Tuesday 25 March 2014

MH370 Menunjukkan Teruknya Mentaliti Pembangkang Kalau Asyik Jilat Anwar!

Presiden UBN telah buat pengumuman malam tadi bahawa hasil siasatan dan imej satelit IMMARSAT milik Britain, mengesahkan pesawat malang MH370 yang hilang selama 17 hari, berakhir di kawasan hampir 3000 kilometer ke selatan Perth, Australia. Laluan yang digunakan oleh pesawat tersebut juga bukanlah laluan biasa, malah kawasan yang menjadi perkuburan pesawat itu bersama anak-anak kapal dan penumpangnya juga merupakan kawasan yang paling sunyi di dunia.

Maksudnya, tiada sebarang kapal atau pesawat yang akan lalu di situ.

Banyak persoalan yang ditimbulkan terutama sekali mengapa pesawat itu melencong jauh dari laluan ke Beijing atau keupayaannya mengelak daripada dikesan oleh tiga radar awam penerbangan. Sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun yang dapat memberikan jawapan pasti kecuali maklumat dari kotak hitam yang sedang diusahakan oleh Malaysia bersama-sama 26 buah negara lain di kawasan berombak ganas dan lautan dalam itu.

Sesiapa pun akan tertarik dengan kes ini. Malah sudah ada perkhabaran bahawa kes ini akan menjadi sebahagian daripada kajian dalam aircrash investigation memandangkan insiden MH370 telah menjadi operasi SAR terbesar dalam sejarah aviasi dunia dengan kesemua teknologi pencarian masakini digunakan.

Secara logiknya, teori konspirasi yang cuba digunapakai oleh PKR dan DAP, tiada relevannya dalam kes ini. PKR dan DAP sebenarnya hanya mahu menggunakan kesempatan untuk mempromosikan dan mempublisitikan parti dan pemimpin mereka.

Anehnya, para pemimpin DAP dan PKR berusaha mengheret Presiden PAS, TG Hadi Awang dalam masalah yang cuba mereka ciptakan. Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa pengumuman dibuat terlebih awal sebelum serpihan atau mayat ditemui. Begitu juga dengan beberapa orang pemimpin DAP. Manakala Anwar Ibrahim pula mempersoalkan ketidakupayaan Najib dan Hishamuddin menangani isu terbabit.

Aku secara peribadi tidak nampak di mana silapnya Malaysia dalam hal ini. Kemalangan ini bukan berpunca daripada kerajaan pun. Kerja pembangkang bukan membangkang sepanjang masa. Kerja pembangkang juga bukanlah menjemput kuasa asing untuk menyerang dan menekan Malaysia agar pembangkang boleh bertukar menjadi kerajaan sepertimana yang cuba dilakukan oleh DAP dan PKR.

Kerja pembangkang adalah sebagai check-and-balance kepada kerajaan. Kita menegur, mengkritik dan mengecam sebarang dasar dan perlaksanaan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Kalau rakyat sudah memilih Barisan Nasional sebagai Kerajaan, apa susahnya untuk kita terima kenyataan tersebut memandangkan setiap lima tahun, peluang terbuka untuk kita pula mengambilalih kerajaan.

Bukan kerja kita merosakkan imej negara dan bersama-sama pihak asing mengecam kerajaan dan negara semata-mata kerana perangai tamak haloba kita untuk berkuasa.

Politik sepanjang masa seperti yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP serta sebahagian daripada pemimpin PAS sendiri, hanya akan menimbulkan perasaan meluat kepada rakyat. Memang betul sekarang kita menikmati sokongan daripada rakyat, terutama di kawasan bandar. Tetapi suatu ketika nanti, apabila kita sentiasa berpolitik tanpa mengira kepentingan masyarakat dan negara dan hanya mementingkan tembolok serta akaun bank kita, rakyat akan mula meluat dan seterusnya menjadikan kuburan kita sebagai tempat mereka kencing dan berak.

Apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Mesir dan Libya, sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita.

Bangkang boleh bangkang, tetapi biarlah secara rasional, jangan pula kita yang terlebih bahlol daripada si bahlol...

Yang terlebih penting, biarkan Anwar Ibrahim dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Jangan kita pula yang terikut-ikut gila sama macam dia dan para penyokongnya!

3 comments:

Anonymous said...

Kesian, si nuar nak jadi mb sgor pun kantoi selepas terleleh melepas nak jadi pm Malaysia. Tak sama tau kalau isteri jadi mb sgor. Kalau nuar nak sesuatu terpaksa lah minta kat kak wan. Ehhh macam story depa yang mengatakan rosmah selalu arah dan minta dari najib.
Realiti nya UBN terpaksa berkerja keras mentadbir Negara dan negeri, demi berkhidmat untuk rakyat. UBN tidak banyak masa untuk berpolitik. Lain pulak si pembangkang....kerja asyik nak politik kan semua perkara,. Maklum lah, bukan kisah nak mentadbir atau fikirkan kepentingan rakyat. Hari-hari fikir nak cari atau create peluang untuk hentam kerajaan, semua kerajaan buat akan dipusing jadi negative. Kerja ini bukan susah, mamat dadah atau mat rempit pun boleh buat kerja ini.

Anonymous said...

Alhamdulillah, masih ada blogger pembangkang yang rasional. Kita tak minta pun pembangkang puji kerajaan. Tetapi, pembangkang yang rasional boleh menjadi alternatif yang berkesan kepada kerajaan yang sedia ada. Wallahua'alam.

Anonymous said...

Alhamdulillah, masih ada blogger pembangkang yang rasional. Kita tak minta pun pembangkang puji kerajaan. Tetapi, pembangkang yang rasional boleh menjadi alternatif yang berkesan kepada kerajaan yang sedia ada. Wallahua'alam.