Saturday 14 December 2013

Kerajaan Melebihkan Syarikat Kapitalis Berbanding Rakyat, UBN Tak Boleh Menyorok Lagi


Tol akan dinaikkan. Itu adalah kenyataan daripada Abdul Wahid Omar. Siapa Abdul Wahid Omar? Kome cari ler sendiri siapa dia.

Alasan yang diberikan untuk mewajarkan kenaikan tol ialah, kerajaan dah buat perjanjian dengan syarikat-syarikat konsesi yang telah mengeluarkan modal untuk memberikan pampasan kepada tanah-tanah yang diambilalih untuk projek lebuhraya. Kerajaan dah bagi subsidi dan sekarang, kerajaan tidak dapat menanggung subsidi yang lebih besar kerana kos terus meningkat.

Jadi, keputusan mudah ialah Kerajaan bersetuju untuk syarikat-syarikat konsesi menaikkan harga tol dan rakyat yang perlu menanggung kos.

Ada sedikit pelik dengan perjanjian antara Kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi ini. Kenaikan tol diperlukan kononnya kerana ianya ada dalam perjanjian.

Takkanlah kerajaan masa luluskan projek lebuhraya, langsung tak terfikir tentang pertambahan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya terbabit? Takkanlah kutipan tol di lebuhraya-lebuhraya itu semakin berkurangan sedangkan setahu akulah, pengguna kenderaan dah tak ada cara lain kecuali terpaksa lalu ikut lebuhraya bertol atas banyak faktor termasuklah faktor masa dan keadaan jalanraya itu sendiri.

Jadi, di mana kerugian yang didakwa?

PAS sudah lama mendesak kerajaan agar mendedahkan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi tersebut terutama sekali membabitkan PLUS yang dimiliki oleh syarikat UMNO semenjak dari tahun 1985 dahulu. Tapi sampai sekarang, Kerajaan UBN tidak pernah berani menzahirkan perjanjian tersebut untuk dicermati oleh rakyat.

Ada orang UBN yang mendakwa, PAS hanya pandai bercakap tapi nak bina sebatang lebuhraya pun tak mampu. Yang mereka tak sentuh ialah, PAS yang memerintah Kelantan dan Kedah sebelum ini, enggan bina lebuhraya yang akhirnya perjanjian antara syarikat konsesi dengan Kerajaan Negeri akhirnya memberi beban kepada rakyat.

Lebuhraya Rakyat di Kelantan yang diura-urakan dan digembar-gemburkan oleh Husam Musa, masih tidak dapat dibuat walaupun ianya merupakan salah satu daripada Projek Rancangan Malaysia Ke-9. Aku tak mahulah komen berhubung kenyataan Husam Musa yang berbolak balik dan sekadar mencari publisiti untuk dirinya tapi aku melihat tentangan sebilangan daripada pemimpin PAS Kelantan kepada rancangan gila Husam Musa yang akhirnya menyebabkan PAS disamakan dengan UBN, membuatkan projek Lebuhraya Rakyat itu tidak ke mana-mana.

Aku setuju, malah ramai yang setuju, pembangunan dan kemajuan mempunyai kos dan perlu ditanggung sama oleh rakyat. Tetapi kalau tanggungan tersebut sentiasa meningkat saban tahun hanya kerana perjanjian antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi, apa gunanya kerana pembangunan dan kemajuan seperti itu hanya akan membuatkan jiwa manusia menjadi kosong dan matlamat mereka adalah material.

Kalau dah sentiasa sibuk mencari duit tambahan bagi mengisi kocek yang semakin kempis, bila masa pula kita nak jalankan tugas kita yang lebih utama iaitu tujuan kita hidup di muka bumi ini?

No comments: