Saturday, 2 May 2015

Medan Perang Sebenar Pertahan Akidah Islamiyyah Di Permatang Pauh dan Rompin

Di Rompin, walaupun yang bertanding adalah calon dari PAS yang membawa aspirasi kepimpinan ummah menerusi keberkatan Allah Taala menerusi usaha memperjuangkan dan memartabatkan syariat Allah Taala, tetapi yang diserang oleh PR adalah calon PAS yang enggan tunduk sujud kepada kelompok Anwariyun dan PASMA.

Tuan Ibrahim Tuan Man yang bukannya calon, telah dilibas kiri kanan, atas bawah dan depan belakang oleh golongan yang mahukan Mat Sabu terus menjadi Timbalan Presiden PAS.

Dalam perlumbaan pencalonan, Mat Sabu jauh ketinggalan berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man. Begitu juga dengan golongan Anwariyun dan PASMA, jauh ketinggalan dalam mendapatkan pencalonan bagi pemilihan PAS Pusat tidak beberapa lama lagi.

Jentera yang sepatutnya berkempen untuk memenangkan Nazri Ahmad dengan mendedahkan sebanyak mungkin salah laku serta penyelewengan UBN dalam pentadbiran negara, bertindak melondehkan Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS sendiri.

Lebih malang lagi ialah apabila PKR dan DAP langsung tidak membantu calon PAS di Rompin. Suasana di Rompin pula sangat hambar dan sesiapa sahaja yang berada di lapangan, akan mendapati UBN jauh meninggalkan PAS, sekaligus seperti mengesahkan, UBN akan menang dengan majoriti besar di Parlimen Rompin.

Tak mengapalah, kitaboleh terima realiti bahawa kalah dan menang adalah adat pertandingan. Selagi tidak diizinkan Allah Taala, kita hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal.

Di Permatang Pauh, lain pula ceritanya. PAS tidak menghantar calon tetapi PAS jugalah yang menjadi mangsa belasahan DAP dan PKR. Kelemahan jentera PKR selain Wan Azizah yang menjadi calon recycle serta mengumpankan muka suaminya, cuba dipersalahkan kepada PAS.

Awal-awal lagi Pemuda PAS dan PAS Permatang Pauh telah memberi amaran, pencalonan Wan Azizah tidak akan mendapat sokongan, juga tidak akan memenangkan PKR secara selesa. Malah PKR mungkin akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah disandang dari tahun 1982 ketika Anwar baru menjadi penyapu UBN. Kemudian pada tahun 1999 apabila Wan Azizah menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana sokongan yang diberikan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor.

Bagaimanapun dengan tekanan daripada Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai sepenuhnya oleh golongan Anwariyun serta PASMA, Pemuda PAS Permatang Pauh kemudiannya dipaksa untuk memberikan sokongan serta kerjasama kepada PKR dan Wan Azizah sekalipun pada masa yang sama, Azmin Ali dengan angkuh dan sombong menyatakan, mereka tidak akan sama sekali meminta maaf kepada PAS dan Tuan Guru Presiden kerana menentang rang undang-undang hudud yang akan dibentangkan oleh PAS di Parlimen.

PKR sebaliknya galak mempromosikan golongan PASMA dan Anwariyun yang telah diupah untuk bercakap bagi pihak PKR kononnya PAS telah terpedaya dengan helah PKR dan DAP.

Ini adalah ujian yang sangat besar kepada ahli-ahli serta pendokong kebenaran Islamiyyah. Ini adalah masanya untuk kita membuktikan kepada diri kita, sejauh manakah tahap keimanan kita kepada perintah Allah Taala. Adakah kita akan mengalah kerana desakan dan tekanan daripada golongan yang amat menyanjungi Anwar Ibrahim dan Guan Eng, atau kita bertegas mempertahankan akidah Islamiyyah yang kita perjuangkan semenjak tahun 1951 sehinggakan Biro Agama UMNO bertukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaya yang kemudian berubah menjadi Parti Islam Se-Malaysia?

Atau kita sekadar munafik yang hanya pandai bercakap dan berceramah tetapi tidak langsung mempunyai keberanian.

Terpulang kepada kita sendiri terutama para pengundi di Permatang Pauh dan Rompin.

2 comments:

Anonymous said...

Sebagai parti yang kononnya mewakili Islam pemimpin PAS seharusnya mempamirkan ciri-ciri yang diperbolehkan ugama dalam berkempen. Kaedah mencari keburukkan dan mengaibkan calun lain amatlah dangkal utk dilakukan. Tak tahulah kalau pengundi Rompin dan Permatang Pauh memang suka utk mendengar citer gosip-gosip murahan yang mengundang dosa kering yang merugikan.

Ciri-ciri pemimpin Islam adalah utk bermuhasabah sesama ugama. Sekiranya masih terdapat tabiat lama pemimpin PAS yang tegar menolak utk bermuhasabah sesama Islam elok lah pengundi Islam tolak sahaja pemimpin yang begini. Sebab ternyata pemimpin yang begini memang berpotensi utk menjadi keldai rasmi PKR dan DAP sahaja.

Nama sahaja wakil rakyat PAS tetapi mereka sebaliknya hanya mewakili DAP dan PKR sebenarnya.

IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE