Tuesday 4 March 2014

Cybertrooper UBN Fitnah PAS Dengan Fakta Jijik


Aku taklah rajin sangat menghadap Facebook tapi disebabkan ramai sahabat yang apabila nak berhubung akan mengerahkan aku ke Facebook, maka mahu tak mahu terpaksalah aku masuk juga. Setiap kali berada di alam Facebook, setiap kali itulah juga aku melihat terlalu banyak fitnah yang sedang berleluasa dan terlalu banyak pula fitnah yang ditujukan kepada PAS.

Kalau dahulu disebut sahaja fitnah maka kita akan melihat pembohongan secara terang-terangan tetapi sekarang, pihak musuh kalau nak buat fitnah dah buat secara halus dan terperinci. Ramai yang sudah pandai menyamar sebagai orang PAS dan kemudiannya membuat posting lengkap dengan ayat al Quran dan hadis kemudian memutarbelitkan ayat-ayat al Quran dan hadis itu mengikut kefahaman mereka yang sangat dangkal serta menyesatkan.

Selain daripada cybetrooper PKR yang kita cukup tahu pegangan agama mereka sungguh longgar dan Red Bean Army yang terlatih untuk menghancurkan umat Islam, agama Islam serta negara ini, kita juga berhadapan dengan cybertrooper UBN yang menyamar sebagai penyokong PAS yang sedang memperjuangkan Islam dan mentarbiahkan para pengguna Facebook kepada ajaran Islam sebenar.

Bagi yang kurang berpengetahuan agama, pasti akan seronok melihat bagaimana ayat-ayat al Quran dan hadis yang sebahagian besarnya hanyalah terjemahan digunakan untuk menekan dan memperbodoh-bodohkan UBN namun seandainya pintu ilmu dibuka dengan kita sendiri berlapang dada dan bermuhasabah, apa yang dilakukan oleh cybertrooper UBN itu sebenar merupakan satu perangkap yang sangat dahsyat buat para pejuang agama Allah Taala di bumi Malaysia ini.

Satu ciri-ciri yang mudah untuk kita kenalpasti mereka adalah cybertrooper UBN ialah, mereka hanya tahu melepaskan posting tetapi apabila ada yang menjawab dan kemudian menyanggah, mereka tidak bersedia langsung dengan jawapan mahupun penerangan. Kalau pun penerangan dan jawapan yang diberikan, mereka biasanya mengamalkan kaedah UBN iaitu memaki hamun dan merendah-rendahkan taraf pemikiran pembaca.

Sedangkan ahli-ahli PAS terutama sekali yang bergiat dalam bidang penulisan, mereka telah dilengkapi dengan ilmu yang berkaitan khususnya agama. Ahli-ahli PAS tulen tidak akan mengatasi atau melangkaui bidang keilmuwan masing-masing. Bagi yang khusus dalam bab akidah, tidak akan memandai-mandai atau tunjuk pandai dalam bidang tafsir. Bagi yang khusus dalam bidang tafsir, tidak akan memandai-mandai dalam bidang Siyasah. Bagi yang khusus dalam bidang Siyasah tidak akan memandai-mandai mengeluarkan fatwa.

Justeru, jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat yang dilepaskan oleh orang yang jahil di dalam Facebook. Mereka mungkin kelihatan seperti orang alim tetapi kalau anda perhatikan betul-betul, mereka bukannya alim, melainkan si jahil yang cuba menyesatkan orang ramai demi mendapatkan sedikit imbalan dan upah.

Itu kan kerja Cybertrooper UMNO!

No comments: