Saturday 29 March 2014

Adakah PAS Akan Bersama-sama PKR dan DAP Pinda Undang-Undang Syariah Selangor?


Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, semuanya tidak adil bagi DAP. DAP hanya akan menganggap Islam itu adil sekiranya membuka pintu seluas-luasnya untuk pemurtadan atau penerimaan perkara-perkara lagho dan yang bersifat haram.

Ini jugalah yang diperjuangkan oleh PKR. PKR Selangor yang sungguhpun dibarisi oleh Melayu, tetapi kekuatan sebenar PKR Selangor terletak di tangan para pemimpin bukan Melayu dan bukan Islamnya. Pemimpin-pemimpin Melayu PKR hanyalah tunggul kayu yang terpaksa akur kerana takut kehilangan undi bukan Melayu untuk mereka.

Bagaimana pula dengan PAS Selangor?

PAS menguasai 15 kerusi DUN Selangor dan merupakan parti yang paling banyak menguasai kerusi DUN. Sekaligus memberikan gambaran bahawa PAS Selangor merupakan pihak terpenting dalam pentadbiran dan pengurusan negeri.

Malangnya itu tidak berlaku. ADUN-ADUN PAS hanya diberikan portfolio remeh dan tidak penting. Semua portfolio penting dibolot oleh DAP dan sebahagiannya ditinggalkan untuk PKR. PAS dalam pentadbiran dan pengurusan Selangor hanyalah watak tempelan yang diperlukan agar UBN tidak menyerang PKR dan DAP. PAS hanya diperlukan untuk mengeluarkan hukum agama bagi menutup mulut UBN sekaligus membenarkan segala perlakuan jahat PKR dan DAP.

Penguasaan lebih dua pertiga majoriti DUN Selangor membuatkan DAP besar kepala. DAP kini sudah mula bercakap tentang undang-undang syariah di Selangor. DAP jugalah yang giat menyerang JAIS dan MAIS kerana melakukan penguatkuasaan terhadap umat Islam. Undang-undang 'kecil' Islam di Selangor dikatakan tidak adil kerana banyak memberi kelebihan kepada umat Islam berbanding kepada bukan Islam.

Dalam hal ini, secara senyap-senyap PAS memberikan sokongan kepada MAIS dan JAIS untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut tetapi oleh kerana di dalam PAS Selangor sendiri terdapat manusia yang berhati haiwan dan lebih mementingkan redha manusia berbanding redha Allah Taala, mereka telah membocorkan rahsia tersebut kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP.

Hasilnya, PAS Selangor ditekan dan dituntut agar membuktikan taat setia mereka kepada PKR dan DAP.

Terkini, diberitakan pemimpin DAP mengancam untuk menggunakan kuasa dua pertiga majoriti di DUN Selangor untuk memansuhkan undang-undang syariah Selangor terutama sekali yang berkaitan dengan penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam.

Apakah para pemimpin PAS Selangor sekali lagi akan tunduk kow tow kepada DAP seperti yang dapat kita lihat menerusi kontroversi gereja yang memurtadkan umat Islam dua tahun lepas? Apakah parasit-parasit seperti Khalid Samad akan mengeluarkan kenyataan melebihi kuasa Pesuruhjaya PAS negeri semata-mata untuk mengambil hati DAP dan PKR seperti dalam kes berkenaan?

Atau adakah kita akan menggunakan kuasa 15 kerusi yang kita miliki untuk kesejahteraan umat Islam, tanpa mengambil kira pegangan politik untuk bersama-sama UBN Selangor menentang usaha DAP dan PKR meminda dan memansuhkan undang-undang berkaitan penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam, selain dua atau tiga orang wakil rakyat dari PKR akan turut sama dalam usaha berkenaan?

DAP telah gagal mengubah struktur di Malaysia menerusi kegagalan COMANGO di PBB kerana orang kita. Tidak mustahil untuk mereka membalas dendam di Selangor kerana DAP melihat PAS di Selangor lebih lembik dan lembut untuk dipatahkan dan dipaksa menuruti kehendak mereka.

Kita sudah mendapat kepercayaan daripada umat Islam di Selangor untuk menjadi umara. Jangan kita hapuskan kepercayaan itu dengan mengkhianati perjuangan Islam semata-mata untuk mendapatkan redha DAP dan kafir dalam PKR.

Jangan jadi lembu yang dicucuk hidung!

1 comment:

Anonymous said...

Harap Pemimpin PAS Selangor bertindak bijak demi Islam bukan pakatan. Kebelakangan ini nampak Pemimpin PAS diperalatkan sepenuhnya oleh Pemimpin DAP, seolah2 Kita mengiakan Apa yang dilaungkan oleh UBN, PAS parti anggok saja.