Tuesday 7 April 2015

Pura-Pura Terkejut, Kit Siang Sebenarnya Nak Serang 10 Ahli Parlimen PAS Yang 'Luluskan' POTA


18 Mac lalu, TGHH mengemukakan notis di Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pindaan Akta 335 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015.

Berdasarkan senarai aturan mesyuarat dan usul-usul persidangan hari ini, pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang diusulkan oleh TGHH yang juga Ahli Parlimen Marang berada dalam senarai ke-24 iaitu terakhir.

Semalam juga merupakan satu sejarah apabila undang-undang pencegahan jenayah yang jauh lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri, diluluskan tanpa sebarang pindaan atas nama POTA. PKR-DAP menyalahkan sepenuhnya PAS kerana 10 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir ke Dewan Rakyat sekaligus gagal sama sekali mengatasi undi belah bahagi yang dimenangi oleh BN sebanyak tiga kali.

PAS hanya 10 yang tidak hadir tetapi jumlah sebenar yang tidak hadir adalah 26 orang. Mengapa hanya PAS yang dipersalahkan? Mengapa 16 lagi tidak dikata apa-apa?

Memang betullah kalau 10 Ahli Parlimen PAS hadir, jumlah yang menentang akan menjadi 70 berbanding 79 atau kalau semua Ahli Parlimen Pakatan hadir, jumlahnya akan menjadi 86 berbanding 79. Dengan kata lain, menanglah Pakatan dan POTA tidak akan diluluskan.

Tetapi jangan juga lupa, walaupun kesemua 86 orang Ahli Parlimen Pakatan hadir, BN tetap boleh menambah bilangan Ahli Parlimen mereka dari 79 mengatasi 86 orang Ahli Parlimen Pakatan.

Jadi bila Kit Siang menyalak tentang PAS selitkan hudud dalam usul, Kit Siang sebenarnya nak halakan kemarahan kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS yang dikatakan menyokong UBN secara diam-diam menerusi kaedah ponteng tugas. Tetapi nak terus marah tak boleh sebab jumlah Ahli Parlimen DAP yang tidak hadir pun agak ramai. Jadi, dia marahlah kepada usul Hudud yang diselitkan dan seperti biasa, menyalahkan TGHH kerana 'membelakangkan' Pakatan Rakyat.

Katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen tadi, "Saya pasti ini adalah kali pertama DAP dan juga ahli-ahli Pakatan Rakyat lain melihat ini (cadangan pindaan). Tindakan ini adalah pelanggaran janji Hadi dan saya sangat terkejut perkara ini berlaku. Janji yang dibuat beliau dalam mesyuarat Pakatan sebelum ini telah dimungkiri dengan rang undang-undang persendirian ini."

4 comments:

Anonymous said...

1. SIAPA ARAHKAN SIRUL UNTUK BUNUH ALTANTUYA?
2. MANA WANG RM45 BILLION 1MDB PERGI?
3. APA JADI DENGAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH370?
4. MENGAPA MH17 DITEMBAK JATUH?
5. SIAPA PEREMPUAN DALAM HELIKOPTER YANG TERHEMPAS ITU?

Anonymous said...

Hoi.dah basi ler.tkde fitnah lain kerr.cari lerr fitnah yg lagi power.

Anonymous said...

Bapak hang arah Sirul.

Wang RM45 bilion sebahagianya ANWAR beli rumah 7 juta Azmin beli rumah 8 juta.

Pnumpang MH370 dah kholu.

MH17 kau pergi tanya penembak.

Perempuan dalam helikopter tu sundai hang.

ok kah.

Anonymous said...

Pergi mampus la PAS. Nak kata kat orang. 20 tahun lebih pegang Kelantan, xbuat pape pun untuk bangunkan ekonomi. Rakyat melarat nak kerja kat negeri pn xleh. Cukup2lah berada dalam keadaan denial.