Saturday 7 December 2013

Tolonglah Jangan Memalukan Jemaah Islam! Patutnya Kita Berbangga Dengan Tindakan Mat Said


Secara peribadi, aku kagum dengan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS mengatakan Ahmad Said tidak turun ke kawasan-kawasan banjir di Terengganu untuk melihat permasalahan rakyat yang sedang berhadapan dengan musibah banjir.

Sungguh memalukan tuduhan itu dilakukan, terutama sekali apabila ianya datang dari mulut seorang wakil rakyat PAS. Dr. Syed Azman bukan kali pertama terkantoi tersalah cakap, malah pernah sekali terkantoi teruk di dalam Dewan Undangan Negeri apabila Ahmad Said minta kertas yang dipegangnya yang didakwa sebagai bukti.

Kalau aku nak berbohong, boleh sahaja aku buat cerita-cerita buruk tentang Ahmad Said seperti yang kebanyakan jurutulis jemaah kita buat terutama dari Terengganu. Tetapi aku sentiasa berpegang, kebenaran walaupun pahit sekalipun perlu ditelan.

Dalam soal banjir di Terengganu, kebenarannya ialah Ahmad Said memang berada di kawasan-kawasan banjir.

Sepatutnya dalam musibah sebegini, kita langsung tak bagi ruang kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk buktikan yang mereka bela rakyat. Kita yang banyak bercakap tentang Islam inilah yang patutnya buat dulu. Kita tak payah tuding jari kepada orang lain tapi kita buktikan yang kita memang buat apa yang kita cakap dan apa yang disuruh oleh Islam.

Begitu juga semasa Ahmad Said mengeluarkan roti dari sebuah van penghantar roti di jalan Kuala Lipis. Apa perlu kita keluarkan cerita-cerita yang hanya memalukan jemaah Islam? Kita terlalu kuat berprasangka sedangkan tindakan yang dilakukan oleh Ahmad Said pula, jauh lebih baik berbanding dengan sebahagian besar pemimpin kita yang sibuk mencari isu untuk diperkatakan tetapi batang hidung mereka tidak kelihatan langsung di tempat-tempat musibah.

Jadi, aku minta sangat-sangatlah, sebagai seorang Islam, kita bertindaklah dengan cara yang diajarkan oleh Islam. Islam mengajar kita menjadi cerdik. Jangan disebabkan politik, kita tinggalkan Islam dan berubah menjadi bodoh.

Banyak isu lain yang boleh kita timbulkan untuk politik. Bukan isu banjir!

No comments: