Saturday 30 November 2013

Tak Betullah Anwar Tuntut RM15 Juta Tahun Lepas Tapi Kenapa Azmin Ali Macam SARKAS?

Laporan-laporan blog yang menyatakan tentang tuntutan RM15 juta pada tahun lepas oleh Anwar Ibrahim, telah dinafikan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Jadi, kalau Menteri Besar Selangor sendiri dah buat penafian, maknanya betullah gamaknya kut.

Aku lebih tertarik dengan gelagat yang ditunjukkan oleh SETPOL Khalid, Faekah Hussin. Nampaknya, Faekah dah tak boleh nak duduk diam-diam. Hebat betul dia melindungi Khalid Ibrahim daripada menjadi sasaran kemarahan Azmin Ali yang semua orang tahu, bercita-cita besar untuk menggulingkan Khalid dan merampas jawatan Menteri Besar Selangor.

Tidak sahaja Faekah, Teng Chang Kim dan Elizabeth Wong pun menyatakan kehairanan mereka dengan sikap Azmin yang melompat sakan dan cuba menonjolkan diri sebagai hero dalam soal kenaikan gaji luar biasa kadarnya di Selangor. Padahal semasa dalam Dewan, Azmin yang merupakan ADUN Bukit Antarabangsa tak pula menyatakan bantahan. Hanya selepas pengumuman dibuat, barulah Azmin nak marah?

Tapi mungkin juga Azmin tak membantah sebelum ini sebab dia tak tahu Khalid akan menaikkan gajinya sendiri sampai RM29,000. Mungkin Azmin ingat, kenaikan yang dibuat hanyalah kenaikan pada kadar munasabah memandangkan Selangor bukannya negeri terkaya sebagaimana yang ditemberangkan.

Kadar kemasukan pelaburan, pendapatan dan perolehan Selangor, telah menurun semenjak PKR jadi Menteri Besar dan DAP sebagai Speaker serta Exco. Aku bukan nak kata pentadbiran UBN sebelum ini lebih baik, tapi setidak2nya, Khir Toyo taklah menaikkan gajinya sendiri tiga tahun sekali macam yang dibuat Khalid Ibrahim, sedangkan pada masa yang sama, banyak perkara lain berbangkit termasuklah peruntukan daripada Federal membabitkan PBT, Sampah dan Jalanraya.

PAS Selangor bukannya tak ada pakar-pakar dalam bidang berkenaan tapi semua pakar-pakar PAS telah disenyapkan dan ditutup mulut. Ingat lagi dengan Che Rosli Che Mat, pakar sains nuklear yang menjadi Ahli Parlimen Hulu Langat?

Ramai yang masih ingat bagaimana DAP dan PKR telah memperkecil-kecilkan kelayakan Che Rosli Che Mat sebab kegilaan mereka terhadap penutupan Lynas di Gebeng, Pahang. Penjelasan yang diberikan oleh Che Rosli Che Mat, tidak sahaja dicemuh bahkan ada gesaan dari PKR dan DAP untuk PAS memecat Che Rosli Che Mat kerana keluarkan kenyataan bertentangan dengan PKR dan DAP.

Keadaan jadi lebih keruh apabila Che Rosli Che Mat memberitahu kilang LYNAS di Pahang, jauh lebih selamat berbanding kilang Shin-Etsu yang terletak di Seksyen 26 berdekatan dengan Proton Shah Alam.

Kalau PKR dan DAP betul2 ikhlas dalam Pakatan Rakyat macam yang mereka selalu cakapkan, kepakaran PAS tidak akan disesiakan begitu sahaja. Pemimpin-pemimpin PAS boleh dilantik untuk menjalankan kerja-kerja rakyat, sekaligus mampu menarik saki-baki sokongan kepada Umno. Kalau kita dah buat pembaikan PBT, sampah dan jalanraya menggunakan peruntukan Federal, tak ada lagi helah UBN untuk memperkecil-kecilkan kewujudan kita.

Malangnya, semuanya nak dikaut oleh PKR dan DAP tapi bila datang bab kerja, kita pula yang dikerah untuk cover mereka. Ni bila dah timbul masalah kenaikan gaji luar biasa besarnya, PAS Selangor sekali lagi akan dikerahkan untuk menghantar para penyokong menyerang dan mematikan hujah UBN.

Itu sajalah peranan dan tugas kita di Selangor ini... tak habis-habis nak kena bela PKR dan DAP sedangkan bila kita bagi buah fikiran kita, kita pula yang disekeh oleh PKR dan DAP. Tak cukup disekeh, kita dikatakan parti kampung yang tak tahu apa-apa.

Kita yang kerja teruk-teruk, yang dapat habuan besar adalah PKR dan DAP.

Friday 29 November 2013

Takkan PAS Selangor Masih Nak Lindungi Pembohongan Anwar Ibrahim?

Memang masalah betullah kalau ada ramai 'Ibni Ibrahim' ni.

Anwar Ibrahim walaupun dah bertahun-tahun bersekutu dengan PAS, nampaknya perangai Islam langsung tak lekat di hatinya. Tidak itu sahaja, bertambah-tambah pula perangai jahanamnya terutama sekali lidah dan mulutnya yang mudah sangat menipu apabila berkata-kata. Memang betullah macam yang macai-macai Umno duk kata, Anwar Ibrahim hanya bercakap benar kalau dia dah masuk liang lahad. Selain dari itu, semuanya menipu belaka.

Dalam ceramah-ceramahnya, Anwar selalu sangat mendabik dada kononnya gaji dia dengan Kerajaan Negeri Selangor hanyalah SERINGGIT.

Aku ulangi... SERINGGIT!

Tapi akhirnya Khalid Ibrahim bocorkan rahsia, Anwar Ibrahim dapat lebih dari SERINGGIT, bahkan lebih SEJUTA RINGGIT setiap bulan berdasarkan tuntutan yang dibuatnya memandangkan sepanjang tahun lepas sahaja, Anwar Ibrahim dapat RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuklah tuntutan elaun perjalanannya ke luar negara.

Patutlah macai-macai Umno duk tanya, haram tak sekali Anwar berani nak jawab dari mana dia dapat duit untuk buat perjalanan ke luar negara. Bayangkanlah sibuknya dia berjalan ke luar negara, kalah Najib Razak, kalah Rosmah Mansor. Lagi kalah Presiden Amerika Syarikat. Sarapan di KL, makan tengah hari di Jakarta, minum petang di Bangkok, makan malam di Abu Dhabi dan makan pagi esoknya di New York.

Padahal jawatannya cumalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bergaji SERINGGIT dan berjawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang gajinya juga tidaklah membolehkan dia membeli tiket perjalanan dengan kapal terbang ke serata dunia untuk tempoh yang kerap.

Harap-harap sangatlah, janganlah ada musibat dari PAS Selangor yang cuba menyibukkan diri nak membela Anwar Ibrahim dan puak-puak DAP serta PKR di Selangor lagi. Ingatlah, ADUN dan Exco PAS cuma dapat kenaikan 102% berbanding DAP yang dapat lebih 200% dan PKR yang dapat 373%. Nilai kita di Selangor ini, jauh lebih hina berbanding BARUA, bahkan lebih tepat lagi kita ini sebenarnya hanyalah ANJING DAN KUCING KURAP di mata DAP dan PKR walaupun tanpa kita, DAP dan PKR takkan berani berbuat sesuka hati sebaliknya terus berlakon baik macam tahun 2008-2013 dulu.

Takkan Pusat tak sedar-sedar lagi? Takkan PAS Pusat masih tunggu dan lihat saja tanpa sebarang tindakan? Nak berlapang dada pun, agak-agaklah!

Al-Kataki Sibuk Dengan Kenaikan Gaji Di Selangor, Tapi Diamkan Diri Bila Dapat Jawatan Lembaga Pengarah UiTM!

Katak merupakan haiwan yang disebut oleh Nabi palsu, Musailamah Al-Kazzab dalam surah syaitannya.

Surah Katak ciptaan Musailamah Al-Kazzab laknatullah berbunyi begini:

"Hai katak betina anak dua katak, bersihkanlah berapa banyak kamu membersihkannya, bukan air yang kamu kotori, dan bukan orang minum yang kamu larang."

Surah Katak ciptaan Musailamah Al-Kazzab laknatullah itu akhirnya menjadi bahan jenaka di kalangan pensyair dan penyajak Arab.

Di Malaysia, antara banyak-banyak katak, yang paling terkenal adalah Ibrahim Ali. Seorang lagi adalah Saifuddin Nasution. Tetapi berbeza antara kedua-duanya, Ibrahim Ali lagi kuat bunyinya manakala Saifuddin Nasution pula, lebih senyap terutama selepas Khalid Ibrahim menolak mentah-mentah saranan Anwar Ibrahim agar menjadikan Saifuddin Nasution sebagai Ketua Staff di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ibrahim Ali cuba memperolok-olokkan kenaikan gaji yang diumumkan oleh Khalid Ibrahim. Kata Ibrahim Ali, rakyat Selangor sepatutnya keluar beramai-ramai dan menentang Khalid Ibrahim serta Kerajaan PR Selangor. Katanya lagi, penjawat awam di Selangor sepatutnya turut mendesak kenaikan gaji sepertimana yang dinikmati oleh Menteri Besar Selangor.

Mungkin kedengaran eloklah saranan Ibrahim Ali itu tetapi inilah yang orang kata, menyibuk dengan carik kain orang, sedangkan kain sendiri koyak di punggung, buat-buat tak tahu.

Memang betul, tindakan menaikkan gaji pada kadar luar biasa sehingga 373% adalah sesuatu yang langsung tidak terjangkau dek akal walau apa pun alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim. Namun Ibrahim Ali sendiri tidak memberikan contoh yang baik pun.

Apa jasa Ibrahim Ali kepada UiTM sehingga dia dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM? Apakah kerana dia memperjuangkan PERKASA yang diketahui hanya merupakan sebuah NGO yang mencari duit dan melaksanakan cita-cita politik kuno serta jumud Ibrahim Ali, maka ianya dianggap sebagai satu jasa kepada komuniti pelajaran?

Adakah perlantikan Ibrahim Ali selaku salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM akan menambahbaik institusi pengajian tinggi Bumiputera itu, atau sekadar untuk membalas jasa dan menutup mulutnya yang sebelum ini menyatakan ingin menjadi pemandu teksi sebagai sindiran kepada Khairy Jamaluddin yang pernah berlakon sebagai pemandu teksi bersama-sama Namewee?

Tidak logik seorang Ibrahim Ali dilantik menduduki kerusi berkenaan kerana masih terdapat tokoh-tokoh akademik lain yang boleh dilantik dan membantu meningkatkan taraf serta mutu UiTM berbandingnya. Kalau dalam politik pun, Ibrahim Ali sekadar katak kuang yang bunyi sahaja lebih walaupun tubuh badan kecil, dia tidak akan mampu memberikan sebarang penambahbaikan untuk UiTM.

Rasa-rasanya cadangan dan saranan Ibrahim Ali itu tidak layak dijadikan sebagai artikel media. Dia orang gila kuasa dan jawatan selain perasan bagus. Menjadikannya sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM akan menjadikan UiTM sama seperti PERKASA yang tidak ke mana pun, selain daripada melalak dan kemudian jadi pengecut apabila digertak.

Tak payah pergi jauhlah, sebutkan mana satu demonstrasi PERKASA yang benar-benar memberi kesan? Kalau setakat PERKASA dan Ibrahim Ali semata-mata tanpa Tun Mahathir, rasa-rasanya perhimpunan yang dianjurkan oleh PERKASA tidak lebih daripada sekadar himpunan budak-budak bohjan dan bohsia yang tidak ada maruah diri.

Monday 25 November 2013

Harap Sangat2lah, Hudud Di Kelantan Memang Akan Dilaksanakan, Bukan Sekadar Buah Hentam Umno Saja

20 tahun kita berkempen ke sana ke mari, mengutuk dan mengeji Umno kononnya Umno yang halang kita laksanakan hudud di Kelantan. Kita salahkan Federal, kita salahkan Ahli-Ahli Parlimen Umno, kita salahkan Dr. Mahathir tapi kita tak pernah ceritakan perkara sebenar kenapa hudud masih tak dilaksanakan di Kelantan.

Aku tak beranilah nak cakap lebih2 dengan macam2 teori. Mungkin ada masalah lain. Kalau tak, takkanlah sampai lebih 20 tahun isu hudud jadi polemik dan bahan kempen semata2, bukannya untuk kita laksanakan walaupun kita selalu kata, kita adalah jemaah yang memperjuangkan Islam.

Tapi sesapa pun akan heran. Yalah, Sultan Kelantan dari zaman Sultan Ismail sampailah sekarang, Sultan Mohammad Ke-V pun dah bagi perkenan untuk undang2 hudud dilaksanakan di Kelantan. ADUN2 UMNO pun semuanya setuju. Sekarang, Ketua Hakim Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan pun kata, mereka dah bersedia kalau Kerajaan Negeri Kelantan nak laksanakan hudud.

Sepatutnya dah masanya untuk Menteri Besar Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan bentangkan Undang-Undang Syariah (II) Kelantan semasa persidangan DUN untuk digazetkan dan diluluskan perlaksanaannya. Sepatutnya undang-undang hudud Kelantan bukan lagi dalam bentuk draf sahaja tapi undang-undang yang dikanunkan.

Menteri Parlimen pun dah kata, Federal setuju dan sokong sekiranya PAS nak usulkan pindaan undang-undang bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Tapi nampaknya, pemimpin2 kita tak ambil berat dengan persetujuan serta sokongan yang diberikan Umno. Orang2 kita pula masih mengulang2 soalan kenapa Umno tolak hudud di Facebook dan masih lagi dengan kempen matikan Umno cara lama. Pihak kita macam katak dalam tempurung dan anggap orang ramai semuanya bodoh dan tak tahu apa2, tak reti baca dan tak reti dan cari balik apa yang berlaku tahun 92 dulu.

Tuan Guru Haji Hadi dah kata, Kelantan tetap akan melaksanakan hudud. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana akhirnya cita-cita kita akan termakbul dalam tempoh terdekat. Lebih membuatkan kita bangga lagi ialah bila Tuan Guru Presiden bagi amaran kepada DAP agar menerima dan menghormati perbezaan antara PAS dengan parti sekutu.

Kita harap sangatlah, cakap2 macam ni akan direalitikan. Kita dah tak mampu nak tanggung malu untuk 20 tahun lagi. Masanya dah tiba untuk kita buktikan bahawa hudud memang boleh dilaksanakan sekurang2nya di Kelantan. Tak payahlah kita sibuk nak meraikan Karpal Singh atau DaP atau PKR atau mana-mana pemimpin dari jemaah kita sendiri.

Kalau kita dah kata, kita lebih takutkan Allah Taala dan mengharapkan keredhaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya,  jadi masanya dah sampai untuk kita buktikan apa yang kita cakap. Buktikan bahawa hudud memang kita nak laksanakan, bukan setakat jadi kempen politik dan buah untuk membubuh Umno dan Barisan Nasional saja.

Sunday 24 November 2013

Abang Mat Timbalan Presiden PAS Kerana Menipu?


Pemilihan Agung PAS kali ini benar-benar mencalit arang. Buruk bebenor dan amat memalukan!

Itu sajalah yang aku boleh katakan sepanjang sejarah aku jadi perwakilan parti. Pemilihan2 sebelum ini berjalan lancar dalam suasana penuh ukhwah dan keimanan. Berbeza kali ini, pemilihan telah diserapi sepenuhnya tangan-tangan ghaib dari DAP dan PKR yang meletakkan atau lebih tepat lagi memperkudakan individu-individu tertentu dalam PAS sendiri.

Mungkin pendapat aku ini agak keterlaluan dan dianggap telah membocorkan rahsia parti. Namun aku berdiri pada yang haq dan berpegang kepada suruhan Rasulullah s.a.w, berkata benarlah walaupun pahit.

Inilah kepahitan yang perlu ditelan sebagai ahli PAS. Selama ini kita menjadikan Umno sebagai topeng untuk menyelindungi dan menutup kerak kohong, bisul nanah dalam parti kita sendiri. Tetapi seperti juga kata orang tua2, bangkai gajah tak boleh ditutup dengan sehelai daun.

Aku tidak ada sebarang permusuhan peribadi dengan Abang Mat. Malah sebelum dia menjadi pemimpin kanan dalam PAS lagi, aku sudah sering bersama-samanya untuk berceramah di merata-rata tempat di seluruh Semenanjung. Lebih banyak masanya aku jadi pemandu untuk membawa Abang Mat yang digelarkan sebagai Ayam Sabung PAS.

Sebagai anggota jemaah, aku berpegang kepada prinsip perjuangan. Bagi aku, Abang Mat bukannya seorang pemimpin yang boleh diharap untuk jemaah ini. Tangan-tangan ghaib di belakangnya, bayang-bayang Lim Guan Eng dan DAP yang cukup kuat di belakangnya, menjadikan Abang Mat sebagai virus yang boleh merosakkan parti dalam jangka panjang.

Benar, parti kita sekarang mendapat sokongan anak muda. Tetapi bagaimana pula dengan nilai-nilai Islamiyyah yang telah dipupuk dan dibajai oleh kaum ulama yang melihat Islam sebagai satu-satunya cara penyelesaian kepada masalah dan maslahat ummat di Malaysia? Adakah kita sanggup merelakan matlamat menghalalkan cara dan sentiasa mengatakan kita sahaja yang betul tapi kalau orang lain buat, kita katakan salah?

Dalam perjuangan Islam, tidak ada istilah, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Yang haram kekal haram. Tidak ada kaedah yang boleh menghalalkan yang haram walaupun atas nama perjuangan Islam.

Apa lagi bencana dan malapetaka yang lebih hebat selain daripada keruntuhan jiwa dan jiwa yang sentiasa kacau dan resah?

Nampaknya, doa kita agar Allah Taala turunkan bala kepada Tentera Ahzab, dan meng'k.o'kan Umno, sedang berbalik kepada kita sama ada kita sedar atau tidak. Mudah untuk kita katakan, semua ini salah Umno kerana sebahagian besar daripada kita, hatinya telah ditutup dan dihijab oleh Allah Taala sehingga kita tidak nampak kesalahan dan kelemahan sendiri.

Aku tetap percaya kepada janji-janji Rasulullah s.a.w bahawa seandainya kepimpinan diberikan kepada golongan yang tidak berhak, yang datang kepada ummat bukannya kebaikan, bahkan malapetaka.

Dan kita sudah pun berhadapan dengannya sekarang. Sesiapa yang berada di Stadium Melawati Shah Alam, sepanjang Muktamar Ke-59 PAS, pastinya tahu, dapat melihat dan merasai maksud kata-kata aku.

Saturday 16 November 2013

Karpal Singh Memang Kaki Putar Belit! Laknatlah Ke Atas Orang Yang Meraikan Pembelitannya!

Bila aku kata, tak payah pakai sangat cakap2 Karpal Singh kerana dia ni peguam dan sebagai peguam, berputar belit memang kemahirannya, ramailah akhwat yang marah2 dgn aku. Ramai yang telefon aku kata aku cuba nak berkhianat dgn jemaah dan parti.

Aku bagitahu, kome tengoklah sendiri nanti.

Semalam, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss tunjukkan bukti yang Karpal Singh memang seorang penipu.

CD berdurasi 24 minit 47 saat jadi bukti, Karpal memang sarankan agar PAS dibatalkan pendaftaran. Kenyataan Karpal Singh itu jelas pada minit 6:07 berkata, "Operasi melibatkan agama, perkauman adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tidak masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun PAS."

Takkan kita nak salahkan Utusan Malaysia lagi kerana Utusan sahaja yang laporkan pendedahan Raja Ahmad Iskandar? Tak ada kesudahannya kalau kita asyik main nafi-nafi hanya kerana kita nak menangkan kaum Pakatan.

Aku dah kata dari awal, Karpal Singh memang berbohong bila dia buat penafian yang dia minta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan dengan alasan membahayakan negara. 

Kome ingat, Karpal akan akur dengan desakan supaya dia meminta maaf dalam tempoh seminggu?

Aku percaya, dia akan terus berbelit-belit keluarkan kenyataan baru dan besar kemungkinan Raja Ahmad Iskandar pula yang akan kena balun oleh orang PAS sendiri kerana telah mendedahkan perkara itu. Aku juga nampak, sekali lagi Utusan Malaysia akan dikatakan sebagai penyebar fitnah sebab dedahkan pembohongan Karpal Singh. Raja Ahmad Iskandar pula akan dipersalahkan kerana pendedahannya telah dipetik oleh Utusan Malaysia.

Pusing kut mana pun, yang betul tetap Karpal Singh dan DAP, tak gitu?

p/s: aku cuba betulkan bahasa penulisan aku seperti yang disarankan. Kalau salah, minta maaflah sebab aku bukan ahli bahasa.

Friday 15 November 2013

Ahli Parlimen BN Sedang Menunggu Untuk Dikoyakkan Pada PRU14 Nanti


1. Dewan Parlimen kecoh lagi petang ini. Saya bangun untuk membahas dan menyokong usul yang dibawa oleh Yb Kuantan yang mencadangkan agar elaun lantikan politik berjumlah RM1,633,632.00 setahun melibatkan :

Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil
Dato Seri Noh Omar
Dato Wira Mohd Johari Baharom
Yb Hasbi Habibullah
Tan Sri Rais Yatim

2. Mereka dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan dibayar dengan sejumlah wang dari rakyat.

3. Malangnya saya tidak dibenarkan berucap dan berbahas sementara MP BN diketuai oleh Kinabatangan membuat kecuh yang melulu. So saya walk out bersama rakan - rakan MP yang lain.

4. Jumpa semula pagi Isnin kelak jika saya diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang - Undang Perbekalan 2014 peringkat Jawatankuasa. Isnin nanti bermula dengan Jabatan Perdana Menteri.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Thursday 14 November 2013

Awasi Kelicikan Lim Kit Siang Memperkecilkan Keupayaan PAS

Bila Lim Kit Siang (LKS) sebut ttg keperluan Pakatan Rakyat mencari 150 Kerusi Parlimen dan bknnya majoriti mudah pd PRU14 nanti, sekali dgr memanglah manis. Bagi yg suka berangan2, impian tu kata deme, mudah dicapai.

Aku tak rasa DAP sukar utk dptkan lagi 7 kerusi Parlimen tapi 15 utk PKR dan 24 utk PAS, mcm cerita dongeng.

Kelemahan MCA, MIC dan GERAKAN dlm BN, memudahkan kerja2 DAP. Selama ini pun, kerusi2 yg ditandingi MCA, MIC dan GERAKAN yg ditandingi DAP. DAP pula sdg mencapai kemuncak apabila berjaya menyatukan Cina dan sebhgn kecil masyarakat India utk menyokong parti itu pd PRU yg lepas.

Walaupun PAS adalah parti terbesar dlm Pakatan Rakyat, tapi dr segi penguasaan, kitalah yg paling tercorot. Kita hanya dapat 21 kerusi berbanding DAP 38 dan PKR 30. Kita yg terkinja2 lebih, kita yg terguling2 lebih atas jlnraya, kita yg beria-ia berarak dan berdemonstrasi dan kita yg cukup hebat kibar bendera DAP dan PKR, tapi yg dpt paling byk kerusi adalah DAP.

Umno yg kita duk doakan laknat, Allah Taala tambah lagi kerusi jadi 89. BN yg kita katakan akan kalah, ttp menang walaupun bukan 2/3. Mcm2 yg kita sebarkan utk nafikan kemenangan BN, tp kesudahnya tak satu pun yg kita sebarkan itu dituntut dan disebut dlm berpuluh2 petisyen yg dibuat spt blackout.

24 kerusi yg perlu kita tambah bkn kerja senang. Betullah pd PRU14 nanti, pengundi2 muda yg anti establishment akan jd majoriti. Pengundi2 muda ini kita boleh bentuk dan jadikan sbg jentera serta penyokong kita. Tapi kita tak boleh perkecilkan Umno juga. Walaupun Umno kelihatan malas dan kurang berusaha berbanding kita, Umno ada kelebihan yg kita tak ada.

Kalau waktu kemuncak pun, Umno boleh tambah kerusi, malah pd thn 1999 bila kita begitu yakin Umno blh ditumbangkan pun, akhirnya yg tertumus adalah kita, PRU14 juga kita tak blh terlalu yakin.

Lagipun 24 kerusi yg kita perlu tarik itu, dtgnya dr Umno. Kita bertanding dlm kwsn Umno. Kita tak bertanding dlm kwsn parti2 komponen BN yg lain. Kita bertanding merebut pengundi Melayu dan Islam, sama mcm Umno.

Mungkin ramai yg tak sedar muslihat licik LKS. Kita dah dijadikan sbg tentera pejalan kaki sdgkan DAP pula jd jeneral yg duduk dlm kereta kebal dan memakai baju perisai. Kita diarahkan utk masuk ke kota Umno dan buat kerja bunuh diri. DAP dan PKR yg duduk di luar hanya akan kutip hasil dr perjuangan kamikaze kita.

Kalau betullah Pakatan Rakyat tu satu pakatan, patutnya DAP dan PKR duduk sama2 dgn kita. Sama2 merancang dan sama2 lakukan serangan. Bukannya jd tuan dan arahkan kita buat kerja2 bunuh diri. Ni semua tak lain, utk salahkan PAS mcm yg deme dah buat pd PRU lepas bila kita kalah di Kedah padahal yg hilang byk kerusi adalah PKR.

Betullah kita dah nampak jln kalau nak gantikan Umno, kita sendiri kena gunakan kaedah Umno iaitu bekerjasama dgn DAP dan PKR serta kurangkan pertandingan berpenjuru. Tapi kalau kawan sendiri cuba bunuh kita utk deme naik jadi juara mcm yang dibuat DAP selama ni, akhirnya yg betul2 mati nanti, bukannya Umno dan BN, tapi PAS.

Sebab itulah, aku sokong ulama jd kepimpinan utama PAS bknnya kumpulan yg diketahui pakai baju PAS tapi hati dan otak duk dlm PKR dan DAP. Ulama sj yg dpt selamatkan kita krn ulama dipandu Kitabullah.

Janji Allah Taala, sesiapa yg ikut kitab-Nya, akan selamat di dunia dan akhirat!

RELA Dah Ditembusi PATI, Tidak Mustahil PATI Tak Boleh Jadi Ahli Parlimen


Ternyata skrg MyKad yg kononnya tak blh diklon atau ditiru, telah berjaya dipalsukan oleh pendatang haram ke Malaysia. Dgn kad pengenalan palsu itu, mrk dpt pelbagai jenis pekerjaan. Kalau tak disbbkan kematian Norazita Abu Talib tiga minggu lepas, cerita ttg kad pengenalan palsu yg ada pada pengawal-pengawal keselamatan warga asing takkan diperkatakan.

Mula2 nampaklah kesungguhan Kerajaan utk mencari dan menangkap pengawal2 keselamatan yg ada kad pengenalan palsu. Tapi mcm biasa, panasnya tak sampai seminggu. Sekarang, berita ttg operasi penangkapan PATI sudah tdk kedengaran lagi. Operasi pun dah tak ada.

Keselamatan rakyat bukanlah satu keutamaan kpd Kerajaan Umno krn yg dipentingkan adalah keuntungan kroni.

Pendedahan dibuat, selain dr menjadi pengawal keselamatan, PATI turut dibenarkan menjd RELA, satu lagi badan yg berada di bwh Kementerian Dalam Negeri. Bukan baru skrg tapi dah cukup lama. Walaupun terdpt undang2 yg tak membenarkan warga asing menjd RELA tapi sikap cuai dan lepas tangan Kerajaan Umno akhirnya membolehkan PATI berada dlm salah satu pasukan sukarelawan.

Tak hairanlah kalau operasi membanteras atau menangkap PATI byk yg gagal. Operasi nak buat pukul 9 mlm, PATI dah hilang pukul 8 malam. Serbuan nak dijlnkan di kawasan tertentu, pergi2 tgk kwsn berkenaan dah kosong.

Mcm mana Menteri blh kata Malaysia aman sdgkan ancaman bahaya menerusi kehadiran PATI, langsung tak diambil peduli.

Kalau pengawal keselamatan PATI boleh jadi dgn bermodalkan kad pengenalan palsu, begitu juga dgn RELA, tidak mustahil suatu masa nanti, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN pula terdiri dr PATI yang menggunakan kad pengenalan palsu.

PAS seringkali menekankan kpd Kerajaan Umno agar beramanah dan bertanggungjawab menjaga negara ini. Kalau Umno dah tak mampu nak pikul tugas ini, serahkan sj kpd PAS secara sukarela. PAS akan jalankan kerja2 yg Umno tak mampu buat dgn senang hati.

Wednesday 13 November 2013

SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN... KAHKAHKAHKAH... PTUIHHHH!!!


Aman apanya kalau semua dah main senjata api.

Kenyataan tak beragak2 pemimpin Umno ni, akhirnya makan diri.

Tuesday 12 November 2013

Kawan Pembunuh Pegawai Bank Ada IC Palsu Tapi Berdaftar Pula Sebagai Pengundi Dgn SPR!


Kawan pembunuh pegawai bank juga ada IC palsu dan siap nama dalam SPR lagi..!!

Disebabkan nak UNDI supaya BN tak kalah maka habis pendatang asing bagi ic.

Tuhan nak tunjuk BAHAYA BN dok bagi ic ni sampai nyawa rakyat dibuat main main.
So.. pembunuh indon ni boleh lak mengundi ya? Nampak tak permainan PEMIMPIN RASUAH BN?

ini keratan FB mamat sial tuu :
Berikut antara rakan-rakan si pembunuh yang telah di skrin shot di facebook. Dua orang yang telah dikenal pasti bekerja di Malaysia iaitu Zulfiqar Afegav dan Arshanikum Endeyn.

Sumber >> https://www.facebook.com/ardi.putrakatela


Rakan 2

Bekerja sebagai RELA? Alamak rela pun dia sapu? Macam mana dia orang boleh dapat kad pengenalan. Setahu aku Ahli RELA wajib orang tempatan dan antara aktiviti yang dijalankan ialah membantu imegressen membenteras PATI. Sekarang apa sudah jadi PATI benteras PATI? macam mana tu?

Perghhh..gilalahh..siap dapat nama baru lagi.. Hamdan Bin Hamid.

Dah lah masuk Malaysia, identiti di palsukan pulak tu, dan lagi boleh pulak jadi pengundi di Sabah? Alamak betul ke ape nie..adakah ini satu bukti projek IC yang pernah aku dengar sebelum ini?
Yang ini baru sorang. Agak-agak korang berapa ramai lagi yang masih berkeliaran disekeliling korang tu?

Korang sendiri boleh menyemak di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya mengunakan nombor MyKad 8507-12-6265. (kalau SPR x buang lagi la)

Lambat laut suatu hari nanti peluang warga tempatan untuk bekerja telah di cantas kesemuanya oleh pendatang asing.


SUMBER

Secara Rasmi Aku Berkempen Untuk Ustaz Nik Amar Lawan Abang Mat!

Sama mcm Lan SMS, aku hrp sangat, kempen aku ni tak langgar garis panduan parti.

Aku zahirkan sokongan dan undi yg tak berbelah bagi aku kpd Ustaz Nik Amar utk jwtan Timb. Presiden. PAS perlukan suntikan baru utk menggantikan Umno yg semakin buruk dan busuk. Walaupun PAS mungkin berpeluang melalui tahaluf siyasi dgn PKR dan DAP, tp sampai skrg tahaluf siyasi PAS dgn kedua2 parti itu tak menguntungkan PAS, malah PAS hilang kerusi.

Dlm hal ini, Abang Mat tak blh dipersalahkan. Dia dah jlnkan tugasnya dgn baik sepanjang jd Timb. Presiden mengikut kapasiti diri.

Yg jd masalah ialah bila byk sgt tikus dilantik utk perbaiki labu. Sudahnya, masalah tak selesai, labu pula yg rosak. Pemimpin2 separuh masak dlm barisan kepimpinan jemaah inilah yg byk timbulkan masalah dan bg imej buruk2 kpd PAS.

Satu perkara penting yg kita tak pernah ambik tahu atau buat2 buta ialah khidmat yg diberikan oleh wakil2 rakyat PAS. Walaupun kita gah berckp dan bersyarah ttg agama, malah lebih berani dan sentiasa mencabar pemimpin Umno utk berdebat dgn kita, malangnya dr segi mutu kerja kpd rakyat, kita jauh ketinggalan.

Kita cuma rajin tunjuk muka di masjid, berebut jd tok imam dan pentazkirah. Kita cuma rajin jenguk muka utk makan kenduri walaupun tak dijemput atau ke tanah perkuburan. Kita ambil hati pengundi dan penyokong dgn cerita2 zuhud dan mementingkan perkara2 remeh. Malangnya, wakil2 rakyat kita pula, cukup susah nak ditemui kalau rakyat nak mengadu sebarang masalah. Ada pula wakil rakyat kita yg dgn sinis bertanyakan keahlian rakyat yg dtg mengadu. Kalau org PAS atau penyokong PR, akan ditolong tapi kalau org Umno, wakil rakyat kita akan bagi tazkirah panjang lebar dan kemudian buat muka bengis atau bersuara menyindir.

