Bantuan dari Allah Taala datang dalam bentuk yang kita tidak pernah jangkakan. Kadang-kadang musuh yang kita sangat benci itulah yang akhirnya membantu kita.
Inilah yang berlaku apabila Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendedahkan bukti menunjukkan pembohongan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.
Dalam satu surat persetujuan bersama yang ditandangani oleh Lim Guan Eng dan Tuan Guru Presiden tidak lama sebelum PRU-13, tercatat jelas di situ persetujuan yang menyatakan, PAS BERHAK MEMPERJUANGKAN AKIDAH DAN KONSEP NEGARA ISLAM SECARA SENDIRI.
Ayat berkenaan dipersetujui oleh Lim Guan Eng dan ini dibuktikan menerusi tandatangan Lim Guan Eng sendiri pada bahagian bawah surat persetujuan berkenaan.
Justeru tidak hairanlah apabila MCA dan GERAKAN menghentam Lim Guan Eng yang mereka sifatkan sebagai lidah bercabang. MCA dan GERAKAN dilihat sekarang ini sedang menekan Lim Guan Eng untuk berterus-terang berhubung sokongannya dan DAP kepada hudud. Sedangkan pada masa yang sama, Lim Guan Eng pula cuba menafikan dan memindahkan kesalahan tersebut kepada MCA dan GERAKAN yang kita ketahui semenjak dari dahulu lagi, telah menghalang UBN daripada menyahut seruan kita agar kembali kepada tatacara dan budaya Islam.
Mungkin sebahagian daripada kita 'gembira' kerana ini menunjukkan DAP menyokong PAS dan terpaksa berbelit cakap kerana takut pengaruh DAP di kalangan orang Cina akan berkurangan. Namun pada masa yang sama, adakah kita sedar, gelagat yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng yang bermuka-muka ini, sebenarnya menjadi musuh terbesar kepada kita.
Jangan pula Lim Guan Eng menyalahkan UBN kononnya surat persetujuan tersebut telah dipalsukan. Jangan pula dia memberitahu kononnya semasa dia menurunkan tandatangan persetujuan, dia berada dalam keadaan tidak sedar atau dia tidak memahami Bahasa Melayu yang digunakan dalam surat berkenaan.
Sekarang, bukti telah terbentang, adakah Lim Guan Eng akan memohon maaf atau menarik semula semua artikelnya terhadap PAS dan Tuan Guru Presiden?
Aku tak fikir, si laknat ini sanggup berbuat begitu sebaliknya dia akan terus berbelit-belit dan menipu sebagaimana yang dilakukannya selama ini.
7 comments:
Salam tuan Admin,
Sangat pelik apabila orang atasan dari pas dicaci dan dihina serta dilabel macam2 yang kurang enak, tapi tiada seorang pun mempertahankan beliau.
Lebih pelik, apabila si kafir di jentik sikit, orang kita sanggup mengeluarkan kata2, langkah mayat saya dulu, punyalah taksub orang pas terhadap kafir. lagi malu bila orang pas mempertahankan si kafir tue disebabkan si kafir tue mengecam hukum Islam, maha suci Allah kafir tue ditarik nyawanya.
Cuba bawakan isu ini, apabila ketaksuban melampau orang pas terhadap kafir dari dap dan terlalu menjilat peliwat dan konco2nya dari pkr. malu bila orang kita pula yang terlebih2 dan terhegeh2 seperti hamba mereka.
Nauzubillah.
Bangsa Arab hanya mempunyai satu bahasa dan satu keturunan. Jumlah mereka sangat ramai. Tetapi mereka berjaya dipecah-pecahkan kerana sikap tamak haloba dan keengganan untuk bersatu padu. Sekarang ini, apabila ditanya kepada Arab, mengapa malang sentiasa menimpa mereka, mereka salahkan Zionis, mereka salahkan Amerika Syarikat. Sedangkan yang bersalah adalah mereka sendiri.
Itulah juga yang sedang berlaku di negara ini. Umat Islam tidak boleh bersatu walaupun atas dasar aqidah. Sebaliknya mereka lebih suka berkompromi dengan kafir dan munafiq untuk menumbangkan saudara seIslam mereka demi kuasa.
yang ni tuan admin x nak komen ke...
ntara kenyataan bekas pemimpin UMNO mengenai hudud
) "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidangMajlis, Tertinggi Umno, 1994
2) "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
3) "PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)
4) "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim
5) "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan " Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
6) "Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor
7) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan
8) "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
9) "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
10) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja" Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992
11) "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan" Sulaiman Daud temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993
12) "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahanrakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992
13) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam" Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994
14) "Apa erti negara Islam jika mundur" Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99
15) "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak" Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992
UMNO PEMBELA BANGSA DAN NEGARA OPS LUPALAK AGAMA :)
Pertanyaan untik anom 2020, sekarang zaman mahadir lagi ke? Jangan jadi hipokrit, jilatlah punggung kapir harbi sampai meleleh
Untuk anon 11 May 2014 20:20
Cuba saudara tanya orang2 pas, betul ke dari dulu lagi mereka benar2 ikhlas nak buat hukum ini?
sebab sekarang ini, ahli pas sendiri yang tidak yakin dengan hukum ini, lebih malang lagi mereka bantah dan tidak mahu sokong enakmen.
Sekarang bila dah ada peluang, sekali lagi pas melalui hadi announce tangguh dulu...sperti mana pas dok tangguh dari tahun 90an bila dah bagi peluang.
So, saya nak tanya, kalo ahli pas sendir menolak hudud...bangga bersama2 kapir nak batalkan enakmen dalam parlimen ini..dan hadi sendiri dah soh tangguh lagi buat kali ke berapa ntah...
ikhlas atau tidak pas pasal hudud ini?
atau cuma untuk pilihanraya pancing undi?
jangan main2 bab2 agama, satu per satu dah ditunjuk kan oleh Nya...
contoh dahulu dikata umno yang kafir sbb tolak hudud, sekarang terang2 ahli pas baik ahli parlimen/dun yang membantah pastu siap condemn lagi hukum ini.
Kita tunggu lagi apa yang akan ditunjukkan kebenaran oleh Nya.
Si LGE tu memang perangai macam sekor anak anjing - bila tersepit akan menyalak orang lain dan ekor melibas-melibas kepanasan. Si puak Pas pulak tak habis2 bermimpi di zaman dulu hingga lupa Tun Mahathir dah bersara banyak tahun. Bukan nak fikir masakini dan kehadapan, asyik tengok cerita black and white. Itu pasal akal kasih kat lutut. Kalau akal nak naik tersangkut kat peliaq, terus ke bontot.....
PTUIIIH....PTUIIIH....PTUIIIH....AKU LUDAH MUKA PAS. DAH ADA PELUANG UNDUR PULAK. MEMANG KORANG JADI KAFIR ATAS PERBUATAN SENDIRI. LAIN KALI JANGAN SEMBANG BAB HUDUD DEPAN AKU. AKU LUDAH KORANG.
SEKARANG ZAMAN MAHATHIR KE ? JANGAN KONA LA. PTUIIIHH......
Post a Comment