Saturday 18 October 2014

PAS Masih Tak Juga Belajar? Masih Juga Nak Jatuh Dalam Lubang Yang Sama Tiga Empat Kali?

Kepimpinan TGHH sebenarnya amat teruji. Jauh lebih teruji berbanding zaman Allahyarham Asri Muda, malah jauh lebih hebat berbanding pertembungan kuasa di Kelantan pada tahun 1974 sehingga memudahkan UBN mewujudkan darurat dan merampas Kerajaan Negeri Kelantan dari tangan PAS.

Kalau dahulu, kita bersengketa hanya sesama sendiri dengan motifnya adalah nafsu dan keinginan untuk memegang jawatan dan kemewahan. Namun persengketaan itu mudah diatasi menerusi saringan dan penapisan.

Sekarang, PAS berhadapan dengan masalah lebih besar. Sebabnya, Tahaluf Siyasi telah bertukar menjadi racun yang serba memusnahkan. Walaupun Tahaluf Siyasi adalah halal di sisi agama, tetapi perbuatan berlebih-lebih dan menguatamakan kaum lain berbanding kaum sendiri, merupakan perbuatan bodoh yang mengundang kepada kemurkaan Allah Taala dan Rasul-Nya.

Itu sedang berlaku dalam PAS. PAS sedang dimusnahkan menerusi tindak tanduk sebilangan pemimpin PAS yang tawakkal dan tawadduk mereka adalah kepada Pakatan Rakyat. Iktikad mereka ialah, tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh hidup dan tidak boleh wujud. Tanpa Pakatan Rakyat, PAS tidak mungkin akan menang satu kerusi pun.

Mereka terlupa bahawa yang berkuasa hanyalah Allah Taala. Allah Taala yang menaikkan dan menurunkan kerajaan-kerajaan di dunia ini. Manusia dan usaha hanyalah asbab dan musabab sedangkan keputusan akhir adalah milik Allah Taala. Tawakkal dan iktikad sepatutnya kepada Allah Taala, bukannya kepada makhluk seperti Pakatan Rakyat.

Bila tawakkal kita kepada makhluk, jadilah seperti PAS menyertai dan menubuhkan Barisan Nasional bersama-sama UMNO dan parti-parti komponen yang lain. Selepas itu PAS ditendang kerana UBN melihat PAS sebagai ancaman kepada parti itu. UBN takut PAS menggantikan mereka walhal PAS berada dan sama-sama menubuhkan Barisan Nasional. PAS ditendang dan sebilangan pemimpin PAS yang terasa perit dengan perbuatan khianat UBN, masih mengingatinya dan enggan bersatu dengan UBN kembali walau apa cara sekalipun.

Pada tahun 2008, PAS menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi walaupun sebelum itu PAS pernah berunding dan bekerjasama secara gelap dengan DAP bermula dari tahun 1960-an lagi sehinggalah penghujung 1990-an. PAS lebih berjaya pada waktu itu dan DAP pula tidak berani angkat muka atau meninggikan suara kepada PAS.

Namun menyertai Pakatan Rakyat, dengan bantuan pemimpin-pemimpin PAS yang telah disuntik virus Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng, PAS yang dahulunya merupakan kuasa politik yang ditakuti oleh DAP dan PKR, menukarkan PAS menjadi zombie yang hanya tahu mengangguk dan akur sahaja dengan sebarang suruhan PKR-DAP.

Selangor merupakan teladan terbaik untuk PAS. PAS kuat menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar sehinggalah Azmin Ali benar-benar dilantik ke jawatan itu. Walaupun PAS berpeluang menaikkan ADUNnya seperti Sallehin Mukhyi mahupun Iskandar Samad, PAS memilih untuk akur dengan resolusi Pakatan Rakyat yang menetapkan bahawa Selangor adalah 'milik PKR'.

PAS yang bersungguh-sungguh dan memberikan harapan besar kepada Azmin Ali, tetapi nampaknya PAS pula yang dijadikan mangsa dan seterusnya dizalimi dan dianiayai. Sedangkan PAS merupakan sebahagian daripada pasukan Pakatan Rakyat Selangor. Mungkin kerana PAS hanya memiliki 15 kerusi DUN yang sekarang ini selepas ditolak dua pengkhianat iaitu Saari Sungip dan Hasnol Baharuddin, PAS hanya ada 13 sedangkan PKR-DAP pula mempunyai jumlah 15+13+2, menjadikan mereka sangat besar kepala.

Walhal jumlah itu jugalah yang kuat menentang Azmin Ali sebagai Menteir Besar Selangor dan hanya mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS perlu lihat dan perlu ingat pembodohan yang berlaku sekarang. Jangan lagi PAS terus bodoh dan diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin PAS yang merupakan talibarut syaitan dan iblis dalam bentuk tubuh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng kerana telah terbukti, Iblis dan Syaitan tidak pernahmenjadi rakan manusia sampailah ke hujung dunia.

8 comments:

Anonymous said...

Baru terasa dihina. Lepas tu hebah pada rakyat. Bodohnya ...

Bersatu dgn UMNO dan bersama memerintah negara.

Kenal Kau said...

blogger bodoh.

blogger adalah agen umno SB yg memainkan jarum memecah belah PR.

kebencian terhadap anwar dapat dibaca pada blogger ini.

semuga Allah binasakan puak2 agen kufur n munafik agen2 umno SB yg cuba memecah belahkan PR.

aminnn

HILNAPUTRA said...

Jika ahli pas pandai berfikir... Umat Islam/Melayu telah dilaga-lagakan oleh para kafirun. Kuasa politik Islam/Melayu telah menjadi lemah. Pas memusuhi umno dengan penuh dendam kesumat. Tiada setitik kebaikan umno pun yang mampu dilihat oleh ahli tegar pas. Mereka ini sudah tidak mampu berfikir dengan iman, walaupun mempunyai ilmu agama.

Sebaliknya bagaimana mungkar dan mungkir pun pkr dan dap, tetap boleh diterima, ditatang dan dipatuhi.

Benarlah kata orang sekarang, AHLI PAS ADALAH ZOMBIE.

Anonymous said...

Solan kelima,
Siapakah saudara kamu?

Longchepoh said...

Dalam PAS ramai yang pandai, tapi tak ada yang cerdik. Sapa yang cerdik? Orang yang cerdik adalah orang yang cepat sedar dan tak dapat ditipu banyak kali dalam perkara yang sama. Sekali terkena tu biasala pada sapa2pun. Macam komen kat atas tu, dia kata blogger bodoh agen SB yg nak pecahkan Pakatan.

Yang pecahkan pakatan tu puak dalam pakatan jugak. Kalau kata UMNO yang pecahkan pakatan beerti hebat betullah UMNO ni.

Anonymous said...




Perlu di ingat...anwar tu org umno..
anwar tahu sejarah pas umno...
pkr dap akan pastikan pas tidak ajan mampu angkat kepala spt ketika pas dlm BN dulu...
pas mesti tunduk....
pas tidak pernah belajar...
pas mengulangi perangai lama ketika dlm BN....
pas tidak pernah berubah sikap..

Anonymous said...

Ko tu yang bodo macam babi.. Sendri yg bikin pecah ape hal mak salahkn org lain... Pukimak ko la... Kalo ko nk jilat kote nuar berahim tu ko jilat la sorg2..
Babi pnya keturunan la ko ni..

Anonymous said...

Jom ke Pesta Arak...
Jom ke Pesta Arak...
Jom ke Pesta Arak...
Lepas tu...
I Want To Touch A Dog....
I Want To Touch A Dog....
I Want To Touch A Dog....
Lepas ni...
Dont Be Afraid of Babi...
Dont Be Afraid of Babi...
Dont Be Afraid of Babi...

Apa kata dorang...
Azmin dan Puak Liberal PAS kata...
Itu Semua Perkara Remeh...
Itu Semua Perkara Remeh...
Itu Semua Perkara Remeh...

Fikir lah Wahai Orang Islam...
Fikir lah Wahai Orang Islam...
Fikir lah Wahai Orang Islam...

JANGAN lah Kamu sokong Mana-mana Pemimpin Politik yang berkata demikian... KERANA mereka itu semuanya PENIPU dan cuba MEMESONGKAN AKIDAH kamu....