Sepatutnya, kita tak boleh buat mcm tu. Ini kerja dakwah walaupun sbg wakil rakyat. Inilah masanya kita mendakwahkan penyokong Umno kpd Islam. Kita kena tunjukkan sikap Islam spt yg diajarkan Rasulullah s.a.w. Bukan buat muka sombong, cengil dan kurang ajar. Kita kena takluk hati musuh atau penentang kita dgn budi bahasa dan sifat yg lunak. Kita tak blh pisahkan diri dan anggap kita sj yg akan masuk syurga. Kalau nak masuk syurga, kita kena usaha supaya ramai2 manusia masuk syurga bersama2 kita termasuklah org2 Umno.

Tapi ada lagi yg lbh hebat. Bila ada rakyat dtg mengadu masalah, wakil rakyat kita tu segera meminta agar rakyat itu pergi berjumpa wakil Umno. Alasan yg dibagi, "kami tak ada peruntukan. Umno ada byk duit. Pergilah minta dgn Umno."

Masa nak dpt undi, kita berjanji bulan dan bintang. Tapi bila dah dibg tanggungjawab, kita pindahkan pula tanggungjawab tu kpd pihak yg kita sebelum ini kata, tak bertanggungjawab. Akhirnya kita yg digelakkan.

Apa kaitan semua ni dgn sokongan serta undi aku kpd Ustaz Nik Amar?

Sbb aku npk dan dr pengalaman aku, Ustaz Nik Amar bertentangan dgn perangai buruk yg aku dedahkan. Keperluan itulah yang diwajibkan utk pimpinan utama PAS.

Monday 11 November 2013

Mahfuz Omar Ni Memang Betol2 Bodoh Ke?

Mcm tak percaya bila Naib Presiden PAS yg juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar keluarkan kenyataan terbaru minta Umno mohon maaf kerana politikkan Kalimah ALLAH. Aku tak fikir org PAS terlalu bodoh utk menilai siapa yg politikkan isu itu dan siapa pula yg bermati2an menyokong.

Sbg ahli jemaah jundullah, kita perlu berckp benar pd sepanjang masa. Tak boleh bohong walaupun itu mungkin blh bagi kelebihan pd kita.

Tahu pasei apa?

Pasei Allah Taala dah kata, kebenaran mengatasi kebatilan dan janji2 Allah Taala itu benar belaka.

Isu kalimah Allah mmg isu yg kita buat silap dr awal. Isu inilah yg sebabkan PAS hilang byk sokongan Melayu-Islam. Isu ini jugalah yg buatkan PAS dilihat sebagai kambing biri2 yg digembala oleh DAP dan PKR. Isu Kalimah Allah jugalah yg dah pecah-belahkan PAS sampai PAS dilabel dgn bermcm2 label oleh macai Umno.

Kita ni berjemaah. Bila berjemaah kita ikut pemimpin. Byk pemimpin PAS yg berckp ttg Kalimah Allah dan sokong DAP dan PKR, adalah pemimpin peringkat rendah. Pemimpin tertinggi PAS pula mengikut keputusan Majlis Syura dan Dewan Ulama yg tak bersetuju kalimah Allah dikongsi dlm Bible bahasa Melayu.

Tok Guru Mursyidul Am bersetuju. Tok Guru Presiden ckp berlapik2 walaupun isinya sama mcm resolusi Dewan Ulama. Ketua Dewan Ulama dan Timb. Mursyidul Am terang2 tak bersetuju dgn tuntutan DAP.

Bagi aku senang. Aku berada dan berjuang dlm PAS krn Islam. Pemimpin aku adalah ulama. Ulama2 adalah pembuat dasar jemaah ini. Jd, dlm hal ini aku lbh terpakai keputusan Dewan Ulama walaupun Tok Guru Mursyidul Am adalah pemimpin tertinggi. Pendapat Tok Guru Mursyidul Am, bagi aku hanyalah pendpt peribadinya, bukan keputusan Dewan Ulama apa lagi Majlis Syura.

Yg buat kecoh ttg Kalimah Allah adalah puak Kristian. Umno dan k'jaan hanya mengikut peruntukan Perlembagaan dan utk jaga kemaslahatan umat Islam di Malaysia. Ini bkn soal bebas atau tidak. Tapi undang2. Dlm siyasah syariah juga, sama ada yg ditulis oleh Marwardi atau Ibn Taimiyyah, perkara yg sama juga digariskan oleh kedua2 ulama besar itu.

Patutnya Mahfuz Omar tak pyh jadi jurucakap kaum Kristian. Dan dia patutnya lebih kerap buka kitab dan tak berckp guna akal singkatnya. Pemimpin2 PAS yg lain, tolonglah jgn jadikan jemaah ini sbg bahan jenaka oleh musuh. Cukup2lah tu.

Islam tu mudah tapi jgn dipermudahkan!

Saturday 9 November 2013

Jangan Kerana Karpal Singh, PAS Ketepikan Al Quran dan Peringatan Allah Taala

Aku mcm tak percaya dgn apa yg aku baca. Zaman aku masuk PAS pertengahan 1980an dulu, taklah mcm skrg. Tahun 70an pula seingat2 aku, PAS benar2 praktikkan suruhan al Quran, iaitu berkasih sayang sesama sendiri dan bersikap keras terhdp kafirin. Sampaikan ada ustaz baca kitab masa tu buat ijtihad, Umno sama mcm kafirin, maka perlulah bersikap keras terhdp Umno.

Takkanlah kerana tahaluf siyasi, pegangan asal PAS dah dicampak masuk ke longkang. Golongan mcm aku, masih ramai dlm PAS. Kami ingat semuanya terutama sekali trend pentakfiran yg memalukan itu. Tu belum lg demam Aliran Muda sampaikan gendang masjid pun dibakar sebab takut haram kerana bunyi gendang diistinbathkan sbg muzik.

Npknya pemikiran kacau masih berleluasa dlm PAS. Kita kutuk Umno krn pemikiran Umno yg kita rasakan tidak menepati kehendak syariah, tapi kita sendiri tdk ada pegangan kukuh dlm menyatakan pendirian.

Aku cukup hairan mengapa ada kalangan kita yg sgt seronok membenarkan kenyataan si OKU bernama Karpal Singh. Aku lbh pelik lagi bila kita selaku jemaah Parti Allah mengabaikan perintah dan kata-dua Allah Taala ttg golongan seperti OKU tu spt dlm Ayat 120 Al Baqarah.

