Friday, 24 October 2014

Bila Tengok PAS Tidak Bersama-sama Anwar Ibrahim, Serta-Merta Pro-Anwar Ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Begitulah perangai sesetengah orang yang tidak mengenang budi dan tidak tahu diuntung. Mereka hanya mahu mempergunakan orang lain bagi kepentingan mereka. Apabila mereka sudah kuat, mereka akan segera menyepak, menghina bahkan tidak berterima kasih langsung dengan bantuan serta sokongan yang diberikan selama ini.

Kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA' memperlihatkan kegopohan dan kegelojohan PKR dan Anwar Ibrahim yang tidak berkurangan, sebaliknya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan segala bala tenteranya adalah kumpulan yang akan melakukan apa-apa sahaja walaupun perlu menyembah bomoh dan tokong demi memastikan Anwar Ibrahim bebas daripada hukuman penjara akibat perbuatannya sendiri.

Hari yang sama, 28 Oktober, PKR terus menggelabah kerana tidak dapat bersembang besar lagi dengan UBN apabila ahli-ahli PAS lebih berminat untuk bersolidariti dengan Tuan Guru Presiden PAS yang dianiayai oleh PKR dalam usaha mereka untuk menguasai PAS dan kemudian menghapuskan PAS.

Pada hari itu, Tuan Guru Presiden akan berhadapan dengan tuntutan saman oleh PKR sebanyak RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu setelah Hanipa Maidin dengan sengaja membiarkan Shamsul Pil Kuda menang dalam tuntutan RM2 juta sebelum itu.

Sudah ada tentera-tentera Anwar Ibrahim yang mempersoalkan tindakan PAS yang kelihatan seperti enggan bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, sebaliknya lebih berminat untuk bersama-sama Tuan Guru Presiden di Kuala Terengganu yang hanya disaman RM2 juta oleh PKR berbanding Anwar Ibrahim yang akan dipenjarakan sekurang-kurangnya 5 tahun kerana perbuatan songsangnya yang bukan sahaja salah di sisi undang-undang Malaysia, bahkan melanggar hukum Allah Taala dan kehidupan manusia itu sendiri.

Pada saat inilah, mereka mula mengingatkan semula PAS tentang Almarhum Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor yang menurut mereka, pasti tidak akan meninggalkan Anwar Ibrahim bersendirian.

Mereka tersilap sebenarnya atau dengan kata-kata lain, mereka cuba untuk memutarbelitkan kenyataan sebenar. Almarhum sebenarnya tidak bersolidariti dengan Anwar Ibrahim secara membuta tuli walaupun sebelum itu, Anwar Ibrahim membuat pelbagai ugutan dan cercaan ke atas ulama-ulama dan PAS sendiri. Almarhum pada waktu itu melihat peluang terbaik untuk mendidik masyarakat khususnya umat Islam agar mengambil peduli dengan undang-undang negara yang telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk berkuasa, terutama sekali oleh Anwar Ibrahim sendiri menerusi banyak tindakannya ke atas musuh-musuh politiknya sebelum itu. Almarhum telah menggunakan kebijaksanaannya untk melaksanakan helah politik yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada PAS.

PAS yang sebelum itu tercalar teruk dengan pelbagai label dan jenama, menerusi kebijaksanaan Almarhum, telah menarik minat golongan muda untuk mendekati dan menyertai PAS. PAS bertambah kukuh dan pada pilihanraya umum tahun 1999, PAS menjadi pembangkang majoriti di Parlimen berbanding DAP dan PKR (PKN pada waktu itu).

Jikalau diperhatikan dan diperhalusi, Almarhum sebenarnya tidak pernah peduli pun dengan Anwar Ibrahim tetapi golongan pro-Anwar Ibrahim yang sudah menyeberang masuk ke dalam PAS sebenarnya yang memberikan persepsi yang Almarhum menyokong Anwar Ibrahim. Buktinya, pada tahun 2002, Almarhum telah bersama-sama Dr.Mahathir dalam solidariti bersama-sama rakyat Palestin yang telah dizalimi oleh Zionis. Malah dalam banyak situasi sebelum Almarhum pulang ke pangkuan Allah Taala, dia banyak bersama-sama Mahathir berbanding Anwar Ibrahim di dalam penjara atau pun keluarga Anwar Ibrahim yang dikemudi oleh isterinya, Wan Azizah.

Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, PAS telah dijadikan sebagai subjek yang boleh diperbodoh-bodohkan. Ketika sokongan diberikan kepada semua usaha yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, haram tidak sepatah pun perkataan 'terima kasih' diucapkan, bahkan diungkit tentang semangat tahaluf siyasi yang sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar akar umbi PAS. Apabila PAS enggan menghantar bantuan bagi meramaikan hadirin, dikatakan PAS telah mengkhianati Pakatan Rakyat.

Apa sebenarnya Pakatan Rakyat kalau dalam semua perkara, PAS sahaja yang terkena dan perlu mengalah? Mengapa PKR dan DAP tidak mengalah dengan PAS dalam soal tuntutan hudud dan hukum-hakam Islam, termasuklah pengukuhan institusi masjid serta sekolah-sekolah pondok dan agama? Sebaliknya PAS setiap kali memperkatakan tentang maslahat berkenaan, dikatakan mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Orang bijak tidak akan masuk ke lubang ular dua kali berturut-turut. Cukuplah sokongan yang ditunjukkan kali pertama pada tahun 1998 dahulu. Sekarang, oleh kerana PKR sentiasa bercakap besar, buatlah sendiri dan tunjukkan yang PKR sebenarnya tidak memerlukan langsung PAS. Tunjukkan dan buktikanlah yang PKR sememangnya amat kuat, boleh menendang PAS sesuka hati mereka dan sangat disayangi serta dicintai oleh sekalian rakyat Malaysia.

Lagipun, beberapa orang pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, dan beberapa orang pemimpin pro-Anwar dari PAS sudah pun menyatakan persetujuan untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim berbanding Presiden mereka sendiri. Justeru, apa yang mereka gusarkan sangat. Mahfuz dan Khalid Samad sahaja sudah cukup untuk membawa berpuluh-puluh ribu orang penyokong mereka ke halaman Istana Kehakiman pada 28 dan 29 Oktober nanti.

9 comments:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah 1436..aku harap bila tiba tarikh tu nanti PAS jangan U-TURN lagi..

GABAI said...

SEPATUTNYA DAH LAMA PAS SEDAR

Anonymous said...

Kirim salam banyak2...aku tak akan ikut lagi dah...pergi mampos ngan pkr. pi lah ajak dap tu...nak tengok berapa ramai cina mari berguling2.

Anonymous said...

Rakyat Australia Hakim Negara..

Anonymous said...

Tidak logik air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur Saiful..

Tetapi itulah yang berlaku..

Anonymous said...

telah banyak ku Jumpai MANUSIA YANG MENYERUPAI MALAIKAT.... SEBALIKNYA MEMILIKI HAT n SIFAT IBLIS...

Anonymous said...

Lihat saja semua kwn2 baik dia tingalkan dia. Kenapa ya..fikir2 la..

Anonymous said...

Klu la ditakdir ketum yg kene saman oleh org pas...sah dh melalak ahli2 lajnah pkr...mana sifat setiakwn dlm pr...x islamik...geng ug...apa lg...

Anonymous said...

Ini aku nak bagitahu. Aku memang Umno karat hijau dari umur 18 sampai sekarang. Aku sokong Umno kerana Mahathir bawa banyak perubahan kepada sosio ekonomi orang melayu. Tapi selepas Mahathir aku dah tak berkenaan lagi dengan Umno. PRU12 & 13 aku paksa diri undi Umno hanya untuk menyelamatkan kuasa politik melayu. Pas , bukan aku benci sebagaimana aku benci DAP. KALAU PAS KELUAR PR , INSYALLAH KALAU PANJANG UMUR PRU14 PAS PILIHAN KU MENGGANTIKAN UMNO.

Najib amat mengeciwakan aku sebagai penyokong setia Umno.

Karat Hijau