Sunday, 19 October 2014

Masa Susah Ingat dan Pujuk PAS, Masa Senang, PAS Jugalah Yang Ditendang Dan Diterajang


Anwar Ibrahim dan para jeneralnya sekarang ini sedang pening dan sakit kepala apabila melihat sambutan yang diberikan untuk mewujudkan gelombang demonstrasi ala-ala 1998, sedang bertukar menjadi rombongan masuk meminang dengan jumlah kehadiran yang sangat memalukan bagi sebuah parti yang sangat hebat hebat seperti PKR dan individu teragung seperti Anwar Ibrahim. 

Beberapa flashmob yang diadakan semalam, jelas hanya mampu menggunakan tenaga beberapa orang anak muda yang tidak faham dan tidak tahu pun apa yang berlaku pada tahun 1998. Malah lebih tepat lagi, golongan yang hanya percaya dengan temberang serta auta Anwar Ibrahim tetapi gagal melihat serta mengkaji tindak-tanduknya yang mendapat tentangan daripada PAS semenjak tahun 1982 lagi. 

Kini, arahan terbaru dikeluarkan lagi. Arahannya ialah, PAS perlu bergabung dengan PKR dan DAP untuk menghadirkan lebih ramai pendemontrasi bagi menunjukkan kepada dunia betapa agungnya Anwar Ibrahim dan betapa terdesaknya Kerajaan Malaysia perlu memenjarakan Anwar Ibrahim untuk kesalahan yang tidak dilakukannya semata-mata kerana Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi sebagaimana yang digelarkan oleh para jeneral dan konco-konconya. 

Sedangkan hakikatnya, Anwar Ibrahim hanyalah seorang pemanipulator dan seorang lelaki keji yang Allah Taala kurniakan kebolehan serta kehebatan melakukan penipuan serta tipu daya sehingga mampu membuatkan para golongan bebal percaya, warna hitam itu adalah putih. 

Selepas menyedari kewujudannya dalam UMNO tidak lagi selamat, sekitar 1997, Anwar Ibrahim sudah mula memasukkan orang-orangnya ke dalam PAS. 1998 apabila dia mula dibicarakan, ramai orang kanannya dan proksinya yang memperolehi kekayaan luar biasa seperti Kamaruddin Jaafar menerusi perompakan projek-projek mega termasuklah KL Sentral, Monorail, LRT-Putra, Plaza Rakyat yang sehingga kini tidak siap dan pembinaan persimpangan bertingkat di seluruh Kuala Lumpur, segera menyeberang masuk PAS. Salah seorang daripada mereka, Saifuddin Nasution yang merupakan balaci agung Anwar Ibrahim juga masuk PAS sebelum Parti Keadilan Nasional yang bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat setelah bercantum dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang beberapa tahun sebelum bercantum dengan PKN bertukar nama kepada Parti Rakyat Malaysia. 

Orang-orang Anwar Ibrahim itulah yang menjahanamkan PAS sehingga sekarang. Manusia jahanam seperti Saari Sungip, Husam Musa, Hasnol Baharuddin, Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad dan kumpulan ABIM serta JIM yang berada dalam PAS sekarang, merupakan golongan yang terus berusaha menjadikan PAS sebagai biro agama untuk PKR dan selipar jamban untuk DAP. 

Dari tahun 1998, Anwar Ibrahim kagum dengan dirinya sendiri kerana demonstrasi melibatkan puluhan ribu orang. Dia mendabik dada, kehadiran puluhan ribu orang itu adalah kerana dirinya, bukan kerana PAS. Demonstrasi-demonstrasi besar yang lain juga, dikatakan hasil kejayaan dan sokongan kepada Anwar Ibrahim, bukan kerana faktor PAS. 


Masa senang, bukan main lagi dabik dada. Tidak mengaku peranan yang dimainkan oleh PAS, sebaliknya PAS pula dikatakan menumpang populariti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan para jeneralnya termasuklah pemimpin-pemimpin agung DAP sehingga kini tidak boleh mengaku bahawa tanpa PAS menyertai demonstrasi yang diadakan, kesemuanya akan gagal. 

Demonstrasi pada 28 dan 29 Oktober ini juga nampaknya akan mengalami kegagalan yang serupa. Berdasarkan culaan terkini, untuk mendapatkan 3,000 orang peserta pun, PKR tidak akan mampu melakukannya. DAP yang cuba mencetuskan minat untuk berdemonstrasi di kalangan masyarakat penyokong mereka menerusi Bar Council, juga nampaknya tidak berjaya. 

Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh anakanda Tuan Guru Mursyidul Am yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, ketika susah, PAS diminta bantuan, tetapi apabila senang, PAS dihina, diperlekehkan dan diterajang sesuka hati oleh PKR dan DAP. 

Sedangkan sepatutnya inilah masanya untuk PKR dan Anwar Ibrahim untuk membuktikan betapa agung dan berpengaruhnya mereka tanpa pembabitan PAS. Untuk apa tenaga PAS ditagih sedangkan apa-apa sahaja yang PAS ingin lakukan, merekalah yang paling kuat menentang. 

10 comments:

Anonymous said...

Perjuangan yang DICARI ...
1. MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
ATAU
2. KEPUASAN UNTUK ANWAR IBRAHIM..

Anonymous said...

Parasit PAS akan turun beramai2 pada 28hb & 29hb. Apa ulamak PAS nak kata.

Kita akan sokong orang yang menganiayai kata. Walaupun mereka musuh kita

Anonymous said...

Silapnya PAS dari dulu, kini dan selamanya mempertaruhkan ayam jantan Belanda kokok sahaja kuat tapi layu di gelanggang.

Macam Mat Sabu. Segala bala yang PAS hadapi sekarang adalah dari kerja buat Nik Aziz dan Hadi Awang terhadap ahli2 UMNO.

Jika tak puas hati buatlah lagi. Nik Aziz terlalu riak dalam mengata dan menghina ahli2 UMNO seolah2 dialah yang paling baik.



Anonymous said...

Dr.Zuhdi pakar strategi Pas dah tulis,yg maksudnya ...'Wan Azizah cukup lah bersandiwara sejak 1998 lagi,...'Apa ertinya?.

Orang tertentu dalam Pas dah tahu kedudukan sebanrnya mengenai kes sodomi Anwar ,termasuklah sodomi 1998,semunya betul .Anwar saja yg minta isterinya bersandiwara dgnair mata,utk meraih simpati yg kononnya beliau di fitnah,danada konspirasi yg mahu menjatuhkan beliau.Sayangnya pemimpin Pas ini tidak mahu berterus terang dgn pengikut mereka,dan membiarkan mereka terus bersubahat dgn peliwat,kononya utk menjaga 'aib orang munafik'.

Kalau sekali ini ahli Pas tidak berfikir mendalam dgn kenyataan pemimpin mereka sendiri,yg melepaskan tengkok mereka saja dari apai neraka,tak tahulah apa jenisnya maknusia ni.Lebai Malang sungguh,harapkan syurga melepas,harapkan Putrajya juga melepas.

Walaubagaimana pun saya mengharapakan ahli Pas sedar dan memberi pengajaran yg setimpal pada Anwar.

Anonymous said...

PAS ni kan selipar jamban DAP & PKR. Bila nak ke jamban baru lah cari PAS.

Anonymous said...

Ajar Nuar Brahman dgn Jijah Al Kipas,

SAY NO TO LIWAT. YOU'RE ON YOUR OWN.

Anonymous said...

Biarkan pak nuar bersendirian...
manusia jijik tak layak dibela...

Anonymous said...

Pengakhiran utk manusia jijik pakar penipuan..
tak sangka...dajjal memang pandai menipu..
celaka lah ko dajjalllllll....

Basar said...

Siapa yang pergi menyokong anwar adalah anwaris yang wajar ditendang tahun depan.

Sedangkan TGHH difitnah oleh PKR dan DAP atas arahan anwar ibrahim.

Anonymous said...

jangan lupa pulak..ada satu bala lagi buat pas dan Islam ahlisunnahwaljamaah kat malaysia ni..bersihkan syiah dlm pas