Wednesday 5 March 2014

PAS Lembik Sebab Terpaksa Kempen Untuk Anwar di Kajang Selepas PKR Malukan Tuan Guru Presiden?


Di sebalik pelbagai penghinaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas PAS, termasuklah cubaan memalukan Tuan Guru Presiden menerusi saman RM2 juta oleh Ketua AMK Dungun yang perasan namanya telah disebut dan dia yang dimaksudkan oleh TGHH sebagai pengedar pil kuda, PAS tetap menghulurkan bantuan dan menghulurkan tengkuk untuk dipijak-pijak oleh PKR dan DAP dalam usaha Anwar Ibrahim untuk lari dari masalah yang dia sendiri cipta.

Sedaplah para macai UBN menabur fitnah ke atas PAS. Sudah tentulah macai UBN mengandaikan PAS sudah lembik tengkuk dan terlalu takut dengan PKR serta Anwar Ibrahim sehingga akhirnya terpaksa melancarkan markas jentera PRK DUN Kajang PAS di Tapak Pasar Malam, Taman Desa Jenaris, Kajang.

Ada juga ahli-ahli PAS yang cuba membetulkan persepsi tersebut. Konon-kononnya semua masalah yang berlaku ke atas PAS kesan daripada onar dan perbuatan jahat PKR sebenarnya telah dibesar-besarkan oleh macai UBN. PAS dengan PKR sendiri sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah.

Itu satu lagi tahap bebal yang sukar diterima. Apa yang susah sangat nak terima kenyataan bahawa PKR dan PAS memang bermasalah pun? Apa yang susah sangat nak terima hakikat, akar umbi PAS tidak senang dan tidak suka langsung dengan perbuatan durjana para pemimpin PKR yang bodoh tapi cuba nak tunjuk pandai dengan mengenakan PAS? Apa yang payah sangat nak berbelit sana sini kononnya ahli-ahli PAS semuanya buta perut, buta kayu dan buta segala buta sampaikan semua penghinaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP boleh ditelan begitu sahaja?


Kalau ditanyakan kepada aku, pendapat peribadi aku ialah, pelancaran jentera penerangan PAS untuk PRK DUN Kajang itu sebenarnya adalah MUSLIHAT POLITIK semata-mata. Secara tidak langsung, PKR telah menyembah sujud kepada PAS dan memperakui bahawa tanpa PAS, Anwar Ibrahim masih lagi tersadai di atas lantai bilik penjara. Anwar Ibrahim masih bernafas sebagai ahli politik dan terkenal pun berasbabkan PAS. Kalau PAS buat tak kisah atau PAS meneruskan tentangan terhadap Anwar Ibrahim terutama sekali apabila mengenangkan perbuatan biadap dan kurang ajarnya sewaktu masih lagi bergelar pemimpin UBN dulu, Anwar sekarang hanyalah peminta sedekah yang masih berkhayalkan jawatan besarnya dalam kerajaan.

Hanya disebabkan oleh PAS, maka Anwar mengecapi kemasyhurannya sekarang.

Selepas apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap PAS, aku sebenarnya teringin pula nak tengok jemaah Islam di seluruh Kajang melakukan sesuatu untuk mengajar kebongkakan dan kebiadapan Anwar Ibrahim dan PKR pada 23 Mac nanti. Biar Anwar dan PKR tahu, tanpa PAS, DAP dan Cina pun tak pandanglah Anwar dan PKR.

Sekurang-kurangnya busuk Shuhaimi Shafie, Abdullah Sani, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang pemimpin PKR Selangor lain, tak terhidu lagi dan jalan mereka tunduk tak berani angkat muka bila melintas di hadapan jemaah biasa PAS.

4 comments:

Anonymous said...

kah...kah... dah lama macai balun pas... tapi pas ni bodoh sombong... dulu dengan umno yang ko benci tu ko kata ko kena buli, dengan nuar ni pun ko kene buli gak... dua kali bodo le tu.. tak caya tanye TGNA....

Anonymous said...

aku setuju, PAS patut memberi pengajaran kepada PKR dan DAP supaya tidak mengganggap PAS sebagai sebuah parti boneka.

Anonymous said...

aku setuju, PAS patut memberi pengajaran kepada PKR dan DAP supaya tidak mengganggap PAS sebagai sebuah parti boneka.

Anonymous said...

PAS boleh berdiri di atas kaki sendiri..PAS ada maruah...cuma pimpinan PAS tersalah jalan..tiada tokoh PAS yang bebar benar anak jantan bagi mengimbangi ketokohan pimpinan PKR atau DAP..BN Umno tak yah sentuh..kita jaga PAS seelok mungkin ..inshallah kalau jalan kita betul PAS megah berdiri dan menjadi kerajaan..tapi adakah bagai menunggu kucing bertanduk?