Monday, 9 December 2013
Betul-Betul Memalukan! Takder Kena-Mengena Dengan PAS, Pi Duk Mengaku Tu Pasei Apa?
Baru nak kembang bangga kononnya kita lebih ke depan dan mementingkan Islam. Rupa-rupanya terbarai yang semua maklumat yang diberikan, penipuan semata-mata.
Aku memang tak puas hati dan berhubung sendiri dengan orang PAS Dungun. Bersungguh-sungguh deme bagitahu, khemah-khemah tu semuanya didermakan oleh PAS Dungun. Bila aku kata, dalam TV dah disebut yang khemah-khemah tu bukannya dari derma PAS sebaliknya mangsa beli sendiri selebihnya dari usaha JKKK dan sumbangan KAWAT Terengganu, kawan yang aku hubungi tetap dengan ceritanya, dan kata TV3 tu menipu.
Tak berpuas hati membuatkan aku berhubung pula dengan seorang pegawai agensi yang memang ada bau-bau bacang dengan aku dan telah ditugaskan di Pusat Pemindahan Gong Pasir, Dungun.
Gelak besar dia bila aku tanya betulkah khemah-khemah tu sumbangan PAS Dungun. Katanya, PAS Dungun tak bagi apa-apa bantuan pun, sebaliknya datang macam pelawat pi melawat beruk zoo. Memang ada gambar orang PAS bawa bantuan tetapi pusat pemindahan itu dapat bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan dan Umno yang datang lebih awal. Bekalan bantuan dari kita, tak ada pun, tak mendatangkan masalah. Malah kata pegawai itu lagi, Unit Amal dengan bot-bot fiber lebih banyak menyusahkan dan melambatkan penghantaran bantuan kerana kerap menghalang laluan dan cukup degil menerima arahan agar memberikan laluan kepada kenderaan-kenderaan agensi.
Memang memalukan sungguh.
Patutnya benda sebegini tidak berlaku pada jemaah kita. Patutnya kita lebih bijak dan lebih ikhlas. Kalau kita tak bagi, kenapa pula kita nak mengaku kita yang bagi. Bila dah terkantoi macam ni, takkan kita masih nak gunakan alasan lama iaitu FITNAH dan semua ini doctored?
Kita nampaknya semakin tak matang dan semakin mengarut sejak bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP ni. Masa aku mula-mula masuk PAS dulu, perangai berbohong seperti ini tak ada. Kalau ada pun, cuma khilaf ilmu oleh golongan jahil dan pentaksub yang gemar bertakliq tanpa ilmu.
Sekarang ni, semuanya ada termasuklah pembohong.
Buat malu sja!!
Sunday, 8 December 2013
Harga TOL Telah Dinaikkan... Kenapa Tak Dikhabarkan?
Lagi kenaikan yang LANGSUNG TIDAK DIPERKATAKAN oleh para pemimpin Umno sepanjang Persidangan Agung Umno yang baru sahaja lepas semalam? Kenapa Ketua Pemuda Umno hanya bercakap tentang kenaikan tarif elektrik tetapi langsung tidak menyentuh tentang kenaikan tol?
Adakah kenaikan tol juga tidak membebankan rakyat? Adakah Presiden Umno akan kata semua ini tidak dapat dielak sedangkan semua tahu, pemilik-pemilik tol tersebut adalah syarikat-syarikat konsesi yang mengaut untung besar dengan bantuan kerajaan sendiri.
Adakah kerajaan Umno lebih berpihak kepada syarikat konsesi berbanding rakyat, terutama sekali para penyokong mereka yang sudah tentu tidak dikecualikan daripada membayar tol yang telah dinaikkan ini?
Melayu Hanya Boleh Bergantung Kepada UMNO? Ini Ikrar KAFIR!
Salah satu punca yang menyebabkan kita tergelincir dari akidah ialah apabila kita meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya dan disegandingkan dengan Allah Taala.
Presiden Umno mungkin tak berapa nak cukup ilmu sampai dia sanggup mengeluarkan kata-kata kufur sedemikian rupa apabila menyatakan orang Melayu hanya ada Umno sebagai tempat pergantungan. Boleh jadi juga, alim ulama dalam Umno tengah syok dan kagum dengan baju serta songkok hitam yang mereka sarung sampai tak dengar dan tak menegur kata-kata yang terlucut keluar dari mulut Najib.
Aku bukannya nak mengajar tentang kesalahan orang Umno sebab dalam PAS, parti yang aku dah sertai berpuluh-puluh tahun pun, benda yang sama juga berlaku.
Benda paling baik yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya ialah muhasabah. Kalau musuh melakukan kesilapan, ia menjadi pengajaran, renungan dan maslahat kepada kita. Kalau musuh buat silap, itu patutnya jadi kelebihan dan kebaikan kepada kita.
Cuma maslahat yang macam mana kita dapat kutip? Adakah dengan menjadikan kesilapan tersebut sebagai jurus untuk kita silat-silatkan Umno sahaja dan kemudian kita berkata, 'itulah buktinya Umno kafir.'?
Dalam parti kita sendiri, jumlah yang terlalu taksub kepada pemimpin atas konsep wala' dan tsiqah cukup ramai. Sehinggakan ada pula yang tidak dapat membezakan antara Islam dengan parti politik. Bukan itu sahaja, ramai pula yang menyamakan PAS dengan Islam dan pemimpin-pemimpin politik sebagai ulama. Lebih memalukan lagi ialah konsep ulama yang dipegang oleh ahli-ahli jemaah kita cukup sempit, sekadar berjubah, berkopiah putih, berserban, berjanggut dan pandai bagi ceramah agama, jemaah-jemaah kita segera membuat kesimpulan bahawa orang itu adalah ulama. Dan kita pun memuji-muji ulama yang kita sendiri angkat tanpa kita tahu bahawa orang itu hanyalah seorang daie, penceramah atau tukang kempen, bukannya ulama.
Bukankah sudah ada sebahagian besar daripada kita melihat dan mengangkat Ustaz Azhar Idrus yang merupakan penceramah bebas penuh glamour dan mempunyai pengikut yang sangat ramai sebagai ulama?
Dalam Islam, perkara utama yang menjadi kewajipan kita adalah mencari ilmu. Ulama-ulama muktabar seringkali mempunyai ratusan guru dalam pelbagai bidang ilmu. Mereka juga mengasah ilmu mereka menerusi penulisan dan perbahasan. Mereka tidak menyibuk dengan urusan dunia seperti politik dan pentadbiran walaupun politik dan pentadbiran merupakan sebahagian daripada agama. Ulama berpegang kepada peristiwa Nabi s.a.w membenarkan kaum guru tidak ke medan perang.
Sebab itulah aku kata, kita sebagai golongan yang faham agama, kena bersimpati dengan golongan yang kurang faham. Kita kena bagitahu, kita kena terangkan dan kita kena dakwahkan Islam yang sebenar-benarnya kepada golongan ini. Allah Taala tidak menyuruh kita berbangga-bangga dengan ilmu yang dipinjamkan kepada kita, bahkan Allah Taala mewajibkan kita berdakwah agar setiap manusia mendekati-Nya dan mengikut jalan-jalan yang telah diwajibkan-Nya.
Jangan kita pesongkan mereka daripada rahmat-Nya. Jangan kita jauhkan mereka daripada rahmat-Nya. Sebaliknya mari kita dekati mereka, berdakwah dengan penuh hikmah dan lemah lembut sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Saturday, 7 December 2013
Abang Mat Nak Saman Zahid Sebab Dituduh Syiah
Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi sengaja nak cari masalah dengan membuat tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Tuduhan melulu tersebut sebenarnya hanya akan membuatkan lebih ramai kaum Syiah di negara ini nampak jalan bagaimana untuk mereka mengembangkan fahaman mereka sekaligus menolak kesaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w untuk digantikan dengan kerasulan Syaidina Ali bin Abi Talib ra, serta mengkultuskan Syaidina Hassan ra. dan Syaidina Hussin ra.
Elok sangatlah kalau Abang Mat nak saman Zahid Hamidi kerana tuduhan berkenaan. Sekurang-kurangnya untuk membersihkan PAS daripada sebarang gejala Syiah mahupun taqiyyah Syiah yang agak melampau dalam jemaah ini.
Dalam perlembagaan PAS sudah tertulis bahawa fahaman selain Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak akan diterima sebagai sebahagian daripada PAS mahupun keanggotaannya dalam jemaah ini.
Memandangkan Abang Mat adalah Timbalan Presiden yang dipilih oleh perwakilan-perwakilan PAS dalam Muktamar yang baru lepas, eloklah Abang Mat bersihkan diri dan imej parti daripada sebarang elemen Syiah, baik dari segi tutur kata, dari segi amalan, apatah lagi dari segi pakaiannya.
Antara rukun utama dalam agama Syiah adalah TAKIYAH dan IMAMAH.
Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak ada pelajaran atau pun kepercayaan terhadap takiyah dan imamah ini. Apa itu takiyah dan imamah?
Kedua-duanya adalah bidaah mutlak yang dicipta oleh kaum Syiah untuk naik berkuasa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dengan cara mengatasnamakan Syaidina Ali ra dan kedua-dua anak lelakinya yang mereka sendiri bunuh.
Aku menyokong sepenuhnya saman yang hendak dibuat oleh Abang Mat ke atas Zahid. Ini bukan zaman takiyah lagi. Abang Mat pastinya akan mengeluarkan segala bukti yang dia adalah ASWJ dan bukannya Syiah sebagaimana yang dipercayai oleh ramai orang terutama sekali macai-macai Umno.
Macam Ni Baru Namanya Pesanan Yang Baik Untuk Yang Terlibat Dengan Banjir
Banjir telah berlangsung hampir seminggu. Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Kuantan dan Kemaman. Kuantan hampir lumpuh kerana banjir menenggelamkan hampir seluruh bandar Kuantan. Begitu juga Kemaman. Walaupun hari ini air di bandar Chukai sudah mulai surut namun kg Air Putih masih menyaksikan banjir dengan arus deras yang boleh mengancam nyawa.
Setakat semalam 6hb disember 2013 akhbar melaporkan di Pantai Timur seramai 42, 626 telah dipindahkan.
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera (61). Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.
Di Terengganu setakat semalam jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
Bagaaimanakah sikap kita dalam menghadapi situasi banjir ini? Saya mencadangkan beberapa perkara berikut:
1. Bagi mangsa banjir banyakkanlah bersabar dengan sentiasa menyebut innalillahi wainna ilaihi raji'un sebagaimana diajar oleh al-Quran kepada mereka yang menghadapi musibah (rujuk surah al-Baqarah ayat 155-156). Mudah-mudahan mereka diberikan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah menerusi musibah dan segera diganti oleh Allah dengan yang lebih baik sebagaimana sabit dalam beberapa hadis.
2. Mereka juga perlu banyak berdoa agar Allah lepaskan segera mereka daripada kedukacitaan ini dengan membaca doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw seperti
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ "
Cukuplah Allah bagi diriku dan Dialah sebaik-baik tempat menyerah diri
Surah Aali Imran ayat 173
Amalkan Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Tiada Ilaah yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong kalangan orang yang menzalimi diri
3. Bagi bukan mangsa banjir inilah waktu kita menunjukkann keprihatinan terhadap mangsa banjir sebagai lambang ukhuwwah persaudaraan Islam dan persaudaraan kemanusiaan. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga. Dicubit peha kanan yang kiri juga terasa. Rasulullah saw adalah yang paling prihatin terhadap umat sehingga Allah gambar baginda sebagai "merasa berat ke atas dirinya apa yang kamu semua deritai". Rujuk surah al-Taubah 128.
4. mangsa banjir memerlukan sokongan moral. Maka marilah kita turun mengunjungi mereka dengan sekurang-kurangnya melemparkan senyuman kprihatinan dan tanya khabar yang pasti sahaja menggembirakan mereka. Nabi bersabda: sesiapa yang melepaskan satu kedukacitaan daripada saudaranya di dunia maka Allah kepaskan kedukacitaannya di hari Akhirat." Hadis riwayat Muslim
5. Mangsa banjir di kala ini memerlukan bantuan makanan, selimut, tikar, pakaian, pampers anak. Maka marilah kita segera hulurkan bantuan kewangan kepada mereka sama ada menerusi pelbagai pihak yang sedang mengumpulkan dana dan menyediakan kelengkapan atau dengan turun sendiri menemui penyelia pusat pemindahan dengam membawa bahan-bahan keperluan.
6. Bantuan untuk mereka tidak boleh terhenti setakat berakhirnya banjir malah mereka memerlukan bantuan untuk kembali bangkit untuk hidup kerana mereka telah kemusnahan harta benda yang banyak sama ada rumah, kenderaan, pakaian, alatan rumah dan dokumen rasmi. NGO-ngo kebajikan perlu merancang bantuan kewangan untuk mereka menghadapi sekurang-kurangnya sesi persekolahan baru.
Moga banjir yang berlaku memeberi hikmah yang besar. Moga musibah ini membawa kita semua kembali kepada Allah. Moga doa mangsa banjir dan kita semua kepada Allah serta keprihatinan kita terhadap mangsa banjir diganti oleh Allah dengan keberkatan hidup untuk rakyat Malaysia.
Allahu Akbar. Allahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamd.
YB Ust Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Tolonglah Jangan Memalukan Jemaah Islam! Patutnya Kita Berbangga Dengan Tindakan Mat Said
Secara peribadi, aku kagum dengan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS mengatakan Ahmad Said tidak turun ke kawasan-kawasan banjir di Terengganu untuk melihat permasalahan rakyat yang sedang berhadapan dengan musibah banjir.
Sungguh memalukan tuduhan itu dilakukan, terutama sekali apabila ianya datang dari mulut seorang wakil rakyat PAS. Dr. Syed Azman bukan kali pertama terkantoi tersalah cakap, malah pernah sekali terkantoi teruk di dalam Dewan Undangan Negeri apabila Ahmad Said minta kertas yang dipegangnya yang didakwa sebagai bukti.
Kalau aku nak berbohong, boleh sahaja aku buat cerita-cerita buruk tentang Ahmad Said seperti yang kebanyakan jurutulis jemaah kita buat terutama dari Terengganu. Tetapi aku sentiasa berpegang, kebenaran walaupun pahit sekalipun perlu ditelan.
Dalam soal banjir di Terengganu, kebenarannya ialah Ahmad Said memang berada di kawasan-kawasan banjir.
Sepatutnya dalam musibah sebegini, kita langsung tak bagi ruang kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk buktikan yang mereka bela rakyat. Kita yang banyak bercakap tentang Islam inilah yang patutnya buat dulu. Kita tak payah tuding jari kepada orang lain tapi kita buktikan yang kita memang buat apa yang kita cakap dan apa yang disuruh oleh Islam.
Begitu juga semasa Ahmad Said mengeluarkan roti dari sebuah van penghantar roti di jalan Kuala Lipis. Apa perlu kita keluarkan cerita-cerita yang hanya memalukan jemaah Islam? Kita terlalu kuat berprasangka sedangkan tindakan yang dilakukan oleh Ahmad Said pula, jauh lebih baik berbanding dengan sebahagian besar pemimpin kita yang sibuk mencari isu untuk diperkatakan tetapi batang hidung mereka tidak kelihatan langsung di tempat-tempat musibah.
Jadi, aku minta sangat-sangatlah, sebagai seorang Islam, kita bertindaklah dengan cara yang diajarkan oleh Islam. Islam mengajar kita menjadi cerdik. Jangan disebabkan politik, kita tinggalkan Islam dan berubah menjadi bodoh.
Banyak isu lain yang boleh kita timbulkan untuk politik. Bukan isu banjir!
Friday, 6 December 2013
Mana Muka-Muka DAP Masa Banjir? Pasei Apa Orang PAS dan Umno Saja Yang Ada?
Setiap kali musibah seperti banjir mahupun tanah runtuh, yang akan kelihatan seperti kelkatu keluar dari sarang untuk memberikan bantuan dan pertolongan adalah Melayu. Tak kiralah sama ada yang terkena musibah tersebut Melayu, Cina atau India. Melayu-Melayu (termasuklah kaum Bumiputera yang lain) akan menghulurkan bantuan tanpa mengira balasan sebaliknya menanggapinya sebagai satu tanggungjawab.
Samalah macam sekarang bila banjir melanda negeri-negeri di Pantai Timur, Melaka dan Johor. Yang sibuk sekarang adalah Melayu tak kiralah sama ada mereka itu Unit Amal PAS, orang Umno, sukarelawan mahupun kakitangan agensi. Kalau ada pun yang bukan Melayu, cumalah penjawat awam dan sukarelawan pro-BN.
Mana pergi para pemimpin DAP dan PKR yang cukup sensitif apabila tokong atau kuil haram dirobohkan? Mana pergi peguam-peguam PKR yang sangat hebat mengeluarkan hujah apabila replika candi di Merbok dirobohkan? Mana hilangnya pemimpin-pemimpin agung DAP yang cukup kuat bertempik masa Ong Beng Hock bunuh diri, masa Aminurrasyid ditembak polis, masa A.Kugan mati dalam lokap atau masa Tian Chua tak dibenarkan masuk ke Sabah atau masa Lim Kit Siang kelam-kabut cari alasan untuk menafikan pembabitannya semasa 13 Mei 1969?
Kenapa apabila membabitkan Melayu, mereka hilang entah ke mana?
Inikah tahaluf siyasi yang kita bangga-banggakan? Inikah yang beberapa kerat pemimpin kita kata, PAS telah berjaya memperkenalkan dan memahamkan Islam kepada puak-puak ini?
Dari awal lagi aku dah kata, DAP dan PKR memang berbohong apabila mereka bercakap tentang perpaduan dan masyarakat. Terbukti sudah dalam beberapa insiden membabitkan Melayu, kalau untung kepada mereka, merekalah juaranya. Tapi kalau tak berapa nak untung, mereka akan berdiam diri sambil cuba-cuba mencari isu baru untuk menutup ketidakpedulian mereka terhadap isu besar seperti banjir.
Syabas aku ucapkan kepada Unit Amal PAS yang bergegas berganding bahu bersama-sama Umno dan pemimpin kerajaan membantu mangsa-mangsa banjir meskipun bukan dalam satu pasukan. Setakat ini, belum lagi aku nampak sebarang kelibat dari pemimpin PKR dan DAP termasuklah Ahli Parlimen Kuantan yang cuba cari nama walaupun Menteri Besar Pahang dan Menteri Besar Terengganu dah mendahului salakannya dengan meranduk air banjir.
Subscribe to:
Posts (Atom)






