Saturday, 8 March 2014

Nizar Jamaluddin Dikecam 'BODOH' Kerana Cuba Berlawak Tentang Insiden MH370


Aku tak tahulah kenapa Nizar Jamaluddin semenjak kehilangan jawatan Menteri Besar, nyanyuknya semakin menjadi-jadi. Dulu, aku suka dengan dia terutama ketika menjadi Menteri Besar Perak. Banyak perubahan dan kebaikan yang telah dilakukannya. Bahkan dia juga merupakan antara bintang PAS yang bersinar dan diharapkan mampu menjadi barisan pelapis kepimpinan utama PAS sedia ada.

Namun selepas kehilangan jawatan, Nizar Jamaluddin juga bagaikan turut kehilangan sentuhannya. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukannya dalam melestarikan tanggungjawab serta tugasnya selaku pemimpin PAS Perak.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Nizar tidak kelihatan lagi seperti seorang pemimpin sebaliknya tidak ubah seperti macai yang kerja mereka hanya membenarkan apa-apa sahaja yang diperintahkan oleh Anwar Ibrahim. Dan ini sangat jelas, dalam tindak-tanduknya kebelakangan ini, Nizar Jamaluddin bagaikan terlupa bahawa dia sebenarnya adalah pemimpin PAS, bukannya PKR apatah lagi DAP. Tahaluf Siyasi yang dibangga-banggakan oleh sesetengah pihak dalam PAS, sebenarnya tidak menghalalkan mana-mana pemimpin PAS untuk menjadi macai atau jurucakap PKR, DAP atau Anwar Ibrahim.

Insiden pesawat MAS MH370 yang sehingga kini masih hilang secara misteri, turut mendapat reaksi bodoh daripada Nizar Jamaluddin.


Hasilnya, dia bukan sahaja menerima kutukan daripada followersnya sendiri dalam Twitter tetapi juga turut dicop sebagai pemimpin pembangkang bodoh oleh YAHOO NEWS, rangkaian portal yang banyak memberikan pandangan positif kepada Pakatan Rakyat dan menghentam Kerajaan UBN secara berterusan.

Berita sebegini tidak akan memberi impak yang baik kepada parti dan jemaah. Seharusnya sebagai seorang pemimpin, Nizar lebih menjaga tatasusilanya. Dia perlu memisahkan diri daripada perangai sembrono orang kebanyakan kepada pemimpin yang Allah Taala berikan keistimewaan dan melantiknya sebagai pemimpin.

Ini bukan kali pertama Nizar Jamaluddin membuat tweet yang sebegitu. Sebelum ini, Nizar turut berhadapan dengan masalah perundangan membabitkan Sultan Johor dan TV3. Mujurlah hakim yang memberikan kemenangan kepada Nizar itu dan mengarahkan TV3 membayar gantirugi kepada Nizar, adalah ORANG KITA sendiri. Kalau tidak, besar kemungkinan Nizar pula yang terpaksa menjadi rakan sebilik dengan Anwar Ibrahim.

Tak ke naya tu.

SYUKUR... Anwar Ibrahim Dapat Kafarah Memperlekehkan TG Hadi Awang dan Jemaah Islam PAS


Walaupun secara rasmi PAS menyatakan kesedihan dan simpati kepada Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun setelah keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2012 diterbalikkan bersabit kes liwat, namun ramai orang PAS yang mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana telah menunjukkan kebenaran yang selama ini terselindung di sebalik cakap pandai Anwar Ibrahim.

Tahaluf Siyasi dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kesilapan besar bagi PAS. Walaupun PAS pada dasarnya hanya bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang kehilangan segala jawatan dan kedudukan, namun keterujaan kerana sokongan yang diperolehi, menyebabkan PAS melangkah jauh dan akhirnya menjerat diri sendiri.

Tidak perlulah disenaraikan apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR terhadap PAS dari tahun 2008 sehingga kini tetapi cukuplah kalau kita katakan, inilah padahnya kalau jemaah Islam dan perjuangan Islam diperkotak-katikkan demi kepentingan individu.

Masih ramai yang cuba menafikan, Anwar Ibrahim telah mempergunakan PAS untuk kepentingan dirinya. PAS sekiranya berstatus seperti ISMA, JATI atau HAMIM, tidak mungkin akan dipandang oleh Anwar Ibrahim. Anwar dan PKR rapat dan berbaik-baik dengan PAS sebab PAS besar, teguh dan ahli-ahlinya komited dengan perjuangan Islam.

Disebabkan itulah, Anwar apabila berada di kalangan PAS, akan lebih Islam berbanding orang Islam tetapi apabila berada di kalangan bukan Islam, dia menjadikan PAS sebagai bahan sesahannya.

Ramai penyokong Anwar yang sekarang ini sedang mengecam dan mencerca hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat kepada Anwar Ibrahim. Kata mereka, hakim-hakim tersebut bodoh.

Yang tidak mereka katakan ialah, mengapa para peguam Anwar Ibrahim langsung tidak dapat menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam jubur budak Saiful itu. Yang mereka langsung tidak mahu terangkan ialah mengapa Karpal Singh dan barisan peguambela yang diupah oleh Anwar Ibrahim lebih sibuk bermain-main dengan teknikal berbanding fakta sebenar kes.

Lebih malang lagi, ada pula yang cuba mengaitkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak.

Sebenci mana pun kita kepada UMNO, seharusnya kita berfikir secara rasional. Itulah sebabnya, PAS dari awal lagi tidak banyak membuat pertikaian. PAS mengikuti perkembangan ini secara dekat dan dari awal 1999 lagi. Kita memang bersimpati dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya, tetapi fakta kes selain bukti, pengakuan, maklumat hakim dan qarinah mahupun qosamah, kita kena akui dan terima.

Jangan kerana keputusan tidak berpihak kepada kita, maka kita kata mahkamah tidak adil. Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada kita, maka kita baru nak kata itu keputusan adil. Itu namanya tak adil kepada diri tu.

Dari tahun 1999 sehingga 2014, sudah beratus-ratus kali solat hajat dan munajat kita pohonkan kepada Allah Taala agar ditunjukkan kebenaran. Sudah berkali-kali juga Allah Taala menunjukkan kebenaran, dan setiap kali itulah, apabila tidak kena dengan hati kita, kita menolak Allah Taala dan bergantung kepada manusia.

Kita tak betul dalam hal ini.

Sebagai umat Islam, kita kena percaya bahawa setiap kejadian itu Allah Taala yang gerakkan. Hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim adalah hukuman Allah Taala berasbabkan manusia.

Jangan pula ada yang nak merusuh dan mengheret orang PAS sekali memberi alasan, rusuhan yang mereka bakal lakukan nanti adalah RUSUHAN ALLAH TAALA. Jangan pula ada yang cuma menyamakan diri sendiri dengan Allah Taala.

Besar dosanya dan besar syiriknya tuh!

Jangan kerana seorang Anwar Ibrahim yang gagal menahan nafsunya, maka kita jatuh syirik dan mempermain-mainkan qada Allah Taala. Dan jangan pula kita jadi manusia Jabariyah atau Qadariyah yang telah sesat akhlak dan akidah mereka hanya kerana Anwar Ibrahim.

Friday, 7 March 2014

ALHAMDULILLAH... MB Kelantan Tak Takut Hilang Jawatan Disebabkan Perlaksanaan Hudud


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan beliau sanggup mempertaruhkan jawatan Menteri Besar, sekiranya perlaksanaan hukuman hudud di negeri itu memerlukan beliau berbuat demikian.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan sememangnya komited dan buktinya beliau telah membangkitkan perkara itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, November lalu.

“Saya gembira ada sepakat (pembangkang dan kerajaan) untuk menyokong ia dilaksanakan, ketika saya jumpa Perdana Menteri, saya sebut sedikit, di mana dipersetujui supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bincang dengan Jakim bagi meneliti halangan-halangan yang ada.

“Saya sanggup jumpa Perdana Menteri (sekali lagi) untuk membincangkan isu ini, walaupun saya rugi (dari segi politik) asalkan ia dapat dilaksanakan, saya tidak takut, kita benar-benar mahu laksana,” katanya semasa sesi penggulungan Sidang Dun, semalam.

Terdahulu, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah sesi soal jawab berkata, kerajaan negeri tidak mengambil sebarang usaha untuk bertemu pucuk pimpinan kerajaan persekutuan bagi membincangkan perkara itu.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri bertemu Perdana Menteri bagi berbincang mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri itu dan bukan sekadar memberi alasan politik kononnya kerajaan persekutuan tidak membenarkan hukum berkenaan dilaksanakan.