Walaupun atas nama tahaluf siyasi, ayat2 al Quran jgn dibelakangkan. Kita kena guna dan kena sentiasa ambil peringatan. Kalau inilah tahaluf siyasi yg kita bangga2kan, aku rasa tahaluf siyasi Umno dgn MCA dan MIC jauh lbh baik sbb walau dlm apa keadaan sekalipun, MCA dan MIC kena panggil Umno sbg Big-Brother. Sdgkan kita pula, tak ubah mcm selipar jamban.

Mmg tak salah utk kita dgr alasan yg diberikan oleh Karpal Singh tapi kalau sampai meraikan penjelasannya tu, aku rasa pegangan kita kpd ayat-ayat Allah Taala mmg sudah semakin longgar. Kita hanya mengaku perjuangkan Islam dgn pakaian kita yg lebih Arab dr org Arab tapi al Quran kita tinggalkan semata2 utk bagi laluan kpd tahaluf siyasi yg telah merugikan kita.

Friday 8 November 2013

Geng PAS Selangor Sakit Hati Mat Sabu vs Nik Amar Untuk Timb. Presiden PAS


Walaupun 5 org yg dicalonkan, tapi akhirnya yg tinggal hanyalah Abang Mat dan Nik Amar. Abang Mat wakil PAS Progresif yg berketuakan Anwar Ibrahim dan LGE manakala Nik Amar wakil Ulama yg sdg berusaha membw PAS ke perjuangan asal.

Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayob secara rasmi dah tarik diri dr pertandingan itu. Husam Musa secara terbuka menyatakan sokongan kpd Nik Amar. Tuan Ibrahim juga dah nyatakan sokongan kpd Nik Amar. Begitu juga dgn Salahuddin Ayob.

Masa bercampur, aku dgr cerita ttg 'perubahan' yg nak dibuat. PAS ni jauh lbh baik dr Umno. PAS tak kecoh2 dan tak bising2. Tahu2 saja, kita dah buat.

Dewan Ulama PAS Pusat dah lama tarik handbrake. Majlis Syura pun dah mula tonjolkan pengaruh. Itulah sbbnya, beberapa org pemimpin PAS Selangor yg kita tahu haluan deme ke mana, mula bukak mulut dan kritik Dewan Ulama PAS sampai nak mansuhkan Majlis Syura.

Nafi mmg boleh nafi ler. Org luar dr PAS mungkin boleh terima penafian tu sbb dah mmg resmi pemimpin2 kita, nafi jd darah daging. Yg jadi masalahnya ialah, cerita tikus dgn labu ni dah merebak keluar. Siap bg bukti. Tak cukup gambar, siap ada rakaman suara lagi.

Aku npk yg paling kelam kabut adalah PAS Selangor. Dah mula tuduh org itu org ini bocorkan rahsia jemaah.

Haloo kawan, kalau mulut sendiri yg berckp tak sedar diri dan tak pandang kiri kanan, jgn pulak org lain yg nak disalahkan.

Geng yg kuat menyamar dan jd pemimpin PAS, tak senang kalau Abang Mat berdepan empat mata dgn Nik Amar. PAS adalah parti agama. Jd pemimpinnya mesti org agama. Abang Mat pulak bkn org agama. Malah dh jd org Anwar-LGE walaupun berserban PAS. Nak control PAS, kena kontrol bhg yg paling lemah.

Abang Mat ler kelemahan PAS.

Kalau ramai2 bertanding, undi boleh pecah dan Abang Mat akan lbh beruntung mcm pemilihan lepas. Geng Selangor dah mula berckp nak pujuk seorg lagi utk bertanding jawatan tersebut, bkn utk menang tapi nak bagi Abang Mat menang.

Kita dah byk buat silap. Kali ini kalau kepimpinan yang kita wala' dan kita percaya kethiqahan deme buat silap lagi, PAS bakal jd sama mcm Umno yg dipenuhi dgn pemimpin tahap jamban. Kita kena ingat, walaupun umur kita dgn Umno hanya berbeza 6 tahun, tapi kita baru belajar nak hidup.

Tuan Ibrahim Tuan Man Tarik Diri... Alangkah Kecewanya!


Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi dah tarik diri dr bertanding jwtan Timb. Presiden PAS. Alasan yg diberikan ialah, dia belum layak dan tak mampu pikul tugas. Dia mahu tumpukan pada tugasnya sbg Pesuruhjaya PAS Pahang utk menghdpi PRU14.

Seorg lagi yg turut menarik diri adalah Salahuddin Ayub.

Kedua2nya hanya menawarkan diri utk bertanding jawatan Naib Presiden.

Aku mmg kecewa sgt2 bila Tuan Ibrahim yg lbh dikenali sebgi 'Ayah' tarik diri. Walaupun Tuan Ibrahim yg skrg ni adalah Ketua Penerangan PAS Pusat memberikan ruang kepada Nik Amar utk bertanding jwtan tu, PAS sebenarnya amat memerlukan Tuan Ibrahim sbg Timb. Presiden.

Apa salah dgn Abang Mat?

Memang salah banyak!

Mungkin bg penyokong Abang Mat, atau bg yg baru kenal PAS akan kagum dgn Abang Mat. Tapi bagi golongan lama mcm aku, Abang Mat bkn mcm Abang Mat zaman Mahathir dulu. Kalau dulu bila org kata Abang Mat, Mahathir bela sbb hujah2nya menghentam kerajaan penuh factual, skrg ini, Abang Mat dah main hentam keromo ikut rentak DAP dan kaki busuk Umno yang keluar utk tubuhkan PKR demi Anwar Ibrahim.

Byk kesilapan yg tak sepatutnya dilakukan oleh  Abang Mat sebg Timb. Presiden termasuklah dlm isu pembelaan ke atas komunis, isu LGBT malah dlm isu Kalimah ALLAH pun. Abang Mat sbg Timb. Presiden dah jadikan Presiden sbg tukang cakap sja. Abang Mat pula npk mcm ditulangbelakangkan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

PAS perlu kembali kepada fikrah dan perjuangan asal. Aku setuju dgn saranan Ketua Dewan Ulama PAS dan Dewan Ulama PAS sendiri yg mahukan Presiden dan Timb. Presiden perlulah dari kalangan ulama. Hanya ulama yg cepat2 sedar batas dan garisan dlm sesuatu tindakan. Hanya Ulama yg ambil berat ttg halal-haram sesuatu tindakan.

Tapi nak buat mcmmana, dah tuan punya badan sendiri tarik diri. Kita nak boleh buat apa....

Thursday 7 November 2013

Kita Harapkan Sangat2 UMNO Teruskan Kebodohan Macam Di Sungai Limau


PAS mujur sesangat pasai Umno tak cerdik. Kalau Umno cerdik, PAS dah lama tutup parti.

