Friday, 6 December 2013
Anwar Ibrahim Jadi Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong!
Tetapi nampaknya sudah ada orang yang panas hati. Kalau jadi betul Muzakarah antara Umno-PAS, memang kacaulah. Apakan tidak, dalam muzakarah, pastinya yang bakal ditimbulkan adalah ketidakpuasan hati dan hasil daripada muzakarah tersebut adalah untuk mencari titik persamaan.
Dengan kata-kata lain, sebarang perbezaan, akan diketepikan dan sebagai penyelesaian, persefahaman akan terwujud. Bila persefahaman sudah wujud, maka secara tidak langsung akan muncullah kerjasama atau kurang pertentangan antara satu sama lain.
Kita tak pedulilah sama ada Umno terhegeh-hegeh nak dapatkan persetujuan daripada PAS atau sebaliknya atau PAS yang sedang mencari-cari arah untuk mengukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan arus politik negara memandangkan tahaluf siyasi PAS dengan PKR dan DAP, lebih banyak mendatangkan kerugian kepada PAS berbanding keuntungan kepada ummat.
Dari zaman Mahathir jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno lagi, perkara membabitkan muzakarah sudah lama diperkatakan. Cuma beberapa halangan menyebabkan ianya tidak menjadi kenyataan. Begitu juga pada tempoh akhir hayat Allahyarham Tuan Guru Dato' Haji Fadhil Nor. Sudah terlalu hampir melihat muzakarah dan muqabalah antara Umno dengan PAS.
Aku secara peribadi percaya, sebarang kerjasama antara Umno dan PAS walaupun PAS tidak menyertai Umno atau Barisan Nasional malah kekal sebagai pembangkang kepada Umno, akan memperkukuhkan kedudukan umat Islam dan bangsa Melayu serta Bumiputera di negara ini. Disebabkan itulah, banyak pihak yang cuba menggagalkannya dengan sebarang cara termasuklah melaga-lagakan antara pemimpin PAS dan Umno selain membakar sentimen kebencian.
Lihat sahajalah telatah Anwar Ibrahim. Dia bagaikan tidak berpuas hati kerana muzakarah antara Umno dan PAS sedang diusahakan. Lantas dia membuat kenyataan, bertanya mengapa Umno tidak pernah melayannya untuk berdebat dan bermuzakarah.
Aku rasa ramai yang tahu yang Anwar Ibrahim ni sebenarnya tergila-gila nak masuk Umno balik. Dia masih rasa dia ada hak dalam Umno. Aku pula tetap teringat dengan sumpah seranahnya kepada PAS serta para pemimpin aku. Seburuk-buruk Mahathir, dia tidak pernah menggelarkan para pemimpin agung PAS sebagai selipar jamban atau wali terompah. Paling lebih pun, Mahathir terkeliru dan terkhilaf dengan perjuangan PAS berbanding melabelkan PAS sebagai sebuah kultus sesat.
Kalau aku jadi pemimpin Umno pun, aku takkan teringin nak bermuzakarah dengan orang seperti Anwar Ibrahim. Orang ini pintarnya berputar belit, hanya Allah Taala sahaja yang tahu bagaimana hendak mengatasinya. Dia boleh bertukar cakap dalam sekelip mata. Beria-ia kata UBN import 40,000 Bangla sampaikan ahli-ahli PAS pun turut percaya, alih-alih dia boleh pusing cakap kononnya dia tak cakap.
Orang seperti ini sebenarnya wujud sejak dari zaman awal Islam lagi. Golongan ini tidak sahaja dipinggirkan, bahkan mereka juga diperangi kerana kemudaratan yang dibawanya jauh lebih besar berbanding maslahat.
Aku harap sangatlah janganlah ada di kalangan kita yang terpengaruh lagi dengan Anwar Ibrahim. Tetapkanlah hati kita kepada PAS dan percayalah kepada perjuangan kita. Tidak perlulah kita bersekutu dengan kepercayaan Anwar Ibrahim bahawa dia adalah calon Perdana Menteri terbaik kerana pemimpin kita seperti Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebenarnya, jauh lebih baik dan berakhlak lebih mulia berbanding Anwar Ibrahim.
Sekadar nasihat kepada Umno, tak payahlah peduli lagi dengan Anwar Ibrahim ni. Biarkan dia meroyan dan mati beragan seorang diri.
Wednesday, 4 December 2013
Phahrulrazi Kena Jawablah Bab Tanah Candi Di Merbok, Bukan Buat Bodo
Hindu bernama N.Surendran dan Hindu-Hindu yang lain sibuk dah dengan pemusnahan sebuah candi yang berusia ribuan tahun di Merbok. Mereka cuba mempersalahkan Mukhriz Mahathir dan UBN. Paling aku tak tahan dengar, bila dikatakan yang kerajaan Mukhriz tu sama taraf dengan Taliban yang memusnahkan patung Buddha di Lembah Bamiyan, Afghanistan walaupun hakikatnya, tidak ada lagi manusia beragama Buddha di kawasan tu.
Aku bukannya peminat atau penyokong Mukhriz pun. Apa lagi UBN. Tapi aku cukup tak suka kalau buat perangai pastu sembunyi tangan dan pura-pura tak tahu.
Setakat guna alasan untuk menyalahkan UBN pasal tak gazet tanah di kawasan tersebut, aku rasa alasan itu menambahkan lagi kebodohan pada jemaah kita. Kemusnahan replika candi tu, berlaku semasa penghujung zaman pentadbiran PAS di Kedah. Dengan kata lain, yang jual tanah tu kepada pemaju adalah pemimpin kita sendiri. Pemimpin yang dikatakan tsiqah dan kita wajib wala' kepadanya.
Kalau betul pemimpin kita dari jenis yang bertanggungjawab, dia perlu segera tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan. Perlu beritahu awam dan Hindu-Hindu yang sedang menyalak itu rasional tindakannya dahulu sebab, tanah berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan dia pula adalah salah seorang daripada penggubal undang-undang serta perlaksana polisi Kerajaan Negeri semasa Kedah masih di bawah PAS.
Hindu-Hindu tu juga perlu diberitahu bahawa, setakat pemusnahan replika yang dibina pada tahun 1974, ia bukanlah masalah besar memandangkan ia boleh dibina semula. Namun pemusnahan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Guan Eng ke atas Candi Gua Kepah, jauh lebih dahsyat dan perlu ditegur.
Pasei apa, Hindu-Hindu tu tak berani nak menghentam Guan Eng dan menyamatarafkan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu sama macam komunis China yang memusnahkan pusat-pusat kebudayaan dan keagamaan semasa zaman Revolusi Kebudayaan di tanah besar tempat asal keturunan Guan Eng?
Yang pihak kita pula, kenapa takut sangat nak buka mulut?
Tuesday, 3 December 2013
Kazim Dipecat, Cikgu Pa Juga Yang Dipersalahkan?
Aku tak tahulah sama ada kengkawan kita ni isim atau memang dilahirkan bodoh semulajadi.
Cerita Kazim kena pecat bukan cerita baru. Bukan cerita tersembunyi. Bukan juga perkara menghairankan.
Yang duk buat2 heran ialah dari jenis bahlol yang berlagak pandai.
Dah duk kata dah, usul pecat Kazim dibuat tahun 2011 lagi pasal Kazim kritik tahaluf siyasi kita yang tak berapa menjadi dengan DAP dan PKR tapi boleh plak Ketua Pemuda Perak tak tahu. Padahal yang bermusuh dgn Kazim pun bukan calang2 orang. Si Taliban berjanggut sampai ke pusat tu. Dia yany buat usul takkanlah Dr Ahmad Iskandar al-Hiss tak tahu? Setahu aku kedua2nya baik sungguh.
Bila Cikgu Pa kata Kazim dah dipecat sejak Ogos lalu dan surat keputusan tu dah dibuat dan Kazim pun tak buat keputusan, boleh plak semua pakat balun cikgu Pa. Kata mereka Cikgu Pa main sorok2.
Sorok2 apa bendanya!!!
Ni bukan pasal pecat sebenarnya bila keluar buah salahkan Cikgu Pa tapi sebenarnya kecewa sebab Cikgu Pa masih diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Agung, kan?
Hodoh sungguh perangai!
Monday, 2 December 2013
Tak Payahlah Duk Jahanamkan Umno Sebab Naikkan Tarif Elektrik, Jahanamkan Diri Sendiri Dulu Sebab Kita Kuat Menipu
Akhirnya cakap-cakap kosong tentang kenaikan tarif elektrik, telah menjadi kenyataan apabila Menteri terbabit mengumumkan, bermula dari 1 Januari 2014, kadar baru perlu dibayar oleh pengguna sama ada di Semenanjung atau pun di Sabah.
