Thursday, 10 January 2013
BERAPA YANG DAH DIBAYAR UNTUK TUTUP RASUAH MUSA AMAN?
Aku pelik sangat. Mustahil dlm hal ni, Rafizi Ramli yg merupakan Pengarah Strategi PKR, tak buat homework?
Kalau setakat nak frame dan kemudian bikin gempak macam tu, sudahnya rakyat akan tgk PR ni hanyalah sebuah pakatan gempak dan cakap tong kosong.
Banyak kali sgt dah sampaikan pemimpin2 PAS pun dah terikut2 rentak PKR.
Walaupun aku tgk ada juga cuba dibentangkan butiran dan data mcm dlm kes tanah deepak yg dibeli LTAT di Kota Raja, last2 bila dijelaskan oleh Zahid Hamidi, yg bodoh adalah kita yg percaya dgn pendedahan Rafizi serta PKR.
Aku nampak PKR ni sebenarnya dah terkalut lebih. Kalau PAS tak hati2 dan terima bulat2 permainan PKR, akhirnya nanti yg pupus dan musnah adalah PAS sendiri.
Aku dah lama syak, Rafizi ni sebenarnya ditugaskan UMNO dlm PKR utk malukan PR. Tengok sjalah dlm kes Shahrizat. Walaupun imej Shahrizat disamakan dgn lembu, segala urusniaga semuanya betul. Bahkan, Rafizi dan DAP nampak mcm nak kekalkan monopoli kartel2 daging yang bolot keuntungan RM3 bilion setahun.
Sampai skrg, Rafizi tak pernah terangkan kaitan dia dgn salah satu kartel daging yang berpejabat di Mont Kiara.
Sent from my dig
SUNGGUH ANEH BILA UMNO SANGAT BERMINAT DENGAN ALLAH
Betullah dlm umno ada yg pandai agama. Tapi pandai diorg tu tak bg manfaat tapi tambah lagi sesat kalau percaya apa yg diorg ckpkan.
Bila Tuan Guru Abdul Hadi Awang bgtahu kita yg umno wajar ditentang dan sesiapa yg tentang umno, kalau mati, maka matinya adalah syahid,, korang tgk sjalah macam mana diorg bertindakbalas. Kita tak kata umno tu kafir tapi diorg perasan yg kita kata diorg kafir. Yg kita maksudkan adalah perbuatan org umno yg lebih kafir dr org kafir. Org kafir tu dah tentu2lah kafir. Itulah sebabnya diorg tak masuk Islam atau tentang Islam.
Tapi org umno ni ngaku Islam. Bila dah Islam patutnya buat kerja mcm org Islamlah. Malangnya, org umno mendahului kafir bila nak tentang Islam.
Jadi, lagi teruklah tahap org umno ni berbanding kafir, kan? Mcm munafik jugalah yg akan menghuni neraka paling bawah.
Bila TGHH kata org bukan Islam boleh gunakan kalimah Allah, sekali lagi umno lantang bersuara. Macamlah diorg consent sangat dgn Islam.
Apa yg umno nak marah sangat dgn kenyataan tu? Bukankah Allah tu Tuhan sekelian alam dan tidak ada Tuhan lain selain Dia.
Kalau dah mengaku Allah tu Tuhan yang Esa, patutnya diorg terima dgn lapang dada. Bukannya menentang dan marah2.
Bukan sebab TGHH sokong Kristian yang telah pecahkan Tuhan kepada tiga bahagian tapi TGHH mahu berdakwah kepada org Kristian supaya diorg lebih faham tentang Islam. Bila dah diorg tahu bahawa Tuhan diorg sebenarnya Allah, bukan Jesus, diorg akan mula cari asal-usulnya dan kenapa org Islam menuhankan Allah berbanding Jesus..
Masa tu, masukkanlah ajaran Islam kepada org Kristian yg baca Bible bahasa Melayu yang dah gantikan God dgn Allah tu.
Yg umno nak marah sangat kenapa? Benda dah dipermudahkan utk berdakwah pun jadi masalah juga?
Tu yg susahnya kalau org mengaku Islam tapi tak kenal Allah. Kalau dah kenal Allah mcm org PAS, org Umno takkan kisah sesiapa pun nak pakai Allah utk agama diorg.
Sent from my dig
Wednesday, 9 January 2013
KOR MING PATUTNYA CARI BLOGGER UMB KALAU NAK TAHU SIAPA PISAU.NET
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yg selalu difitnah blogger umno, sudah tawarkan wang yg banyak untuk sesiapa saja bantu kesan pemilik blog PISAU.NET. Bila pemilik PISAU.NET dah berjaya dikesan, writ saman akan diserahkan.
Sebelum ni, blog tu buat fitnah terhadap Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham berhubung pemilikan tanah di Kelantan melalui syarikat mereka, Upaya Padu Plantations Sdn. Bhd. Kata blog itu, Nga dan sepupunya dapat tanah daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai upah bersetuju lantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Bagi aku, jumlah RM1000 terlalu banyak untuk blogger umno atau mana-mana pihak mengenalpasti PISAU.NET atau pun mana-mana pemilik blog pro-umno.
Kalau Nga Kor Ming pandai, dia hanya perlu cari satu kumpulan blogger umno yang dipegang oleh salah seorang Exco Pemuda umno bernama Tun Faisal. Kumpulan blogger itu diberi nama UMB.
Setahu aku, budak-budak blogger dibawah Tun Faisal boleh dibeli secara murah2. Tak perlu sampai RM1000. Puji saja yg mereka tu bagus, ranking mereka baik, mereka perlu dpt pengiktirafan & penghargaan lebih baik dr pengurusan umno, tentu kita boleh dpt apa sja maklumat yg kita nak.
Dalam UMB, yg dianggap paling disayangi Tun Faisal ada dua orang. Sorang namanya Double Y atau Yuseri Yusof, sorang lagi bekas kartunis bernama Rio Rashid atau Reformasin. Rasuah sja dua org ni, byklah maklumat yg boleh diperolehi.
UMB bermusuh dgn grup yg diketuai oleh blogger porno tersohor umno, Papagomo. Walaupun grup blogger porno Papagomo bukan dibawah pejabat umno secara langsung, tapi grup tu lebih berkuasa di kalangan pemain maya umno. UMB pula, grup yang ada kaitan langsung dgn umno.
Dalam kes Husam Musa lawan Wan Mohamad Azri Wan Jusuh yg dipercayai sbg Papagomo, Double Y dah kata, kalau Husam Musa panggil dia sbg saksi, Papagomo tentu masak. Yg ikut perkembangan diorg ni tentu tahu, Double Y dan Papagomo saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Setahu aku jugalah, Double Y atau Yuseri Yusof ni adalah bekas pekerja di sebuah booth yg jual handphone di Bukit Bintang tapi selalu mengaku dia bekas pengurus marketing Celcom. Dia ditangkap sebab curi telefon yg patut dijual dan kemudian dibuang kerja.
Papagomo adalah org pertama yg latih dia sebagai blogger. Bila dah pandai, Double Y pindah ke kem Tun Faisal yg kebetulan sedang sibuk cari balaci mata tu. Tun Faisal nampak potensi budak ni yg berasal dr Kelantan ni dan bela dia bersama2 Reformasin yg juga berasal dr Kelantan dgn kedua2nya berstatus penganggur.
Pemilik PISAU.NET juga budak UMB. Tapi sebab makan byk, dia tersisih dr UMB walaupun masih lagi ada dalam UMB.
Bagi aku, Nga Kor Ming tak perlu buang duit dan buat tawaran secara publik. Dia hanya perlu hantar org dan pujuk Double Y atau Reformasin atau APA. Buat2 berkawan dgn mereka ni, kemudian tu korek rahsia perlahan2. Aku pasti, tak sampai 24 jam, mereka ni akan buka semua rahsia dan kenalpasti siapa pemilik blog2 pro-umno.
Nasihat aku kepada mana2 pemimpin PR, kalau bermasalah dgn blogger umno, cari sja blogger UMB. Blogger UMB mudah dikenali. Kalau ada program, mereka suka berT-shirt hitam yg ada lambang dan logo UMB. Kalau diorg tak pakai T-shirt hitam, tgk sja body language diorg. Kalau nampak mcm berlagak tak tentu arah dan minta orang ramai kenal diorg, tu budak UMB la. Selalunya diorg tak bersendirian bila dlm satu2 program.
Aku bgtahu ni sebab budak2 UMB ni telah dilatih utk lapar dan selalu diajar oleh Tun Faisal supaya bunuh mana2 blogger yg bukan pro dia atau UMB. Inilah masanya utk ajar blogger2 pro umno.
Sent from my dig
RAJA ARIF KETUA PENGARAH BTN SONGLAP RATUSAN RINGGIT UNTUK TEMBOLOKNYA
Cuma setakat ini, memandangkan Raja Arif berlakon mengikut skrip Anwar Ibrahim dengan jayanya, aku simpan sahajalah cerita-ceritanya yang boleh merencatkan perancangan rapi Anwar.
Namun cerita terbaru yang baru aku dapat daripada orang dalam BTN sendiri, buatkan aku tak senang duduk. Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar, sentiasa cuba menampilkan imej bersih. Bagaimanapun, dengan kehadiran orang seperti Raja Arif suatu hari nanti, Pakatan Rakyat akan kelihatan lebih teruk berbanding Barisan Nasional.
Semua orang tahu, Raja Arif Raja Ali tidak sebulu dengan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO. Walaupun kedua-duanya setara sahaja dari segi lembab, gila kamera dan mahukan publisiti, tapi Raja Arif ada kelebihan yang tersendiri.
Ahmad Maslan yang tak cukup inci tu, sekadar ahli politik yang cengkamannya agak longgar. Apatah lagi, di kalangan orang UMNO sendiri pun, ramai yang bercakap tentang bongok Ahmad Maslan yang melantun-lantun. Berbanding Raja Arif yang lebih digeruni sebab dia Ketua Pengarah BTN, Ahmad Maslan boleh ditindas-tindas sahaja macam tindas kutu rambut. Setakat blogger-blogger picisan perasan dan syok sendiri dari kumpulan UMB, Ahmad Maslan bukan tandingan Ketua Pengarah BTN.
Member aku dalam BTN bagitahu, baru-baru ini Raja Arif melancong ke Scotland dan Paris bersama dua orang kuatnya. Tidak tahu apa program Raja Arif di Scotland tetapi di Paris, Raja Arif hanya menghabiskan duit rakyat dengan percutian tidak dirancang.
Menurut member aku tu lagi, Raja Arif telah menghabiskan hampir RM500,000 untuk percutian tidak berekod itu. Untuk menunjukkan konon-kononnya dia ke Scotland dan Paris atas urusan kerja, satu pertemuan dengan 15 orang pelajar Malaysia di Scotland telah diatur.
Raja Arif sedang berkira-kira untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus sebagai calon Barisan Nasional. Dalam BTN sendiri, Raja Arif sedang bersaing dengan Pengarah BTN Sabah, Datuk Ibrahim Saad yang merupakan orang kepercayaan Ketua Menteri Sabah. Aku difahamkan, Najib lebih berminat dengan Ibrahim Saad memandangkan hasil kerjanya yang lebih menyeluruh, teliti serta teratur berbanding Raja Arif yang ada cita-cita politik.
Itu masalah dalam UMNO. Yang tak syoknya, orang seperti Raja Arif inilah yang akan menjadi sebahagian daripada bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang kemudiannya menyeberang masuk ke Pakatan Rakyat apabila cita-cita mereka dalam politik terhalang. Apabila berada dalam Pakatan Rakyat, mereka inilah yang akan menjadi jerung dan menelan semua pejuang-pejuang terdahulu yang taat setia mereka tidak pernah berbelah bahagi.
Aku percaya, Raja Arif lambat laun akan menyeberang untuk bersama-sama mentornya, Anwar Ibrahim apabila cita-citanya terhalang dan jawatannya selaku Ketua Pengarah Biro Tata Negara dirampas serta diserahkan kepada Datuk Ibrahim Saad.
Cuma Pakatan perlu lebih berhati-hati dengan jerung seperti Raja Arif yang tidak segan silu menyalahgunakan wang rakyat yang diamanahkan kepadanya kerana Raja Arif akan menggunakan taktik yang sama apabila dia sudah berada di dalam Pakatan Rakyat. Lagipun, modus operandi yang sama jugalah digunakan oleh bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang sekarang berada dalam Pakatan, terutama sekali PKR dan PAS.
Tuesday, 8 January 2013
BANJIR DI BUKIT BESI DEDAH PERANGAI JALANG ADUN UMNO
Banjir dah berlalu di Terengganu.
Dalam hal ini sudah tentulah yang paling kuat mengaku merekalah pembantu rakyat bawahan adalah UMNO, sebuah parti politik yang mana di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia munafik.
Ni aku nak ceritalah tentang ADUN Bukit Besi, Din Adam dari BN atau lebih tepat lagi dari UMNO.
Banjir teruk telah melanda Kampung Kuala Jengai. Malangnya, walaupun dah diberitahu persediaan yang dibuat amat ala kadar. Lebih tepat lagi, langsung tak ada.
Din Adam sebaliknya lebih pentingkan kenduri kahwin anaknya pada 28 Disember. ADUN Umno itu langsung tak peduli dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Kuala Jengai.
Dalam hal ni, aku bersyukur kerana Allah telah mengutuskan Unit Amal PAS yang bertindak sebagai penyelamat terutama sebelum kehadiran agensi Pusat yang telah dikerahkan agar UMNO tidak dimalukan kerana langsung tak ambil berat tentang rakyat. Unit Amal adalah pasukan yang paling awal tiba dan memberikan bantuan. Nak harapkan Umno?
Yang aku dengar ramai pemuda Umno yang telqh dikerah untuk bantu melancarkan majlis perkahwinan anak ADUN Bukit Besi. Bagi mereka meriahkan kenduri kahwin anak ADUN jauh lebih penting berbanding selamatkan mangsa banjir.
Yang paling tak boleh tahan ADUN Bukit Besi itu hanya datang sekali jengukkan muka. Itu pun dia berlakon konon-kononnya dialah yang derma barang keperluan untuk mangsa banjir sedangkan barangan yang diserahkqn itu semuanya barangan JKM.
Itulah sekali ADUN umno muncul. Lepas tu hilang entah ke maa tanpa menghiraukan rakyat Bukit Besi yang perlukan wakil mereka.
Mujurlah Unit Amal terus berkampung dan memberikan khidmat.
Aku berani cakaplah, Allah memang merestui Unit Amal. Sebab itulah mereka diutuskan untuk bantu rakyat. Wakil rakyat umno pula tak ubah macam kudung dapat cincin.
Pengundi Bukit Besi patutnya dah tahu siapa yang harus mereka pilih pada PRU13 nanti kalau tak mahu nasib mereka lebih malang dari ini.
Thursday, 1 November 2012
PM NAJIB PUN TELAN AIR KENCING MR. PORNO SOI LEK
Aku tengok, tak ada mana-mana cai-cai UMNGOK pun yang berani balun Mr. Porno Soi Lek. Beraninya Presiden MCA tu ngutuk dan hina Islam, sampaikan PM Najib pun terkedu tak kata apa-apa.
Soi Lek kata hudud adalah lambang kebodohan umat Islam, depan-depan batang hidung Najib. Najib cuma diam dan bila ditanya wartawan, NO COMMENT katanya.
Hahaha...
Lawaknya PM Malaysia ni. Sebelum ini, kemain lagi ngutuk DAP, kononnya DAP kurang ajar. Pembodek, pecacai, penjilat dan pengampu pun bersilat sama untuk kembangkan lagi punggung Najib. Tapi bila Najib diam, semuanya macam terkesot telur masuk perut.
Habis semuanya takut!
Mengata kat PAS, bukan main lagi.
Ceh! UMNGOK sendiri pun takut dengan Soi Lek sampai tak terkata apa-apa bila Cina kulop tu hina agama yang dianuti PM Najib berdepan-depan.
Aku tak tahu kenapa la bodoh sangat UMNGOK ni sampaikan benda mudah macam tu pun, diorang tak leh nak tackle. Tapi elok jugalah UMNGOK kekal dengan zaman batu diorang. Senang sikit kerja Pakatan Rakyat.
PM Najib yang penasihatnya berbelas-belas orang tu, takkanlah tak nampak hala mana sokongan orang Cina sekarang. Takkanlah PM Najib tak tahu yang si porno tu sedang bantu Pakatan Rakyat untuk menang PRU-13 dengan membawa sokongan Cina kepada DAP dan PR.
Malangla nasib orang Islam kalau dibiarkan Najib terus jadi Perdana Menteri Malaysia. Lagi malang la kalau UMNGOK terus dibenarkan jadi kerajaan dengan MCA jadi komponennya.
UMNO KEDAH HURU-HARA BILA MAHATHIR NAK ANAKNYA JADI MB
Dua hari lepas, aku dapat tahu, bekas PM, Mahathir panggil 20 orang dari setiap Bahagian UMNO Kedah berjumpa dengannya di Putrajaya. Walaupun Mahathir adalah tukang penasihat tak rasmi UMNO Kedah, tapi tujuan dia panggil wakil-wakil UMNO setiap Bahagian tu, sangat jelas.
Mahathir nak pastikan anaknya, Mukhriz yang sangat elitis tu, akan jadi MB Kedah kalau UMNO menang.
Aku tak mahu kata apa-apa pasal Mahathir la. Sebab walaupun banyak benda aku tak sokong dia, aku tetap hormat dia sebab kepimpinan dialah yang buatkan Malaysia berada pada takuk ni.
Mukhriz jadi MB Kedah?
Ada badut sarkas dari UUM buat kajiselidik untuk tujuan bodek dan ampu. Badut sarkas tu bandingkan tiga orang, Mukhriz, Azizan dan Mat Bashah. Keputusannya, permintaan untuk Mukhriz jadi MB Kedah tersangat tinggi. Azizan nombor dua. Mat Bashah pula nombor tiga.
Aku tak tahu la macam mana badut sarkas tu boleh dapat keputusan lagu tu. Tapi yang sahnya, Mukhriz goyang di Jerlun. Aku dah dengar sendiri dari pegawai-pegawainya yang susah hati sebab makin ramai yang persoalkan Mukhriz yang susah sangat nak beramah mesra dengan akar umbi, termasuklah penyokong-penyokongnya sendiri.
PRU akan datang, Mukhriz dah nak lari dari Jerlun. Dia suruh Man Aziz, bekas calon Air Hitam tahun 2008 bertanding Parlimen Jerlun dan dia pula bertanding di DUN Air Hitam.
Mukhriz tak banyak tolong UMNO Kedah. Masa dia jadi Bendahari, haram tak seduit yang dia bawa masuk ke akaun UMNO. Bila dah tak ada duit, macam mana operasi UMNO nak bergerak. Ada Mukhriz atau tak dak Mukhriz dalam UMNO Kedah, tak banyak bantu parti tu di Kedah. Yang terbantu adalah orang-orang dia, macam wakil dia di Jerlun yang la ni dah tambah pasaraya ketiga di Jitra walaupun sebelum ini, duk melahap merata jalan.
Memang PAS Kedah tengah sakit tapi UMNO Kedah sendiri lagi sakit. Orang-orang Mukhriz dah susun dan atur macam mana nak rompak negeri Kedah kalau Kedah jatuh ke tangan UMNO balik. Kalau Mukhriz tak jadi MB, Mahathir pula akan serang Najib macam Mahathir serang Abdullah Badawi.
PAS Kedah toksah duk susah hati la. Walaupun Ketua Audit Negara kata, Kedah banyak masalah tapi UMNO Kedah tak dan nak counter sebab depa duk sibuk sapa nak jadi Menteri Besar.