Thursday 27 March 2014

TUDM dan Penjelasan Timbalan Menteri Ditertawakan Tanpa Sedar, Pakatan Sendiri Ditertawakan Kerana Kebodohan


Semalam ketika sidang Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Rahim Bakri menjelaskan pasukan tentera tidak memintas pesawat 'misteri' yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Sebelum itu, TUDM mengesahkan pesawat tersebut tidak memberikan sebarang ancaman kerana ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Ramai yang menghentam dan membelasah TUDM dan Kementerian Pertahanan yang menterinya adalah Hishamuddin Hussein yang juga pemangku Menteri Pengangkutan. Tidak cukup dengan 'pakar-pakar' dari Barat yang mempersoalkan tentang ketiadaan tindakan memintas oleh TUDM, orang-orang kita sendiri pun turut sama jadi terlebih pandai dalam hal ini.

Inilah yang menjadikan pembangkang di Malaysia, khususnya Pakatan Rakyat tidak ubah seperti si bahlol yang diberikan kuasa. Pakatan tidak menjadikan Malaysia lebih baik, sebaliknya Pakatan menjadikan Malaysia sebagai negara yang boleh ditertawakan.

Dan sudah tentu apabila memperkatakan Malaysia, maka yang diperkatakan adalah imej Negara Islam.

Aku tidak pernah menyokong UBN tetapi dalam hal ini, aku tidak melihat sebarang salah laku atau kesilapan daripada Kerajaan Malaysia, mahupun TUDM.

Pesawat tersebut telah dikesan oleh radar TUDM di Pulau Perak, Langkawi. Menariknya, ketika dikesan, pesawat tersebut tidak berada di ruang udara Malaysia, sebaliknya Thailand. Kemudian pesawat tersebut menghala ke Laut Andaman dan kemudian menyusur Pulau Sumatera, Indonesia sebelum menghilang.

Di mana sebenarnya peranan yang boleh dimainkan oleh TUDM?

Seingat-ingat aku, TUDM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat tersebut dikesan berpatah balik. Tapi apa yang berlaku selepas itu? Semua pihak menghentam Tentera Malaysia dan memperkecil-kecilkan keupayaan radar tentera Malaysia. Tidak ada sesiapa pun yang percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Malaysia menerusi kenyataan media bersama melibatkan Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, CEO MAS, Ketua Pengarah DCA dan Pemangku Menteri Pengangkutan. Pencarian diteruskan di Laut China Selatan kerana satelit China mengesan dua objek terapung di situ.

Sekarang, apabila telah disahkan bahawa pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi, semuanya menuding jari menyalahkan ATM dan TUDM khususnya.

Ada pula yang cuba membandingkan TUDM dengan tentera udara Belanda yang mengiringi sebuah pesawat kargo Boeing 777 yang memasuki udara Belanda secara haram. Kata mereka, Belanda boleh buat, mengapa Malaysia tak boleh?

Sama ada penyokong PKR itu faham atau tidak, barangkali sokongannya kepada PKR dan Anwar Ibrahim telah membutakan mata dan akalnya.

Pesawat milik LAN CARGO itu dikesan MASUK ke ruang udara Amsterdam. Manakala Boeing 777 MH370 dikesan berpatah balik memasuki ruang udara Thailand dan Indonesia. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak mengarah ke Malaysia.

Kesilapan TUDM pada masa itu ialah, tidak berhubung dengan DCA untuk bertanyakan mengapa pesawat berkenaan berpatah balik. Namun dalam kebanyakan kes yang sama, pihak tentera jarang sekali mencampuri urusan penerbangan awam, kecuali di Amerika Syarikat yang sudah fobia dengan drama ciptaan mereka sendiri, 9-11.

Aku tak fikir, TUDM akan berdiam diri kalau melihat ada pesawat misteri yang masuk ke ruang Malaysia secara haram seperti yang dilakukan oleh Tentera Udara Belanda. Sudah pasti arahan dikeluarkan untuk memintas pesawat tersebut. Masalahnya ialah, pesawat misteri yang dikesan pada pagi 8 Mac 2014 itu berpatah balik dan keluar dari Malaysia. Macam mana nak pintas?

Itulah aku kata, bangkang boleh bangkang tapi janganlah jadi bangang!