Cakap-cakap kosong ini sebenarnya bukanlah teori semata-mata tetapi berdasarkan kepada perjanjian antara Kerajaan dengan TNB. Sesiapa pun yang jadi Kerajaan, akan terikat sepenuhnya dengan perjanjian konsesi yang memberikan kelebihan dan keuntungan besar kepada TNB dengan semua cara kerana memang telah tercatat, dalam tempoh-tempoh tertentu TNB berhak menaikkan tarif untuk pengguna. Kerajaan pula tidak ada cara lain, kecuali terpaksa menyemak dan mempersetujui kadar baru.
Kalau tidak, Semenanjung Malaysia dan Sabah tidak akan ada bekalan elektrik kerana TNB takut rugi.
Memang jahanam sangatlah perangai TNB yang kerja mereka hanya mencekik darah rakyat Malaysia. Silap Kerajaan Malaysia ialah terlalu gelojoh sangat nak swastakan syarikat-syarikat milik kerajaan pada zaman Mahathir dulu. Kononnya nak cepat maju.
Memanglah cepat maju dan memang cepat meningkat sosio ekonomi rakyat Malaysia. Tapi pada masa yang sama, rakyat juga terbeban dengan pelbagai masalah pembayaran kos.
Ada juga orang-orang kita yang ambil kesempatan balun Kerajaan Malaysia UBN. Kita kata inilah caranya UBN balas budi rakyat Malaysia yang dah menangkan mereka sebagai kerajaan.
Tapi kita juga terlupa satu perkara... baru dua tiga hari lepas pun.
Semua negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tidak ada satu pun yang menunjukkan penurunan termasuklah yang berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai jamban, cukai sampah mahupun cukai parkir. Semua cukai-cukai berkenaan telah dinaikkan setiap tahun pada kadar yang tinggi dari tahun 2008 sehinggalah sekarang. Malah, kadar bayar air juga telah dinaikkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang.
Kita cucuk rakyat Malaysia tentang perangai gelojoh UBN tapi kita sembunyi-sembunyikan perangai hodoh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang kita kuasai. Yang terbarai pun, cuma mendadak dan sangat tinggi melibatkan gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan ADUN Selangor. Yang tidak disebutkan ialah cukai tanah dan premium tanah yang telah dinaikkan lagi pada tahun ini. Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng pula, langsung tak berani sebut berapa kenaikan gajinya sendiri.
Kenapa kita senyap sunyi dalam hal perbuatan menjahanamkan rakyat yang dilakukan oleh pihak kita tapi kita cukup seronok bercakap tentang kenaikan yang dibuat oleh UBN? Apakah kerana kita buat, maka ia jadi halal dan perlu tapi kalau UBN buat, maka ianya adalah satu kesalahan dan zalim?
Come on la... rakyat bukannya bodoh dan bukannya buta. Jangan main politik dan putar belit maklumat dengan cara sehina ini. Kalau benar kita berjuang untuk rakyat, yang mana menekan rakyat, kita balun ler...
Apa yang susah sangat nak putar belit dan senangkan hati perut kaum penindas?
Akhirnya Kazim Isytihar Keluar PAS Juga
Ada jugalah orang PAS yang gelak dengan keputusan Kazim Elias isytihar keluar dari PAS walaupun secara rasminya, Kazim telah dipecat dari PAS pada 21 Mei 2011 dalam satu usul yang dibuat oleh Dewan Muktamar PAS.
Aku sebenarnya tak gembira langsung dengan perkembangan ini. Bukanlah kerana aku sayang sangat dengan Umno atau Kazim Elias. Tapi aku melihat perbuatan dan perangai orang kita sendiri, aku rasa terlalu bodoh dan membodohkan!
Bila Ketua Pemuda PAS Perak menyatakan yang Kazim masih lagi ahli PAS dan masih aktif serta berdaftar menerusi PAS Tambun, aku dah nampak dah, ini peluru baik untuk Umno menghentam PAS.
Kita ni macam lalang. Sekejap kita buat perangai bodoh sombong. Sekejap kita buat perangai sombong tetapi terlalu banyak sangat kita buat perangai bodoh.
Kalau dah Umno tawarkan tempat untuk orang kita dalam parti yang dah nyanyuk tu, biarkan sajalah. Buat apa kita nak bising-bising. Kita senyap dan tunggu kelebihan yang akan datang kepada kita. Rezeki yang menggolek, kita nak buat jadi rezeki yang tersepak. Kesudahannya, ahli-ahli sendiri pandang kepimpinan sebagai kepimpinan yang politiknya hanya bersendikan PKR dan DAP. Apa-apa sahaja yang PKR dan DAP kata, kita akan turut dan angguk. Otak kita semuanya duduk dalam kepala PKR dan DAP. Kita tak ada otak dan kita tak ada pendirian langsung.
