Friday 13 December 2013

Mat Sabu Syiah: Bila Yang Menyokong, Jadikan Kebebalan Sebagai Hujah


Aku melihat ramai yang membela Abang Mat dalam isu tuduhan Zahid Hamidi yang Timbalan Presiden PAS itu pengamal Syiah. Baguslah kalau gitu...

Zahid Hamidi telah dicabar untuk menunjukkan bukti dan dalil berhubung tuduhannya. Semalam, dia dah kotakan janjinya walaupun sekadar memetik sana sini untuk dijadikan dalil tetapi tidak menampilkan bukti yang benar-benar sahih, walaupun pada dasarkan macai-macai Umno tidak sahaja menuduh, bahkan mereka turut mengeluarkan rakaman video dan audio sebagai bukti.

Aku masih bersangka baik... mungkin ini fasa pertama Zahid Hamidi. Fasa kedua atau mungkin selepas Abang Mat dan peguamnya bawa kes ke mahkamah, Zahid Hamidi dan KDN akan keluarkan bukti2 yang lebih meyakinkan.

Yang aku nampak pembelaan terhadap Abang Mat dan perlecehan terhadap '10 bukti' KDN tu pun, nampak serba melawakkan dan melemaskan.

Apa ke hei nya plak dikaitkan antara dasar diplomatik atau hubungan antara negara dengan amalan?

Kut yer pun nak membela, janganlah buat kelaku bodoh sebegitu rupa. Malu kita. Nak-nak pulak bagi kita mengaku yang kita ni jemaah parti Islam. Takkanlah kita yang merupakan golongan yang sentiasa didedahkan dengan pendidikan Islam, dan saban masa ditazkirahkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat langsung tidak dapat membezakan antara tuduhan terhadap amalan dengan dasar diplomatik negara.

Rasulullah s.a.w pun ada buat hubungan diplomatik dengan pemerintah-pemerintah bukan Islam. Adakah kita nak samakan Rasulullah s.a.w dengan pemimpin-pemimpin Malaysia zaman sekarang yang buat hubungan dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari negara Syiah?

Aku tengok sekarang ini, ramai yang nak membela tapi tak tahu asas pembelaan. Abang Mat kita dituduh sebagai pengamal ajaran sesat Syiah. Patutnya kita cari sudut atau sisi amalan Abang Mat untuk dibela dan dibuktikan tuduhan Zahid Hamidi itu adalah tuduhan kejam yang menyalahi tatacara pertuduhan dalam Islam. Bukan kita pi duk merapu meraban sambil paparkan gambar Mahathir dengan pemimpin Iran.

Jadi orang Islam ni, kena bijak sebab Islam ajar kita jadi bijak. Kita kena bezakan antara dasar hubungan negara dengan amalan. Jangan kita terkeliru dan kemudian pihak musuh berjaya pula buktikan yang kita ni bebal hanya kerana kita menyokong perjuangan Islam.

No comments: