Aku akan turun malam ni. Cuma aku tak pasti samada nak turun kat Pudu bersama2 NGO cina atau Masjid AlRahman UM bersama2 Adam Adli dan Nurul Izzah atau di Brickfield bersama2 Hishamuddin Rais dan penyokong Pakatan dr kaum India.
Mula2 aku terfikir juga nak berkumpul dgn sahabat2 di Hilton KL Sentral yg jadi tempat penginapan TGHH, Kit Siang, Mat Sabu dan Anwar. Tapi ikut pengalaman aku, biasanya tempat2 mcm tu, susah sikit sebab pengurusan hotel tentu akan jaga customer diorg dan nama baik hotel. Lagi2 pulak aku cuma mampu lepak di lobi, bknnya duduk dlm bilik yg dah ditempah oleh ahli korporat utk pemimpin PR.
Kalau aku terus ke Stadium Merdeka, takut pulak kalau tak jadi sbb dari yg aku dengar, sewa stadium belum dibayar. Kalau dah tak dibayar, tentu tak boleh digunakan. Jumlah yg hadir pun, lebih ramai dr 30 ribu. Stadium Merdeka cuma boleh digunakan 30 ribu.
Abang Mat pun dah janji, jumlah yg masuk ke stadium nanti tak boleh lebih dr 30 ribu. Pihak polis cadangkan Stadium Nasional Bukit Jalil sbb stadium tu lebih mampu tampung jumlah peserta HKR yang ramai. Sekurang2nya 100 ribu orang mcm yg umno buat sebelum ni.
Dataran Merdeka dah tentu ditutup. KSS di Kampung Baru takder tempat sesuai utk melepak. Takkan aku nak tidur di Masjid Jamek mcm zaman reformasi dulu. Pengurusan baru Masjid Jamek takkan buka pintu pagar mcm dulu2. Sebab yg dtg menumpang masjid tu dulu, lbh byk buat rosak.
Tapi aku bukan umno. Aku dah biasa tidur dlm kereta kalau tak dpt sewa bilik hotel. Ini namanya perjuangan. Aku boleh tidur pun di Stadium Merdeka mlm ni mcm yang dirancang selepas countdown walaupun HKR tak dibuat disitu. Aku boleh tunggu di stadium merdeka utk dengar deklarasi yg akan dibacakan Abang Mat nanti.
Yg aku tak berapa gemar ialah, kenapa PAS bg ruang besar sgt kepada Isham Rais dan Adam Adli. Sekali lagi aku dengar, Isham Rais akan digandingkan dgn Tian Chua utk mulakan provokasi kemudian tuduh polis mcm yang diorg buat masa BERSIH 3.0 dulu. Akhirnya terkantoi lebih2 lagi bila kat Youtube pulak tunjuk mcmmana Anwar bagi arahan supaya rempuh pagar kpd para pengikutnya.
Ni ada pulak cerita nak buat civillian arrest. Aku tak rasa orang ramai bodoh sgt. Bila cerita sebuah Black Maria Polis cuba dicuri beberapa hari lepas, kemudian tersebar pulak cerita polis punggah baju para peserta dan dr mulut org HKR sendiri, byk sangat cerita tentang trak polis, ramai org dah mula syak, Isham Rais akan gunakan Adam Adli dan PASUKAN TEMPURnya utk buat sesuatu terutama babitkan trak polis utk cetuskan keganasan.
Aku mungkin salah tapi aku nampak Isham Rais dan Adam Adli yg baru balik dr Indonesia lepas dpt latihan di negara tu, akan buat sesuatu tgh malam nanti, samada di Masjid AlRahman atau di KSS Kampung Baru.
Kalau civillian arrest mcm yg disuruh dibuat, org ramai akan tgk HKR hanyalah perhimpunan utk cetuskan keganasan di Malaysia bukannya perjuangkan kebebasan pilihanraya mcm yg dikatakan.