Kes Kazim pun serupa jugalah. Kita nak berlagak pandai sangat. Mujur jugalah kita tak macam PKR dan Anwar Ibrahim yang bila dah tak ada alasan, kita akan kata orang macam Kazim Elias tu sebenarnya tak diperlukan oleh parti atau dia tidak pernah jadi ahli langsung.
Patutnya kita diam-diamkan sahaja dan tak perlu memberikan reaksi yang kita dah cemas. Biarkan seberapa ramai pun Umno nak lantik orang kita sebagai pemimpin mereka. Kita kena ingat, kita menang 21 Kerusi Parlimen masa PRU13 lalu pun bukan sebab undi orang kita sangat, tapi undi daripada orang Umno, terutama sekali orang Umno yang dah kecewa.
Kalau Anwar Ibrahim boleh letakkan konco-konco dan talibarutnya dalam PAS bermula dengan bekas Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, apa masalahnya kalau kita letakkan dan tanamkan orang-orang kita dalam Umno seperti Ustaz Nasha dan Ustaz Kazim Elias.
Jadi, taklah kita rugi banyak sangat. Lagipun, pusing kut mana pun, Umno adalah parti pemerintah berbanding PKR dengan Ketua Umumnya duk perasan dan berangan-angan nak jadi Perdana Menteri tapi tetap tak jadi-jadi juga. Apa ruginya kalau orang kita ada dalam parti yang sedang memerintah negara? Sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman selain persediaan untuk kita pula mengambilalih Putrajaya suatu hari nanti... INSYA-ALLAH
Malangnya pemimpin-pemimpin yang kita lantik, harap serban sahaja besar, tapi otak hanya sebesar biji kacang tanah.
Sunday, 1 December 2013
PAS Tidak Akan Berkembang Bersama PKR-DAP Sampai Bila-Bila
Sebut saja mana tempat kami tak pergi dengan van buruk itu. Sebut sahaja, mana pekarangan masjid yang tidak disinggahi oleh van buruk itu setiap kali ada program parti yang memerlukan sokongan kehadiran.
Semua perjalanan itu menggunakan wang sendiri. Tak seduit pun datang dari pemimpin. Kami semua diajar dan ditarbiyah agar berkorban untuk Islam dengan memenangkan PAS kerana PAS saja yang boleh membela dan mengangkat Islam di negara ini.
Kami betul-betul percaya dengan apa yang diberitahu kepada kami walaupun beberapa persoalan kami timbulkan terutama sekali yang membabitkan kutipan derma yang hilang begitu sahaja, tidak pernah dijawab oleh pemimpin-pemimpin parti. Bila nak dibangkitkan dalam muktamar atau mesyuarat, akan adalah mulut-mulut yang menegah dan memberitahu bahawa kita seharusnya mengamalkan sikap wala' dan menerima kethiqahan pemimpin kita.
Masa tu, kita bergerak sendiri semuanya. Ahli-ahli parti komited dan tidak meletakkan sebarang kepentingan peribadi. Tidak menghairankan apabila ramai yang menolak apabila diberikan tanggungjawab kerana sedar bahawa tanggungjawab adalah amanah dan kegagalan menunaikan amanah akan mengakibatkan kita bersoal jawab di hadapan Rabbul Jalil nanti.
Sekarang, keadaan sudah berubah sama sekali. Kalau dulu, PAS hanyalah dianggotai jemaah kampung yang berfikiran jumud, sukar berubah dan menerima setiap ajaran tanpa sebarang bersoal jawab kerana percaya kepada kethiqahan ustaz-ustaz yang mengajar, sekarang ini parti dibarisi ramai golongan profesional yang mempunyai gelaran Dr. Ir, dan sebagainya. Dulu, PAS tak banyak songeh dan kontroversinya tapi sekarang, dengan Umno pun dah tak boleh nak beza.
Timbalan Presiden PAS, Abang Mat kata PAS tak boleh bersendirian. Segeralah Lim Kit Siang menyokong kenyataan Abang Mat yang aku percaya, kenyataan itu sebenarnya disuruh oleh Kit Siang dan DAP. Abang Mat takkan pandai bercakap kalau Kit Siang dan DAP tak suruh.
Sebelum tahun 2008, PAS bergerak sendirian. Anwar Ibrahim dulu pun pujuk dan mengurat PAS sebelum berjaya perdaya Allahyarham Ustaz Fadhil pada tahun 1999. Masa tu, PAS tak ada pun connection dengan DAP. DAP yang terhegeh-hegeh nak kat PAS sebab nakkan sokongan serta undi Melayu.
Pilihanraya tahun 1999, kita berjaya dapat 27 kerusi berbanding 7 sebelum itu. Jumlah terbanyak yang kita pernah dapat. PKR cuma dapat 5 dan DAP dapat 10 Kerusi Parlimen. Bila kita bergabung dengan PKR dan DAP secara rasmi pada tahun 2004, kita cuma dapat balik 7 Kerusi Parlimen tapi DAP bertambah jadi 12 Kerusi manakala PKR pula tinggal 1.
Tidak ada sebarang petunjuk yang mengatakan bahawa kita tidak boleh bergerak secara bersendirian seperti yang didakwa oleh Abang Mat dan disokong pula oleh DAP. Aku sentiasa percaya, DAP dan PKR jadi kuat kerana PAS bukan kerana mereka sendiri. Kalau nak harapkan undi Cina semata-mata, aku tak fikir DAP boleh jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, taiko besar di Perak, Sarawak, Negeri Sembilan dan Selangor.
Sedangkan kita pula, selepas tiga PRU kita lalui dengan menerusi penggabungan dengan PKR dan DAP, kita tidak berkembang atau bertambah kuat. Sebaliknya kita pula sentiasa jadi pak turut dan kekuatan kita sebenarnya lebih kepada ilusi, bukannya solid.
PRU13 yang lalu dah buktikan bahawa kita memang rugi besar kerana bergabung dengan PKR dan DAP. Suara dari akar umbi ialah, PAS perlu keluar dari gabungan Pakatan Rakyat dan bergerak sendiri. Sebab utamanya, PAS lebih rugi kerana terpaksa menyerahkan banyak kerusi kepada PKR dan DAP berbanding mereka menyerahkan kerusi untuk ditandingi oleh PAS.
Nak tengok bukti bukannya susah sangat. Pilihanraya Negeri Sarawak akan dilangsungkan sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Kita tengok sendirilah nanti macam mana kita akan ditekan terutamanya oleh PKR dan akhirnya kita hanya sekadar jadi tukang sorak untuk mereka berbanding untuk kita sendiri.
PAS Kena Berbangga Kerana Akhirnya UMNO Pandang Juga Pentingnya Orang Agama!
Kazim Elias dipecat dan disingkirkan dari PAS sebab dia menentang keras gabungan PAS dengan PKR dan DAP. Kazim Elias merupakan adik kepada ADUN Batu Kurau waktu itu, Najmuddin Elias mewakili Umno yang sekarang ini merupakan Pegawai Agama di Pejabat Menteri Besar Zambry Metalik.
Jadi bila Dr. Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga Ketua Pemuda PAS Perak memberitahu bahawa Kazim masih ahli PAS, aku agak musykil jugalah. Adakah Dr. Ahmad Iskandar Al-Hiss mahu menafikan keputusan yang telah dibuat oleh Dewan Ulama PAS Pusat pada Mei 2011 dulu?
Tapi bagi akulah, walaupun Kazim masih ahli PAS sekalipun, apa masalahnya dia dilantik sebagai anggota MT Umno? Baik Umno mahupun PAS, bukannya agama atau akidah yang tidak boleh ditukar ganti sesuka hati. Setakat ahli PAS dilantik jadi MT Umno, apa masalahnya?
Takkanlah Kazim Elias dah jadi murtad dan terkeluar dari Islam sebab terima jawatan itu? Takkanlah akidahnya terganggu kerana jadi pemimpin Umno? Ada dalil dan nas, ijma' atau qias yang bersangkutan tak untuk menegakkan hujah yang Kazim bukan lagi beragama Islam sebab dia jadi anggota MT Umno?
Jangan disebabkan ego dan taksub membuta tuli serta malu nak mengakui yang kita tak cukup ilmu, kita lebih pandai jatuhkan hukum demi menutup kelemahan kita sendiri.
Bior dilantaknya Kazim nak jadi Umno atau kekal PAS. Kita patutnya berbangga kerana akhirnya Umno mahu juga kepada golongan agama walaupun selama ini, golongan agama dalam Umno hanya bertaraf tukang baca doa dan tukang angguk. Kalau kita tak tunjukkan kepada Umno hebat dan pentingnya ulama serta pendakwah, sampai ke sudahnya Umno akan kekal sombong dengan orang agama.
Disebabkan kita, akhirnya Umno buka juga peluang kepada orang agama untuk berada dalam kepimpinan parti itu. Kita patut berbangga bukannya terus mempersoalkan status keahlian Kazim.