebat berbillion habih duit tp baru kapai tobang lgsung x leh kesan alahai apa lagi pesawat pesawat yg hebat masuk ruang malaysia kalu cam nie la sonang jo malaysia nak kena serang

Anonymous said...

Kata nak hapuskan PATI..PTI tapi masih bersepah di KL..tak pergi tempat lain..semua projek mega ada meka...UBN ...wayang...terhebat..Hampass lah mangkok ayun..budak nuar juburi jugak...