Umno kalau kempen, mesti cerita ttg pembangunan dan kemajuan. Jadi, utk bukti, Umno akan bawa janji dan mcm2 brgan utk dibagi kpd penduduk. Di Sg Limau, Umno bawa beras dan gula, kemdian dijual dgn harga lelong.

Mcm semut dgn gulalah. Kalau dah jual murah, semua org terpa dan nak beli. Niat Umno utk ambik kesempatan dr Karnival Rakyat di Batu 17 dgn berkempen, tak jadi nyata sbb org hanya nak beli brg murah yg bukan boleh dpt tiap2 hari walaupun Umno menang di Sg Limau.

Nasib baik PAS dr awal lagi, kepimpinan dah peringatkan ttg muslihat ini. Bagi barang ambik, undi tetap PAS.

Umno pulak teruja tgk org ramai dtg berkerumun. Sangkaan deme, itu tanda org ramai sokong Umno. Deme dah berpuas hati.

Mujurlah Umno tak cerdik. Kalau tak, punah PAS di kubu kuat sendiri.

Jangan Seronok Sangat, Yob... Majoriti Kurang Separuh Bukan Benda Ringan

Seronok ke menang di Sg Limau?

Aku berada di Sg Limau hampir 4 minggu. Merata ceruk Sg Limau aku masuk. Dgn lebih 800 kes kemiskinan tegar di seluruh Sg Limau terutama sekali di Sg Kering, Ulu Sedaka, Kuala Sedaka, Kuala Dulang, Bukit Besar dan Bukit Choras, aku sempat mengalirkan air mata sayu.

Sedap kalau nak salahkan k'jaan. Mudah utk katakan, k'jaan tak bg bantuan dan sisihkan golongan miskin. Tapi kita kena berfikir dgn waras. Bkn mcm org gila yang mabuk air daun ketum.

Kita berkempen dgn Islam sebagai cogankata. Kita kata kita nak martabatkan Islam. Kita bakar sentimen org ramai dgn menyalahkan k'jaan. Kita cari jln mudah nak selamatkan diri dgn jadikan Umno dan BN sbg sasaran utk dipersalahkan.

Sg Limau pun tak berkecuali juga tanpa kita sedar, dah 5 penggal kita di Sg Limau. Kali ini dah jadi 6 penggal. Kita dtg dgn satu azam. Utk kalahkan Umno dan tak benarkan Umno dpt Sg Limau.

Tapi kita tak berikan alternatif kpd penduduk. Kita tak dtg dengan rancangan yg lbh besar utk tunjukkan yg kita benar2 bawa Islam, bukan sekadar retorik dan ckp2 kosong. Kita terlalu bergantung kpd kempen2 rohaniah dan kita buat2 lupa bhw apa yg kita lakukan di Sg Limau sebenarnya kerja dunia semata2.

Tidak keterlaluan kalau aku katakan, kita terlalu munafik dlm hal ini.

Disbbkan itulah, Allah Taala palingkan sebahagian hati org yg telah menyokong kita selama 5 penggal sblum ini. Majoriti kita di Sg Limau telah dikurangkan lbh dr separuh. Allah Taala dah bg isyarat kepada PAS, kalau tak ubah juga taktik yg kita duk buat selama ni, kemenangan boleh ditarik balik dan kemenangan akan diserahkan kpd musuh.

Cara kempen kita sudah tersangat kuno dan ketinggalan. Sampai bila kita perlu terus bergantung kpd retorik, gimik dan drama murahan yg berselindung di sebalik agama, sdgkan perkara terpenting dlm agama selain akidah, kita tinggalkan.

Kalau Umno pandang mudah pada hudud, kita pula pandang mudah pada penguasaan ekonomi. Kita sendiri meminta2 dgn alasan, derma utk jihad. Sdgkan al Quran sgt tekankan ttg penguasaan ekonomi sehingga diajar kpd kita ttg sukatan, timbangan dan nisbah supaya kita jd manusia yg tak menipu. Ayat2 ttg ekonomi pula lebih byk dr hudud.

PAS tak kurang dgn pakar ekonomi. Malangnya kita tak gunakan ulama2 ekonomi itu. Sebaliknya kita leka dgn ulama2 yg mengajar dr kitab dan kita kagum krn ceramah mrk penuh dgn org yg mendgr sdgkan ilmunya hanya mengenakan Umno.

Matlamat penubuhan jemaah ini asalnya adalah utk memartabatkan Islam dan umatnya. Tak ada kesudahannya kalau kita terus dgn corak dan gerak kerja sebegini. Kita sendiri yg dah jadikan agama sebagai hiasan pd pakaian. Dan akhirnya tanpa kita sedar, Allah Taala dah lemahkan kita.

Pun begitu, kita tetap juga seronok dan langsung tak ambik iktibar.

Sunday 3 November 2013

Senang Kerja Di Sungai Limau, UMNO Sabotaj UMNGOK Untuk Menangkan PAS-Anwarinas


Umno terpaksa calonkan bekas pensyarah kanan UPSI utk teruskan legasi arwah ustaz Azizan di Sg Limau sbb arwah adalah pendidik. Jd, mahu tak mahu terpaksa jugalah Umno cari individu yg setaraf dgn kelulusan arwah. Akhirnya yang terpilih adalah Dr. Sohaimi Lazim. Manakala PAS pulak pilih Azam Samad, dua pupu Phahrolrazi Zawawi yg diketahui cuba mengguling dan menjatuhkan arwah ustaz Azian bersama2 Mahfuz Omar dgn dibantu oleh Abg Mat Sabu yg dpt bantuan kewangan Lim Guan Eng dan DAP.

Umno dr awal dah bergolak. Tok Mie, bekas Ketua Bhg sakit hati sbb tak terpilih sbg calon walaupun sedar dia bw byk masalah. Cubaan sabotajnya tak berjln dgn lancar sbb modus operandi dah pecah dan dia kena kepung.

Tp Umno lupa, yg dtg berkempen bersama2 pemimpin Umno, adalah golongan trojan horse Anwarinas.

Seorg anggota rombongan Isa Samad yg dtg dari Negeri Sembilan, telah menjlnkan kempen agresif utk memenangkan calon PAS. Anggota rombongan itu yg ada dlm pasukan pemeriksaan perubatan yg dibawa oleh Isa Samad, telah dikesan cuba sabotaj kempen Umno.

Semlm pula, seorg bekas Pengurus di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yg juga bekas AJK UMNO Bahagian Arau dan kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Ketua Bahagian Arau baru2 ini, telah mengeluarkan kenyataan di Facebook yg jelas merupakan cubaan sabotaj Umno.

Walaupun secara lahiriah, sokongan utk Umno kelihatan mencanak di Sg Limau, PAS dan PR tdk perlu khuatir krn akhirnya Umno akan dikalahkan oleh trojan2 horse spt ini.