Tuesday 14 October 2014

Bila Penyokong Kuat LGE dan Anwar Ibrahim, Tak Bagi Ahli PAS Sertai Mujahid-PASMA


Macam ada yang tidak kena dengan arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kepada ahli-ahli PAS Pulau Pinang.

PASMA sebuah entiti parasit telah ditubuhkan secara rasmi di Pulau Pinang. PASMA yang dipresidenkan oleh Phahrolrazi Zawawi, orang yang bertanggungjawab mendoakan kematian dan mengejek-ejek kematian Almarhum Ustaz Azizan suatu ketika dahulu, sedang menggunakan pelbagai kemudahan dalam PAS untuk terus berkembang. Alasan yang diberikan oleh para pendirinya ialah, PASMA hanyalah sebuah NGO, bukannya sebuah entiti yang cuba mengambilalih fungsi PAS atau menggulingkan Tuan Guru Presiden.

Penafian tersebut sebenarnya boleh disangkal memandangkan sekarang ini, puak-puak PASMA sedang berkempen secara giat memburuk-burukkan Tuan Guru Presiden, ahli-ahli keluarganya, mahupun pemimpin-pemimpin PAS yang enggan memberikan taat setia kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sedangkan pada masa yang sama, Mat Sabu sendiri adalah pemimpin golongan yang paling kuat menjilat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun perbuatannya itu merugikan parti sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

Bagaimana seorang pendosa  mahu menasihati dan melarang pendosa yang lain agar tidak berbuat sepertinya melainkan dia tidak mahu aibnya diketahui dan dia kehilangan jawatan yang sedang disandang?

PASMA ditubuhkan untuk memastikan kuasa Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berterusan mencengkam PAS. PASMA juga ditubuhkan agar para pemimpin PAS tulen terus tutup mulut dan tidak berani mengeluarkan sebarang pendapat atau suara. PASMA ditubuhkan agar PAS terus dijajah dan akhirnya menjadi biro bagi PKR dan DAP untuk mendapatkan sokongan serta undi untuk kedua-dua parti itu sahaja.

Kalau benar PASMA ditubuhkan untuk memastikan PAS mempunyai kuasa dalam Pakatan Rakyat, bagaimana PASMA langsung tidak mempedulikan dengan perbuatan Lim Guan Eng dan DAP yang sedang giat membersihkan dan menghapuskan perkampungan-perkampungan Melayu di seluruh Pulau Pinang? Mengapa PASMA dan para pemimpin PAS yang cukup lantang sebelum ini mempertahankan rakyat yang dizalimi oleh kerajaan, senyap sunyi dan buta mata serta pekak telinga dalam isu-isu yang membabitkan penghapusan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang?

Adakah kerana alasan, penduduk kampung tersebut dihalau oleh pemilik tanah, maka PASMA mengambil keputusan untuk tidak masuk campur dan membenarkan tindakan Lim Guan Eng? Bukankah operasi seperti itu kerap kita lihat menerusi pemindahan pemilikan tanah dan pemilik baru menggunakan kuasanya menghalau penduduk? Ditambah pula, terdapat banyak kes di Pulau Pinang selepas DAP menjadi Kerajaan Negeri, banyak tanah wakaf yang tidak berdokumentasi ditukarkan menjadi tanah kerajaan negeri yang kemudian dijual kepada kroni-kroni Lim Guan Eng.

Sudah habiskah kepandaian para pemimpin PAS terutama sekali PASMA dan Mat Sabu dalam isu menjuarai pembelaan ke atas rakyat marhein?

Ini sahaja sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa PASMA sebenarnya hanyalah golongan PARASIT yang sedang cuba memburuk-burukkan PAS dari dalam!

Anehnya, apabila kita menyertai gerakan membela rakyat yang dizalimi oleh Lim Guan Eng ini, kita dikatakan telah menjadi ANJING UMNO, tetapi apabila mereka benar-benar menjadi ANJING DAP, tidak pula mereka melabelkan diri, bahkan bermati-matian berlindung di belakang jenama TAHALUF SIYASI.

6 comments:

RP said...

Tuan, saya pinjam artikel ni.

Anonymous said...

Sebabnya banyak sangat pemimpin melayu yang bodoh dan bebal. Kalau singapura boleh diberi percuma kpd pendatang apalah sangat dengan tanah sekakang kera tu..

Anonymous said...

Aneh nya tulisan... HaNya bersandar pendapat tanpa fakta.... Kesian aku tgk geng ug ni..rasa hebat pi le dgn amno.., jilat le tok jib tu.. Dt pangkat dpt helfire.. Nak dunia tgk apa berlaku di terengganu dan kedah.. Geng ug xkenana,.. Akhirnya di bahan oleh geng amno... Ni le penulis penjilat amno....

Anonymous said...

Kau ni memang pencacai pendatang haram dan pengkhianat bangsa tu.Islam konon...buat malu

Anonymous said...

PASma pon bukannya ada fakta pon...buat roadshow seluruh negara bg pendapat masing2 berkenaan PAS. Mcm2 pendapat yg buruk keluar masa tu...lagilah hampeh.

Basar said...

Pasmas adalah anjing anwar ibrahim.