Monday 31 March 2014

Tolonglah Mahfuz Omar, Jangan Terus Malukan PAS

Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar kembali membuat kenyataan. Dia seperti tidak mahu ketinggalan membuat sebarang kenyataan yang dirasakannya boleh menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat dan kegemilangan PAS menerusi Tahaluf Siyasi dengan DAP dan Anwar Ibrahim.

Memali merupakan kisah hitam negara ini selepas Ganyang Malaysia, Pemisahan Singapura dan Tragedi 13 Mei, Al-Maunah, Serangan Balai Polis Batu Pahat dan sebagainya. Pelbagai pendapat disuarakan. Ada yang menyalahkan Kerajaan UBN dan tidak kurang juga yang membela UBN kerana sifatnya selaku pemerintah yang mendahului kemaslahatan berbanding kemafsadatan.

Kebanyakan orang PAS, khususnya yang terlibat dalam Tragedi Memali, cuba melupakan peristiwa hitam itu setelah mengetahui perkara sebenarnya. Tetapi beberapa pemimpin PAS yang mendapat laba besar daripada tragedi tersebut, sama ada dalam bentuk kewangan mahupun dalam bentuk populariti, terus-menerus mendendangkan kisah Memali untuk mendapatkan perhatian.

Musa Hitam yang bercakap dalam satu forum anjuran Kerajaan Kelantan, telah mendedahkan sesuatu yang tentu sekali mengejutkan kita selaku ahli-ahli PAS. Apakan tidak, Musa Hitam menuduh Dr. Mahathir terlibat sama dalam tragedi tersebut, walaupun terlalu banyak bukti menunjukkan Musa Hitam berbohong dalam kes ini.

Kata Musa Hitam yang kemudiannya menyebabkan ramai orang PAS ternganga dan berasakan ini peluang terbaik untuk menyerang Dr. Mahathir ialah, Dr. Mahathir sebenarnya tidak ke mana-mana dari hari pertama tragedi tersebut sehingga hari keempat. Malah, Musa Hitam juga menafikan Dr. Mahathir berada di China.

Bagaimanapun bukti-bukti yang melibatkan dokumentasi, lain pula ceritanya. Semua dokumen termasuklah yang ditulis oleh pihak asing menunjukkan Dr. Mahathir berada di China dan Jepun dari 18 November sehingga 28 November 1985.

Memali diserang oleh pasukan keselamatan negara pada 19 November di bawah perintah Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri - memangku jawatan Perdana Menteri waktu itu - merangkap Menteri Dalam Negeri.

Apabila Mahfuz Omar cuba membenarkan kata-kata Musa Hitam, persepsi yang dibuat terhadap PAS ialah, para pemimpin PAS terlalu mudah percaya dengan pembohongan orang seperti Musa Hitam yang sedang marah kerana jawatan dan kepentingannya dalam syarikat GLC Kerajaan tidak disambung semula.

Ini kesilapan yang sering kita lakukan. Kita kutip Mat Taib yang kecewa kerana gagal menjadi Timbalan Presiden UBN dan kita berikan gambaran besar kepadanya walaupun hakikatnya, Mat Taib sudah hilang kredibiliti. Kita kutip bekas-bekas UBN dan diserap masuk dalam parti kita serta diberikan peluang sebagai penceramah seperti Tamrin Ghafar yang kita tahu, marahnya kepada UBN bukanlah kerana maksiatnya UBN tetapi kerana kepentingannya telah ditarik balik. Jawatannya selaku Pengerusi MARA tidak disambung semula, bahkan beberapa projeknya dengan kerajaan juga telah ditarik balik kerana gagal disiapkan mengikut masa dan spesifikasi. Lebih daripada itu, perangai hodohnya dan skandalnya menyebabkan kepimpinan UBN menyisihkannya.

Paling teruk sekali ialah apabila kita mengutip Anwar Ibrahim dan meletakkannya di tempat tidak sewajarnya, padahal sewaktu dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu, kitalah yang paling lantang mendesak agar seorang yang mempunyai kecenderungan seks luar tabie dikeluarkan dari saf kepimpinan kerana kebimbangan kita kepada bala yang didatangkan oleh Allah Taala.

Mahfuz Omar atau mana-mana pemimpin PAS jangan sesekali memalukan jemaah dan parti kita dengan kenyataan-kenyataan bodoh seperti ini. Lebih baik menutup mulut dan diam berbanding mengeluarkan kata-kata yang kemudiannya boleh disanggah dengan mudah dengan pelbagai bukti yang menunjukkan apa yang kita sangkakan dan cakapkan langsung tidak sama.

Bahaya kalau kita terus biarkan kebodohan seperti yang ditunjukkan oleh Mahfuz Omar bermaharajalela dalam parti...

7 comments:

Anonymous said...

NAK BUAT MACAM MANA...DIA NI SEMEMANGNYA BODOH DARI AZALI LAGI.. JADI PAS TAK HARUS MENYEKAT DIA DARI MENGELUARKAN KENYATAANNYA YANG TAK BERAPA CERDIK TU.. SEBAB DALAM PAS SENDIRIPUN SUDAH TERLALU RAMAI PEMIMPIN YANG TAK BERAPA CERDIK MIRIP KE ULTRA BODOH.. ANTARANYA NIZAR, MAT SABU DAN KHALID SAMAD... MALAH PENYOKONG PAS YANG CERDIK PUN MACAM HJ HADI PUN BOLEH KENA SAMAN 2 JUTA INIKAN PULA PENYOKONG YANG MELANTIK ULTRA-ULTRA BODO NI...

Anonymous said...

siput ... apa hal engkau ni. tak habis dengan cerita lama hang tu. yang orang dok risau la ni pasal masaalah orang melayu yang hampa dok asuh bagi percaya kepada anasir2 nak pelingkup Negara dan melayu semestinya. hang tak tera mana pun tapi melenting macam kaldai naik minyak. sudahlah ...minyak jampi hang dok juai tu tak laku....ada la sekog dua geng hang yang caya..

Anonymous said...

Dia ni bukan sekolah. Spm pun tak lepas. Dia bukan tau apa dia ckp.

Anonymous said...

Sdra Blogger Santau Berapi,

Betul ke sdra ni orang Pas?
Maaf saya tanya soalan tu sebab sya tengok sdra tidak begitu fanatik pd parti/pemimpin.
Saya ni tak berparti, klu saya mengundi pun saya tak kisah pada parti (selain dap, maaf), saya tengok pada calon tu.
MH370 membuka mata saya (dn juga kawan2 dan famili). Dari Day One lagi, bnyk komen2 yg menyakit hati terutama dlm MalaysiKini dan Msin Insider. Contoh: "Malay pilots, what do you expect."
Kenyataan MP dap Lip dlm parlimen (kini di retract) bgi saya cukup interesting. Terserlah apa yg tersirat selama ni kan? Klu bangsa kita tak sedar lagi tak tau lah saya.
Soalan saya sekarang: Tidak ada langsung kah titik pertemuan antara Umno dan Pas? Tak suruh orng umno masuk pas atau pas masuk umno. Berbeza politik takpe, tapi ada masa nya 2 prti ni bersatu dlm satu isu.
Maaf tulis panjang sikit/atau naif.
Wassalam

Haris

Anonymous said...

Santau Berapi,
Walaupun kita berbeza pandangan politik..saya hormati cara saudara..yang hak adalah kebenaran..yang batil jangan disembunyikan..PAS dan juga UMNO ada yang tersembunyi kebenaran dan kesilapannya. Maka Berkata benar itu pahit tapi menipu orang lain untuk pemalsuan kebenaran untuk keuntungan sesuatu pihak amat jijik. Maka jangan mengambil sesuatu bukti tanpa kita mencari/mengupas kesahihan faktanya dahulu kerana tersilap fakta maka menjawab la kita esok di YauMul Mahsyar Didepan ALLAH atas kesilapan tak tersengaja terbuat fitnah. Maka MAhFuz juga perlu mengkaji balik fakta-fakta yang sahih dan jangan hanya mendengar hujah tanpa fakta yang disertakan. Dengan Ertikata mungkin didalam hati MAHFUZ ..mungkin di dalam hatinya yerr.."inilah masanya menangguk di air keruh"...

Anonymous said...

INILAH MASAALAHNYA BILA ORANG DUNGU MACAM MAHFUZ NAK TUNJUK PANDAI. MACAMANA DIA TUNJUK PANDAI SEKALI PUN, KEDUNGUANNYA TETAP TERSERLAH.

Anonymous said...

selagi ada pemimpin yg tak cerdik mcm mahfuzz, mat sabu serta pemimpin yg cerdiknya tak boleh diikut spt khalid samad, nizar, stopa ali, selagi itu pas tak akan memerintah m'sia w/pun itu yg amat aku harapkan.