Saturday 7 December 2013

Abang Mat Nak Saman Zahid Sebab Dituduh Syiah


Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi sengaja nak cari masalah dengan membuat tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Tuduhan melulu tersebut sebenarnya hanya akan membuatkan lebih ramai kaum Syiah di negara ini nampak jalan bagaimana untuk mereka mengembangkan fahaman mereka sekaligus menolak kesaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w untuk digantikan dengan kerasulan Syaidina Ali bin Abi Talib ra, serta mengkultuskan Syaidina Hassan ra. dan Syaidina Hussin ra.

Elok sangatlah kalau Abang Mat nak saman Zahid Hamidi kerana tuduhan berkenaan. Sekurang-kurangnya untuk membersihkan PAS daripada sebarang gejala Syiah mahupun taqiyyah Syiah yang agak melampau dalam jemaah ini.

Dalam perlembagaan PAS sudah tertulis bahawa fahaman selain Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak akan diterima sebagai sebahagian daripada PAS mahupun keanggotaannya dalam jemaah ini.

Memandangkan Abang Mat adalah Timbalan Presiden yang dipilih oleh perwakilan-perwakilan PAS dalam Muktamar yang baru lepas, eloklah Abang Mat bersihkan diri dan imej parti daripada sebarang elemen Syiah, baik dari segi tutur kata, dari segi amalan, apatah lagi dari segi pakaiannya.

Antara rukun utama dalam agama Syiah adalah TAKIYAH dan IMAMAH.

Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak ada pelajaran atau pun kepercayaan terhadap takiyah dan imamah ini. Apa itu takiyah dan imamah?

Kedua-duanya adalah bidaah mutlak yang dicipta oleh kaum Syiah untuk naik berkuasa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dengan cara mengatasnamakan Syaidina Ali ra dan kedua-dua anak lelakinya yang mereka sendiri bunuh.

Aku menyokong sepenuhnya saman yang hendak dibuat oleh Abang Mat ke atas Zahid. Ini bukan zaman takiyah lagi. Abang Mat pastinya akan mengeluarkan segala bukti yang dia adalah ASWJ dan bukannya Syiah sebagaimana yang dipercayai oleh ramai orang terutama sekali macai-macai Umno.

No comments: