Sunday, 3 May 2015

Nak Berdalih Kata BlackOp UBN? Tak Payahlah... Memang Kerja AMK-PKR


Setiap kali PRK, setiap kali itulah juga kita akan disajikan dengan pelbagai dakyah dan pembohongan. Kita maklum dengan UBN yang akan berusaha bermati-matian dengan sebarang cara untuk matikan perjuangan Islam. Jadi kita tidak hairan sama sekali kalau UBN akan mencipta pelbagai taktik dan tipu perdaya untuk tujuan itu.

Namun, di PRK Permatang Pauh, yang buat perangai munafiq itu adalah AMK-PKR.

AMK-PKR ternyata terlalu bongkak dan takabbur kerana menganggap, bantuan yang dijanjikan oleh DAP akan berupaya memenangkan Wan Azizah di PRK Permatang Pauh. Berbanding UBN yang dilihat selesa tanpa perlu melibatkan diri dalam permusuhan antara AMK-PKR dengan PAS, medium dakyah yang terpampang di serata Permatang Pauh itu sebenarnya lebih berat kepada AMK-PKR yang dari dahulu lagi memang itulah kerja mereka.

Politik bunuh-membunuh sesama sendiri telah diamalkan secara berleluasa oleh AMK-PKR. Kita tentu masih ingat bagaimana AMK cuba berlakon tetapi pada masa yang sama menghasut calon mereka di Bukit Besi mengambil tindakan undang-undang dan menyaman Tuan Guru Presiden atas tuduhan yang tidak jelas membabitkan pil kuda. Dibantu pula oleh Haneepa Maidin yang sememangnya duri dalam daging dan musuh dalam selimut, ahli AMK itu menang di mahkamah tinggi tetapi kalah di Mahkamah Rayuan dengan bukti-bukti jelas yang ianya sengaja dibuat untuk memalukan Tuan Guru Presiden selain cubaan untuk meletakkan PAS di bawah telapak kaki PKR.

Kelemahan Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat juga merupakan antara faktor penting bagaimana AMK yang berkecamuk dan keliru, berjaya menggula-gulakan Pemuda PAS. Suhaizan Kaiat yang diketahui tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas kecuali berkiblatkan Guan Eng dan Anwar Ibrahim, sentiasa patuh dan menurut kata PKR dan DAP dalam semua keadaan sekalipun pada masa yang sama, amat merugikan PAS.


Dari awal lagi, AMK-PKR memang tidak mahukan Pemuda PAS dan jentera kempen PAS membantu di Permatang Pauh dengan alasan, bimbang isu hudud akan menenggelamkan isu Anwar Ibrahim. Dari awal lagi, AMK-PKR sangat takut sekiranya PAS bukan berkempen untuk kemenangan Wan Azizah, sebaliknya berkempen untuk memenangkan hudud di kalangan para pengundi beragama Islam dan berbangsa Melayu di Permatang Pauh.

Jadi, kalau AMK-PKR cuba menafikan bunting-bunting dan pemidang-pemidang yang terpasang di serata Permatang Pauh yang menghalang jentera PAS daripada berkempen, ia samalah seperti mereka cuba menafikan KAJANG MOVE yang kemudian dipersalahkan PAS sedangkan PAS tidak tahu-menahu langsung tentang KAJANG MOVE.

AMK-PKR perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri, bukannya sibuk menuding kepada orang lain. Sikap baling batu sembunyi tangan seperti yang sering dilakukan oleh AMK-PKR sudah ketinggalan zaman.

Samalah sepertimana mereka menaja kumpulan ANARKI yang cuba melakukan provokasi dalam Demonstrasi BANTAH GST di Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu, tetapi dengan pantas mereka menafikan penglibatan AMK-PKR walaupun bukan rahsia lagi bagaimana kumpulan berkenaan mendapat latihan daripada Hishamuddin Rais dan Jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa selain Chegu Bard.

Bangkai gajah tidak boleh disorok dengan sehelai lalang...

Saturday, 2 May 2015

Medan Perang Sebenar Pertahan Akidah Islamiyyah Di Permatang Pauh dan Rompin

Di Rompin, walaupun yang bertanding adalah calon dari PAS yang membawa aspirasi kepimpinan ummah menerusi keberkatan Allah Taala menerusi usaha memperjuangkan dan memartabatkan syariat Allah Taala, tetapi yang diserang oleh PR adalah calon PAS yang enggan tunduk sujud kepada kelompok Anwariyun dan PASMA.

Tuan Ibrahim Tuan Man yang bukannya calon, telah dilibas kiri kanan, atas bawah dan depan belakang oleh golongan yang mahukan Mat Sabu terus menjadi Timbalan Presiden PAS.

Dalam perlumbaan pencalonan, Mat Sabu jauh ketinggalan berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man. Begitu juga dengan golongan Anwariyun dan PASMA, jauh ketinggalan dalam mendapatkan pencalonan bagi pemilihan PAS Pusat tidak beberapa lama lagi.

Jentera yang sepatutnya berkempen untuk memenangkan Nazri Ahmad dengan mendedahkan sebanyak mungkin salah laku serta penyelewengan UBN dalam pentadbiran negara, bertindak melondehkan Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS sendiri.

Lebih malang lagi ialah apabila PKR dan DAP langsung tidak membantu calon PAS di Rompin. Suasana di Rompin pula sangat hambar dan sesiapa sahaja yang berada di lapangan, akan mendapati UBN jauh meninggalkan PAS, sekaligus seperti mengesahkan, UBN akan menang dengan majoriti besar di Parlimen Rompin.

Tak mengapalah, kitaboleh terima realiti bahawa kalah dan menang adalah adat pertandingan. Selagi tidak diizinkan Allah Taala, kita hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal.

Di Permatang Pauh, lain pula ceritanya. PAS tidak menghantar calon tetapi PAS jugalah yang menjadi mangsa belasahan DAP dan PKR. Kelemahan jentera PKR selain Wan Azizah yang menjadi calon recycle serta mengumpankan muka suaminya, cuba dipersalahkan kepada PAS.

Awal-awal lagi Pemuda PAS dan PAS Permatang Pauh telah memberi amaran, pencalonan Wan Azizah tidak akan mendapat sokongan, juga tidak akan memenangkan PKR secara selesa. Malah PKR mungkin akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah disandang dari tahun 1982 ketika Anwar baru menjadi penyapu UBN. Kemudian pada tahun 1999 apabila Wan Azizah menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana sokongan yang diberikan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor.

Bagaimanapun dengan tekanan daripada Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai sepenuhnya oleh golongan Anwariyun serta PASMA, Pemuda PAS Permatang Pauh kemudiannya dipaksa untuk memberikan sokongan serta kerjasama kepada PKR dan Wan Azizah sekalipun pada masa yang sama, Azmin Ali dengan angkuh dan sombong menyatakan, mereka tidak akan sama sekali meminta maaf kepada PAS dan Tuan Guru Presiden kerana menentang rang undang-undang hudud yang akan dibentangkan oleh PAS di Parlimen.

PKR sebaliknya galak mempromosikan golongan PASMA dan Anwariyun yang telah diupah untuk bercakap bagi pihak PKR kononnya PAS telah terpedaya dengan helah PKR dan DAP.

Ini adalah ujian yang sangat besar kepada ahli-ahli serta pendokong kebenaran Islamiyyah. Ini adalah masanya untuk kita membuktikan kepada diri kita, sejauh manakah tahap keimanan kita kepada perintah Allah Taala. Adakah kita akan mengalah kerana desakan dan tekanan daripada golongan yang amat menyanjungi Anwar Ibrahim dan Guan Eng, atau kita bertegas mempertahankan akidah Islamiyyah yang kita perjuangkan semenjak tahun 1951 sehinggakan Biro Agama UMNO bertukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaya yang kemudian berubah menjadi Parti Islam Se-Malaysia?

Atau kita sekadar munafik yang hanya pandai bercakap dan berceramah tetapi tidak langsung mempunyai keberanian.

Terpulang kepada kita sendiri terutama para pengundi di Permatang Pauh dan Rompin.

Tuesday, 7 April 2015

Pura-Pura Terkejut, Kit Siang Sebenarnya Nak Serang 10 Ahli Parlimen PAS Yang 'Luluskan' POTA


18 Mac lalu, TGHH mengemukakan notis di Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pindaan Akta 335 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015.

Berdasarkan senarai aturan mesyuarat dan usul-usul persidangan hari ini, pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang diusulkan oleh TGHH yang juga Ahli Parlimen Marang berada dalam senarai ke-24 iaitu terakhir.

Semalam juga merupakan satu sejarah apabila undang-undang pencegahan jenayah yang jauh lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri, diluluskan tanpa sebarang pindaan atas nama POTA. PKR-DAP menyalahkan sepenuhnya PAS kerana 10 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir ke Dewan Rakyat sekaligus gagal sama sekali mengatasi undi belah bahagi yang dimenangi oleh BN sebanyak tiga kali.

PAS hanya 10 yang tidak hadir tetapi jumlah sebenar yang tidak hadir adalah 26 orang. Mengapa hanya PAS yang dipersalahkan? Mengapa 16 lagi tidak dikata apa-apa?

Memang betullah kalau 10 Ahli Parlimen PAS hadir, jumlah yang menentang akan menjadi 70 berbanding 79 atau kalau semua Ahli Parlimen Pakatan hadir, jumlahnya akan menjadi 86 berbanding 79. Dengan kata lain, menanglah Pakatan dan POTA tidak akan diluluskan.

Tetapi jangan juga lupa, walaupun kesemua 86 orang Ahli Parlimen Pakatan hadir, BN tetap boleh menambah bilangan Ahli Parlimen mereka dari 79 mengatasi 86 orang Ahli Parlimen Pakatan.

Jadi bila Kit Siang menyalak tentang PAS selitkan hudud dalam usul, Kit Siang sebenarnya nak halakan kemarahan kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS yang dikatakan menyokong UBN secara diam-diam menerusi kaedah ponteng tugas. Tetapi nak terus marah tak boleh sebab jumlah Ahli Parlimen DAP yang tidak hadir pun agak ramai. Jadi, dia marahlah kepada usul Hudud yang diselitkan dan seperti biasa, menyalahkan TGHH kerana 'membelakangkan' Pakatan Rakyat.

Katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen tadi, "Saya pasti ini adalah kali pertama DAP dan juga ahli-ahli Pakatan Rakyat lain melihat ini (cadangan pindaan). Tindakan ini adalah pelanggaran janji Hadi dan saya sangat terkejut perkara ini berlaku. Janji yang dibuat beliau dalam mesyuarat Pakatan sebelum ini telah dimungkiri dengan rang undang-undang persendirian ini."

Monday, 6 April 2015

Takut Tapi Masih Nak Berbohong, Calon PKR Permatang Pauh Bukan Dari Keluarga Anwar Ibrahim


Berita terbaru yang diterima ialah, PKR menafikan calon untuk PRK Parlimen Permatang Pauh adalah Nurul Nuha atau Wan Azizah. Kononnya, calon yang dipilih dan sudah disenaraikan, bukan dari keluarga Anwar Ibrahim. Nama yang disebut-sebut adalah Dr. Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Berita yang telah diterima oleh PKR bahawa PAS tidak akan menghantar pasukan membantu kempen PKR dalam PRK tersebut, sudah cukup menakutkan dan menggentarkan Wan Azizah dan PKR khususnya. Jadi, terpaksalah mereka mencipta pembohongan sepertimana yang dilakukan sewaktu Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli dahulu.

Kalau kita ingat kembali, isu yang sama juga digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika hampir PRU-13. Pada mulanya dikatakan, dia akan bertanding di Kulim-Bandar Baru. Tidak jadi di Kulim-Bandar Baru, dia dikatakan pula akan bertanding di Nibong Tebal. Kemudian ada ura-ura mahu bertanding di Pekan, menentang Najib Abdul Razak. Tetapi akhirnya dia tetap bertanding di Permatang Pauh.

Dalam Langkah Kajang yang menyerlahkan pembohongan dan taktik kotor PKR ke atas PAS, PKR telah bersungguh-sungguh cuba meyakinkan PAS bahawa perlunya perletakan jawatan ADUN Kajang sebelum ini dan ditandingi oleh Anwar Ibrahim, kononnya untuk memastikan ekonomi Selangor lebih mudah dipacu walaupun sudah ada ura-ura, Langkah Kajang sebenarnya adalah untuk memaksa Khalid Ibrahim yang enggan tunduk kepada arahan Anwar Ibrahim untuk menggelapkan wang negeri Selangor bagi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim sekeluarga, meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Ditakdirkan Allah Taala, hasrat Anwar Ibrahim tidak kesampaian apabila dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan dihukum penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Anwar Ibrahim bernasib baik kerana negara ini tidak mengamalkan undang-undang hudud bagi kesalahan liwat. Kalau tidak, dia sudah pasti akan ditolak dari bangunan tinggi atau direjam sampai mati atau pun dipenggal kepalanya sepertimana yang berlaku di negara-negara mengamalkan undang-undang tersebut. Atau paling tidak pun, digantung sampai mati di hadapan khalayak ramai seperti yang berlaku di Iran. Penjara bukanlah tempat bagi seorang peliwat, melainkan hukuman yang dikenakan kepadanya adalah maut.

Anwar Ibrahim dan PKR seharusnya bersyukur!

Sambutan daripada penduduk dan pengundi di Permatang Pauh ke atas Wan Azizah juga, merupakan punca mengapa PKR membuat kenyataan bahawa bukan dari kalangan ahli keluarga Anwar yang akan dicalonkan. Walau bagaimanapun, sepucuk surat yang ditandatangani oleh Rafizi Ramli sudah pun beredar di kalangan orang ramai terutama ahli-ahli PKR yang meminta agar mereka memberikan sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Wan Azizah Wan Ismail atau Nurul Nuha.

Rafizi Ramli dan PKR menyatakan, surat tersebut adalah palsu. Samalah juga apabila mereka menafikan dokumen LANGKAH KAJANG yang dipaparkan sebagai palsu tetapi semua langkah yang terdapat dalam dokumen tersebut, dilakukan oleh PKR.

Walau apa pun, selagi calon tersebut datangnya dari PKR, tiada sesiapa pun dari kalangan PAS yang perlu memberikan sokongan atau memilih calon mereka dalam PRK Permatang Pauh. PKR perlu diajar. Pembohongan mereka sudah perlu diajar. PKR tidak boleh ditunjukkan kononnya mereka boleh menipu dengan sebebas-bebasnya.

Nik Abduh Sahkan Almarhum TGNA Memang Berwasiat Agar Wujudkan Hubungan Baik Dengan UMNO

Nik Mohamad Abduh, mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.

Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam, lapor Utusan Malaysia.

Justeru, katanya, tidak mustahil bapanya turut menyampaikan amanat sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan Umno dalam semua isu,” ahli Jawatankuasa pusat PAS itu dilaporkan sebagai berkata.

“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.”

Sebelum ini Mohd Amar dilaporkan berkata Nik Aziz meminta beliau dan ahli PAS menjalinkan hubungan baik dengan Umno serta tidak mengkritik parti itu.

Ini kerana pihaknya perlu berurusan dengan Umno mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. (sumber)

Friday, 3 April 2015

Nik Amar Pecah Rahsia, WASIAT ALMARHUM TGNA, PAS Perlu Bekerjasama Dengan UMNO

Tidak hairanlah mengapa kepimpinan Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan di bawah Ustaz Mat dan Nik Amar berbaik-baik dengan UBN walaupun mereka terus dihentam, dibelasah, dimaki hamun, bahkan dicop sebagai pengkhianat oleh JEBON-JEBON yang kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Ustaz Nik Abduh turut pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, almarhum ayahandanya tidak pernah mengajar dia memaki hamun UBN.

Semuanya bersebab.

Akhirnya Nik Amar memecahkan rahsia tentang amanah dan wasiat Almarhum TGNA agar PAS Kelantan berbaik-baik dan bekerjasama dengan UBN bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, khususnya dan Malaysia amnya.

Mahu tidak mahu, perlu diterima hakikat bahawa UBN adalah pemegang kuasa majoriti di Malaysia. Sebarang persetujuan bagi perlaksanaan undang-undang yang dianggap baru, memerlukan persetujuan daripada UBN. UBN yang perlu membantu PAS untuk merealisasikan undang-undang hudud ditegakkan di bumi Kelantan dan Malaysia. Bukan PKR, bukan DAP.

Ramai daripada kalangan JEBON dan JEMUAN dalam PAS yang kata, PAS telah diperangkap oleh UBN dalam soal hudud di Kelantan. Mereka sebenarnya patuh dan menjadi burung kakatua kepada Lim Guan Eng yang menyatakan perkara yang sama. Sedangkan hakikatnya, PAS Kelantan (terkecuali Husam Musa dan orang-orangnya) mengikut amanah dan wasiat Almarhun TGNA yang pada saat akhir masih lagi Allah Taala kurniakan kebijaksanaan dan hikmah dalam pemikiran, agar bekerjasama dan berbaik-baik dengan UBN kalau mahu hudud dilaksanakan.

Ini bukan kerja, hari ini nak, hari ni dapat. Kalau Nabi s.a.w pun terpaksa mengerah seluruh usahanya selama 23 tahun, apa sangatlah kita sebagai manusia biasa yang banyak cacat cela dan melakukan kesilapan. Kita hanya perlu istiqomah dan perlu sentiasa muhasabah. Setiap yang sabar, ganjarannya hebat.

Yang pasti, JEBON dan JEMUAN tidak akan senang duduk dan akan cuba menafikan kenyataan Nik Amar bagi menyenangkan hati penguasa mereka iaitu Lim Guan Eng dan DAP.

Thursday, 2 April 2015

SERANGAN TERBARU MAHATHIR YANG DITAKUTKAN UBN, SERANGAN RAKYAT TAK DIPEDULIKAN

Sekarang ini tengah kecoh para penyokong UBN apabila pagi tadi, satu lagi posting daripada Mahathir yang amat mereka kagumi dan pernah disetarafkan sebagai salah seorang makhluk termulia, menimbulkan beberapa persoalan kepada Najib dan pentadbirannya.

Mahathir sekadar mengulangi beberapa persoalan yang sebenarnya seringkali menjadi buah mulut rakyat bawahan, termasuklah menjadi buah serangan para pemimpin Pakatan Rakyat yang langsung tidak dijawab oleh Najib Abdul Razak mahupun pegawai-pegawai bawahannya. Kalau kita perhatikan, setiap soalannya adalah soalan-soalan yang sama, yang diulang-ulang tetapi tidak dijawab dengan baik oleh UBN.

Seolah-olah UBN memang ada agenda dan perbuatan jahat yang cuba disembunyikan dan enggan diketahui oleh orang ramai, khususnya para pengundi.

Menariknya, mereka lebih pula menyerang peribadi Mahathir, sepertimana yang mereka lakukan kepada kepimpinan PAS dari tahun-tahun zaman Mahathir berkuasa dahulu lagi. Kaedah yang sama, tetapi lebih kepada syok sendiri yang akhirnya membuatkan para pengundi mereka sendiri meluat dan berpindah ke dalam PAS, kemudian menimbulkan masalah dalam PAS sepertimana yang sedang berlaku sekarang.

Di mana-mana sahaja UBN dan di mana-mana sahaja ada penyokongnya sama ada mereka masih menyokong atau pun bekas penyokong, masalah akan tercetus. Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim dalam PKR dan Kamaruddin Jaafar dan Saari Sungip dalam jemaah kita sendiri.

Sekarang, mereka sibukkan pasal posting Mahathir dalam blognya. Mahathir dituduh akan menjatuhkan Najib sedangkan hakikatnya, Najib dan UBN sedang perlahan-lahan dijatuhkan pun.

Ini iktibar untuk PAS juga...

Dalam apa juga keadaan yang membabitkan maslahat awam, jangan sesekali kita cuba bersikap berselindung dan menutup masalah. Kita perlu terangkan masalah tersebut kepada rakyat serta rasionalisasi yang kita ambil kepada keputusan berkenaan.

Tapi masalah Mahathir, bukanlah besar. UBN sekarang sedang buta kerana beranggapan seorang lelaki tua yang tidak ada lagi kepentingan dalam politik bakal menjatuhkan Najib dan UBN. Yang mereka tidak sedar, ialah pada peringkat bawahan, kemarahan rakyat semakin membuak-buak kerana kesan tekanan harga yang melampau dan kegagalan UBN menguatkuasakan polisi serta dasar-dasar percukaian yang mereka sendiri atur.

Sikap berbolak balik dan penakut UBN untuk berhadapan dengan realiti sebenar, wajar kita gunakan dalam menekan UBN agar akur dengan tuntutan kita untuk mengadakan hudud di Kelantan sebagai memenuhi tuntutan al Quran. Kesempatan ini tidak boleh kita lepaskan. Gunakan dengan sebaik-baiknya, bukan untuk kepentingan DAP atau PKR, sebaliknya untuk PAS dan umat Islam yang mahu melaksanakan titah perintah Allah Taala.

Kita tahu, kenaikan harga yang berlaku sekarang bukanlah disebabkan oleh GST tetapi kerana ketamakan para peniaga, khususnya Cina yang sedang bersatu hati untuk membuktikan bahawa orang Cina lebih hebat bagi mewujudkan Negeri-Negeri Cina merangkumi Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Singapura pada PRU-14 nanti.

Tidak perlu untuk kita membantu UBN untuk menjelaskan perkara sebenar, tetapi kita boleh bantu untuk mengukuhkan umat Islam dengan memastikan DAP dan PKR tersungkur dan akhirnya terpaksa mengemis di kaki kita.

Kita boleh... Allah Taala telah menjanjikan kemenangan Islam dan janji-janji Allah Taala tidak pernah dimungkiri.

Cuma kita perlu guna akal dan lebih bijaksana, bukannya dengan mengikut membuta tuli kemahuan DAP dan PKR.