9 comments:

Anonymous said...

Suruh anwar and gengbang jubo dia balik dr luar negara dgn jet mewah tanpa reg dgn DCA perjalanan ke malaysia..nk tgk bila masuk ruang udara malaysia ada tak jet pejuang TUDM keluar cari..TRY SEKALI WEII KITA NAK TENGOK

Anonymous said...

Inilah tahap Menteri dan timbalan menteri didalam kerajaan yang memerintah sekarang ini .Tidak keterlaLUAN JIKA DIKATAKAN MERIKA NI MAKAN GAJI BUTA DAN TAK TAU APA YANG SEDANG BERLAKU DISEKELILING MERIA ,APALAGI nak tahu apa yang terjadi kepada rayaat.
Tolonglah bila bercakap dan menjawab soalan didalam dewan gunakan kepala otak ...jangan gunakan kepala butuh wahai timbalan Menteri .

Anonymous said...

Radar tentera Thailand di Narathiwat kesan pesawat asing dalam wilayah Malaysia..tengok berita la wei..bangang

Anonymous said...

Kalau pesawat asing dlm wilayah malaysia tak lalu wilayah thailand ke? Radar Thailand tak dpt kesan ke..ada akai ke..bangang

Anonymous said...

Komen mengata orang memang senang tetapi diri sendiri satu apa pun tak tahu.

Nak tunjuk pandai TETAPI SEBENARNYA BODOH.

Unknown said...

TUDM SENTIASA GAGAH DI ANGKASA.

anti-Kankang said...

Puak2 Pembangkang MAlaysia ni sebenarnya tahu nak bangkang saja sampai terkangkang tanpa memikirkan sama ada benda yang dibangkang tu baguis atau tidak. Sepatutnya bangkang kalau perkara tersebut mengancam keselamatan negara dan bukannya tembolok mereka. MAlangnya ramai rakyat yang dah termakan nasi kankang pembangkang termasuklah nasi kankang B.A.B.I aka Bang Non Al-Juburi Wal-Liwati Ad-Dajal menyebabkan rakyat jelata tak dapa nak pikiaq secara rasional. Depa pun terikut2 perangai Pembangkang yang terkankang ni.

Anonymous said...

PKR mana tahu pasal kententeraan. Main cakap je. Ini memperlihat kebodohan mereka. Saya memang meminati kententeraan. Pasal kapal selam tak digunakan untuk carian SAR, kenapa pakai pesawat awam apabilahantar askar ke Sabah tak guna pesawat TUDM semuanya boleh dijawab dan difahami. Apabila lihat ahli Parlimen bodoh mempertikaikan pasal kententeraan, aku rasa kesian atas kepodohan mereka.

Anonymous said...

Pesawat MH370 terbang dalam laluan penerbangan komersial. Tahukan pembangkang yang bodoh2 belaka laluan diantara utara semenanjung dan selatan Thailand adalah Air Commercial Highway. Semua paras penerbangan adalah antara 15,000 hingga 40,000 kaki dari paras laut.

Pesawat 'Intruder' atau 'Hostile' akan terbang antara 1,000 hingga 7,000 kaki dari paras bumi supaya sasaran boleh kena dengan tepat. Sekiranya dapat dikesan dangan aras yang rendah dan kelajuan tertentu, TUDM sudah aktifkan peluru berpandu mereka di korridor Butterworth dan Gong Kedak.

Berapa banyak beep yang dikesan dalam radar? TUDM adalah angkatan tentera udara yang terbaik dalam rantau ini. Mereka tahu apa yang mereka buat dan segala 'Indentification' telah dikenal pasti. Memang pihak DCA tidak melapurkan akan kehilangan pesawat MH370. Dari point of turn pesawat tersebut masa yang diperlukan untuk sampai ke semenanjung adalah lebih kurang 1-1 1/2 jam. Masa itu DCA masih mencari dimanakah pesawat tu.

Memang tiada perhubungan dari DCA dan pesawat tersebut bukan jenis hostile dan terbang di aras komersil dan had laju komersil. Jadi jangan melulu salahkan pihak lain. PKR perlu mencari kehilang kecerdikan mereka yang sekarang menampakkan kebodohan.