“Kalau tuntutan royalti yang kecil itu sahaja boleh dibawa ke peringkat pusat kenapa tidak dibincangkan pula mengenai hukum berkenaan agar boleh dilaksanakan di Kelantan dan bukannya mencari alasan untuk menyalahkan orang lain bila tidak melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, halangan politik merupakan antara punca kerajaan Kelantan tidak berjaya melaksanakan hukuman hudud di negeri ini.

Menurutnya, surat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hudud diluluskan pada 1993 yang jelas menghalang perlaksanaan hukuman itu masih sah kerana ia dikeluarkan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

“Sekiranya dilaksanakan hukuman itu, pusat ambil tindakan, itu dikira halangan politik, malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan kerajaan pusat ketika ini juga tidak membantu.

“Selain itu, undang-undang di negara ini juga tidak membantu Kelantan, sekiranya berlaku percanggahan undang-undang antara pusat dan negeri, maka undang-undang pusat akan diguna pakai, kita tidak diajar untuk melanggar undang-undang,” katanya.

Mohamed Fadzli kemudiannya mencadangkan agar anggota pembangkang menyertai kerajaan negeri mengadakan perbincangan itu di peringkat pusat dan perkara itu disambut baik oleh Alwi.

Wednesday, 5 March 2014

PAS Lembik Sebab Terpaksa Kempen Untuk Anwar di Kajang Selepas PKR Malukan Tuan Guru Presiden?


Di sebalik pelbagai penghinaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas PAS, termasuklah cubaan memalukan Tuan Guru Presiden menerusi saman RM2 juta oleh Ketua AMK Dungun yang perasan namanya telah disebut dan dia yang dimaksudkan oleh TGHH sebagai pengedar pil kuda, PAS tetap menghulurkan bantuan dan menghulurkan tengkuk untuk dipijak-pijak oleh PKR dan DAP dalam usaha Anwar Ibrahim untuk lari dari masalah yang dia sendiri cipta.

Sedaplah para macai UBN menabur fitnah ke atas PAS. Sudah tentulah macai UBN mengandaikan PAS sudah lembik tengkuk dan terlalu takut dengan PKR serta Anwar Ibrahim sehingga akhirnya terpaksa melancarkan markas jentera PRK DUN Kajang PAS di Tapak Pasar Malam, Taman Desa Jenaris, Kajang.

Ada juga ahli-ahli PAS yang cuba membetulkan persepsi tersebut. Konon-kononnya semua masalah yang berlaku ke atas PAS kesan daripada onar dan perbuatan jahat PKR sebenarnya telah dibesar-besarkan oleh macai UBN. PAS dengan PKR sendiri sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah.

Itu satu lagi tahap bebal yang sukar diterima. Apa yang susah sangat nak terima kenyataan bahawa PKR dan PAS memang bermasalah pun? Apa yang susah sangat nak terima hakikat, akar umbi PAS tidak senang dan tidak suka langsung dengan perbuatan durjana para pemimpin PKR yang bodoh tapi cuba nak tunjuk pandai dengan mengenakan PAS? Apa yang payah sangat nak berbelit sana sini kononnya ahli-ahli PAS semuanya buta perut, buta kayu dan buta segala buta sampaikan semua penghinaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP boleh ditelan begitu sahaja?


Kalau ditanyakan kepada aku, pendapat peribadi aku ialah, pelancaran jentera penerangan PAS untuk PRK DUN Kajang itu sebenarnya adalah MUSLIHAT POLITIK semata-mata. Secara tidak langsung, PKR telah menyembah sujud kepada PAS dan memperakui bahawa tanpa PAS, Anwar Ibrahim masih lagi tersadai di atas lantai bilik penjara. Anwar Ibrahim masih bernafas sebagai ahli politik dan terkenal pun berasbabkan PAS. Kalau PAS buat tak kisah atau PAS meneruskan tentangan terhadap Anwar Ibrahim terutama sekali apabila mengenangkan perbuatan biadap dan kurang ajarnya sewaktu masih lagi bergelar pemimpin UBN dulu, Anwar sekarang hanyalah peminta sedekah yang masih berkhayalkan jawatan besarnya dalam kerajaan.

Hanya disebabkan oleh PAS, maka Anwar mengecapi kemasyhurannya sekarang.

Selepas apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap PAS, aku sebenarnya teringin pula nak tengok jemaah Islam di seluruh Kajang melakukan sesuatu untuk mengajar kebongkakan dan kebiadapan Anwar Ibrahim dan PKR pada 23 Mac nanti. Biar Anwar dan PKR tahu, tanpa PAS, DAP dan Cina pun tak pandanglah Anwar dan PKR.

Sekurang-kurangnya busuk Shuhaimi Shafie, Abdullah Sani, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang pemimpin PKR Selangor lain, tak terhidu lagi dan jalan mereka tunduk tak berani angkat muka bila melintas di hadapan jemaah biasa PAS.

ADUN PKR Sokong Penjenayah Bunuh Polis, Bukan Lagi Fitnah Tapi Kenyataan


Perasan atau tak, setiap kali PKR buat onar, setiap kali itulah PAS akan diseret sekali untuk selesaikan masalah mereka. PAS seringkali dijadikan sebagai perisai dan pelindung yang ampuh kepada mereka PKR. Kalau PAS buat tak layan, maka PAS pun akan dituduh sebagai tidak menghormati konsensus dan persefahaman yang terjalin dalam Pakatan Rakyat. Tak cukup dengan itu, PAS dikatakan pula, mencabuli Tahaluf Siyasi yang dianjurkan dalam Islam bagi kemaslahatan umat.

Tapi yang banyak buat perangai adalah orang PKR. Tak sudah-sudah dan tak pernah serik. Mungkin disebabkan PAS terlalu banyak sangat membela mereka, maka mereka pun naik lemak dan kepala pun sudah besar. Walaupun kelihatan membodohkan diri, tapi PAS kena juga sokong dan bela. Kalau tidak, PAS akan dicerca dan dimaki hamun.

ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin adalah sebahagian daripada golongan mungkar dalam PKR yang bercakap berdasarkan fahaman liberal dan serba-boleh-asalkan-untuk-Anwar Ibrahim.

Kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd ketika sedang menjalankan tugas di Taman Sentosa, Kelang, semalam menjadi rujukan kepada ADUN Seberang Jaya itu.

Seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Aidil Mustafa pula mengalami cedera parah tetapi sempat menembak mati dua orang warga asing yang telah menyerang mereka dengan parang dan pisau.

Dalam kejadian terbabit, kedua-dua anggota polis peronda itu telah menahan sekumpulan warga asing yang berkelakuan mencurigakan. Ketika sedang melakukan pemeriksaan, warga asing tersebut melawan dan berjaya merampas pistol yang dimiliki oleh Allahyarham Koperal Raja Aizam. Penjenayah bagaimanapun, tidak berjaya melepaskan tembakan kerana pistol berkenaan telah dikunci. Koperal Mohd Aidil kemudiannya berjaya merampas pistol itu dan melepaskan tembakan yang membunuh dua orang penjenayah. Allahyarham Koperal Raja Aizam mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala, muka dan badan akibat kesan tetakan dan tikaman. Mayatnya ditolak ke dalam longkang di tempat kejadian oleh warga asing itu.

Seharusnya, seorang ADUN seperti Afif Bahardin perlu lebih peka. Anggota-anggota polis tersebut, walau tidak suka mana pun kita kepada mereka, mereka sedang menjalankan tugas. Tanpa polis, negara ini tidak akan aman dan kita tidak akan bebas bermain politik, bahkan Afif Bahardin tidak mungkin mempunyai gelaran Dr atau YB ADUN Seberang Jaya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Afif sebenarnya amat keterlaluan. Aku percaya, YB ADUN Seberang Jaya ini seorang Islam. Namun walaupun kelihatan seperti seorang yang berpelajaran, mungkin tiada pelajaran agama padanya kerana Islam tidak pernah mengajar dia mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Barangkali kalau bapanya seorang anggota polis dan kemudian dibunuh oleh penjenayah, dia mungkin tidak akan mengeluarkan kenyataan sebodoh itu.

Aku sangat mengharapkan agar tiadalah pemimpin-pemimpin PAS terutama sekali di Pulau Pinang yang akan membela Dr. Afif Bahardin. Dia pandai sangat mengeluarkan kenyataan bodoh untuk mempopularkan dirinya, biarlah dia sendiri yang tanggung. Jangan kita pula terikut-ikut kebodohannya.

Selama ini pun, ramai juga anggota jemaah Islam yang telah ditangkap oleh polis kerana pelbagai kesalahan dan perlanggaran undang-undang. Kita tak pernah pun keluarkan kenyataan sebodoh dan sebacul ini. Tetapi semenjak adanya PKR, macam-macam benda bodoh boleh kita dengar daripada najis-najis kumbahan UBN ini. Malah, semenjak adanya PKR juga, ramai juga pemimpin-pemimpin PAS yang turut jadi sebodoh PKR itu sendiri!!!

Tuesday, 4 March 2014

Cybertrooper UBN Fitnah PAS Dengan Fakta Jijik


Aku taklah rajin sangat menghadap Facebook tapi disebabkan ramai sahabat yang apabila nak berhubung akan mengerahkan aku ke Facebook, maka mahu tak mahu terpaksalah aku masuk juga. Setiap kali berada di alam Facebook, setiap kali itulah juga aku melihat terlalu banyak fitnah yang sedang berleluasa dan terlalu banyak pula fitnah yang ditujukan kepada PAS.

Kalau dahulu disebut sahaja fitnah maka kita akan melihat pembohongan secara terang-terangan tetapi sekarang, pihak musuh kalau nak buat fitnah dah buat secara halus dan terperinci. Ramai yang sudah pandai menyamar sebagai orang PAS dan kemudiannya membuat posting lengkap dengan ayat al Quran dan hadis kemudian memutarbelitkan ayat-ayat al Quran dan hadis itu mengikut kefahaman mereka yang sangat dangkal serta menyesatkan.

Selain daripada cybetrooper PKR yang kita cukup tahu pegangan agama mereka sungguh longgar dan Red Bean Army yang terlatih untuk menghancurkan umat Islam, agama Islam serta negara ini, kita juga berhadapan dengan cybertrooper UBN yang menyamar sebagai penyokong PAS yang sedang memperjuangkan Islam dan mentarbiahkan para pengguna Facebook kepada ajaran Islam sebenar.

Bagi yang kurang berpengetahuan agama, pasti akan seronok melihat bagaimana ayat-ayat al Quran dan hadis yang sebahagian besarnya hanyalah terjemahan digunakan untuk menekan dan memperbodoh-bodohkan UBN namun seandainya pintu ilmu dibuka dengan kita sendiri berlapang dada dan bermuhasabah, apa yang dilakukan oleh cybertrooper UBN itu sebenar merupakan satu perangkap yang sangat dahsyat buat para pejuang agama Allah Taala di bumi Malaysia ini.

Satu ciri-ciri yang mudah untuk kita kenalpasti mereka adalah cybertrooper UBN ialah, mereka hanya tahu melepaskan posting tetapi apabila ada yang menjawab dan kemudian menyanggah, mereka tidak bersedia langsung dengan jawapan mahupun penerangan. Kalau pun penerangan dan jawapan yang diberikan, mereka biasanya mengamalkan kaedah UBN iaitu memaki hamun dan merendah-rendahkan taraf pemikiran pembaca.

Sedangkan ahli-ahli PAS terutama sekali yang bergiat dalam bidang penulisan, mereka telah dilengkapi dengan ilmu yang berkaitan khususnya agama. Ahli-ahli PAS tulen tidak akan mengatasi atau melangkaui bidang keilmuwan masing-masing. Bagi yang khusus dalam bab akidah, tidak akan memandai-mandai atau tunjuk pandai dalam bidang tafsir. Bagi yang khusus dalam bidang tafsir, tidak akan memandai-mandai dalam bidang Siyasah. Bagi yang khusus dalam bidang Siyasah tidak akan memandai-mandai mengeluarkan fatwa.

Justeru, jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat yang dilepaskan oleh orang yang jahil di dalam Facebook. Mereka mungkin kelihatan seperti orang alim tetapi kalau anda perhatikan betul-betul, mereka bukannya alim, melainkan si jahil yang cuba menyesatkan orang ramai demi mendapatkan sedikit imbalan dan upah.

Itu kan kerja Cybertrooper UMNO!

Monday, 3 March 2014

PKR Bodoh! Kalau PAS Nak Jawatan Menteri Besar Selangor, Dari Tahun 2008 Lagi PAS Dah Terima Tawaran UMNO!

Seorang pemimpin PKR Selangor yang berasal dari Bagan Serai dan pernah diura-urakan akan bertanding di Bagan Serai pada PRU-13 lalu, Shuhaimi Shafie memberi kata dua dan amaran kepada PAS Selangor agar melupakan hasrat untuk merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari PKR. Katanya, PAS tidak ada hak untuk jawatan tersebut dan PAS juga harus sedar diri bahawa, disebabkan PAS, PKR Perak dan Kedah kehilangan banyak kerusi. Lagipun, PAS juga harus ingat, pada tahun 2008, walaupun hanya 6 kerusi DUN di Perak, wakil PAS telah dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak walaupun sebenarnya yang lebih layak adalah PKR.

Shuhaimi jelas merujuk kepada kerusi DUN Semenyih dan Kota Damansara yang diyakini menjadi milik PKR sekiranya PAS tidak meletakkan calon di kedua-dua kerusi berkenaan pada PRU-13 lalu. Kedua-dua kerusi tersebut berjaya dimenangi oleh calon-calon UMNO-BN.

Pada tahun 2008, pada ketika Pakatan Rakyat tidak wujud pun, PAS telah dilamar oleh UMNO Perak untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan dengan PAS sebagai Menteri Besarnya. Begitu juga di Selangor. Bagaimanapun, tindakan beberapa orang pemimpin PAS yang telah gelap mata dengan perundingan serta persetujuan awal dengan beberapa orang pemimpin utama DAP, menafikan hak PAS untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Perak bagaimanapun, bermenteri besarkan PAS tetapi Nizar Jamaluddin tidak mampu memberikan nilai tambah kepada PAS sebaliknya PAS Perak dilihat terlampau lebik kerana terlalu menurut kehendak Ngeh-Nga bersepupu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak runtuh apabila pada Februari 2009, tiga orang ADUN Pakatan melompat keluar dari parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas. Dari tahun 2008 sehinggalah 2014, tiada seorang pun wakil rakyat PAS yang melompat parti atau mencetuskan masalah kepimpinan berbanding PKR dan DAP.

Shuhaimi Shafie seharusnya sedar, PAS tidak mengharapkan PKR sebaliknya PKR yang mengharapkan PAS dan memerah keringat serta usaha-usaha keras PAS. Tanpa PAS, PKR tidak ubah seperti sebuah parti yang tidak mampu menggerakkan apa jua program. Cakap besar Shuhaimi kononnya tanpa PKR dan DAP, PAS tidak akan ke mana-mana seharusnya perlu ditekup ke mulutnya sendiri.

Tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP, pada tahun 1999, PAS berjaya menguasai 27 kerusi Parlimen. Manakala PKR yang pada masa itu bernama PKN hanya dapat 5 kerusi Parlimen. Pada tahun 2004, jumlah yang dikuasai oleh PAS menurun secara drastik, manakala PKR pula hanya tinggal kerusi Permatang Pauh. PAS tidak pernah berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen walaupun selepas bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam konsep Tahaluf Siyasi. Malah perolehan PAS terus menurun dari tahun 2004 sehingga tahun 2013.

Untuk pengetahuan pemimpin PKR yang bodoh itu, dalam kebanyakan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR, PAS yang paling banyak menyumbangkan ahli. Tanpa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, demonstrasi-demonstrasi tersebut akan menjadi hambar sepertimana yang berlaku dalam Demonstrasi Black 505 yang konon-kononnya untuk membantah kejadian terputus bekalan elektrik sebagai bukti penipuan UBN dalam PRU-13.

Perhatikan sajalah bagaimana PKR terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memujuk PAS menghantar ahli-ahli untuk demonstrasi demi demonstrasi dengan mengingatkan tentang kerjasama politik antara ketiga-tiga parti.

Jadi, siapa yang bergantung kepada siapa?

Dah sememangnya PAS jauh lebih layak untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari PKR yang merupakan najis-najis buangan UBN yang tidak pernah aman dan terlalu memikirkan keselesaan tembolok sendiri!